Kami sayang perokok


rokok1

“Uih, cuak nengok kotak rokok kat Malaysia ni. Boleh stress nak beli rokok ni mak.”, saya mengadu pada mak kerana terkejut dengan tindakan bijak dan bernas kementerian kesihatan Malaysia.

“Hmmh… ayah ko apah tak ghasenye.”, jawab mak dengan muka selamba. Kata-kata mak disambut ketawa kami sekeluarga. (-bertiga je sebenarnya, kakak dan adik tiada di rumah)

tiadalah yang merasa sakit dan rugi melainkan anda sendiri, wahai perokok

Tiadalah yang merasa sakit dan rugi melainkan anda sendiri, wahai perokok

Kagum saya dengan ‘usaha pencegahan’ merokok di Malaysia. Bermula dengan tulisan “Amaran : Merokok Membahayakan Kesihatan” di tepi kotak rokok yang dijual, kepada kenaikan menggila harga rokok, sehinggalah yang terbaru, GAMBAR-GAMBAR NGERI akibat dari merokok. Gambar paru-paru menjadi hitam berkulat, tengkuk bernanah dan berdarah, kaki terpotong, jari-jari menjadi hitam berkulat mati dan harus dipotong, otak yang berair dan bernanah. Bermacam-macam. Cancer otak, paru-paru, leher, tulang, jantung, perut, semua gambar diletakkan di hadapan kotak-kotak rokok ini. Setiap kotak diletakkan gambar penyakit yang berbeza. HORROR!! Serius!

Ditambah pula dengan iklannya – seorang jururawat bangsa India melihat nasib perokok-perokok yang dirawatnya. Ibu berketurunan Cina memanggil dan ingin menyatakan sesuatu kepada anaknya, seorang suami yang kehilangan kaki. Diakhiri dengan anak jururawat itu sendiri memegang kotak rokok. Dinasihati anaknya, “Don’t disappoint me…”

n_06cigarettes

Tahniah! Suatu usaha yang harus dipuji!

Tetapi saya cuma mampu tersenyum melihatkan ianya ‘tak lut’ pada bapa kesayangan saya. Katanya, dia mempunyai alasan tersendiri.

Gambar-gambar ini tak berkesan pada perokok-perokok kot, bisik saya dalam hati.

Namun, apabila berjumpa dengan rakan-rakan yang merokok, mereka mengakui agak terkesan dengan gambar-gambar itu. Takut juga nak merokok. Fikir dua tiga kali juga sebelum beli. Hmm…. Maksudnya agak berkesanlah usaha itu, tahniah sekali lagi pada pencetus idea! Mungkin bapa saya sahaja yang keras sedikit untuk terkesan dengan ‘ancaman’ itu. Maklumlah, sudah lebih 30 tahun ayah merokok.

“Sepanjang hidup ayah hisap dua jenis rokok je.”, ayah memulakan cerita ketika kami makan di kedai mamak dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Dulu ayah hisap BENSON & HEDGES, sekarang SALEM Menthol. Ni dua jelah. Ayah tak pernah hisap yang lain.”

“Ayah tak ikut macam budak-budak muda lain, main hisap je rokok apa yang di sua kat muka. Ayah hisap rokok ayah je. Rokok mahal ni kurang sikit bahaya.”

“Ayah pergi jumpa doctor gigi dia terkejut ayah kata ayah hisap rokok dah 30 tahun lebih. Gigi ayah elok, tak rosak.”

Berasa sedikit tidak puas hati kerana ayah berbangga giginya tak seperti perokok, saya cuba untuk ‘mematikan hujah’ ayah.

“Ayah, cuba tengok kuku sikit.”, mari kita kenekan ayah – fikirku.

Agak memeranjatkan, kuku jari telunjuk dan jari tengah ayah tidak kuning!

Hmm, kalahla aku nak berdebat ngan ayah ni. Dia ada hujah kuat dia sihat.

Patutla ayah tetap istiqamah dengan pendiriannya untuk merokok. Kerana dia percaya dengan prinsipnya yang dianggap betul. Dia hisap rokok mahal dari muda, dan dia istiqamah. Bukan senang nak istiqamah ketika dia pun bukan dari keluarga berada. Haduih, ayah…ayah…

Saya cuma mampu berbisik di dalam hati.

“Tapi ayah ko tak pernah hisap masa mak mengandungkan korang tiga beradik. Sembilan bulan sepuluh hari ayah ko tak merokok.”, mak mencelah.

“Eh, boleh pulak stop-stop????”

“Mana ayah tahu, ayah?”

“Ayah tahula. Ayah tak pergi Universiti pon tapi ayah banyak membca.”

Aduh… mencucuk-cucuk rasanya kata-kata itu. Kena lagi diriku…

*************

Pengajaran dari cerita :

  1. Pencegahan mungkar WAJIB dilakukakan, walaupun kesannya belum tentu.
  2. Jangan berdebat dengan sifu kalau tak bersedia sepenuhnya. (harapkan idea spontan, bungkuslah hujah-hujahmu itu jawabnya. Huhu..)
  3. Tuntutlah ilmu. Dengan ilmu, kita tahu membezakan yang benar dan yang palsu, yang bermanfaat dan yang memudaratkan, yang halal dan haram, yang diredhai dan dimurkai. Tahu tetapi belum mahu dan mampu? Kupanjatkan segala doa dan harapanku pada Tuhanku Yang Satu.
  4. Sayangilah orang sekelilingmu dengan terus menasihati ke arah kebaikan dan berdoa untuknya tanpa jemu.
  5. Merokok biar yang mahal. Oops! Haha…
Advertisements
Published in: on September 3, 2009 at 6:45 am  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/09/03/kami-sayang-perokok/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 KomenTinggalkan komen

  1. salam..:)
    entry yg bagus.
    senang nak sedarkan org awam yg biasa compare dgn org yg lebih tahu akan bahayanya spt pelajar2 medic..:p
    btul x?hehe

    —-DR.RADZI says: betul3…. orang yang dah tahu ni kena sedar sendiri, baru boleh. huhu….

  2. tu la..
    ayah saye pon sama..
    tegar btol..
    ada alasan sendiri gak tu..hik2
    doakan yg terbaik je la..

  3. Susah la nak cakap kat perokok ni. Apa yang diorang duk sebut bila kita nasihatkan suruh berhenti, “Apa nak buat susah nak berhentilah” padahal ramai je orang yang berhenti dari merokok kalau mereka nak. Tapi kalau dah tak nak tu mmg beribulah alasan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: