Ubat Menghadapi Ujian = Istiqamah + Ihsan


Tahun keempat sudah mencecah ke satu perempat dari keseluruhannya. Semua orang sedang berusaha sedaya mungkin untuk cuba menyesuaikan diri, membahagikan masa, menenangkan jiwa, semata-mata kerana tahap kesibukan yang tinggi serta tahap ‘stress threshold’ yang sudah hampir mencapai maksimum.

Rakan-rakan yang dahulunya aktif kini mula menyendiri.

Rakan-rakan yang dahulunya ceria kini mula mengawal ‘benci’.

Rakan-rakan yang dahulunya pemaaf kini mula terasa hati.

Rakan-rakan yang dahulunya ‘lasak’ kini mula berdiam diri melayan emosi.

“Eh, kenapa dia tadi? Tak pernah aku tengok dia macam tu?”, tanya seorang junior.

“Alah, KKN…”, jawapan bersahaja mengisi ruang bicara.

Dengan urusan Minor Thesis yang masih belum nampak hujung pangkalnya. Belum tentu tajuk dan dosen pembimbingnya, kami pelajar tahun keempat seolah-olah sibuk tak berkesudahan. Baik sibuk luaran mahupun dalaman. Otak berkerja sehari-harian!

Namun saya masih ingat kata-kata seorang teman sebelum kami melangkah ke tahun keempat.

“Kita datang sini kitalah yang membuat dan mengisi program. Semenjak dari tahun pertama tiap-tiap tahun kitalah yang memenuhkan dewan. Tahun depan kita buat rekod jadi angkatan tahun keempat pertama yang masih aktif walaupun sibuk dengan belajar dan pelbagai urusan.”

Sebagai orang yang aktif berpersatuan, sekarang kata-katanya itu diuji. Mampukah dirimu bertahan wahai teman? Jangan jadikan diri dan rakan-rakan, mangsa semangat waja tanpa pengendalian.

AKUDANKAMU poster2 copy

Filem pendek pertama arahan Dr.Radzi - Poster edited by zulhazwan

~~~Sempat lagi menghantar penyertaan untuk program-program yang dianjurkan. Bukan penyertaan ‘cukup syarat’, tapi penyertaan yang memberikan saingan dan menang pertandingan! Kerana nabi berpesan dengan pesan IHSAN, membuat sesuatu haruslah bersungguh-sungguh. Bak kata orang tua-tua, “alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!”. Jadi alang-alang bertanding biar sampai menang! Tak kiralah sesibuk mana pun.~~~

Lain pula dengan kata-kata seorang sahabat seperjuangan.

“Masa kita di tahun pertama dahulu tiada apa pun program rohani yang mengisi jiwa. Mungkin ada sekali dua bacaan yasin dan tahlil dijalankan di surau permata. Itupun sekadar ingin mengisi ‘laporan aktiviti tahunan’ ketika AGM menjelang tiba.

Program-program mengenal tuhan dikongsikan. Aktiviti-aktiviti mengawal pergaulan diusulkan. Bermula dari idea dan gagasan, lantas diikuti kerja yang berterusan, sehinggalah ke saat ini setelah dilantik menjadi antara orang yang ‘mengawal keadaan’.

Apakah hasil yang telah kita dapatkan?

Adakah perubahan yang telah kita bawakan?

Ataupun hanya mengubah suasana agar ‘konon-kononnya’ menjadi pemimpin yang berlatar belakangkan ilmu agama, namun tidak nampak perbezaannya?

Apakah keputusannya?

Tahun keempat ini adalah kemuncak ujian perjuangan. Samada akan tetap BERTERUSAN, ataupun GUGUR DI TENGAH JALAN”

Benar, tahun keempat adalah puncak ujian!

Ujian mengurus kehidupan, agar tetap dengan ‘ikrar’ dahulu dan pendirian.

Ujian mengurus amalan, agar tetap dengan prinsip walaupun penuh rintangan.

Manusia AKAN DIUJI! Dan itulah tujuannya kita DISINI!

-Dr.Radzi’s Weblog, Bandung 5/11/2009-

(Cenderahati dari dr.radzi kepada pembaca blog ini…Filem Pendek – AKUdanKAMU)

Advertisements
Published in: on November 5, 2009 at 3:41 pm  Comments (13)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/11/05/ubat-untuk-ujian-istiqamah-ihsan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

13 KomenTinggalkan komen

  1. salam dr bumi glasgow..

    semoga makin cekal dalam perjuangan membela kalimah Allah & menjadi doctor Muslim yang berjaya..

    Semoga sentiasa dilindungiNya, dilimpahkan rahmat dariNya..

    “Jangan pernah putus harap pada rahmat Allah”

    Dikala tahun2 akhir pengajian, makin banyak program dianjurkan yang menuntut kesediaan diri, fizikal & rohani. Ada yang lelah, ada yang tersungkur, nyawa2 ikan, ada juga yang masih tetap utuh dalam menjadi pembela agamaNya. Moga usaha kita yang sedikit dalam memartabatkan Islam dinilai olehNya..amin..

    —-DR.RADZI says: thank you for the doa. ya, i wish i can be like that. semoga kamu pon terus istiqamah dijalanNya. sama-sama mati sebagai muslim mukmin. amiiin. jumpa di syurga!=)

  2. tahniah radzi…dah buat filem pendek pulak dah…banyak achievements sekarang..bagus2

  3. mana part 2 boss??hee

  4. solah : timekaseh…aku tak reti duk diam,haha.

    qish: tak jumpe ke? tengok kat account elmoluvpuddington. kalau kat account pkpmicb, narrator die takde subtitle. takpon, yg no 2 cuba tgk kat cni.

  5. part3 :

  6. Good JOb on the movie!

    p/s:kalo disuruh rewind or ulang year balik, 4th year adalah year yg tak nak ulang..lotss of sweet,sweat and bitter!

  7. Firstly mabruk 4 da video..thumb up!!

    Moga apa jua amal yg dilakukan di peringkat mana pun marhalah kehidupan…yang menggerakkan kita bukanlah semangat semata2..kerana smgt mudah padam..tapi biarlah wa’yul islami(kesedaran islam) penggerak utama…
    Moga sama2 menjadi muslim mukmin yang ‘amilin…

  8. assalamualaikum..
    lama xbgi comment..hee~
    erm..i wish all the best tok smua sr 4th year..
    memndgkan korg da last year kat sni,trun2 kan la ilmu ke jr2..
    n im proud of u guys yg msih trun padang untk berorganisasi eventhough bz sungguh..
    n tahniah ats kejayaan certa pendek yg mantop tu..

    p/s = tegur la salah silap kami..kami bdak bru belajar

    p/s 2 = truskan perjuangan!!

  9. Iman Aisyah : tq…nape tak nak ulang? santai atuh~ haha

    sinar : syukran ukhti. kesedaran dan semangat perlu bersinergi dengan baik.=) amiiiin….

    syuhadah : sebab saya pon dah lama tak update, hehe…turunkn ilmu? ilmu mmg dah ada kat bawah dah,tinggal kutip je.=p baca komen sue tiba2 rasa sedih plak,babai jatinangor,huhu…(mcm esok je grad. hehe)
    bz sungguh atau tak sungguh hidup tetap kene bsungguh2. chaiyyok!!
    p/s: orang yang suke kene tegur ni samada teguran2 sebelum ni tak memberi kesan, atau teguran tu tak macam teguran. harap2 bukan dua2 la ye? huhu….

  10. hmm…sesuatu teguran tu xberkesan mungkin sbab tiada keikhlasan dri yg memberi atau menerima..dan sokmo org ckap,`lembut tapi tegas` dlm menegur tapi xrmai yg mampu lakukan ini..untuk menegur sesuatu kesilapann itu memerlukan kekuatan dlaman..saling tegur-menegur..thanx bro.. =)

  11. Salam ziarah…cite aku & kamu menarik..xde sambungan nye? ade part 1 n 3 je? 2?

  12. Hola, me podrian decir cual es el nombre en idiomacastellano para esto que estan comentando. gracias y saludos desde Cancun, Mexico.

  13. hah…ada org mexico pulak dah kat sini…

    supaya komen nyambung dgn post:
    “Manusia AKAN DIUJI! Dan itulah tujuannya kita DISINI!”

    istiqamah ye bos~ chaiyok2


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: