Pasir : Antara Kaca dan Tanah Liat


Lelaki tidak menangis?

Perbualan hari ini bermula dengan kesugulan dan keraguan. Penuh penyesalan yang tidak keruan.

“Aji, aku nak cakap sikitla”, bisik sang teman nada keluhan.

“Kenapa? Ceritala kat aku. Meh cite meh…”, balas saya cuba menenangkan keadaan.

“Aku rasa tak bersemangatla nak bawak dakwah ni… Perangai aku tak elok, percakapan aku selalu menyakitkan hati orang…”

“Perangai tak elok? Yeke? Apa yang percakapan ko yang menyakitkan hati orang?”, terkejut mendengar aduan begitu keluar dari mulut sang adam yang sopan dan lembut orangnya…

“Tak tahulah… sedar-sedar esoknya dah tak nak kawan aku dah. Tak nak cakap dengan aku dah…”

“Aik? Perempuan ke? Terlebih sensitive kot…???”, cuba meneka dan menembak sahaja.

“Tak… Lelaki…”, ada riak kecewa dan sedih di kerut wajahnya. Saya faham benar perasaan dan jiwanya, tak sanggup memalukan dakwah dengan kekurangan dan kekhilafannya. Tidak mahu memalukan Islam dengan ketidaksempurnaan dirinya. Tetapi dia terlalu rapuh untuk itu….

Namun di suatu sisi lain kehidupan seharian…

“Apa yang mereka ingin aku ubahkan? Apa yang ingin mereka tegurkan? Mereka tidak tahu cara nabi dan sahabat bukan hanya dengan kelembutan. Setiap insan punya kegemaran, kalau tidak gemar dengan cara aku janganlah dengar apa yang aku cakapkan. Pergilah cari insan dakwah yang penuh kelembutan! Aku begini dengan matlamat dan tujuan, bukan sengaja berdondang sayang meminta pujian!”, tegas seorang teman penuh keyakinan.

“Bukan suruh jadi lembut dan tak kena cara, cuma jangan biar objek dakwah lari dari Islam kerana kekurangan dan kesilapan kita, itu sahaja…”, nasihat saya buat orang agama.

Manusia ibarat pasir.

Boleh dijadikan sekeras dan setajam kaca,

Boleh juga dijadikan selembut dan se’gemalai’ tanah liat.

Umat ISLAM umat pertengahan…

Tiada istilah ekstrimis dalam agama.

“Hari ini aku rasa lebih ‘feel’ untuk beribadat, aku mahu menambah bilangan sujud dan rakaat!”

“Kita harus berpuasa setiap hari untuk mendapat keredhaan dan ruh ilbadah yang sejati”

“Kita harus membayangkan nama-nama Allah sebelum kita menyuap makanan ke mulut supaya kita makan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan tentang saudara-saudara kita yang kelaparan.”

“Jika kau tidak mampu menandingi cinta Allah padaku, janganlah mengharapkan cinta dari diriku”

“Nabi manusia paling agung pun beribadat dengan banyak, maka aku harus beribadat tanpa henti untuk mendapat kasih sayang Allah”

“Aku mahu berpuasa dan tidak mahu berbuka”

“Aku mahu beribadah dan tidak mahu tidur”

“Aku ingin mentauhidkan Allah dan tidak mahu kahwin”

Namun sesungguhnya nabi kita pernah bersabda,

“AKULAH ORANG YANG PALING TAKUT PADA ALLAH, namun aku juga tidur dan berkahwin, barangsiapa yang membenci Sunnahku, dia bukanlah dari kalanganku” – riwayat Muslim.

Berlebihan didalam ‘kekurangan’ juga tidak digalakkan. Apatah lagi yang sengaja meringan-ringankan.

“Solat yang wajib je dahla, yang lain kan sunat je…”

“Tidak perlulah kita menunjukkan kebaikan, bukankah Tuhan faham niat dan keikhlasan dalaman?”

“Orang-orang Palestin tak perlukan apa-apa pertolongan, cukuplah kita hanya sedekahkan doa harian”

“Nabi kan utusan tuhan, mana boleh lawan… Buat biasa-biasa dahla, tak payahla nak alim sangat”

“Kalau tuhan mahukan kebaikan dan kemenangan, tuhan mampu buat dengan sekelip mata, kita doa dan serahkan sahaja pada si Dia, apa yang nak di sibuk-sibukkan…”

“Syurga neraka kan dah ditentukan, apa yang nak dirisaukan. Kalau syurga, syurga juga. Kalau neraka, neraka juga, enjoy je la kehidupan selagi ada nyawa di badan.”

“Percayalah pada tuhan, kita pasti diberi kemenangan”

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka” QS 13:11

Setiap yang berlebihan itu pasti banyak keburukannya. Berlebihan dalam terasa, mahupun berlebihan dalam tidak terasa. Berlebihan dalam beramal, mahupun berkurangan dalam beramal.

Buat teman yang sedih dengan teguran tentang kekurangan dan kesilapan diri, anggaplah ia sebagai peringatan dan tauladan. Mungkin ada yang ‘gentleman’ dan berdepan memberi teguran, tapi mungkin juga ada yang ‘kasar’ dan suka memerli dalam menyampaikan. Namun itu semua lumrah dalam kehidupan insan, perlu diingatkan dan disampaikan.

Buat teman yang tidak selesa dengan teguran tentang kekurangan dan kesilapan diri, insaflah dengan bantuan iman. Jangan biarkan syaitan merasuk pemikiran, menghasut insan bangga dengan segala kelakuan.

ISLAM AGAMA PERTENGAHAN,

Semoga kita MERENDAH DIRI dalam ketinggian ciptaan, dan MENINGGI DIRI dalam mencontohi insan utusan!

Advertisements
Published in: on Mac 21, 2010 at 8:20 pm  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/03/21/pasir-antara-kaca-dan-tanah-liat/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 KomenTinggalkan komen

  1. Saya macam kenal je orang yang disebutkan kat atas tu…. Hmm… Memang, kadang-kadang, kelemahan diri kita menjadikan kita lemah, bimbang kita mencalarkan nama Islam tatkala membawa nama Islam di dalam persatuan.

    Benar sekali, tipu daya syaitan itu sungguh licik, pandai ‘masuk’ ke corok2 kecil dalam hati kita, semata-mata untuk menjauhkan kita dari Islam dan melemahkan semangat kita…

    Islam agama pertengahan… Sederhana itu indah~

    Buat sahabat yang disebutkan di atas, kita memang banyak kekurangan, namun kita tidak pernah keseorangan:) Kekurangan kita insyaAllah akan ditampung oleh kebaikan2 yang kita cuba jalankan…

    Hidup ada naik turunnya.. Berterusan memandang ke belakang dan menangisi kekurangan kita itu suatu pembaziran… Lihatlah ke hadapan, perbaikilah kekurangan, insyaAllah sahabat2 takkan pernah meninggalkan…bahkan saling melengkapkan=)

    Semoga kita tetap kuat semangat untuk terus berada dalam jalan ini tidak kira siapa pun kita…Aja aja!
    Allahuakbar~

    ..Islam agama pertengahan..
    Sederhana itu indah~

  2. terima kasih ummufurqan.
    kenal ke? dia seorang yang sangat dedikasi namun terlalu merendah diri. insyaAllah Allah akan membantunya dalam perjalanannya di dunia sementara ini.

    yup, syaitan sangat licik dalam menghasut. yang rendah diri dihasut begini, yang agak keras hati dihasutnya pula begini.

    semoga kita semua jauh dari tipu daya syaitan, dan terus mencontohkan kebaikan pada insan! amiiin~

  3. hurm.
    betul2.

  4. usah berlebihan tapi ikutilah sunnah..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: