Kaklong


Fazrine bt Ahmad Zubir

“Periksa nombor satu dulu, baru dapat”, pujuk mak.

“Ala…nak jugak! Nak jugak!”, bantah saya yang ketika itu berumur 5 tahun.

Kaklong menarik tangan membawa saya jauh sedikit dari mak dan ayah ketika itu. Perlahan dia membisikkan.

“Ish, ko tau tak mak ngan ayah takde duit? Ko mintak camtu mana ayah nak dapat duit? Kesianla kat mak ngan ayah, kita bukannya kaya.”

Begitulah nasihat yang sering diungkapkan. Sehingga hari ini, saya kuat berjimat (JANGAN baca = kedekut) adalah kerana tunjuk ajarnya. Haha…

Dalam marah saya berfikir. Rajuk tetap diteruskan, namun berubah haluan.

“Nanti adik dapat nombor satu periksa nanti adik nak jugak! Tak kira!!!”

Perbezaan umur 5 tahun, hidup dalam keluarga yang serba sederhana, membuat kaklong lebih matang dalam berfikir. Lebih lunak dalam bertindak. Lebih ‘perlahan’ dalam ‘memberi idea’. Dia takut menyusahkan mak ayah, takut menyakiti hati mereka. Kaklong jarang meminta, tapi kalau sudah teringin sangat akan sesuatu, dia akan bersuara…

“Mak, kalau ayah ada duit nanti, erin nak tu ek?”, permintaannya yang tidak disertakan harapan. Sekadar meluahkan keinginan.

Kelahiran adik bongsu ketika saya sudah mencecah enam tahun membuatkan saya dan kaklong menjadi teman rapat membuli adik. Adik kuat report, so takmo geng dia! (Haha, kalau adik baca ni, terimalah hakikat!=p)

Namun menginjak dewasa, kaklong mula sibuk sendiri. Hidup tunggang terbalik tiada berteman. Mak yang dulu melahirkan sudah kerapkali mengadu kerisauan. Tempat mengadu ; anak terunanya yang juga sudah layak ke alam perkahwinan. (Di doakan sahaja lah ya….Hehe…)

Alhamdulillah, tuhan memberi kesempatan untuk melangsungkan pernikahan, semoga lebih bahagia dan bertambah keimanan.

Salam dari adikmu,

Sejahtera ke atasmu dan bakal suami. Semoga kekal ke syurga Firdausi. Amiiiin….

Pernikahan…

Tiap insan punya perbezaan

Apatah lagi yang baru berpasangan

Yang baik harus kita teruskan

Yang buruk cuba kita maafkan

Semoga bahagia kekal berpanjangan

Kalau marah sampai tak tertahankan

Ingatlah tuhan ; INIKAN UJIAN?

Salam ingatan. =)

Advertisements
Published in: on Disember 16, 2009 at 9:08 pm  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/12/16/kaklong/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 KomenTinggalkan komen

  1. بَارَكَ الله لكما وبَارَكَ عَلَيْكَما وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا في الْخَيْرِ
    Barakallahu lakuma wabaraka ‘alaikuma wajama’a bainakuma fil khair

    Semoga Allah memberkati kamu berdua dan diberikan keberkatan ke atas kamu berdua di antara satu sama lain, dan menyatukan kamu berdua di atas kebaikan.

    Doa untuk kakak penulis dan bakal zaujnya, bukan penulis. Sekian=)

    —–DR.RADZI says: amiiiin….
    ces!!!=p

  2. ajie!!bawak balek rendang,nasi minyak segala taw!! lappooowww neeeng!!!!huhuhhuuuuuue~

  3. Semoga sentiasa dalam barakah dan perlindunganNya kedua-dua mempelai dan penulis.

    Semoga penulis pun berjumpa jodoh yang sekufu, yang sama-sama berjuang menegakkan deen-Nya..

    Janji Allah itu tetap benar, perempuan baik untuk lelaki baik..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: