KUBI, BAIK, memori yang dirindui…


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Tuhan sekalian alam yang mengatur dan memberikan segala-galanya…

AGM KUBI telah berjalan dengan baik seperti yang dirancang. Mengenang kembali dua tahun lepas saat perlantikan pertama menjadi ahli majlis tertinggi Kelab UMNO Bandung Indonesia,KUBI untuk sessi 07/09. Nama dicalonkan oleh sahabat seIMAN, Ahmad Fahmi Sulaiman, dan disokong oleh rakan seangkatan Rozinadya Tamzil.

Terima kasih rakan yang mencalonkan dan menyokong pencalonan. Alhamdulillah, Allah memilih untuk saya berada di KUBI menimba pengalaman-pengalaman baru. Biro yang dahulunya bernama Biro Agama Dan Dakwah KUBI telah ditukar menjadi Biro Agama Dan Kerohanian KUBI oleh pengerusi dan timbalan pengerusi sesi yang baru dilantik ketika itu. Mungkin agak gerun dengan perkataan ‘dakwah’ atau mungkin takut orang lain yang gerun dengan perkataan tersebut. Tetapi saya sendiri juga tidak mahu ada STIGMA DALAM MENILAI DAN MENERIMA AGAMA lebih-lebih lagi di kalangan ‘pelbagai lapisan’ manusia SEBELUM MEREKA BERKENALAN DENGANNYA. Jadi saya rasa sangat sesuai penukaran tersebut untuk konteks pelajar di Bandung sekaligus ahli ‘kelab UMNO’ di sini.

”Aji, ko masuk KUBI ek? InsyaAllah kita menjaga persekitaran kita dengan mana-mana peluang yang ada”, pesan sahabat IMAN (Islamic Malaysian Association) ketika sebelum AGM KUBI berlangsung.

Dahulu IMAN merupakan biro agama Islam PKPMI yang tiada nama, rupa, kuasa mahupun tenaga. Namun ianya berjaya digerakkan demi rasa ingin berkongsi tentang agama. Kini tugas dan cita-cita mahu dikembangkan pula ke dalam Kelab Umno Bandung Indonesia, supaya membaiki suasana, dan menjernihkan pengamalan beragama dikalangan ahli yang semuanya beragama Islam.

“Kalau orang lain masuk KUBI takut kena amik anti histamine pulak nanti. Dapat allergic reaction bila dengar nama UMNO”, gurau seorang sahabat…

Jika nabi kita MENJAUHI, MENGHINDARI, JIJIK DAN ALLERGIC dengan manusia yang berdosa, pasti kita tidak akan mengecapi Islam seperti yang kita rasakan sekarang. Saidina Umar pernah membunuh anaknya sebelum dia mengenal Islam jadi siapa kita untuk menentukan sampainya hidayah pada mereka yang berdosa? Mungkin manusia yang berdosa di ‘mata kita’, masih BELUM lagi mengenal Islam. Kalau mereka SUDAH MENGENALI ISLAM, pasti mereka menjadi orang yang hebat.

Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh Biro Agama dan Kerohanian Kubi, BAIK sepanjang sesi 07/09 di dalam usaha untuk mencapai matlamatnya. Namun masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memurnikan agama dalam kehidupan manusia. Itu adalah kerja BAIK dan mungkin sesi pimpinan BAIK akan datang.

Mungkin ada yang menganggap bahawa beradanya saya di dalam Ahli Majlis Tertinggi Kelab UMNO Bandung Indonesia adalah satu keputusan yang salah kerana saya makin hanyut dengan ‘gaya orang UMNO’ ataupun tidak memberi kesan mahupun sumbangan positif dalam ‘polisi-polisi UMNO’ KUBI, namun saya tetap merasakan perlunya ada orang yang mengingatkan, berpesan-pesan pada kebaikan dan risalah tuhan di dalam kelab ini. Semoga usaha sesiapa sahaja yang membawa agama, diberikan ganjaran pahala melebihi timbangan dosa yang mereka ada.

MATLAMAT

Apa tujuan saya masuk dalam Majlis Tertinggi Kelab Umno Bandung Indonesia? Apa tujuan saya menjadi Exco Biro Agama Islam Dan Kerohanian Kubi?

Persoalan-persoalan itu merupakan titik tolak perjuangan dan pengorbanan seluruh tenaga kerja Biro Agama dan Kerohanian Kubi (BAIK). Tiada apa yang mampu diucapkan melainkan memanjatkan doa yang setinggi-tingginya kepada Tuhan Yang Maha Pemurah untuk mempertemukan kami di syurga Firdausi. Biarlah manusia mahu berkata apa, kami telah berusaha sedaya upaya…

Segala kerahan tenaga kerja dan sumbangan idea adalah dengan satu tujuan iaitu MEMPERKENALKAN DAN MERAPATKAN MANUSIA KEPADA TUHAN, tidak kira siapa dan apa latar belakang mereka. Konflik yang sering berlaku pada umat manusia akhir zaman ini adalah berpunca dari RASA BERDOSA dan JAUHNYA mereka dari tuhan.

“Aku ni selalu buat dosa….

“Aku ni tak pandai agama sangat….

“Aku ni tak belajar agama….

“Family aku tak beratkan pasal agama….

“Member-member aku jenis slumber je langgar dosa pahala…

Jadi tugas kita semua adalah untuk memperingatkan manusia tentang luasnya ampunan tuhan, agungnya rahmat tuhan. Kembali mengenal tuhan, mula mencintai tuhan.

ISLAM BUKAN AGAMA UNTUK MALAIKAT.

Islam bukan agama untuk  mereka yang tidak pernah couple sahaja.

Islam bukan agama untuk mereka yang tidak pernah mencarut sahaja.

Islam bukan agama untuk mereka yang baik-baik sahaja.

Islam bukan agama untuk mereka yang MUSLIM sahaja.

Islam untuk semua yang bernama manusia….

Setelah manusia kenal tuhannya, dia akan kenal dosa pahala….

Setelah manusia kenal tuhannya, dia akan sedar maksiat dan kesalahannya…

Setelah manusia kenal tuhannya, dia akan malu dengan tuhannya…

Setelah manusia MALU DENGAN TUHANNYA, dia akan berubah sendiri TANPA DIPAKSA.

Sukar untuk manusia mencapai malu dengan tuhannya. Tetapi jika tahap itu dapat dicapai dan dihayati, manusia akan rapat dengan tuhannya!

Dua tahun memegang jawatan memberikan satu kesan yang cukup mendalam dalam sanubari dan memori ini. Namun ianya tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan imbalan rahmat Allah yang kami harapkan. Semoga pemimpin-pemimpin akan datang dapat meneruskan kebaikan buat pelajar-pelajar di Bandung, dan sentiasa berada di bawah redha dan lindunganNya, amiiiiin.

Credit to all BAIK members : Azwan, Tahirah, Adlin, Ikram, Farhan, Fahmi, Faizullah, Izwan, Farizan, Amirah, Madihah, Tilawati, Nadhira, Izza nizwa, Arif Marsin, Hafiz Ashaarani, Qayyum, Tajul, Fikry, Taufiq, Khairul Anwar, Khairat, Farhana Yem, Illyyinna, Najiha, Farah Wahida, Mawaddah, Aishah (ecah), Nadia, Fatin Nabila, Elmi.

pejuang-pejuang BAIK

Pewaris Sumayyah, Aisyah, Fatimah

Advertisements
Published in: on Mac 8, 2010 at 11:58 pm  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/03/08/kubi-baik-memori-yang-dirindui/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 KomenTinggalkan komen

  1. Siapapun yang bakal menerajui dan menggerakkan KUBI dan BAIK selepas ini, usahakan dan pastikan KUBI & BAIK terus memberi manfaat kepada semua. Perkara yg sudah bagus dipertahankan dan dielokkan lg, kelemahan yg ada jgn lupa diperbaiki.
    Sy support anda. 🙂
    Kepada tuan punya blog dan teman2 seperjuangan, tahniah atas pencapaian selama 2 tahun lepas.
    Semoga kita semua istiqamah dalam memberi manfaat kpd org lain. Jgn sentiasa persoalkan apa manfaat yg org lain telah berikan, tetapi sentiasalah persoalkan apa manfaat kita kpd org lain. (Nasihat buat diri sendiri..)

  2. Ya Allah…anak siapalah tu…mana aci letak gambar candid>_<

    Semoga segala usaha baik yang dijalankan selama ini dapat diteruskan dan dimantapkan, dan yang mana-mana yang kurang diperbaiki dan di'cantik'kan..

    Dan semoga semua ahli BAIK terus muhasabah diri, sentiasa ingin memperbaiki kelemahan diri dan terus kuat untuk menyambung kerja-kerja yang dimulakan oleh Nabi saw.. Amiin~

    p/s kenapa tak letak gambar anda sedang bersilat tu
    Peace!

  3. syamimi : terima kasih atas keprihatinan anda.=)

    farhana : haip, haip! nak kene budak ni….haih~~

  4. ek…tekejut bc…aku sokong ko rupeny..xingt kejadian tersebut..hee.. besok ko present BHP ek..aku dah wat..huhu

  5. Islam tuntut gerakkan dakwah…tapi Islam juga tuntut gerakkan dakwah berdasarkan fiqh dakwah..bukan ikut pendapat mane2 org yg x reti bermuamalat dgn fiqh

  6. terima kasih saudara azhari,
    mungkin saudara boleh menerangkan lebih lanjut tentang maksud saudara itu…

    saya dan kawan-kawan hanyalah insan kerdil yang selalu lalai dan banyak berdosa, izinkan kami belajar sesuatu jika ada yang tidak kena. insyaAllah kami akan terima segala nasihat, cuma dengan syarat akhlak nabi jangan dibelakangkan. semoga kita sama-sama dilindungi Allah, AMIIIN.=)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: