Modus Operandi si “MALING”


Jam 3 pagi, tombol pintu digerak dari luar, pintu bilik saya dibuka. Kepalanya menjenguk ke dalam masih memakai helmet. Entah mengapa, saya mudah terjaga dengan bunyi pintu tersebut walaupun bunyi ‘alarm’ Hanphone yang di sebelah telinga pun tak mampu membangunkan saya.

“HOIIIII!!!!”, saya menyergah dari atas katil. (patutnya buat-buat tidur sampai dia dah curia pa-apa barang, baru sedap belasah! Argh, menyesal rasanya.)

Marah betul rasanya bila melihat orang ingin mencuri datang BUAT KALI KEDUA DENGAN CARA YANG SAMA! Sebelum ini dia pernah membuka pintu bilik saya, dalam lingkungan waktu yang sama, dikala orang lain sedang nyenyak tidur, juga memakai helmet. Tapi kalini dia buat lagi!

“Ini bukan rumah Indra ya? Oh dikira rumah indra. Indra dimana ya? Koq ga ada. Ini bukan rumahnya indra benaran?”

-perhatian kepada kawan-kawan di jatinangor, ini adalah MODUS OPERANDI pencuri ini. Dia akan distract kita yang tengah mamai dengan ajak bersembang bertanyakan soalan-soalan.

Kali pertama dia datang dulu dia tanya, “ini bukan rumahnya pak asep?”

Kali kedua datang pun nak tanya macam tu, ingat kita bodoh?

“Bukan, kamu keluar!”, menyesal tak tumbuk di mukanya, tak pun tolak bagi dia jatuh dari tingkat tiga depan rumah ni. SEBAB LEPAS DARI RUMAH SAYA DIA PERGI MASUK KE BILIK JUNIOR PEREMPUAN PULAK!!!

“Ini bukan rumah Dewi?” itu soalannya ketika junior ni tersedar dari tidur. Dengan tangannya memegang laptop dan handphone kepunyaan junior tersebut.  Bila tidak dilayan oleh junior tersebut (mamai barangkali), dia menyambung soalan bertalu-talu. “Saya mahu ketemu dewi, katanya suruh saya kesini. Dewi ga ada benaran? Rumahnya dewi dimana ya, tahu ga??”.

Dalam hati saya fikir, kenapalah dia tak pegang laptop aku masa aku tersedar, memang aku akan lumatkan muka dia!!!

Saya bangun pagi tadi dengan rasa amat menyesal tak bunuh*(exaggerate) dia. Kalau saya bunuh* dia, mesti dia tak akan pergi ke rumah junior perempuan itu.

Dah la bilik perempuan, entah apa dipakainya waktu itu, dia boleh masuk dengan suka hati melepasi pagar dan ruang tamu. DIA MENCABAR MARUAH WANITA! KURANG HAJAR BETUL!

Huhuhu….. tak tahulah apa nak dikatakan lagi, marah sungguh rasa di hati ini. Astaghfirullah….

Ini pengajaran darimu Ya Allah…

Buat diriku dan teman-teman….

Lindungilah adik-adikku, jagalah maruah mereka, peliharalah aib mereka, kasihanilah mereka Ya Allah, aku memohon….

PENGAJARAN : TOLONG KUNCI PINTU!!!!!

Advertisements
Published in: on Januari 30, 2010 at 7:24 pm  Comments (20)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/01/30/modus-operandi-si-maling/trackback/

RSS feed for comments on this post.

20 KomenTinggalkan komen

  1. korang bukan tinggal kat rumah sewa ke?
    kira dia pecah masuk rumah korang la eh?
    ya Allah..ngerinya.

  2. patut ko terajang je dia..biar mampos, tak nyusahkan orang lain..

    semalam dia buat operasi kat cikuda lah tuh, habes sume rumah dia target..

    aku cadangkan korang bitau kat pak RT, biar dia yang pk masalah ni..

    kalau pak RT tak nak respon kita BUANG SUNGAI! BUANG SUNGAI!!

    kuang hajar betul makhluk2 tak berguna ni, tak de pekdah idup kat dunia akhirat!!

    *geram sebab aku pun pernah kena curi*

  3. qish: rumah sewa ke ape ke dia bukan kira. kenal jiha kan? sebelum rumah orang dia dah try rumah jiha dah pagi tadi….pastu umah hawa pulak last skali. junior tersebut adalah hawa. huhuhu~~

    aku pemikir: serius aku menyesal tak belasah dia sampai mati. kalau aku belasah dia takde dia gi umah orang lain. hmm…Allah sedang mengajar something pada kita…

  4. semoga Allah melindungi kita semua
    kawan2..tolonglah kunci pintu..KUNCI PINTU!!
    tolonglah..tak kira dimana anda,ni peringatan untuk semua lagi2 yang perempuan..
    Allah dah pilih sorang kawan kita untuk jadikan pengajaran(nasib dia tak kena ‘apa2’),so ambil iktibar
    jangan biar pisang busuk berbuah dua kali..huhu
    jika ada skill nak jerit,practise2 lah..mana tau boleh digunapakai..

  5. erkk.. jangan la blasah sampai mati*_*

    Kunci pintu, kunci pintu jugak… Doa jangan lupa…
    Kadang2 bila dah berada dalam ‘zon selesa’ kita lupa nak mintak perlindungan dari tuhan.

    ”Barangsiapa mencela usaha (meninggalkan sebab) maka dia telah mencela sunnatullah (ketentuan yang Allah tetapkan). Barangsiapa mencela tawakkal (tidak mau bersandar pada Allah) maka dia telah meninggalkan keimanan.” -Sahl At Tusturi-

  6. pastu die smpat curik tak laptop n hp dak pompuan tu?

  7. akurindu: kita belajar dari kesilapan….

    farhana88: kalau mati takde dia kacau orang lain dah. huhu~ insyaAllah, ini pengajaran buat semua.

    hani: dia sempat letak balik, nasib baik jugakla. walaupun dak pmpn tu tak kisah psl laptop n hp asalkan dia tak diapa-apakan,tapi alhamdulillah la dia tak amik.

  8. weyh cuak plak bila aku bc..
    pastu budak junior tu suma slamat x?

    —-DR.RADZI says: alhamdulillah selamat,tak selamat tak taula aku nk ckp ape weh…huhu..

  9. tapi kalo bunuh die hukum kt ko laen pulak razi,mmg kite marah die curik n menceroboh tp kalo blasah or bunuh die?die pencuri,kite pembunuh,haa..kuasa menghukum bukan ditangan kite,even untuk memotong tangan pencuri pun bukan tugas awam kan dalam undang2 hudud n qisas?(even though pukul ramai2 secara berjemaah berirama aku sokong,haha).

    die xbwak pisau pape ke razi?

    moral of the story: jangan hidang teh n mknn bl pencuri start tanya soklan, terus pukul n tangkap,hoho.

    ——DR.RADZI says : exaggerate je tu…tak pernah lagi aku bunuh orang setakat ni. hehe…takpe,bagi dia mandul 7 keturunan pon dah cukup puas hati. tak bwk pisau rasanya. kalau ada pon,maybe dia tak sempat keluarkan lagi

  10. adehhh…tkot lak dgr citer camnie…
    kejam tol…’huhuhuh….
    anyway,thanks for this information…

    —–DR.RADZI says: semoga kita semua beringat.=)

  11. AStaghfirullah..semoga sahabat2 di Indonesia sumer hati2,,sentiasa baca ayat kursi, especially tiap lepas solat..iAllah selamat. sebab, diorg amat suka pakai skill pukau2 ni..nnt sedar x sedar, benda x baik terjadi..nauzubillah..

    pengalaman sendiri, saya pernah selamatkan mbak kat dalam bas yg tgh bergerak dari kena curi..tp ntah knape org lain buat x tau je..mcm saya sorg je yg perasan waktu tu..atau mgkin diorg takut..huhu..dan nak dibuat cerita, kat belakang bas tu, ialah sumer geng2 pencuri tu, adalah dekat 10 org, seb baik saya dah nak smpi fakulti, turun cepat2..huhuhuh..Seramm…..

    tips: bila jumpe org tak dikenali, jgn tenung mata mereka, sebaliknya kalo harus pandang muka, pandang hidung ke kening ke, sbb takut kena hipnotis..(eh..canggih plak bahasa ni..)org melayu kata pukau la..huhuhuhu

  12. ha kawan2…dengar nasihat akak jogja kite diatas. hehe…hipnotis tu pukau ek? hmm,btol gak tu kan? ish3…

    bahayanye dorg bwk geng, cuak plak membayangkan. huhu…semoga kita sentiasa dilindungi Allah. amiiin..=)

  13. assalamualaikum..

    hurm..risaunya ‘-___-
    dah laa rumah tu tak ramai org skrg ni..

    ya Allah,
    lindungilah housemate2 saya..
    dan jiran2 kami juga..

    tiba2 teringat, slalunya malam2 ktrg tak risau sgt n jarang kunci pintu bilik+tingkap..

    hurm~

    pasni kene lebih berhati2..
    n berjaga2 lah bila dah tau ada konspirasi sebegini..

    haih~

  14. owh..kenal2..alhamdulillah la dorg selamat..
    haish..pencurik ni makin menjadi2..

  15. salam,
    x mantap modus operandi dia ni,
    rmh Tuah kunci 2-3 set,
    slamat smpai skrg,
    yg penting doa n jgn cuai

    p/s: jgn rasa seronok bila ckp nk bunuh org, cuak Tuah nk buat kwn, wuhuu!

  16. dia da msuk umah ngah2 x??
    hurm..rsaw lak.

  17. Sabarlah radzi…Inilah sunnah orang berjuang,,,tidak dihampar dengan permaidani merah…Anggaplah ia sebagai ujian dari Allah…Sabar la Radzi..Sabarlah… Jangan bertindak mengikut emosi

    =p

    • (thumbs up)takde button like kat sini.hehe~

    • Ada orang “like” tu yang tak tahan tu…nice!!!

  18. kat bandung mmg banyak maling. ragut time org laki sibuk solat jumaat, jalan sunyi dia pon cari mangsa.
    sigh.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: