Password Syurga


“Syurga itu bukan hak istimewa orang Islam sahaja! Bukankah nabi menyebut ANAK ADAM di dalam sebuah hadith sahih riwayat Imam Muslim? Nabi tidak menyebut ORANG ISLAM. Hadithnya berbunyi ;

Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak shaleh yang berdoa kepadanya.

Maka sesiapa sahaja yang beramal (dengan memberikan sedeqah) dan mengajar ilmu yang bermanfaat kepada orang awam, selagi sedeqah dan ilmu itu digunakan, maka dia akan terus mendapat pahala! Maka syurga itu layak untuk semua yang beramal dengan amalan yang baik dan kebajikan!

Begitu bunyinya petikan tausiah (tazkirah) daripada tokoh terkenal seorang pensyarah fakulti komunikasi kalau tidak silap saya, ketika mengisi waktu kosong sementara menunggu waktu berbuka. Sambutan Welcoming Party 2009 –majlis sambutan pelajar-pelajar baru- diadakan di Bale 4, untuk memperkenalkan para pelajar dengan Dekan, Pembantu Dekan, Dosen-dosen (pensyarah-pensyarah) dan kakitangan Universiti. Saya dan sahabat-sahabat V.O.U. dijemput untuk mengisi ruang kosong dengan persembahan nasyid. Alhamdulillah, tugas kami selesai, kami meluangkan masa mendengar tausiah tersebut….

ANDA SETUJU?

Ya, benar!

Mungkin benar….

Ntahlah, ada benarnya barangkali…

***

Amin mempunyai dua orang anak lelaki, Ali dan Abu. Kedua-duanya selalu diingatkan dan dinasihati untuk menabung demi kesenangan di masa hadapan. Mereka disuruh untuk membawa Buku Akaun Bank ketika hendak memasukkan simpanan ke dalam bank.

“Bawak buku warna biru tau? Jangan bawak buku warna kelabu tu pulak”, pesan Amin kepada anak-anaknya ketika mereka mula-mula diajar untuk menabung.

Buku Akaun Simpanan

Buku Akaun Simpanan

Ali seorang yang boros, dia jarang menyimpan wang sakunya. Sering sahaja dia menghabiskan untuk barang-barang keperluannya. Namun begitu, nasihat ibu bapanya tidak pernah dilupa.

“Untuk senang dan bahagia di masa hadapan harus menabung”, jadi kadang-kadang dia menyimpan sedikit baki wang setelah dia berbelanja. Hanya sedikit, tidak sampai satu persepuluh wang sakunya. Buku biru dibawa bersama.

Berbeza dengan Abu, dia seorang yang berjimat-cermat. Abu sering dipuji dan dikatakan anak kesayangan kerana sering menghadiahkan sesuatu buat ibu bapa. Dia sering juga menyimpan wang saku pemberian mereka. Dia akan membawa buku akaun berwarna kelabu ketika dia ingin menyimpan wang di bank.

10 tahun berlalu,

Ali dan Abu masing-masing mahu mengeluarkan wang simpanan untuk kegunaan mereka. Namun yang mengejutkan adalah, Ali si pemboros dan jarang menyimpan wang mempunyai simpanan yang lebih banyak berbanding Abu. Simpanan Abu kosong! RM 0.00!

Apa yang telah terjadi? Bukankah Abu yang lebih sering ke bank untuk menyimpan wang?

KERANA ABU MENYIMPAN PADA AKAUN YANG SALAH!

Abu tidak menggunakan buku akaun yang betul, dan tidak juga menyalurkan wang simpanannya ke akaun yang betul. Password yang digunakan Abu ketika membuat simpanan tabungan tidak tepat. Maka wang yang disimpannya selama ini entah ke mana…

Entah masuk ke akaun siapa…

Tiada siapa yang tahu…

***

Benar, setiap anak Adam merujuk kepada setiap makhluk berkaki dua yang bernama manusia. Tetapi untuk beramal yakni ‘menyimpan untuk kebaikan di akhirat sana’, perlulah menggunakan cara dan password yang telah diajarkan kepada kita. Password/ kata kuncinya adalah ;

Aku Bersaksi Tiada Tuhan Yang Layak Disembah di dunia ini MELAINKAN ALLAH!

Dan Aku Bersaksi Nabi Muhammad Itu Pesuruh/Utusan Dari ALLAH!

Tanpa password ini, amalan dan kebaikan kita tidak ke mana! Kita berasa bahawa kita telah beramal dengan secukupnya, merasakan telah ‘menyimpan’ pahala dengan secukupnya, namun jika tidak benar dan tidak tepat kata kuncinya, PASTI KITA AKAN MENDAPATI BUKU CATATAN AMALAN KEBAIKAN KITA KOSONG di akhirat nanti. Rugilah mereka yang ‘menyimpan’ tetapi tidak dapat mendapat kembali ‘hasil simpanan’ mereka.

Sebaliknya, jika benar dan tepat password kita ketika menyimpan, PASTI SIMPANAN ITU BERBALOI walaupun sedikit cuma. Ia pasti dikira!

Jadi kurang tepatlah pemahaman Hadith tersebut oleh pemberi tausiah itu. Saya menyedari ada sesuatu yang kurang enak pada ucapannya ketika beliau lebih suka menceritakan tentang kelebihan dirinya berbanding topik tazkirah lain. Beliau menegaskan,

“Bunga Ros kalau dia mengatakan dirinya berwarna merah, dia bukan memuji diri. Itu adalah hakikat dirinya. Begitu jugalah saya. Ini adalah fakta tentang diri saya.”

Dan beliau juga turut menegaskan di akhir-akhir tausiahnya itu ;

“Biar riya’ asal dermawan,

Jangan ikhlas tetapi kedekut.”

APAKAH????

Haihh~~  (-_-)

Advertisements
Published in: on September 17, 2009 at 6:37 pm  Comments (7)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/09/17/password-syurga/trackback/

RSS feed for comments on this post.

7 KomenTinggalkan komen

  1. sunggh manusia kalau cuba memahami ikut logik akalnya..akan tersasar dan sesat jalan dibuatnya..

  2. Gaya bunyi dia macam menyerupai ayah pin mahupun ‘Rasul Melayu’ tu..jaga2!hehe

  3. macam-macam…

  4. salam.

    susah jugak kalo ada org bg tazkirah pd org ramai (students dan org2 yg hadir dlm majlis tu) sebegitu.. kalo ada yg mmg kurang pemahaman ttg islam,mudah saja terpengaruh. huhu..moga2 Allah beri pedoman dan hidayah kepada pemberi tazkirah tersbt. InsyAllah.

  5. السلام عليكم

    pernahkah anda berfikir sebelum mana-mana anak Adam mencapai kepada kata kunci atau password “Aku Bersaksi Tiada Tuhan Yang Layak Disembah di dunia ini MELAINKAN ALLAH!”

    “Dan Aku Bersaksi Nabi Muhammad Itu Pesuruh/Utusan Dari ALLAH!”
    …apakah yang dilakukannya?..adakah sama kata kunci yang diucapkan oleh Muhamad s.a.w itu sama dengan kata kunci yang diucapkan oleh anda sendiri atau mana-mana anak Adam ? pernahkah anda terfikir sejauh manakah Muhamad s.a.w berjalan dalam dirinya untuk mencapai pada kata kunci tersebut ? sekadar meminjam kata kunci atau password untuk diluahkan untuk pendengaran oran lain rasanya belum cukup..bro…

    • apa maksud anda, boleh tolong jelaskan?
      adakah komen anda berkaitan dengan isu artikel ini? maaf saya kurang jelas.

  6. asalamualaikum..

    boleh x sy th sape kah penceramah tu..
    sbb kte xley mempercayai seratus peratus dr sebeloh pihak saje..
    mb tersalah faham dr ayat dia..
    mb ayat dia btol,tp kte tersaloh taksir..
    xpasl2 org laen yg xth pape,dh pndang serong kt dia..

    —-DR.RADZI says: boleh saya tahu, kalau tahu penceramah itu siapa apa yang akan dibuat? anda dah pandang serong pada siapa? kenal dia ke?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: