Seni Berbicara – SIKAP


Saya sempat belajar pendidikan seni sampai darjah 6 je, (bukan sebab cikgu mati, memang kat Sekolah Izzuddin takde subjek pendidikan seni) tapi saya minat pada semua subjek yang memerlukan kesenian. Saya pelajar aliran sains yang berseni??? Mungkin ya, dan mungkin juga tidak. Haha…

sahabat-sahabat 'sains'

Sepanjang hidup saya,

Saya pernah melibatkan diri dalam beberapa aktiviti ‘seni’.

Masuk pertandingan ‘seni’ melukis semasa di tadika.

Masuk pertandingan ‘seni’ menulis khat semasa di sekolah rendah.

Masuk persatuan ‘seni’ mempertahankan diri, karate-do di sekolah rendah. (Seni mempertahankan diri termasuk seni jugakla tu kan? hehe…)

Masuk persatuan ‘seni’ silat semasa di sekolah menengah rendah.

Masuk pertandingan ‘seni’ nasyid di menengah atas.

Tetapi seni yang paling diminati setakat ini adalah seni berbicara. Saya suka menghayati seni berbicara kerana dengannya saya dapat ‘berhubung’ dengan manusia. Walau pada hakikat dan turunan genetiknya saya bukanlah seorang yang peramah, namun seni berbicara adalah seni yang paling unik dalam kita ‘bersinergi’ sesama manusia.

Sinergi dalam erti kata,

Perlu-memerlukan…..

Bantu-membantu, dan berkasih sayang….

Untuk MEMAKMURKAN BUMI ini.

Berbicara adalah satu perbuatan menghasilkan bahasa untuk berkomunikasi atau menyampaikan sesuatu pendapat dan idea melalui lisan. –definisi dari Kamus Linguistik.

Semua manusia boleh berbicara.

Tetapi tidak semua manusia pandai berbicara.

Berbicara itu SENI…

“BARANGSIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT MAKA HENDAKLAH DIA BERBICARA YANG BAIK ATAU DIAM SAHAJA” HR Bukhari

Percakapan yang baik bukan terletak pada isinya sahaja, tetapi juga pada SIKAP atau CARA ianya disampaikan.

1. Berbicara dengan sopan/lemah lembut

(Surah Thaha 20 : ayat 44)

Ini adalah didikan Allah kepada nabi Musa untuk berhadapan dengan MANUSIA PALING SAMSENG dalam dunia. Berkatalah dengan lemah lembut, SEMOGA  dia ingat ataupun takut.

Jadi orang yang ingin menyeru kepada kebaikan dan kebenaran tuhan, tidak wajar untuk bersikap kasar mahupun sarkastik. Ianya akan lebih ‘menyakitkan’ daripada ‘mengesankan’. Bagaimana kebenaran mahu diterima jika sikap penyampainya menyalahi fitrah dan didikan tuhan? Kalau mahu berkeras juga, ingatlah…

“Kamu TIDAK SEHEBAT MUSA, dan mereka TIDAK SEJAHAT FIRAUN, tetapi Musa mendatangi Firaun dengan lemah lembut”

2. Berbicara dengan suara yang sederhana.

(Surah Lukman ayat 19)

Komentar Imam Hassan Al-Banna dalam salah satu dari sepuluh wasiatnya,

“Jangan menguatkan suara melebihi suara yang DIPERLUKAN oleh pendengar, kerana hal itu akan MENGGANGGU dan MENYAKITI”

Pembicara yang tidak mengendahkan perasaan dan ‘keperluan’ pendengar adalah pembicara yang lemah dan tidak berjaya.

3. Menghormati dengan memandang muka orang yang sedang berbicara.

Ini adalah contoh akhlak nabi yang sangat menghormati sesiapa sahaja yang datang berjumpa dengannya. Tidak hairanlah ramai manusia terpikat dengan agama ini jika sang nabi yang menjadi produk ilahi.

4. Tidak berbisik di antara dua orang jika ada orang ketiga.

Elakkanlah berbisik, lazimkanlah berterus terang dan telus dalam berbicara. Bergaduh ketika berbicara lebih baik daripada ‘terasa’ dan bersangka-sangka.

Sesungguhnya kebanyakan dari prasangka itu adalah dosa…

5. Suasana dan ketika yang sesuai.

Pembicara yang tidak memahami keperluan pendengarnya akan menghilangkan ‘keberkesanan’ kata-kata dan isi pembicaraannya.

Kadang-kadang, bercakap berdua lebih baik dari ‘menyindir’ di hadapan umum.

Kadang-kadang, bercakap sejurus setelah berlaku sesuatu kejadian lebih mengesankan daripada disimpan untuk suatu masa lain.

Dan kadang-kadang, sesuatu pembicaraan lebih elok jika tidak diluahkan.

Situasi itu berbeza-beza,

“Kadang-kadang….”, bak kata Nujum Pak Belalang.

Advertisements
Published in: on April 23, 2010 at 10:35 am  Comments (11)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/04/23/seni-berbicara/trackback/

RSS feed for comments on this post.

11 KomenTinggalkan komen

  1. seni itu indah..
    akhlak itu jg seni…tingkah laku itu jg seni..kerana dgn seni itu jg dakwah mampu memikat meskipun tanpa suara..

  2. eh..tu kelas mne??
    cam knl..
    tetibe tnye bnde yg x de kaitan..
    😛
    nice post anyway
    wonder if my way of talking berseni enough

  3. to 8ulan4ati: terima kasih sudi menziarah. dan sesungguhnya, dakwah itu juga suatu suat seni…=)

    to amal: kelas 5sain1. takkan sama time zaman korg kot??? if same,maksudnya korg tak kreatifla…kelas budak lelaki sume tu!! hehe…
    yg menulis pon tidaklah berseni,ini cuma perkongsian semata-mata,untuk pelajaran kita bersama.=)

  4. Sesungguhnya mengenali penulis, ana mengetahui beliau seorang yang sangat berseni.
    Tulisan khat yang cantik, dengan hiasan yang sisi yang cukup kreatif.

    Seni suara: nasyid.. seringkali ana mengatakan beliau sedang bernasyid tetapi dengan gaya penyanyi rock.

    Masih tidak berkesempatan menghadiri ta’lim atau kuliyyah kendalian beliau.

    Seni tulisan: terbukti dengan gaya penulisan yang makin matang dalam setiap post terbaru, makin ‘dekat’ dengan pembaca.

    ” Maka disebabkan oleh rahmat daripada Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekililingmu.” (3: 159)

    Permulaan yang bermanfaat bagi seorang dai’e, buku Bagaimana Menyentuh Hati; Abbas As-Siisiy.
    (Kiat-kiat memikat objek dakwah)

    • ya Allah….
      ampunilah daku kerana kata-katanya itu. sesungguhnya dia tidak tahu keburukan diriku, jadikanlah aku lebih baik dari apa yang diperkatakannya itu. amiiiin ya rab! ya samii ya ‘aliiim….

      “Bagaimana Menyentuh Hati”, suatu buku yang baik….

  5. 4. Tidak berbisik di antara dua orang jika ada orang ketiga.

    Elakkanlah berbisik, lazimkanlah berterus terang dan telus dalam berbicara. Bergaduh ketika berbicara lebih baik daripada ‘terasa’ dan bersangka-sangka.

    Sesungguhnya kebanyakan dari prasangka itu adalah dosa…

    Benar,berbisik di depan org lain dapat menimbulkan prasangka dan sekaligus merosakkan hubungan persahabatan yang sebelumnya baik,berbicaralah dengan bijak kerana setiap manusia itu punya perasaan dan syaitan sentiasa memainkan peranan mereka.

  6. cakap pasal seni..
    saya adalah peminat seni..
    tapi..
    masa masuk form 4 cikgu xkasi amik aliran sastera.
    cikgu kata..awak nak sia2kan result awak ke?
    apakah?
    huhu..

  7. bagi saya,abaikan kata2 itu,kerana mungkin dengan sastera awak boleh berdakwah dengan lebih efektif.

  8. setuju dengan ana, berbuatlah yang terbaik di dalam setiap bidang kita. manusia yang baik adalah yang manusia yang bermanfaat.
    namun yang lepas ada hikmahnya, jangan dikesal atau dimarah, ianya sudah ditetapkan Allah.

  9. kesenian itu penuh kelembutan..kadang mengusik hati membuatkan jiwa menangis..kadang memujuk kalbu membuahkan kembali keriangan..dan setiap ketika itu manusia akan terus berfikir..dan harus diriku terus melazimi muhasabah diri..

  10. nasihat yang benar.
    barakallahu fiik..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: