Seperti Ayah…


Saya ada seorang ayah. Nama ayah saya Ahmad Zubir. Dia lahir 1hb April 1958. Ayah saya handsome. Dia juga macho lagi bergaya. Saya hanya mewarisi kehandsomean dan kemachoan beliau sahaja. Saya tidak bersalah….

Apakah???!!=p

Sudah 24 tahun hidup bersama seorang insan bernama ayah. Alhamdulillah, di waktu umurnya 52 tahun, Tuhan masih memberi peluang untuk anak-anaknya berbakti dan membalas segala jasanya.

Hidup kami tidak mewah.

Hidup kami serba kekurangan.

Tetapi ayah seorang yang tabah.

Ayah bijak, tapi agak ‘nakal’. Mungkin tidak senakal mak (mengikut cerita-cerita mak), tetapi ayah lebih banyak ‘berdikari’ kerana masalah keluarga yang dialami. Terpaksa menjaga adik-adik yang ramai bersama ibu tunggal tanpa bapa, tak mampu melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi walaupun keputusannya bagus.

“Ayah nak masuk Izzuddin dulu… Kalau ayah masuk Izzuddin ayah dah pergi MESIR dah.”

“Ayah nak jadi apa, doctor gak ke?”

“Jadi ustazla. Tak pun jadi mufti dah sekarang ni”, disambut ketawa seluruh ahli keluarga…

*****

Jawapan ayah membuatkan diri ini berfikir,

Kenapa tidak aku yang menjadi ustaz? Hmm, dah terlambat kot…

Takpe, tak perlu title ustaz untuk menyampaikan agama. Bilal bin Rabah dan Umar Al-Khattab pun bukan ustaz pada mulanya. Yang penting mencari agama, menyampaikan agama.

Sekadar menenangkan hati menjawab sendiri….

*****

Walaupun bermula sebagai anggota polis berpangkat dan gaji rendah, ayah tak pernah kesah.

Umur 22 tahun ayah sudah berkahwin, (ayah tak bagi saya kahwin awal kerana katanya opah yang paksa dia kahwin, bukan dia yang nak. Hwaa~~~)

Beristeri dan mempunyai anak, ketika diri masih baru nak menapak.

Tiada rumah, hanya tinggal di kuarters Polis.

Tiada kereta mahupun motor, hanya berbekalkan basikal.

Namun ayah tak pernah rasa susah.

Nabi bersabda orang mukmin tak patut gelisah kerana ada Tuhan sebagai tempat berserah, tetapi ketika itu ayah belum pernah mendengar hadith tersebut.

“ALAH, MINDSET JE SUME TU…”, mungkin itulah agaknya nasihat ayah pada diri sendiri ketika itu.

Walaupun serba kekurangan,

Ayah tetap menjadi tempat pergantungan ibu dan adik-adiknya.

Ayah tetap menjadi rujukan masalah oleh rakan-rakannya.

Ayah tetap bahagia mengurus keluarga dan sanak saudaranya.

Ayah tetap penyayang (kuat jeles sebenarnya.=p) pada isteri dan anak-anaknya.

Mak kata, saya adalah 90% watak dan peribadi ayah. Cuma dibesarkan dalam keadaan sempurna beribu dan berbapa, diberikan didikan sewajarnya sekolah biasa dan sekolah agama. Alhamdulillah…

Saya mahu jadi sebijak ayah mengawal kehidupan.

Saya mahu jadi secekal ayah melawan masalah.

Saya mahu jadi se’macho’ ayah berdepan musibah.

Saya mahu jadi ayah! [Oops~ Boleh ‘double meaning’ di situ, hmm….]

Di ulangtahun kelahiran ayah,

Saya ingin terus berbangga menjadi anaknya.

Saya ingin terus berbakti dan membalas jasanya.

Saya ingin memberikan kebahagiaan dengan menjadi lebih hebat daripadanya.

*****

Satu kelemahan saya dan ayah, kami tidak pamerkan kasih dan mesra. Apatah lagi ber”I LOVE U” dan berpeluk mesra. Jadi catatan ini pengganti diri peluah rasa, menghilangkan macho kami buat seketika.

I LOVE U, ayah…

*****

-SELAMAT HARI LAHIR, AYAH-

Advertisements
Published in: on April 1, 2010 at 9:52 am  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/04/01/seperti-ayah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 KomenTinggalkan komen

  1. assalamualaikum..
    erm..nak cite pasal ayah jugak la..tapi macam panjang sgt je nnt :p

    anyway,
    selamat hari lahir buat encik Ahmad Zubir..

    moga kita jadi anak yang membahagiakan ayah kita..insyaAllah~

  2. assalamualaikum~
    selamat hari lahir untuk ayah dr.razi,
    semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu 🙂

    suka baca entry yang appreciate family members mcm ni,
    semoga semua yang ‘saya mahu’ dan ‘saya ingin’ tu tercapai~

  3. duha: waalaikumusalam….
    sila2, nak panjang2 boleh, tapi dalam diary la,ok? hehe…
    amiiiiiin….=)

    as: ayah saya tak baca blog ni kot,kat umah takde itenet.=p tapi terima kasih..(tolong jwb bg pihak ayah. hehe)
    amiiiiin….=)

  4. bak kata orang,
    kasih ibu membawa ke syurga,
    kasih ayah membawa bahagia…

    sayangi ayah walau letaknya diturutan ke-4…

    Tuah slalu peluk ayah Tuah tiap kali bersalaman,
    xpnah segan walau org rmi disekeliling mcm sesetgh org,
    bukan anak dara org yg kita peluk, ayah sndiri kot!

  5. Hmm..dulu ayah pun selalu cerita kesusahan dia dari kecil sampailah besar… Memang bukan mudah menjadi seorang AYAH.

    Sayang ayah~

    *Sesetengah orang memang sukar meluahkan emosi(sayang), namun ‘actions speak louder than words’. Cukuplah segala pengorbanan yang dilakukan mereka, menjadi tanda yang cukup berharga bahawa mereka menyayangi kita~ 😉

    Happy belated birthday pada pakcik zubir:p
    *Ayah anda kira muda lg baru 52… Ayahku dah 65 dah.hmm, moga Allah sentiasa memelihara mereka

  6. tuah, tahniah anda berada dalam keluarga yang membiasakan perkara sebegitu. ada sesetengah orang tidak dibiasakan seperti itu, bukan malu dan segan, cuma kekok dan tidak pernah dilakukan. tapi tak bermakna mereka tidak menyayangi anak-anak mereka. kadang-kadang sang ayah lebih suka menunjukkan kasih sayang dengan perngorbanan….

    ummufurqan,tidak mudah menjadi ayah, kerana kasih sang ayah sukar ditukar ganti…orang selalu bercakap pasal ibu tetapi sang ayah dipandang sipi….pengorbanan mereka tak mampu dibalas. jadi tanggungjawab anak-anak untuk melayan mereka dengan baik…
    terima kasih bagi pihak pakcik zubir,dia tak reti berinternet lagi. mungkin lepas ni nak ajar. haha…

  7. ntah knpa sy tharu baca entri nih.. hoho
    salam singgah

    —–DR.RADZI says: terima kaseh sudi singgah.=)

  8. bukan baru baca tapi mungkin baru terfikir ..
    kenapa mama n abah saya tak bagi kahwin awal??
    sebab dorang pun kawin masa abah 26 n mama 24..
    saya baru 20..patotla dorang tak bagi kahwin agaknya kan3..manebley lawan tokey..hahaha=p


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: