Kisah-kisah


Kisah 1

Dua orang mahasiswa melepak di tepi jalan setelah selesai mendengarkan kuliah sejam yang membosankan daripada seorang pensyarah muda….

Ah Seng : Eiy Mat, gua nak tanya samting la. Apsal mak bapak lu bagi nama Mat arr? (sambil membuat muka takde perasaan)

Mat : Oi, mak bapak aku bagi nama Muhammad la… Mat tu nama manje je…(tersengih-sengih menampakkan gigi kuning akibat merokok)

Ah Seng : Ooo…apsal tak panggil lu pakai nama Muhammad ? tu kan lu punye nabi ? tak bangga ke, the most influencial man in the history of mankind. Gua penah baca ada satu buku tulis pasal itu Muhammad.

Mat : Haha…pandai kau ek? Kau nak masuk islam ke baca-baca buku pasal Muhammad ni? Apsal tak baca quran skali terus? Hahaha…

(Mat bangun lantas mengambil beg galasnya bersedia untuk berjalan pulang)

Ah Seng : (Bangun dan mengikuti Mat dari belakang.) Apsal lu gelak bai? Gua suka baca buku, sukati gua la….Lu tak jawab soklan gua lagi. Apsal takde orang panggil lu Muhammad, and apsal lu gelak kalau gua baca quran? Tu kan buku jugak? Jangan risau, GUA TAKKAN MASUK ISLAMLA TENGOK PERANGAI LU NI…by the way, lu Islam ke? Haha…

Mat: Cakap biar berlapik brother, lu nak makan penumbuk gua ke….aku dah lama tak belasah orang ni…Aku tak nak dipanggil Muhammad sebab aku tak nak memburukkan nama nabi aku semata-mata perangai aku…tapi aku Islam dowh

Ah Seng : Lu Islam macam mana? Orang azan lu lepak je? Lu usha cd blue kat rumah gua selambe je? Lu crita lu ringan-ringan dengan lu punye awek selambe je?

Mat : Ai cina todi ni banyak pulak soal dia, aku sepuk jugak mamat ni karang… Tak kisahla aku buat apa pon, yang penting aku Islam. Ko apa tau ? Mati nanti masuk neraka jugak. ASAL AKU ISLAM, AKU BOLEH MASUK SYURGA, TAK MACAM KAU, KAPIR!!!!

(Mat berlalu meninggalkan Ah Seng sambil menahan marah yang membuak-buak apabila dikatakan tidak mengikut ajaran Islam dan mencontohi sikap nabi….)

—————————————————

Suasana 2

Seorang ‘saudara baru’ dari kalangan bangsa India cuba mendekati Ahmad untuk bertanyakan sesuatu tentang agama Islam yang baru dianutinya itu…

Arumugam Abdullah : (Menghulurkan tangan untuk bersalam) Assalamualaikum Ahmad, saya mau tanya sikit boleh ka?

Ahmad Bukhari : Waalaikumusalam… Silala, nak tanya apa ?

Arumugam Abdullah : Apa maksud nama Ahmad? Saya tak tahu mau bagi nama apa saya punya anak ni.

Ahmad Bukhari : Ooh… Ahmad maksudnya yang terpuji. Nama lain bagi nabi Muhammad yang disebut dalam quran. Sebenarnya kalau nama awak sebelum masuk Islam ini sudah baik maksudnya, kalau nama anak awak sudah baik, tak perlu pun untuk awak tukar nama. Tak diwajibkan pun untuk tukar nama kepada nama arab. Kalau semua orang Islam perlu tukar nama arab, nama orang melayu dulu-dulu macam Awang, Sameon, Bujang, pun perlu ditukarla… Kasihanla mereka-mereka yang ada SURNAME, terpaksa memadamkan nama bapa mereka hanya kerana masuk Islam. Islam tak memutuskan hubungan, Islam mengekalkan dan mengeratkan hubungan, itu yang nabi Muhammad ajar.

Arumugam Abdullah : Hmm, Alhamdulillah. Terima kasih Ahmad… Boleh saya tahu, kenapa Umat Islam berpecah dan bergaduh sesama sendiri?  Di masjid tadi pun ada yang bergaduh tentang berdoa selepas solat. Kenapa perlu bergaduh?

Ahmad Bukhari : Astaghfirullahal’azim… sedih mendengar umat Islam bergaduh sesama sendiri. Dalam al-quran surah annisa’ ayat 59,

Allah memberitahu :“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antara kalian (ulil amri). Maka JIKA KALIAN BERSELISIH DALAM SUATU URUSAN, MAKA KEMBALILAH  KEPADA Allah (Al-Qur`an) dan Rasul (Hadith), jika kalian benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir. Hal itu lebih baik dan lebih bagus kesudahannya”. Jadi kita harus kembali pada ajaran agama kalau ada perselisihan…

Arumugam Abdullah : Apa maksud kembali pada agama? Mereka-mereka yang bergaduh itu semua kenal dan faham agama, apa yang kurangnya?

Ahmad Bukhari : Yang kurangnya, mereka kurang mencontohi nabi Muhammad. Mereka mungkin membaca quran tetapi kurang membaca hadith.

Arumugam Abdullah : Orang awam perlu baca hadith?

Ahmad Bukhari : Orang awam tak perlu baca hadith, mereka cuma perlu tiru cara nabi. Dan untuk nak tiru, kita kena TAHU terlebih dahulu cara nabi hiup, solat, bergaul, memimpin dan sebaginya dari hadith-hadith. Tiada alasan kalau MAHU. Kerana manusia yang mahu sesuatu pasti MAMPU. Dengan MENIRU NABI, itulah tanda seorang muslim sejati!

(terang Ahmad sambil mata bersinar-sinar menggenggam buku lima membuat muka yakin dan tersenyum.)

Arumugam Abdullah : Oh, terima kasih.. Semoga umat Islam kembali pada perintah Allah dan ajaran nabi selepas ini. Amiiin… Terima kasih ye, assalamualaikum….

Ahmad Bukhari : Waalaikumusalam…

(Mereka bersalam dan kemudian pulang ke rumah masing-masing)

———————————————————————-

Pengajaran

Kisah 1: Ada orang yang tidak kenal agama, mengaku beragama. Ada orang yang tidak kenal nabi, mengaku Umat Nabi dan ingin masuk syurga. Bercakap dengan selesa kalau ditegur marah menggila!!!

Kisah 2 : Ada orrang yang kenal agama, memalukan agama. Cara nabi tidak dikaji, cara ustaz dan tok guru dipuji-puji. Akhirnya, SEMUA umat manusia rugi!!!

~ Rabiul Awwal~

~Selamat MENGENAL DAN MENGIKUTI nabi!~

Advertisements
Published in: on Mac 5, 2010 at 6:03 am  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/03/05/kisah-kisah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 KomenTinggalkan komen

  1. mahu kenal dan faham agama..rasa mahu cari tahu.pasti kita mampu kan3?berusaha2!!=)saya mahu dapat “dean list” Allah juga..nanti dapat jadi orang yang awal masuk syurga..heee~

  2. Terasa berdosa bila mana, kita jadi penghijab orang lain utk mengenal Islam…

    Kalau la kita cuai, kita telah merugikan ummah
    kalau la kita lalai, kita telah menyumbang kepada kelalain ummah…

    dah jadi trend orang suka tgk kulit dari isi…
    Kalau tidak, takkan ada quote “Dont judge a book by it cover”

    hatta cantiknya Islam tu dah terlindung dek jerebunya sikap ummahnya…

    as setiap muslim adalah a part of ummah..
    satu case negative abes smua ummat islam kena…
    so berhati2 dalam membawa peribadi…

  3. aku rindu: berbelit otak nak faham.=p yup, kita kejar deans list dunia dan akhirat,amiiiin….

    sinar: terima kasih atas masukannya. itulah yang dikhuatiri dikala islam perlu bangkit dengan umat yang tak sedar kesilapan diri…
    teguran…
    saling tegur-menegur insyaAllah akan sentiasa menjaga kita supaya berada di dalam ‘tract’ yang benar. amiiiin.

    • otak mana boleh berbelit…=p dah faham kan tapi?yup,mari kejar dean list dunia dan akhirat.amiiinn…=)

  4. bile sy bce dua situasi nie..
    hmmm..buat sy perpk lak..
    sy nyer ilmu stakat mne erk??
    hurmm….

  5. Dengan MENIRU NABI, itulah tanda seorang muslim sejati!
    betul..kita perlu meniru semua tingkah laku,ajaran nabi.kerana nabi adalah insan yang sempurna..dan apa yang disuruh perlu di ikuti dan dilarang perlu dijauhi sangat2!!!!
    bukan saja tingkah laku,ajaran baginda tentang Islam,hukum hakam islam dan semuanya yang berkait tentang Islam..

    tapi sekarang ini?

    kita tidak boleh sama sekali menolak ajaran baginda walaupun satu pun dengan menggunkan alasan zaman sekarang berbeza ataupun istilah tidak sesuai dilakukan pada zaman sekarang..tiada bezanya dan ajaran baginda la kita perlu ikuti sampai la berakhirnya hidup ini..

    Cara nabi tidak dikaji, cara ustaz dan tok guru dipuji-puji. Akhirnya, SEMUA umat manusia rugi!!!

    ermm..cara nabi tidak dikaji?siapakah golongan itu?ustaz dan tok guru dipuji??

    saya kurang paham makna yang mendalam ayat2 ini..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: