Ujian pada sudut pandang ‘penduduk MARS’


Tiba-tiba mahu menulis!

Sepanjang berada di minggu-minggu terakhir tahun keempat merangkap tahun terakhir di Jatinangor ini, banyak perkara yang dilalui dan dialami. Pahit getir masam manis semua ada. Tapi PAHIT GETIR itu ternyata lebih mendominasi masa-masa gawat sebegini.

Alhamdulillah. Syukur kepada tuhan, syukur yang sangat-sangat dimaksudkan. Orang perak cakap, “I really mean it!”.

KERANA MANUSIA ITU LAHIR UNTUK DIUJI.

Brother Shah - Speaker yang mahu dicontohi

Teringat jawapan Brother Shah Kirit ketika seminar Comparative Religion yang lepas tentang mengapa manusia tidak diciptakan oleh Tuhan hanya satu umat@hanya satu agama sahaja. (Kan senang takde gaduh-gaduh sape betol sape salah?) TETAPI, tuhan tidak berbuat begitu kerana manusia dicipta untuk DIUJI. Siapa di antara kita yang menggunakan otak dan SANGGUP untuk berfikir dan mengkaji. Tuhan sudah tahu ADAM akan dihantar ke dunia UNTUK MENJADI KHALIFAH (pegawai/pengurus/pentadbir) DI MUKA BUMI, tapi tuhan uji Adam dengan sebuah pohon di syurga dan atas sebab itu beliau diturunkan. Beliau turun ke bumi bukan kerana beliau penjahat yang tidak layak di syurga, tetapi kerana beliau memang sebelum diciptakan lagi sudah ditakdirkan untuk menjadi khalifah bumi. UJIAN itu hanyalah penyebab Adam turun ke bumi.

Ya, Nabi Adam juga turun ke bumi kerana ujian.

Ya, Nabi Adam juga diuji!

Jadi, kenapa kita tak boleh terima kalau kita diuji?

“Hidup tak mencabar, tak bestla!”

Cara fikir begitu saya pegang selama ini untuk mencari pelbagai pengalaman dan ilmu baru tanpa jemu. Menjadi pelajar perubatan bukan penyebab untuk saya menyendiri. Dan disebabkan cara fikir begitu juga, kadang-kadang CABARAN dan UJIAN itu tidak tertahankan. BERAT!

Berat dalam erti kata, susah untuk dipikul sendiri. Jika tiada tempat untuk berkongsi dan mendapat motivasi. Alhamdulillah saya ada tuhan yang sentiasa disisi. Berkongsi dan mendapat motivasi dengan cara menangis sepuas hati, tersedu-sedu sebak menahan malu dengan dosa-dosa diri, memanjakan diri dengan sang ilahi yang sangat sayang dan memanjakan hambaNYA ini. Alhamdulillah….

Ketika berehat dari lelah kerja dan exam yang berpanjangan, saya membaca buku MEN FROM MARS, WOMEN FROM VENUS.

Planet MARS?? -Gambar Hiasan-

Geli hati saya ketika membaca asal usul Martians (baca: lelaki) dan Venusians (baca=perempuan). Di planet Mars, para Martians (penduduk Mars/para lelaki) sangat mementingkan kuasa, competency, keberkesanan dan pencapaian. Mereka membuat sesuatu perkara kerana INGIN MEMBUKTIKAN KEBOLEHAN mereka, dan meningkatkan prestasi serta skills mereka. Mereka lebih tertarik dengan ‘objek dan benda’ berbanding ‘manusia dan perasaan’. Mencapai matlamat merupakan perkara WAJIB bagi setiap penduduk Mars kerana itu adalah cara mereka membuktikan kemampuan mereka. Mereka mampu bermaksud mereka berjaya! Mampu bermaksud hebat! Puas!

Jadi kepuasan penduduk Mars dimiliki dengan menyelesaikan sesuatu masalah itu sendiri tanpa berkongsi. Berkongsi bermaksud tak mampu! Selesaikan sendiri bermaksud hebat! Kerana penduduk Mars sentiasa mahu lebih hebat dari orang lain, lebih competent dari orang lain, lebih berjaya dari orang lain!

(Bagus bukan?)

Namun satu kelemahan penduduk Mars, jika mereka mempunyai masalah, mereka akan larikan diri ke dalam gua. Menyendiri…..

Kerana apa???? Kerana mereka mahu FOKUS dan selesaikan masalah itu SENDIRI! Ingat pegangan mereka? MAMPU BERMAKSUD HEBAT!

Mereka lari ke dalam ‘gua’ mereka bukan kerana takut ataupun mahu melarikan diri dari masalah. Tetapi lari untuk “face to face” dengan masalah.

Mereka mahu membuka gelanggang, bersilat bertikam, dengan yang namanya MASALAH. Jika sudah selesai, ‘sang masalah’ telah pun tamat riwayatnya, maka mereka akan keluar semula dari gua dan beramah mesra dengan kawan-kawan dan sanak saudara.

Jadi pengajaran dari cerita tersebut kata sang penulis John Gray, biarlah Martians (baca:lelaki) menyendiri ketika mereka mempunyai masalah kerana mereka sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka MELAINKAN mereka meminta pendapat dan mahu untuk ditolong. Mereka meminta pendapat dan mahu ditolong, sekali lagi diulang, pendapat dan pertolongan. BUKAN SOKONGAN DALAMAN MAHUPUN KASIHAN.

Kerana penduduk ‘bukan Mars’ (baca: Venus@perempuan), tidak cenderung pada persaingan dan kehebatan, mereka cenderung pada perasaan dan penghargaan. Kehidupan di planet mereka lain. Sangat berbeza…Mereka suka dihargai dan disayangi, mereka suka untuk berkongsi, dan jelas sekali berlawanan dengan sikap penduduk Mars ketika masing-masing berdepan dengan masalah dan konflik diri.

Teringat luahan ustaz hasrizal apabila beliau menulis artikel yang meminta pendapat dan masukan mengenai masalah yang berlaku disekitarnya, ‘penduduk bukan Mars’ akan memberikan kata-kata sokongan dan perasaan kasihan.

“Sabarlah ustaz… Ini semua ujian tuhan.”

Kata beliau, “orang bukan suruh kesian, orang bukan suruh ‘sabar’kan, orang nak masukan (input) dan penyelesaian!”

Melihat luahan ustaz itu, saya pula ingin mengatakan, “Sabarlah ustaz….”

Ha ha ha…=p

Yang jelas, walaupun para lelaki akan menyendiri ketika menghadapi masalah dan ujian, mereka tetap perlukan pertolongan dan bimbingan. Selalunya mereka akan mencari orang yang telah diyakini kehebatannya dan berkredibiliti, (supaya mereka tidak kelihatan ‘loser’ atau ‘tak mampu’) untuk meminta pendapat agar masalah berjaya diselesaikan. Namun, sebaik-baik pertolongan dan penyerahan segala harapan, adalah pada Tuhan Yang Menciptakan Insan.

Sudah terkenal kehebatannya, sudah terkenal kredibilitinya.

Kita tidak akan dikatakan ‘tak mampu’ jika kita rujuk masalah kepadaNya kerana semua makhluk BERGANTUNG KEPADANYA!

Tunduk Merendah Diri itu Bukti Mempunyai Hati

Ujian dalam diri insan, adalah diciptakan untuk ‘memanggil’ kembali insan kepada tuhan.

Tuhan menciptakan ujian supaya insan kembali mengingat tuhan

Tuhan menciptakan ujian supaya insan sedar diri dan mencari kebenaran.

Tuhan menciptakan ujian supaya insan membuat rintihan dan berserah harapan.

Tuhan menciptakan ujian….

Kerana tahu kita perlukan pertolongan…..

p/s: bila dah menulis, panjangla pulak! (thanks to makcik asmayanti kerana memberikan “Award sunshine” di blog beliau lantas memacu penulis mencoret sedikit cebisan di petang yang penuh kedamaian. Eceh~

Maaf lah ye, artikel lain plak yang tertulis lepas dapat award. Pasal 12 blog lain tu, saya serahkan pada sesiapa yang mahu membuatnya, buleh dop? Haha…)

Advertisements
Published in: on Mei 14, 2010 at 5:19 pm  Comments (9)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/05/14/ujian-pada-sudut-pandang-penduduk-mars/trackback/

RSS feed for comments on this post.

9 KomenTinggalkan komen

  1. buku ni byk cerita realiti sebenar antara lelaki dan perempuan.satu perkongsian yang bermanfaat.

  2. tak pernah baca.tapi kawan lelaki pernah bercerita.
    katanya buku ini banyak berkait dengan realiti wanita dan lelaki. setelah awak buat artikel begini, saya jadi intrested dgn buku tu. insya allah akan di cari dan dibedah oleh sy pula..hahaha

  3. beza? memang berbeza! (baca dlm nada iklan amende tah tu) tenkiu utk pembedahan buku ini.interesting 🙂

    p/s: ‘memacu’ eh? mantap la bahasa melayu. lama dah tak dengar. ;p

  4. WAW! nanti bole la share sket time meeting eh. hehe~

  5. Salam.

    Selain buku Panduan Nikah Lengkap A-Z atau Adab Az Zifaf Albani yang banyak menyalurkan teori, eloklah anak2 muda baca buku ni juga (baca: MAFMWAFV), yg merupakan satu self-help book, boleh membantu dari sudut praktikal and psikologi.
    Maklumla, dalam dunia ni, dalam berorganisasi contohnya, perempuan dan lelaki banyak sangat pertentangan, kdang2 ‘bergaduh’ hanya sebab perempuan tak faham nature laki or vice versa.
    Bagus juga untuk penggiat2 dakwah yang berada dalam jemaah, supaya mereka boleh lebih banyak bertolak ansur dan memahami perbezaan yg wujud antara makhluk yang datang dari 2 planet berbeza bila menghadapi konflik antara gender. Input nya realistik!!

  6. war-g-ya : semoga kita sama-sama dapat manfaatnya….

    ayu : InsyaAllah, silakan membedah pula!=)

    as : iklan apa tu? macam pernah dengar….semoga sama-sama dapat manfaatnya,amiiin…

    Farhani Azizan : yup, kita belajar dengan hikmah disekeliling. membaca adalah salah satu caranya. carilah ilmu, carilah butir mutiara, agar dapat kita jadikan bekal buat di sini dan di sana.
    di sini, kalau tak pandai ‘manage’ pon haru dibuatnya. lagi-lagi di dalam organisasi dan gerak kerja.=)

  7. http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2591

    hoho

  8. tahniah!masok iluvislam.com..

    proud to be a martian.. ;p

  9. bagus MARS!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: