Ketua Harus Ada Dua…???


“Dengan ini, rasmilah Saiful sebagai ketua kita…”

“Biar benar ni, boleh ke dia jadi ketua ni?”

“Eh, die ni bagus, cuma…..”

“Alah, nanti kita gulingkan la dia.”

“Hmm…”

Orang yang paling layak untuk menjadi ketua adalah orang yang tidak mencalonkan dirinya, dalam erti kata lain, yang tidak berkehendakkan jawatan tersebut. Kerana dia tahu amanah dan tanggungjawab seorang ketua, bukan untuk dibangga-bangga dan mendapat nama. Seorang ketua itu dilantik, bukan melantik dirinya sendiri. Dia dipilih, bukan merasakan bahawa dirinya ‘akan dipilih’.

-Gambar Hiasan-

-Gambar Hiasan-

Seseorang ketua harus dipilih, berdasarkan ‘dua kekuatan’ yang ada padanya. Integrity (amanah), dan kompetensi (kemahiran, ilmu, pengaruh). Saya lebih suka mendefinasikan kompetensi sebagai berpengaruh berbanding berkemahiran atau berilmu.

Sepertimana yang diajarkan oleh Tuhan Pakar Segala Ilmu, di dalam surah 12 ayat ke 55 yang menyebutkan tentang Nabi Yusuf, seorang yang “Hafidzun”= yang sangat menjaga/amanah. Dan “Alim” = yang mempunyai ilmu.

Allah juga men’describe’ Nabi Musa sebagai pekerja yang “al-Qowiy”= yang kuat dan “al-Amin”= yang amanah di dalam surah ke 28 ayat 260.

AMANAH, untuk memimpin dengan benar dan tidak bermaksiat. Tahu membezakan yang halal dan yang haram. Mengasingkan yang dosa dengan pahala. Meluruskan jalan dan cara pandang hidup yang sememangnya sudah bercabang dua atau tiga.

Dan PENGARUH, untuk bersaing dengan orang lain. Berkemahiran untuk bersikap kreatif dan merealisasikannya. Mampu mengumpul idea dan membahagikan kerja. Membawa orang yang dipimpin ke arah yang ditetapkan.

Orang yang berpengaruh tetapi tidak amanah adalah “orang rosak yang kuat”. Segala kata-katanya bagaikan hikmat! Mengajak dan mengarah orang tanpa perlu berkeringat. Disayang bagaikan raja, menyayangi bagaikan ibu, namun arah pimpinannya kelabu tidak menentu!

“Sebaik-baik pemimpin kalian adalah yang kalian mencintai mereka dan mereka mencintai kalian, kalian MENDOAKAN mereka dan mereka MENDOAKAN kalian. Dan seburuk-buruk pemimpin kalian adalah yang kalian membenci mereka dan mereka membenci kalian, kalian melaknat mereka dan mereka melaknat kalian.” (HR. Muslim no. 1855 dan Ahmad no. 24027)

Orang yang amanah tetapi tidak berpengaruh adalah ibarat “orang soleh yang lemah”. Inilah kecacatan yang sering melambak di mana-mana.

Katanya pandai agama, kawannya ‘berpakaian pelik’ sikit jangan harap nak ditegur sapa olehnya.

Katanya pandai agama, orang ‘bercouple’ dilaknat terus tanpa dia berusaha untuk mendekatinya.

Katanya pandai agama, bagi tazkirah di depan tiada siapa yang mendengarnya!!!

Nabi Muhammad seorang tokoh agama, tetapi dia cukup disayangi keluarga dan musuhnya. Tidak pernah baginda mengajar kita untuk prejudis pada sesiapa, apatah lagi menjauhkan diri dari komuniti yang ‘tidak islami’. Pemimpin harus ada pengaruh! Belum berpengaruh dan mahu belajar mencipta dan memperolehnya?—> Magnet Diri

Bagusnya kalau ada orang nak bagi buku ni kat saya sebagai hadiah. Hmm...=p

Bagusnya kalau ada orang nak bagi buku ni kat saya sebagai hadiah. Hmm...=p

Ustaz mahupun gelaran ‘al-Hafidz’ semata-mata masih tidak melayakkan dia menjadi ketua yang baik. Nabi pernah menolak Abu Dzar al-Ghifari padahal kesholehannya tidak pernah diragukan sama sekali oleh Nabi sendiri. Penolakan Nabi terhadap Abu Dzar lebih kepada karena Abu Dzar tidak mempunyai kompentensi dalam kepemimpinan, tidak kuat pengaruhnya untuk memimpin. “Kamu jangan memimpin dua orang dan mengurusi harta anak yatim!” (HR. Muslim no. 1826).

AMANAH perlu ditanam. PENGARUH perlu dicipta. Kerana setiap dari kita adalah khalifah yang akan membawa kemakmuran kepada bumi ini dengan menyebarkan ajaran-ajaranNya. Jika tanpa dua kekuatan ini, Islam tidak akan tersebar. Dikhuatiri akan makin menjauh pula. Pimpinlah dengan adil. Setiap dari kita adalah pemimpin, dan kita pasti akan ditanya tentang kepimpinan kita. Setidak-tidaknya kepimpinan kita pada diri sendiri dan umat manusia!

Arahlah dengan bijaksana.

Sayanglah dengan seikhlasnya.

Kembangkanlah semajunya.

Bawalah kejayaan di dunia dan di sana.

“Ya Allah siapapun memimpin umatku dengan mempersulit, maka persulitlah dia. Dan siapa yang memimpin dengan kasih sayang/kelembutan, maka sayangilah dia.” (HR. Muslim no. 1828)

Advertisements
Published in: on Oktober 11, 2009 at 12:20 am  Comments (9)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/10/11/ketua-harus-ada-dua/trackback/

RSS feed for comments on this post.

9 KomenTinggalkan komen

  1. salam..
    lame xmenjenguk..
    entry ini menarik minat sy..

    lately sy dilantik jadi penolong wakil kelas..
    the leader lelaki..
    and sy pula pembantu..
    dilantik atas undian.
    pd awalnya nak menolak..
    sbb terasa mcm xmampu nak menggalas beban ni..
    tapi bila fikir semula..
    Allah bagi ujian pd hamba yang dirasakan mampu menggalasnya.. sy cube jlankan..

    pernah berpengalaman masa skola jdi penolong ketua pengawas..n mcm2 lagi.. but..now..sy rsa, mcm kurang yakin nk jadi ketua..

    apepun, thanks utk drrazi krna artikel ni menmbah keyakinan sy..

  2. wsalam…

    alhamdulillah jika ada manfaatnya ambillah untuk sama2 kita kongsikan. semoga kita dilindungi dan diredhai tuhan. amin…=)

    p/s: berusaha untuk jadi ketua yang baik jom! hehe..

  3. bkn ke yg byk skrg pemimpin yg berpengaruh tetapi tidak amanah terutama dalam bidang politik?cara memimpin perlu dipelajari tetapi sifat amanah itu lahir dari dalam diri.
    kadangkala sedih melihat mereka kononnya memperjuangkan Islam tetapi asyik bertikam lidah sesama umat Islam.bagaimana orang bukan Islam akan tertarik dengan Islam jika umat Islam tidak mencerminkan akhlak Islam yang sebenar seperti yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW.wasalam(cm tulis blog plak….huhu)

    DR.RADZI says: takpe, tulis panjang2 lagi pon takpe, dialu-alukan selagi sama2 dapat difikirkan.=)

  4. terase dgn beberape ayat in this entry~
    i know u r x perli sape2, u r just tegur as a whole.
    sometimes i know i’m x ready yet 2 b a leader.
    i’m still trying 2.
    it’s good to always trying, isn’t it?
    it’s always good to always improve ourselves, isn’t it?
    if we r x the leader at all,at least we r the leader of ourselves.
    qualified@not, that’s just 1 of those mindsets.


    DR.RADZI says: it’s not about ready to be a leader or not. but it’s about ready to learn from mistakes n experiences or not.=)
    “qualified@not, that’s just 1 of those mindsets.” i like dis. hehe…

  5. terksan…
    erm..byk lagi kena polish…
    byk cabaran bila menjadi ketua…
    amanah dari Allah satu asas pntg yg harus diambil perhatian…

  6. lama tak menjengah sini..

    pesanan pendek saya..
    ketua-ketua sekalian..
    jangan cari kemenangan
    carilah pengalaman
    belajar dari kesalahan
    amanah dalam perbuatan
    jadi contoh berzaman-zaman
    hoyeh!hoyeh!=)

  7. hurmm..nice entry..
    mmg ske eik bce bku cm2??
    btw,whos’s dis ha??
    u leave a comment on my blog
    but im not really sure who u r
    do i noe u?
    ermm,i link urs kt mine eik

  8. to sinar : semoga terus istiqamah dan berjaya memimpin, amiiin.=)

    to aku rindu : tq sudi menjenguk… pesanan untuk ketua bermaksud untuk diri sendiri sebenarnya.=) btw,datangla lagi. tq2. hehe.

    to erleen : suka! hehe…tak sengaja terjumpa ur blog. tak kenal pon…slmt brkenal

  9. assalamualikum bro

    ni sy fatin hehe tu la name panggilan yng plg best utk didengari.
    sorry lmbt reply
    malu plak blog sy xilmiah lgsung wahaha
    nice blog nyway


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: