Cari kelemahan sendiri, jangan selesa di tempat tinggi


“Bro, aku rasa ko patut kurangkan kemesraan ko dengan kawan-kawan bukan muhrimla. Kurang enak rasanya tengok PEMIMPIN buat macam tu.”

“Sheikh, ana tengok anta ada satu tabiat yang kurang sesuai sewaktu bagi ucapan. Ana rasa anta patut kurangkan benda-benda macam tu. PEMIMPIN yang baik adalah orang yang percakapan dan butiran kata-katanya didengari dengan jelas dan senang hati.”

“Kawan, makan tu cover-cover la sikit. Gelojoh semacam je, ko tu PEMIMPIN. Jadi orang besar-besar ni kenala pandai mengawal diri. Biarlah menjadi contoh dan bahan rujukan. Bukannya didengar ketika memberi arahan, tetapi diperlekehkan ketika luar dari bidang kekuasaan. Ko faham maksud aku?”

*******************************************

Pemimpin yang TIDAK BERSEDIA ditegur, TIDAK AKAN berubah walau seribu kali nasihat ditutur.

*******************************************

Siapa kata pemimpin itu selesa?

Siapa kata pemimpin itu ‘glamour’?

Siapa kata pemimpin itu bahagia?

Siapa kata pemimpin itu mudah kerja?

Pemimpin banyak tanggungannya. Banyak juga risikonya. Banyak pemerhatinya, banyak juga penegurnya. Adakah pemimpin sentiasa rela ditegur? Adakah pemimpin bersedia diatur? Tidak, jawapannya tidak. Sukar untuk ‘memimpin’ pemimpin.

“Siapa presiden baru persatuan tersebut?”

“Siapa Yang Dipertua baru kelab tersebut?”

“Si fulan. Dia tu berwibawa orangnya. Kami rapat dengannya, jadi tak perlu risau insyaAllah kami akan tegur dan nasihat apa-apa yang patut.”, jawab seorang aktivis agama bila ditanyakan siapa pemimpin di tempat/kawasannya.

**********************************************

Umara’ yang DIKELILINGI Ulama’ sangat berbeza dengan Umara’ yang BERSAHABAT  dengan Ulama’.

**********************************************

Perbezaan terletak pada satu titik penting, KEIKHLASAN DALAM KEPIMPINAN. Seorang pemimpin yang IKHLAS akan mendengar nasihat dan teguran daripada orang di sekitarnya samada ia positif mahupun negatif. Seorang pemimpin yang ikhlas akan MENCARI DAN MENGHARAPKAN TEGURAN.

Kenapa harus mencari teguran?

Kerana  ‘jurang perbezaan’  diantara seorang pemimpin dan orang bawahannya akan terbina secara sedar ataupun tidak. Seorang pemimpin akan berada pada ‘satu tahap’ yang berbeza berbanding orang bawahannya. Orang yang dipimpin tidak lagi boleh sesuka hati bercampur dan menegur, kerana yang memimpin perlu tunduk pada atasan yang mengatur. Jika tidak kerana atasan, mungkin kerana kehendak sendiri dan pilihan, untuk merasa diri bebas dari kesalahan. Jawatan dan kepimpinan akan menanam riya’ dan kesombongan. Akibatnya, pemimpin  selesa di awang-awangan, yang dipimpin hanya mampu memandang dan menyimpan kekhilafan. Pemimpin harus selalu mencari nasihat, mencari tegur walau berpangkat. Ulama’ dijadikan sahabat, agama dijadikan penasihat.

Hilangkan takabbur, TURUNKAN EGO!

“Apa kekurangan ana sepanjang memimpin organisasi kita selama ini yang anta perhatikan?”

“Apa yang ko rasa aku tak patut buat dalam memimpin persatuan ni?”

“Pada pendapat awak, apa yang patut saya tambah dalam kepimpinan saya ini?”

Hanya dengan bertanya dan meminta, tidak bererti hilang wibawa.

Kalaulah megah dan darjat tanda berjaya, apalah nikmat diumpat dicerca.

APA KESALAHAN SAYA…

APA KEKURANGAN SAYA…

Ikhlaskan diri, mintalah ditegur.

Semuanya terletak pada dirimu, wahai pemimpin!

Advertisements
Published in: on Januari 6, 2010 at 8:47 pm  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/01/06/cari-kelemahan-sendiri-jangan-selesa-di-tempat-tinggi/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 KomenTinggalkan komen

  1. hadoi..
    terase2….
    sedar2

  2. assalamualaikum..

    erm..memang bukan senang sanye nk jd pemimpin ni..
    and actually sume org patut terasa baca artikel ni,
    sebab everyone adalah leader kepada sesuatu kan..
    tak kiralah persatuan ke, keluarga ke, kawan2 ke..tapi setiap org bertanggungjawab atas sesuatu..
    so memang kna snts rela n sedia terima teguran..

    tapi tak dinafikan bila kita ditegur,
    tak kiralah kita ni orang yang dikenali ramai atau pun tak..ego tu mmg selalunya ada..

    saya sndr, kalau ditegur..
    ada egonya..
    tapi apalah gunanya iman di dada n akal yg dikurniakan pada manusia kalau bukan utk memimpin perasaan dan tindak tanduk kita kan..
    fikir2kan teguran n kritikan yang kita terima tu..

    bukan apa, utk kebaikan jugak sbenarnya kan..
    sejam dua jam mungkin masih panas lepas ditegur.
    tapi lepas tu iA ‘org yang ditegur’ tu harusnya dah boleh menilai n mengambil yang terbaik..

    kalau marah berpanjangan n takleh terima langsung tu..
    mungkin kena cek balik hati, niat dan keikhlasan~

    wallahu’alam..

  3. orang-sedar : kalau bukan kita yang terasa dan mengubah segala cacat cela, siapa lagi yang boleh diharapkan ye dak? nak tunggu pemimpin non muslim dapat hidayah tu jauh sangat, so kita je la kene beringat. chaiyok2!!!
    (dituju kepada semua ketua termasuk ketua study group dan ketua cawangan kawasan. kikiki…=p)

    duha : terima kasih atas nilai tambahnya. pemimpin yang BAIK dan IKHLAS seharusnya tahu kenapa dia DIPILIH mahupun TERPILIH. pemimpin tidak boleh lupa diri dan tujuan dia dilantik. pemimpin tidak harus bongkak dan berasa diri layak. barulah kemudian kerjanya akan FOKUS, TERATUR, DAN ISTIQAMAH. sama-sama kita baiki diri, insyaAllah menjadi KHALIFAH yang disegani.amiiiiin….

  4. 2 PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT ISLAM

    Akhlak dapat dibentuk dengan baik sekiranya kita benar-benar mengikut lunas-lunas yang telah disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Akhlak yang dibentuk berasaskan kesedaran dan hidayah dari Allah yang mampu dimiliki oleh setiap manusia yang mahu digelar hambaNya.

    Antara jalan terbaik untuk membentuk akhlak yang mulia ialah:

    1. Ilmu pengetahuan
    Setiap mukmin perlu mempelajari apakah akhlak yang terpuji (akhlak mahmudah) dan apakah akhlak yang dikeji (akhlak mazmumah). Al-Quran telah menggariskan akhlak yang utama yang mesti dihayati oleh setiap orang mukmin. Sennah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pula telah memperincikan serta telah menterjemahkannya ke dalam reality kehidupan sebenar.

    2. Menyedari kepentingan akhlak yang diamalkan
    Akhlak adalah cermin bagi individu Muslim itu sendiri, malah daya tarikan Islam juga bergantung kepada akhlak yang mulia.

    3. Keazaman yang tinggi
    Melalui keazaman yang kuat sahaja jiwa dapat diperkukuhkan untuk benar-benar menghayati sifat yang mulia.

    4. Ibadah yang kuat dan ikhlas
    Ketekunan dan keikhlasan melakukan ibadah mampu menangkis serangan mazmumah terutamanya bisikan hawa nafsu.

    5. Bergaul dengan orang yang baik akhlak
    Pergaulan boleh mempengaruhi diri untuk berubah. Ini adalah kerana manusia cepat meniru orang lain. Dalam masa yang sama menjauhi orang-orang yang melakukan maksiat dalam erti kata uzlah syuuriyah (pengasingan jiwa) yang mana kita tetap meneruskan usaha untuk membawa mereka kembali ke jalan yang benar.

    6. Membiasakan diri dengan kebaikan
    Menggantikan akhlak mazmumah dengan akhlak mahmudah serta senantiasa membiasakan diri dengannya agar ia tetap kekal di dalam jiwa.

    7. Sentiasa berlapang dada untuk menerima nasihat
    Kadang-kala seseorang itu tidak menyedari kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri. Oleh itu ia perlu berlapang dada dan menerima nasihat-nasihat yang bertujuan untuk membaiki dirinya.

    Umar Ibn Al-Khattab pernah berkata: Mudah-mudahan Allah memberikan hidayah kepada orang-orang yang menunjukkan kekurangan-kekuranganku.


    —–DR.RADZI says : jzkk diatas masukannya. syukran jazilan ukhti/akhi.=) sepertinya diambil dari sesuatu sumber, boleh dikongsikan sumbernya? mungkin banyak lagi boleh dibongkar melalui sumber tersebut.=)
    wallahualam, semoga sama-sama dapat manfaat. amiiiin.

  5. Tambah sikit…
    Kadang2 kita selalu cakap,
    “Kalau kau nampak aku buat silap ke, tegurlah ek”
    “Kena selalu ingat-mengingatkan”
    etc etc

    Tapi bila tiba realitinya, teguran itu dipandang sipi, teguran itu dianggap sebagai ancaman, teguran itu dianggap sebagai melawan.

    Mungkin masa kita cakap tu, kita rasa dah ikhlas dah…tapi syaitan sentiasa ada untuk merosakkan niat kita bila sampai masa nak praktik tu, jadi kita kena sentiasa berdoa terlindung dari makhluk terkutuk itu…

    Dan bagi yang menegur pun, ada akhlaknya…bukan main terjah je… Haruslah beradab dan menegur atas nama kasih sayang sesama muslim…InsyaAllah andai lurus niat, takkan tersasar dari tujuan asal.

    Ilmu-> Amal-> Akhlak
    Jika akhlak kita masih kurang, check semula ilmu dan amal.
    Samada kurang ilmu atau kurang amal kita, mana yang ‘slack’nya?

    Wallahua’lam, kalau salah tolong tunjukkan

    —–DR.RADZI says : S.E.T.U.J.U!! =)

  6. salam dr.radzi..mntk izin nk copy n paste dlm blog saya boleh??

    salam ziarah dari bumi mesir.SYUKRAN (^_^)

    —–DR.RADZI says: sila2…semoga ada manfaat pada yang membaca, memberi saham pahala buat saya. hehe. amiiiin.=)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: