Beragamalah dengan DISIPLIN INI


Aku mengajakmu MENGKAJI tuhan

Aku mendorongmu MENCONTOHI utusan

Aku menunjukmu KEMURNIAN ibadah bukan ikut-ikutan

Asal ‘disiplin ini’ telah kau FAHAMKAN

Nak jadi apa pun terserahlah PILIHAN!

‘Disiplin ini’ dipelajari bukan kebetulan. Ia suratan yang ditentukan tuhan ketika diri ini menangkis penyesalan keputusan SPM dan tawaran tempat melanjutkan pelajaran. Memang benar sabda tuhan, kadang impian dan harapan yang kita cita-citakan, tak semestinya penentu kejayaan dan kebahagiaan. Ianya telah ditetapkan….

Walaupun saya tidak sealim jawatan yang saya ada, walaupun saya tidak sebaik imej yang rakan-rakan saya bawa, walaupun saya tidak se’thiqah’ nama sekolah lama saya, walaupun saya bergaul dengan kawan-kawan yang ‘gila-gila’, jarang yang merasa ANEH jika saya berbicara pasal agama. jarang yang merasa PELIK ketika saya menasihati dan menegur apa yang tidak kena. Jarang yang MEMPERTIKAIKAN perubahan yang saya bawa. Kerana saya dikenali sebagai LEPASAN SEKOLAH AGAMA.

Budak sekolah agama mestilah baik ilmu agamanya???

Bukan mempertikaikan pandangan umum tentang pelajar lepasan sekolah agama, tetapi apa yang dipelajari di sekolah rendah dan menengah hanyalah 10% dari keseluruhan pembentukan diri manusia. Selebihnya, manusia belajar dari pengalaman dan kesilapan diluar ruang lingkup persekolahan.

Dan saya belajar memilih jalan kehidupan selepas dari sesi persekolahan.

Saya memilih untuk BERPEGANG PADA ‘DISIPLIN INI’.

Ada orang berkata,

“Kenapa Radzi lain macam?”

“Kenapa Radzi dan kawan-kawan mahu berbeza dengan kita dan budaya yang dah sedia ada?”

“Radzi dan kawan-kawan dia tu nak jadi Geng Salafi, dah terpengaruh dengan ajaran Wahabi.”

“Radzi tu terikut-ikut Ustaz Asri, siap bertalaqqi lagi, jangan dengar sangat kata-katanya lagi.”

‘Disiplin ini’ lebih agung dari segala nama yang diberi. Saya mengenal ‘disiplin ini’ jauh sebelum saya mengenal siapa salafi dan wahabi. Saya berpegang erat pada ‘disiplin ini’ jauh sebelum saya berjumpa Ustaz Asri. Kenapa perubahan dan pengamalan ‘disiplin ini’ sering DIPANDANG REMEHKAN dan DIPUKUL RATAKAN dengan golongan yang TIDAK BERFIKIRAN????

BERAGAMALAH DENGAN ‘DISIPLIN INI’.

‘Disiplin ini’ itu apa?

Kembali rujuk makna ayat-ayat dalam Quran dan Sunnah, MENGENAL siapa kita dan pencipta.

Kembali MENGKAJI DAN MENCARI, betulkah Tuhan yang kita kenal selama ini, betulkah ibadah yang kita amalkan selama ini.

Kembali  BERHATI-HATI dan TELITI, supaya setiap amalan itu pasti diterima nanti, kerana pernah dicontohkan nabi.

ITU SAHAJA MAKNA ‘DISIPLIN INI’, ITU SAHAJA.

Tidak kiralah siapa diri kita, siapa ibubapa kita, dimana tempat tinggal kita, siapa kawan-kawan kita, apa latar belakang sekolah dan keluarga kita, inilah DISIPLIN kita dalam beragama.

“Aku mat motor”

“Aku mat ‘berfoya-foya’ dan player”

“Aku kaki enjoy dan suka berfacebook”

“Aku minah sosial yang hidup bebas”

“Aku minah gaul yang tak pakai tudung”

“Aku budak sekolah biasa”

“Aku malas amik tahu pasal ini semua”

“Aku budak sekolah agama”
“Aku orang PAS”

“Aku orang JIM”

“Aku orang IKHWANUL MUSLIMIN”

“Aku orang Umno”

“Aku orang melayu tulen”

INILAH DISIPLIN BERAGAMA UNTUK SEMUA. TAK KIRA JANTINA DAN USIA. TAK KIRA ANDA PERSATUAN DAN JEMAAH MANA!

Ada orang kata saya sudah banyak berubah sepanjang keluar sekolah. Ada teman yang perasan saya dah banyak membuat kebaikan dari kejahatan. Alhamdulillah jika itu yang dipandang tuhan. Tetapi hanya saya yang mengenal diri sendiri. Saya bukan sebaik luaran, apatah lagi dijadikan contoh tauladan. Saya sedar siapa saya di hadapan tuhan, seorang insan lemah yang sering mengulang dosa. Seorang manusia gila yang sering lupa diri. Seorang lelaki yang sentiasa kalah pada diri sendiri. Saya lemah, saya akui…

Ampuni daku Ya Allah….”

“Ampunilah dosa hambaMU ini….”

“Aku memohon kepadaMU Ya Allah….”

Astaghfirullahalazim…..

Saya sedar kemampuan diri.

Saya tidaklah sehebat mana, tidaklah sealim mana, tidaklah sewara’ atau sethiqah mana, tetapi saya mahu semua yang mengaku beragama, kembali sayang pada agama….

Kembali mahu dekat pada agama….

Kembali mahu mencari apa itu agama….dengan DISIPLIN INI.

Saya tidak pernah merendahkan alim ulama’, saya tidak pernah melabelkan jahatnya itu baiknya ini, saya tidak pernah mengajak anda menyokong saya, saya tidak pernah menyuruh anda keluar dari jemaah dan pegangan anda, saya hanya berharap kita semua kembali pada agama….dengan DISIPLIN INI.

Bila sebut pasal ini “sunnah” nabi, mula ada yang mencebik dan menutup telinga dan hati, dengan alasan “ini sudah tentu ajaran si asri dan wahabi”. DENGAR, TAPIS DAN KAJI dahulu! Belum terima sudah ditepis, kebersamaan apa yang mahu diraih? ‘Disiplin ini’ bukanla suatu puak, geng, kelompok, mahupun organisasi baru, ia tidak harus diketepikan hanya kerana “perbezaan kau dan aku”. Ianya tidak harus ‘diasing’ dan ‘dikhaskan’, ianya harus dipasakkan. Dalam diri setiap insan, yang mahukan ISLAM kembali dimuliakan.

Saya memang tidak layak berbicara pasal agama, tetapi saya sayang semua di sekeliling saya. Itulah satu-satunya sebab saya berkongsi dan bercerita.

Mahu membenci dan muntah membaca prinsip saya? Biarlah mereka mahu berkata apa. Saya hanya akan memekakkan telinga, kerana saya tahu apa tujuan saya.

Wallahualam…..

Advertisements
Published in: on Januari 11, 2010 at 10:37 pm  Comments (12)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/01/11/beragamalah-dengan-disiplin-ini/trackback/

RSS feed for comments on this post.

12 KomenTinggalkan komen

  1. kadang-kadang manusia taksub dengan jemaah, apabila ditegur, mereka menidakkan dengan berkata ‘aku wala’ pada ketua’..

    hanya aqidah yang sejahtera dapat mengembalikan si hamba kepada pencipta.

    ramai mengaku ulama’ tapi tidak menunjukkan contoh Islam sebenar..sering bertikam lidah hanya demi menegakkan pendapat sendiri, risau keegoan tercalar..

    bahananya masyarakat umum yang terkeliru, terkedu mencari arah pegangan yang satu..

    kembalilah wahai manusia ke arah fitrah yang murni..

    —–DR.RADZI says: ulama’ berbeza pendapat mungkin bersebab. tapi ni yang belum jadi ulama’ pon sibuk nak gaduh-gaduh, nak berbantah-bantah, nak melabel-label…nak pertahankan tok guru dan jemaah masing-masing. at last, orang yang nak menyebarkan agama tak boleh sebarkan, orang yang nak agama pon tak dapat agama. semua rugi. padanlah muka masing-masing. haih~~

    -kepada yang baru mencari agama, usahakanlah yang sesungguhnya.
    -kepada yang sudah mengenal agama, hilangkan ego, terimalah semuanya, tapislah dengan seadilnya. kalau salah ditegur, bukan disembur.
    -kepada yang sebarkan agama, istiqamahlah sentiasa. kamu pewaris umat manusia!
    wallahualam.

  2. Rasa sedih pulak bila baca post ni..
    InsyaAllah kita ketepikan segala perbezaan antara kita dan mencari persamaan antara kita…

    Orang yang sayangkan agamanya, takkan mencederakan agamanya hatta secara luar sedar sekalipun.

    Jangan pernah puas hati dengan ilmu yang kita ada, kerana mungkin saja ada orang yang lebih berilmu daripada kita… Namun kita sepakat bahawa akhlak tetap menjadi no.1!

    Kita sama-sama cintakan agama, jangan sesekali membiarkan ‘makhluk bertanduk dua’ memecah belahkan kita… Kan nabi kata sayang saudara kita sebagaimana kita sayangkan diri sendiri?

    Moga dengan sedikit usaha kita membela agama, melayakkan kita mengecap syurgaNya.

    amin.

    —–DR.RADZI says: ukhwah dan kesatuan, itulah yang saya harapkan bagi yang sudah mengetahui ‘tujuan’. tetapi bagi yang masih ‘mencari-cari jalan’, janganlah kita hanyut dek arus zaman, janganlah kita tenggelam dengan ‘agama sekadar nama dan warisan’.
    semoga ada yang mendapat manfaat, terima kasih ummufurqan.=)

  3. Posting yang baik.

  4. Salam, terima kasih di atas peringatan di atas. Ia baik dan semoga kita ditunjuki dengan hidayah-Nya.

  5. waalaikumusalam dr radzi ehhh..abg razi..ngeee~~
    kemaluan terbit di situ kerna blog hana yg tidak lah berilmu itu..ngee~~waaaa..sgt gembira kerna abg radzi tlah lalu di situ~~hehe~~btw suke bce ur writing!

    p/s=hana selalu juge bce2 kat sni..silent reader!aiceh!

  6. salam…
    xkenal saudara…
    tapi entry yang sangat menarik..thanx!

  7. to lenggang kangkung : terima kasih, semoga ada manfaat dan pahala…amiiin.

    fizi : wsalam. semoga ada manfaat dan kebaikan pada yang membaca, amiiin…

    to hana zaty : takpe2, blog yang comel. pasni boleh selitkan nasihat sket2 bg lagi comel.=)

    to mohd azrul : wsalam. terima kasih saudara. semoga ada manfaat.

  8. adehhhhhh…..sekali lagi perasaan itu terbit!!~~~ngeeeeee

    —–DR.RADZI says : maintain2~ (^^)v

  9. Masya Allah, superb =)

  10. Keperluan Segara – Fasa 1: Kelulusan Pelan Bangunan dari MPK
    Januari 15, 2010 pada 10:21 am (Uncategorized) Tags: derma kilat, jariah, zakat
    Assalamualaikum..
    Semoga anda semua mendapat rahmat dari Allah
    Kami memerlukan sumbangan SEGERA sebanyak RM3,600 untuk urusan kelulusan Pelan Bangunan daripada pihak Majlis Perbandaran Klang. Bayaran ini termasuklah untuk kelulusan Hoarding, Lesen Iklan, Papan Tanda dan yuran pemprosesan Pelan.
    Sila hubungi AJK yang terlibat, SMS kan hajat anda dan kami akan menghubungi anda semula untuk urusan selanjutnya.
    Sama-samalah kita bagunkan syiar Islam di tanahair kita ini. Wassalam, sehingga berjumpa lagi. Surau Al-Qayyum.
    Bandar Armada Putra Pulau Indah 42000 Pelabuhan Klang
    Pengerusi En Saifullizan Hj Mohd Isa 012 6874 385
    Setiausaha En Khaszemi Mohd Yakim 019 3376 927
    Bendahari En. Mohd Riza Mohd Yusoff 012 3080 362
    Sila SMS jika panggilan tidak dijawab. Kami akan menghubungi anda kemudian. Terima Kasih.

    Sumber: http://suraualqayyum.wordpress.com/

    tolong le sekupang dua

  11. hallo…nie 1st time masuk…byk yg blh dpt..tq2… teruskan berdakwah…

  12. smpena hari raya akan dtg.. den memohon maaf sgala kslahan silap den…. SeLaMaT HaRi RaYa………


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: