Catatan : Gembirakanlah, jangan sedihkan…


Bismillahirrahmanirrahim….

Bukan untuk menjelaskan atau menegakkan pendirian, tapi untuk menenangkan…
Menenangkan rakan-rakan yang sudah bertungkus lumus bekerja dengan ikhlas dan jujur. sahabat-sahabat saya MT KUBI dan semua Exco. mereka telah bertindak dan bekerja dengan jujur dan ikhlas.

saya saksi kejujuran mereka. saya penasihat tindakan mereka. saya kenal siapa mereka.

Jadi kurang enak rasanya membiarkan rakan-rakan saya dipandang serong hanya kerana perselisihan pendapat yang berlaku antara beberapa rakan kita. AGM KUBI ke 14 dikatakan kecoh dengan persoalan kewangan dan ‘masalah dalaman’. itu pandangan luaran, tidak saya nafikan. tapi janganlah memburukkan keadaan dengan melabelkan yang bukan-bukan… tiada siapa yang menggelapkan uang, tiada siapa yang memaksa uang dikeluarkan untuk kepentingan perseorangan. semua kewangan adalah untuk kebaikan kelab semata-mata. mereka ini tidak makan duit haram, saya jamin.

sekali lagi saya ulangi, saya saksi kejujuran mereka. di dalam meeting, saya sering menjadi penasihat mereka. saya kenal siapa mereka.
jadi tolonglah hentikan segala persangkaan dan peng’label’an. mereka bekerja tiada gaji. mereka bekerja di dalam organisasi tanpa disuruh, seperti anda semua juga.

hilangkanlah ‘mimpi buruk’ yang menghantui mereka setelah AGM dengan cakap-cakap belakang yang tidak jelas. mereka tidak senang duduk dan tidak mampu tidur, kerana cakap-cakap dan komen-komen anda telah menghilangkan segala kebaikan yang mereka pernah lakukan. mereka dipandang serong oleh orang-orang yang tidak mengenali. hilangkanlah ‘mimpi buruk’ ini, mereka bekerja keras dua tahun. hilangkanlah….
kasihanilah….

-Exco Biro Agama dan Kerohanian KUBI 07/09-

Advertisements
Published in: on Mac 9, 2010 at 12:23 am  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/03/09/catatan-gembirakanlah-jangan-sedihkan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 KomenTinggalkan komen

  1. Setuju dgn anda.
    Biarlah teman2 MT dan AJK KUBI melepaskan jawatan (tanggungjawab) dgn tenang.
    All d best buat teman2ku.
    Semoga Allah membalas dgn ganjaran pahala atas kerja2 kalian dan semoga segala salah silap kalian diampuni Allah. 🙂

  2. salam..

    marilah kita buka buku baru..
    y baik kita tingkatkan lg..
    y xbaik kita elakkan utk masa akan dtg..

    jangan berprasangka buruk..
    jika perlu tanya..tanyalah..
    y punya persoalan..carilah jawapan..

    apa pon..thanx 2 pimpinan lama..
    semoga berjaya pimpinan baru..

  3. Madrasah Khairu Ummah

    Kami memerlukan sumbanggan anda untuk menjayakan pembenaan pondok ini. #Segala sumbangan hendaklah disalurkan melalui Bank Muamalat Malaysia Berhad No akaun : 0302-0000656-71-8 dan Maybank Islamic Berhad No akaun: 55310 4411 805 di bawah nama:-PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN (KHAIRU UMMAH).

    Sila Layarai – http://khairuummah77.wordpress.com/

  4. mcm mslah besor jer…settle2..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: