Belum diizinkan kahwin: Biar ADAM ‘Gay’, Biar HAWA ‘Lesbian’.


SEORANG PEREMPUAN….

–          Seorang perempuan yang tidak bermanja dengan ibubapa dan rakan-rakan perempuannya akan cenderung BERMANJA dengan insan bernama lelaki.

–          Seorang perempuan yang tidak mengadu dengan ibubapa dan rakan-rakan perempuannya akan cenderung MENGADU pada insan bernama lelaki.

–          Seorang perempuan yang tidak rapat dengan kawan-kawan perempuan akan cenderung berasa SUNYI dan INGIN DISAYANGI oleh insan bernama lelaki.

–          Seorang perempuan yang ‘kuat dalaman’nya juga akan tersentuh hati dan jiwanya jika yang mengambil berat tentang dirinya adalah insan bernama lelaki.

–          Seorang perempuan yang ‘kuat dalaman’nya juga mempunyai naluri untuk dilindungi dan disayangi insan bernama lelaki.

–          Jika perempuan tidak melepaskan fitrahnya (bermanja, mengadu, bercerita dan berkongsi masalah) kepada sesama kawan-kawan perempuannya, dia akan cenderung di’tackle’ oleh insan bernama lelaki.

–          Wahai kaum Hawa, bermanjalah dengan ibubapa dan sesama Hawa. Jangan dihirau orang berkata-kata.

–          Wahai kaum Hawa, mengadulah cerita pada sesama Hawa. Jangan malu untuk menangis dan berkongsi tawa.

–          Wahai kaum Hawa, jagalah dirimu sebelum lelaki menindas perasaan dan jiwa.

–          Serahkan segalanya pada insan bernama SUAMI sahaja…..

ADA PERBEZAAN KETARA ANTARA HUBUNGAN ADAM-ADAM DAN HAWA-HAWA.

–           Jika Adam-Adam bermesra dan rapat berkongsi cerita, mereka dianggap ‘tidak normal’ dan gila. Atau mungkin istilah yang lebih tepat, “GAY” dan sebagainya.

–          Jika Hawa-Hawa bermesra dan berpeluk tawa, mereka dianggap adik-beradik yang bahagia.

–          Jika Adam-Adam berjalan berdua ke sini dan ke sana, mereka dianggap ‘tidak normal’, ‘GAY’ dan sebagainya.

–          Jika Hawa-Hawa berkepit berdua ke sini dan ke sana, mereka dianggap ‘sweet’, comel dan sebagainya.

–          Jika Hawa-Hawa boleh gembira tanpa lelaki di sisi mereka, kenapa Adam-Adam tidak boleh ‘santai sahaja’ tanpa perempuan di sisi mereka?

KENAPA????

–          Anda telah memaksa Adam mencari Hawa!!! Bosan dengan Hawa pertama, Adam cari Hawa yang seterusnya!!!

–          Anda telah memaksa Adam mencari pasangannya, walaupun Adam belum mahu berkahwin dan berumahtangga!!!

–          Anda telah memaksa Adam korbankan masa lelakinya, kerana dia terpaksa MELAYAN dan MEMBERI MASA kepada si Hawa!!!

Advertisements
Published in: on April 4, 2010 at 8:17 pm  Comments (32)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/04/04/belum-diizinkan-kahwin-biar-adam-gay-biar-hawa-lesbian/trackback/

RSS feed for comments on this post.

32 KomenTinggalkan komen

  1. memakse camne? xplain cket..tq 😀

  2. eh…tertinggal bce ayat last rupenye..sorry2

  3. oooo…kesian kan kena paksa
    ok,taknak da pakse2
    kesian kat org yg terase terpkse tersebot
    timekaseh….=)

  4. erm..yg last tu, siapa ‘anda’? konfius jap.

    Adam, jgnla layan Hawa lebih2 sangat. takpe je kalau kene cop sombong, cold hearted, x romantik, x sweet, lalala..asalkan anda x ‘mencairkan’ hati Hawa dengan sengaja mahupun tidak. Hati perempuan tu kan lembut~~ 😀

    p/s; ada je Adam-Adam yg nampak sweet kalau bersama2, macam abang adik. ;p

  5. haha~
    itu ke maksud title post nih..
    nice one.

  6. naseb baek saya dah tukar nama
    sensitip betol..
    HAWA jugak yang kena kan..
    oooohhhhhh~~~

  7. post ni cm lebh menyalahkan kaum hawa je..erk..ke sye yg slah faham..huhu..

  8. “Anda telah memaksa Adam mencari pasangannya, walaupun Adam belum mahu berkahwin dan berumahtangga!!!”

    maaf..saya kurang faham maksud ayat ni..huhu

    • belum bersedia utk kawin,tapi telah ‘terikut budaya’ bercouple. itulah mksud secara ringkasnya.=)

  9. to amal:baca leklok ye?=)

    to kiko: bagitau kat kawan-kawan ye…=)

    to as: anda merujuk kepada pandangan umum. orang awam. hehe…
    betul,setuju!
    adik bradik? mst yg sorg nmpk lg tua dari yg lagi sorg kn? tak bezla…=p

    to akmal: tajuk je….kene phm btol2 dulu…

    to aku: buat renungan bersama…takde kene mengena yang mati mahupun bernyawa.=)

    to cheesecake: terserah bagaimana menilainya. tapi ini untuk peringatan dua-dua adam dan hawa.=)

  10. sye bgtau diri sendiri dulula
    kesian kat sorang mamat ni selalu kene layan sye
    mesti die penat dengan sye…
    xnak kacau die da pasni..huhu

    • cari shbt baik dari kalangan Hawa dulu ye cik kiko…
      semoga sentiasa berbahagia dibwh rhmatNYA.=)

      • hait~eh,,salah.
        baik dr razi….

  11. oh, patot lah aku tak pnah kapel..

    ghupenye sbab aku skola pmpuan…

    • err….anda memerli atau memberikan fakta tambshan untuk entry ni?
      kalau perli,boleh jelaskn mksudnya tak? kurang faham,hehe…
      kalau fakta tmbahan, anda sekolah smua perempuan ek? tak kapel good for u.=)

      • hahaha.. adoi~ mane ade perli okeh!

        tapi saye skolah pmpuan 9 tahun je.. lagik 2 tahun saye skolah campor~

        hurm, artikel ni, adam salahkan hawa, hawa salahkan adam.. sepatutnya, ade part yg ‘salahkan diri sendiri’ sbab ‘diri sendiri’ yang ‘paksa diri’ buat ape2 keputusan.. walaupun mungkin keputusan itu didorong juga oleh faktor2 lain.. still, u cant blame the knife if u kill someone with that particular knife…..

  12. hehe,bukan apa,ayat anda tu boleh double meaning jika dibaca berlainan nada.=p

    betol2,setuju! cant blame the knife, nice quote!
    (err…jap. tapi dalam citer ni sape jd knife ek? hehe,blurr jap.)

    kita mengenal kesalahan adam, kita mengenal kesalahan hawa, insyaAlah dari situ kita boleh mengenal juga kesalahan kita. sama-sama berusaha! ayuh!=)

  13. ‘u cant blame the knife if u kill someone with that particular knife…..’

    kalau kite bunuh orang, pisau tu takkan ditanya kat padang mahsyar nanti tapi orang yg membunuh tu yg akan dipersalahkan.

    so in this context, orang yg berkapel tu patot dipersalahkan.. jangan salahkan orang sekeliling..

    tapik lets not forget yang orang sekeliling pon akan dapat saham gak kalau menyumbang kepada sesiapa berkapel.. =)

    -> diharap dibaca dengan nada yang benar
    -> tido ar.. esok klas kol 8

    • bagusnya anda punya pegangan dan pemahaman tentang konsep kapel ini,kagum2..=)

      huhu,baek~~

  14. nice post 🙂

  15. nice one…
    owh~
    x sangka plak ade yg anggap cmtu…

  16. masalahnya bila kami nak bermanja2 dgn teman2 sejantina, x da sapa nak layan .. zZz

    • eleh Izhar, Jamal ade je kot tempat nak bermanja2. zZz

  17. to gadisberbajubiru: Semoga bermanfaat,amiiin…=)

    to AdlineLime^-^Tea: ada…ramai je.=)

    to Izhar: TULA PASAL….haha. lelaki je tak bleh rapat/manje ngan lelaki. tu lelaki jadi playboy. haha,ini alasan…=p

  18. xpe2, aku pham razi,ko nak ‘gay’ ngn kteorg kn?jom2, hahaha.

  19. budaya ‘couple’ memang dah berleluasa…mak ayah pun risau kalau anak dorang xde bf/gf skrg.. oh…apakah?

  20. naqi: taknak. lelaki lain ok lagi,ko tak bleh. sebab ko gay betol2. takde tanda’ tu, haha…

    biha: orang hebat ‘mengubah’ sejarah.=)

  21. Hmm. Tak tahula kalau kat unpad je mcmni, tapi ada satu kebiasaan yang sangat tak disukai di sini, iaitu orang2 suka sangat ‘gosip’kan pmpuan/laki ini dengan laki/pmpuan itu. Tak kisah siapa pun orang tu, budaya nak kenen2kan orang tu mesti ada. Kenapa ek? Tak suka.
    huhu

    Boleh jadi, perempuan yang pada mulanya tak ada perasaan apa2 pun boleh jadi ada bila di’cucuk’ yang ada orang bagi perhatian lebih kat dia, dan sebaliknya… *adakah komen ni lari dari topik?huhu*

    Normal je.. Tak ada pelik pun kalau lelaki baik dengan lelaki. Andai persahabatan didasari ukhwah, untuk apa dikisahkan kata2 orang ramai~

    • itu ada di mana-mana…tu sebab kita kena mengubah budaya yang ada. jangan di’kenen’ pada yang ‘tak kuat’. yang ‘kuat’ dan tgh mencari calon takpe. hehe…
      (tak lari topik pon,jzkk…)

      normal di mata siapa? haha…sekarang kan byk yang dh songsang,so pemikiran masing-masing pon dh songsang. ini yang tak kena….
      mari kita ubah….

  22. btul3..stju ngn akmal..hehe
    hari2 ktorg bermnja..
    mkn skli..g kls skli..
    nsb bek tdo asing2 dlm blik sndri..
    hehe=P

  23. Salam…kontroversi sungguh post kali ni se’HOT’ tajuknya..hehe
    Pendpt sy, takleh nak smakan cra ADAM-ADAM bermanjaan dgn HAWA-HAWA bermanjaan. kan ADAM dan HAWA dicipta berbeza sifatnya untuk saling lengkap melengkapi. Sebelum halal ADAM-HAWA blh la dptkan kemnajaan Hawa(bg ADAM) dr Ibu,kakak,adik perempuan,mak cik,nenek anda..hehe..sama juga bg HAWA dr ayah,abang,adik lelaki,pak cik,atok..sesiapa yg mahram bg anda…skdr pndpt,wslm

  24. wahai para Hawa..jadilah bidadari untuk Adam sahaja..
    bukan untuk Adam yang lain..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: