Fikir dulu sebelum bertindak


“Saya tak nak keluar berdua boleh tak? Saya tak nak kita jumpa boleh tak?”, tanya seorang lelaki pada teman wanitanya.

“Ha, dah ada perempuan lainla tu?! Dah tak sayangkan saya la tu?! Apa kurangnya saya ni???!!!”, bentak si gadis melempias amarah.

“Bukan….tapi sebab saya tak nak mencontohkan keburukan pada orang lain. Biarlah kita sahaja menanggung dosa bercinta sebelum bernikah, jangan diperlihatkan pada orang lain. Saya tak sanggup menanggung dosa yang berterusan”, sama-sama membisu mengenang nasib diri yang tak tentu.

——————————————————————

Assalamualaikum…

Maaf mengganggu, boleh saya tahu siapa ‘lembaga penapisan filem’ cerita tadi? Setahu saya, orang-orang yang terlibat dalam sketsa tersebut ramai yang faham agama. Kenapa boleh sampai ada babak bersentuhan baju dan berlaga lengan antara lelaki perempuan(walaupun tak bersentuh kulit)? Ramai mata yang memandang, kalau mereka gunakan alasan “ala, kakak dengan abang senior dulu berlakon ada buat babak ni, kenapa kami tak boleh?”, adakah kita sanggup nak tanggung ‘saham’ dosa yang kita cipta??? Buatlah semua perkara, namun ciptalah saham pahala, bukan saham dosa.

Begitulah lebih kurang pesanan SMS saya pada salah seorang pejuang kebaikan…

Saya kerap memesan pada rakan taulan, adik-adik angkatan, tentang hadith yang cukup saya insafi dan fahami ertinya.

مَنْ سَنَّ فِي الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِي الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

Siapa saja yang mencontohkan di dalam Islam contoh yang baik maka untuknya pahalanya dan pahala siapa saja yang melakukannya setelah dia karena mencontohnya tanpa berkurang pahala mereka sedikitpun. Siapa saja yang mencontohkan di dalam Islam contoh yang buruk maka atasnya dosanya dan dosa siapa saja yang melakukannya setelah dia karena mencontohnya tanpa berkurang dosa mereka sedikitpun (HR Muslim, Ahmad, Ibn Majah dan an-Nasa’i).

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى، كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ، لاَ يُنْقِصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا، وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ، كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ، لاَ يُنْقِصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Siapa saja yang mengajak pada petunjuk maka untuknya pahala semisal orang yang mengikutinya, hal itu tidak mengurangi pahala mereka sedikitpun. Siapa saja yang mengajak pada kesesatan maka atasnya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, hal itu tidak mengurangi dosa mereka sedikitpun (HR Muslim, Ahmad, ad-Darimi, Abu Dawud, Ibn Majah, at-Tirmidzi, Abu Ya’la dan Ibn Hibban)

Mengikut pemahaman saya seorang insan biasa, hadith ini membawa satu erti dan mesej yang amat besar. Mesej dakwah buat para daie dan bukan daie. Pesan khas buat remaja islami mahupun duniawi. Pesan ringkas nabi tentang tanggungjawab khalifah di muka bumi. Pesan tentang ‘saham’ yang berterusan walau jasad ditelan zaman. Baik contohmu, selesalah dirimu sepanjang di baqa’ mahupun mahsyar. Buruk contohmu, seksalah dirimu menunggu kiamat yang teramat lambat.

Alangkah bagus jika mencontohkan kebaikan dan kebajikan. Setiap yang meniru, memberikan ‘saham’ pahala mereka kepada kita tanpa mereka sengajakan. Namun, malang buat yang tidak berhati-hati, mencontohkan keburukan dan kesilapan, ditiru pula orang bawahan.

Buatlah jahat sesuka hati asal jangan di depan orang!!!

Buatlah maksiat semahu diri asal jangan diketahui orang!!!

“Ko nak couple teruskan, tapi jangan bagi orang lain tiru!”

“Ko nak buat maksiat silakan, tapi jangan bagi orang lain tiru!”

“Ko nak buat jahat teruskan, tapi jangan bagi orang lain tiru!”

Kerana setiap mata yang memandang, akan menafsir dan berfikir, menyedapkan hati dan hilangkan khuatir, dengan beralasankan….

“Alah, orang tu pon buat….”

“Eh, ada orang buat jugakla. Takdela salah kot….”

“Macam best je tengok. Nak try jugaklah!”

Walaupun suatu ketika kita mungkin insaf dan berubah, tiada yang mampu menjamin ‘proses peniruan’ kejahatan yang kita buat suatu ketika dahulu akan berhenti. Dan sehingga kita mati, perilaku buruk kita masih akan ditiru orang kedua, ditiru pula orang ketiga, keempat dan seterusnya. Naudzubillah…

“Kenapa pulak nasihat orang suruh buat jahat senyap-senyap? Orang yang selindung-selindung ni la orang yang hipokrit! Nampak baik di depan tapi jahat di belakang! Aku tak nak hipokrit! Aku berani buat berani tanggung!”

Sesungguhnya yang membezakan manusia disisi Allah adalah taqwa.

Pelaku maksiat yang malu dengan maksiatnya adalah LEBIH MULIA dari pelaku maksiat terang-terangan.

Penjahat yang malu dengan kejahatan yang dilakukannya adalah LEBIH MULIA dari penjahat yang bangga dengan kejahatannya.

Tiada yang mampu menilai kebaikan dan keburukan seseorang hanya melalui bentuk dan perilaku luaran. Keburukan dan kejahatan yang disembunyikan, biarlah Allah yang memberi ehsan. Namun tanggungjawab setiap insan, adalah berakhlak yang sopan dan mencontohkan kebaikan.

Setiap amalan dan urusan, haruslah ada manfaat dan ‘saham’ kebaikan. Supaya senang dan senyum di dalam kubur, menanti mahsyar dengan rasa syukur.

Allah Maha Adil, Allah Maha Penyayang.

SMS yang suatu ketika dulu dikirim, kini terpantul pada diri. Kini saya pula yang diuji, berpeluang untuk dicontohi, harap bukanlah yang dosa dan keji… Saya berlakon, mengarah, bernyanyi, bercakap, bersukan, dan berbagai lagi. Tolonglah tapis tolonglah timbang, janganlah kesilapan saya yang diulang-ulang. Ambillah yang baik, buanglah yang sumbang.

Resam manusiawi, diuji dan terus diuji, untuk mencapai maqam tertinggi. Nasihatilah diri ini, andai tercicir dari landasan ukhrawi. Semoga segala urusan yang dilakukan kini, mencontohkan kebaikan pada yang melihat. Seterusnya menjadi saksi dan pembela diri di akhirat nanti. Amin ya rabbal alamin…

Advertisements
Published in: on Disember 5, 2009 at 4:47 pm  Comments (12)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/12/05/fikir-dulu-sebelum-bertindak/trackback/

RSS feed for comments on this post.

12 KomenTinggalkan komen

  1. nice:)

  2. i like~
    yg 1st part tu…cm pnh terbce kt satu artikel ni…ntah la…
    tq coz igtkn~;)

  3. =D

    mendalam.=)

  4. nicely written.

  5. Orang yang mukmin itu sentiasa khusyu’,bukan hanya khusyu’ dalam solat, tapi dalam kehidupan sehariannya juga, khusyu’ dalam menunaikan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya…

    dan orang2 yang bertaqwa sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakannya supaya tidak menjerumuskannya ke dalam dosa…

    Mudah untuk diungkap tapi pelaksanaannya tidak semudah mengucapkannya…

    Semoga kita termasuk golongan yang sentiasa mengajak kepada kebaikan, dan mengamalkan segala apa yang diucapkan…amiin ya rab

  6. salam,
    mcm tekena je…
    mmg ssh nk buat salah sorg2 masa skolah dulu…
    klu nk ponteng biar rmi2,
    klu nk fly pun biar rmi2,
    so bila kantoi or kena denda biar kena rmi2…
    tp klu kena ‘denda’ dgn Allah xde gunanya rmi2…
    klu bleh usaha jgn smpi kena ‘denda’,
    atau bwk org lain skali…

  7. jangan cipta saham dosa..

    insyaAllah~
    kita kena lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian..

    jzkk atas peringatan ni..

  8. Syukurlah ada insan yang duk peringat…Kita nak jumpa orang puji sampai tak pijak bumi itu ramai…Baguslah,hebatlah, mantaplah…Orang jenis macam itu ramai dan belambak.

    Tetapi tidak ramai orang mampu katakan…

    ” Ajie, sebenarnya itu SALAH”

    Manusia akan cepat lupa kebaikan walaupun beribu, tetapi once buat silap…itulah yang akan dihighlight sampai ke mati…

  9. assalamualaikum..
    trima kasih di ats peringatan ini..
    syabas kpada sesiapa yg mampu menegur kesilapan teman-temannya krana ia bukannya mudah..
    diri ini akn lebh peka slpas nie..insyaAllah..
    n sye stuju dgn dr amad..manusia akn cept lupe kebaikan kter tapi once kter wat silap..mmg orng surely akn ingt..

  10. sweetprune, Lime Tea, qish, puding caramel : terima kasih sudi membaca dan komen. dah lama nak tulis, tapi baru kalini berpeluang. huhu…

    farhana: yup,erti sebenar taqwa. berhati-hati….

    tuah: takpe tuah, cerita lama tu tolak tepi dulu. yang penting sekarang. hehe…kene hati-hati, tak pasal-pasal buat saham karang. huhu

    duha: beringat sebelum terkena. mencegah, tak nak mengubati.=)

    dr.amad: kalau dah tersilap nak buat mcm mana. tapi selagi boleh kawal yang ter tu,kena la kawal…huhu

    syuhada: kalau takut teman marah ditegur jangan berteman dgn dia.=p

  11. Muslim mukmin kena berhati-hati dalam beramal…
    kecil ke besar ke…ada PENILAI yang Maha Teliti Pengiraannya..

    Jazakallah..peringtn yg sgt baik..

    —–DR.RADZI says: insyaAllah….sama2 menjaga setiap amalan di dunia,supaya bahagia disana. amiiiin..

  12. thankz dr.radzi…

    makes me feel better…

    astaghfirullah…may Allah guide me,u,u all…n everybody…ameen

    —–DR.RADZI says: what makes u feel better? hmm,amiiiiin. may Allah be w us always.=)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: