Sucikan hati


“Assalamualaikum… mak, abang ada? Nak cakap dengan abang.”

“Waalaikumusalam… jap.”

Kami di rumah bapa saudara di Sungai Buloh sehari sebelum bertolak pulang ke Indonesia. Adik tidak ikut menghantar ke LCCT kerana cuti mereka dibekukan berikutan kelas-kelas intensif yang dibuat oleh guru-guru MRSM Beseri, Perlis.

“Assalamualaikum, pekabo?”

“Alhamdulillah sehat… makan ape berbuka tadi bang?”, adik berbasa basi memulakan perbicaraan.

“Uish, banyak gile makan. Depa tamu abang macam abang dah takkan makan sebulan. Haha…

Cedapnyee... pose, sabo2.=p

Cedapnyee... pose, sabo2.=p

Ada ikan bakar, ayam percik, ayam masak kurma, sayur ulam, sambal belacan, pengat pinsang. Perggghhhh, sedapnya dik…. Abang makan ikan bakar 5 ekor, ayam percik 4 cucuk. Bukan abang nak, pakcik yang bagi. Tak baik plak kalau membazir nanti kannn….Haha, rugila adik takde, sedap ooo…”, bersemangat saya bercerita, sengaja, kasi bakar sikit.=p

“Alah, nanti abang takde adik plak makan camtu. Heh..”, ayat penyedap hati kot? Layaan…

Kami berborak lagi. Bukan seperti adik dan abang, tetapi lebih kepada seperti sesame teman dan sahabat. Namun setelah berbasa basi memulakan bicara, akhirnya sampailah ke point utama perbualan telefon tersebut…

“Abang, adik nak exam percubaan selasa 2hb ni.”

“Ooh… a’a lupa. Exam ape? Berapa paper selasa ni?”

“Tiga paper. BM dua dengan Sejarah satu. Sejarah pukui 2 petang tu… time sedap-sedap tido bulan-bulan pose ni.”

“Haha… selambe je la. Bukan selalu.”

“Tula. Tau… Adik nak buat betul-betul exam ni bang, doakan adik ek?”

Ha,insyaAllah… dah ready ke nak exam ni?”

“Bolehla. Adala lagi sikit-sikit yang belum. Hmm, abang doakanla adik ek? Suruhla kawan-kawan abang doakan adik sekali”

“Aik, pelik benor bunyinye tu dik? Hahahaha…. Ngape ni??”, saya bertanya meminta penerangan. Agak janggal permintaan adik yang terakhir tadi. Mungkin ada sesuatu yang sedang bermain di fikirannya, yang agak sukar dikongsi dengan mak ayah sehingga dia ingin bercakap personal dengan saya.

Takdela, bukan apa. Adik ni hati tak berapa nak suci sangat. Adik dah usaha, dah doa semua dah, tapi abang tolongla doa-doakan adik jugak…ek?

berdoa

Laa…itu yang dirunsingkan. Tak suci, sucikanla. Senang je. Hahaha…”eh ape punya nasehat daa..

Oklah, serius.

“Allah cakap, dalam surah Al-Baqarah ayat 186,

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

“Seelok-eloknya doa tu dari adik sendiri. Kebanyakan orang tak nak doa sebab takut tak diterima, tak layak untuk berdoa dan macam-macam lagi. Tapi tu salah, Allah suka orang berdoa padaNya. Allah suka orang mintak tolong padaNya. Mintak pada Dia. Mintak sungguh-sungguh. Kalau boleh nangis, nangis depan Dia. Tak hilang machonye nangis depan Tuhan. Tuhan Yang Maha Agung tu…”

“Adik ni tak warak sangat. Kalau kat sekolah ni ada dua kelompok, satu geng warak, qiyamullail, baca quran kat surau semua lagi satu geng yang tak berapa baik. Adik dalam geng yang tak berapa baik sangat tula.”

“Ha, ada budak yang qiyamullail nape tak join? Ikut jela. Apa salahnya kite geng dua-dua? Abang dulu bukan geng budak-budak baik pon tapi abang campo gak dengan budak-budak baik. Join diorang qiyamullail, usrah. Atleast kita boleh tunjuk contoh yang baik kat golongan budak-budak ‘gila-gila’ tu. Kenapa? Takut hilang kawan kalau join budak-budak baik? Takut kawan-kawan gelakkan? Bior la diorang, kita bukan tak boleh hidup tanpa diorang. Akhirnya siapa yang untung? Kita jugak. Diorang bukan boleh tolong apa-apa kat kita pon.”

Tau, adik tak kesah pon diorang nak kata apa. Adik ok je. Diorang je tak boleh hidup tanpa adik. Hak3…” –ada unsur perasan dalam gurauan itu. Nak poyo la tu. Entah perangai siapalah diikutnya suka sangat perasan tu.=p

“Ha, baguslah. Boleh pengaruh kawan-kawan pulak jadi baik. Dah, jangan runsing-runsing. Buat yang terbaik, buat betul-betul percubaan ni. Banyak masa lagi boleh usaha. Biar dapat fly guna result trial macam kawan-kawan abang. Ok? Trial buat elok-elok, SPM nanti pon buat elok-elok, ganti cita-cita abang nak pergi UK, ok? Hehe…”

“Okeh! insyaAllah. Hehe… kimsalam kat mak ngan ayah ek? Assalamualaikum….”

Hud 11:61.

Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Shaleh. Shaleh berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya[726], karena itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertobatlah kepada-Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya).”

[726]. Maksudnya: manusia dijadikan penghuni dunia untuk menguasai dan memakmurkan dunia.

P/s: Sebagai bahan bacaan tambahan –

Allah tidak jauh, doa sentiasa mustajabhttp://drmaza.com/home/?p=409

Advertisements
Published in: on September 5, 2009 at 1:45 pm  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/09/05/sucikan-hati/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 KomenTinggalkan komen

  1. Bergaul tetapi jangan berbaur…sifir simple kehidupan.Tetapi betapa ramai lupa sifir ini…

    p/s:Ayam percik tu sedak molek nmpk…

    —-DR.RADZI says: susah sifir tu…Islam tak berkembang dan diminati kerana sifir tula…berapa ramai yang gagal -samada tak bergaul kerana takut berbaur, ataupon bergaul sampai dah ter’berbaur’. dua-dua gagal….

    pose2 ni sume sedak! haha…

  2. arwah ibu selalu berpesan, bersahabatlah dgn org yg benar, yg betul.w/pn seorang, sudah mencukupi jika dia membawa kepada kebaikan..
    “sendirian itu bergantung pada hati, jika hati rasa bertuhan, sendirian pun rasa aman”
    luaskan pergaulan, kenallah orang di sekitar mu, teliti habitnya, belajar keslahannya, contohi kebaikannya..

    —DR.RADZI says: yup,agreed. belajarlah tentang satu topik yang cukup unik – manusia. kerana manusia makhluk berakal, baik dia kerana penggunaan akalnya, buruk dia juga kerana penggunaan akalnya.
    p/s: i like dat quote.=)

  3. em..geng..
    sebut pasal geng..
    now..
    sy rasa sy macam tu la..
    sume geng sy jooin..
    yg baik..kita ikut..
    yg xbaik..
    jgn ikut..

  4. Sweet-nye adik beradik ni…
    Bagusnyer…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: