Mengamuk dapat apa??


Apa perasaan anda melihat dua orang mahasiswa, tidak berbaju dan mengecat badan mereka berdiri di khalayak ramai?

Marah lagi???

Marah lagi???

Petang tadi dua orang pelajar berdiri di kawasan fakulti sambil mengecat bendera Indonesia di kepala mereka dan bendera Malaysia di badan mereka tertulis “ban**at”. Saya hanya memerhatikan sambil tersenyum sendirian tanpa henti. Adakah mereka mahasiswa? Benarkah?

Mahasiswa, yang selayaknya mempunyai fikiran yang matang dan bernas. Mampu berfikir dengan matang mana yang kaca, mana yang berlian. Telah hilang sifat malu dan kewarasan, hanya kerana beberapa isu emosi yang tidak berkesudahan. Kenapakah manusia sering mengikut hawa nafsu memberontak dan marah tidak menentu?

INDONESIA dengan isu hak dan budaya yang dikatakan dicuri. Kecoh satu negara ini menuntut hak mereka dan memberontak di kedutaan besar Malaysia di Jakarta.

MALAYSIA pula dengan isu kuil dan ‘perarakan kepala lembu’ yang kononnya diketuai oleh orang yang ‘berkopiah dan bertakbir’. Ketika diberi peluang berbincang habis keluar caci maki dan karutan kesat yang tidak terbayangkan.

Saya terfikir….

Abende yang kome maghah meno tu yob??

Ate boleh ke setel kalo dah gitu gaye maghahnye???

Kome buat sume tu dah pikio abeh ke??

Idak ke malu conten badan, menjerit sana sini tuu???

Bak kata Riz –kawan saya di Izzuddin dulu- APE KEHENYE YOB???

Surah Al-An’am 6:108.

Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.

Nak mengamuk? Nak tunjuk perasaan? Nak berdebat? Nak buat sesuka hati?

Daripada Abu Mas’ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : “Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : APABILA ENGKAU TIDAK MALU, MAKA KERJAKANLAH APA YANG ENGKAU KEHENDAKI.”

(Riwayat Bukhari)

DR.RADZI says : Sukati komela…. Banyak lagi kerja nak kena buat. Kalau ISLAM boleh jadi agung hanya dengan bercakap ‘degung degang’ lama dah Hitler masuk ISLAM. Cakap banyak, kerja kurang!

Published in: on September 8, 2009 at 12:14 am  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/09/08/mengamuk-dapat-apa/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

8 KomenTinggalkan komen

  1. provokasi kat sni makin mencuakkan la..nk g mne2 pn skg pkir 2,3 kali..aishhhh…sush btol…dorng ni mmg mrah sngt ngan kiter..

    p/s=yg laki bole la jln je tanpa rsa sush hati,ktorg yg pompuan ni,die nmpak pkai bju kurung pn dh cam yg nie plajar msia..huhu..pas ni kna tkar style tudung la plop..huhu

    DR.RADZI says: takpe2,kite doa banyok2 deh? nk tuka buleh tuka,jgn ‘bertuka’ sudah…hehehe

  2. Masalahnya sebilangan rakyat Indonesia yang extreme sahaja yang begitu. Kalaulah mereka sedar yang mereka tu menumpang..mereka tidak belajar ttg diri sendiri.

    —-DR.RADZI says: bukan salah siapa2 mahupun kelemahan siapa2, kita kan sama sahaja hambaNya, kenapa perlu bermusuh dan bersengketa??? hmm…
    p/s: terima kasih sudi ke sini. saya juga minat bahagian motivasi.=)

  3. Alhamdulillah stakat ni terpelihara drpd perkara2 yg mnakutkan..huhu. Lalu sebelah pak ojek pn, dia stakat kata “Malaysia2, Johor2″…huhu

    pelik manusia ni..dah jadi manusia, nak jadi lembu pulak…-_-”

    iklan: sila berhati2 di jalan raya, supaya tidak dibom oleh bunga api yg dibaling oleh budak2 kecik..haha

    sue, sila la tukar stail tudung kamu…konfem punya tak nampak cam malaysian dah..lala~

    —-DR.RADZI says: camne tahu saya kene mercun dorg? abeh seluar,haih~~
    tuka bole,jgn pendek sudah…
    sabar ye kak? kita doakan mereka lebih faham dan mengerti erti dan hakikat hidup ini. mencari dan mengenal tuhan! kenal tuhan, kenal kehidupan…

  4. umat zaman kini diserang dgn virus pemikiran..tidak memahami islam secara total, meletakkan kita kembali ke zaman jahiliyyah walaupun sebenarnya kita telah moden..ghauzhul fikr..
    apakah ramai yang telah mengerti apa sebenarnya syahadatul Haq?
    apa tanggungjawab atas 2 kalimah syahadah yang dilafaz sehari2…sekiranya kita sedar tanggungjawab& tugas yg diamanahkan disebalik penyaksian itu, pasti tiada masa untuk kita berkelahi tentang isu remeh temeh seperti yang terjadi di dalam artikel..

  5. salam… jalan2.. terjumpa blog ini.. menarik!

  6. Salam ziarah…
    Alahai… Kesiannya student Malaysia disana.
    Tapi sekarang dah makin ok kan….?

    • salam, terima kasih ziarahnya.=)

      alhamdulillah dah ok….dah tak dengar sangat dah pasal ni sekarang. ikut musim la kot. hehe

  7. knp la buat cmtu ea…ce bincang elok2..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: