KKN


“Kita nggak kenal-kenalan dulu nih? Kamu aja deh, jadi kordes nya. Dimulai aja. Masak diam terus gini…??”, saya berbisik memberi saran pada Bayu, rakan Indonesia yang baru berkenalan di sebelah tempat duduk. Sudah lebih setengah jam duduk dalam kelompok tetapi masing-masing membuat hal sendiri, sunyi sepi.

“Seenaknya aja… Kamu aja deh”, balasnya dengan ketawa kecil sambil memandang rakan di sebelahnya. Berfikir bahawa Bayu mungkin akan mencadangkan nama saya kepada rakan-rakan lain sebagai Kordes (Kordinator Desa@ ketua kumpulan) kalau saya terus mendesaknya untuk memulai perkenalan kelompok kami, saya mula membisukan diri.

Bukannya tidak mahu menjadi ketua. Tetapi jadual fakulti yang padat dan kurang fasih berbahasa Sunda akan menyulitkan keadaan kalau saya dipilih menjadi ketua. Nanti harus sering berjumpa dan berbincang dengan Kepala Desa (Ketua Kampung), menentukan pelbagai perkara dan menyelesaikan masalah orang kampung, pasti sulit komunikasi antara kami kiranya saya yang dilantik menjadi Kordes. Jadi, senyap dan meng’kera sumbang’kan diri lah jawabnya. Hmm…

Harini pembekalan KKN. Boleh dikatakan sebagai pertemuan awal untuk briefing tentang Kuliah Kerja Nyata (Program Pengabdian Kepada Masyarakat) yang telah diwajibkan untuk semua pelajar Unpad. Namun kami pelajar Malaysia berasa agak kekok kerana bersendirian di dalam kelompok kecil yang telah dibahagi-bahagikan. Entah bagaimana suasana di kampung tu nanti, hanya kepadaMu Ya Allah sahajalah kami bertawakal. Semoga urusan kami dipermudahkan, amiiinnn….

Advertisements
Published in: on Oktober 10, 2009 at 2:46 pm  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/10/10/kkn/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 KomenTinggalkan komen

  1. jia you dr razi!! ^^
    semoge sukses yee

  2. jia you tu hape cik qish? hehehe….
    semoga sukses2,amiiiin. tq.=)

  3. chaiyok2..tapi in chinese spelling..hehe

  4. salam.. dah kkn eh.. hopefully group radzi best and boleh pakai.. kene banyak bersabar sbb everytime meeting mesti janji karet 2 jam telat..pastu bile time meeting pun kene byk bersabar..sbb kite nak straight to the point tp certain people suke kona sana kona sini tp isi takdak.. mase buat program pun kene byk bersabar sbb ade je group members akan bagi alasan xleh tu lah xleh ni lah..n orang kampung pun kene jage hati jugak sbb ade certain kampung yang tak paham konsep kkn derang suke minta mende yang mahal2 ex.komputer, pam air,duit sumbangan..dll..hehehhe..ni berdasarkan pengalaman..tp if group ok n best..I.Allah mende2 mcm ni x jadi..=)
    apepun good luck with your 4th year…

  5. salam..bru2 ni pegi indonesia…student2 kat sana ada cter sket psl kkn ni..cam best, tp x detail sgt..apa intipati kkn sebenarnya dan camne pergerakan program ni?

    —-DR.RADZI says: salam….pegi indonesia pegi mana? bandung? err, susah gak nak explain sebenanya. tapi basically mcm program mahasiswa turun padangla…bantu apa yang patut kat masyarakat.=)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: