Risau lebih, apakata kita CUBA?


Sebenarnya ketakutan dan kerisauan kita kadang2 melebihi apa yang sepatutnya….

 

Hmm.....

 

Kita risau kawan lari dari kita,kita tak tegur kesalahannya…
Kita risau orang non muslim lari dari islam, kita tak mengajaknya/menyebut pasal islam di hadapannya….
Kita risau tiada jodoh, kita tak tegur pasangan “couple” kita buat dosa….
Kita risau customer lari dan kita “bankrup”, kita ikut sahaja kehendak mereka….
Kita risau family kita merajuk dan tidak memahami, kita diamkan dalam hati sahaja…..

Tetapi padahal mungkin sebaliknya, tak cuba tak tahu, kan?
Dr. Syed Haleem sukarelawan Lifeline 4 Gaza yang kapal bantuan makanannya diserang Israel tempoh hari pernah berkongsi 1 cerita semasa kami menghantarnya di airport semalam.

Ada 2,3 org mat rempit yang bukan muslim. Dah lama kawan dengan mat2 rempit melayu dan islam. Pada suatu hari seorang mat rempit ni dengan selambe cakap,
“Eh,ko dh lama kenal kitorg,msuk islam jom”

 

Kawan yang sejati, akan tegur kerana mengasihani

 

Setelah pulang, non muslim tu berfikir panjang, dn kemudiannya, dia memutuskn untuk masuk islam.

Sungguh kejujuran dalam mengajak dan memberi nasihat akan masuk ke hati siapa yg mndengar insyaAllah…

Advertisements
Published in: on Jun 21, 2010 at 12:15 pm  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/06/21/risau-lebih-apakata-kita-cuba/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 KomenTinggalkan komen

  1. aduh….komen dah jadi artikel..
    it mean it was so serious heh??

    hmmm…sejujurnya saya tidak kisah dengan soal rugi.
    sejujurnya saya tidak pernah kisah tentang konsep ‘memahami’ antara saya dan family.
    saya kenal mereka dan mereka kenal saya.
    mereka bukan seperti kita yang senang dan mudah terdedah dengan info-info baru tentang dunia.
    duduk di kawasan pekan kecil membataskan pendedahan mereka pada dunia luar.maka saya lah yang bertanggungjawab sebagai wartawan dalam keluarga saya.
    setiap yang saya ketahui lumrahnya akan saya beritakan kepada family setulus hati.Saya tidak tahu penerimaan mereka keseluruhannya kerana saya masih belum berpeluang bertemu mereka dalam jangka masa setahun ini.tapi saya tahu banyak yang sudah berubah..insyaAllah..apa yang saya fikir tika menulis artikel itu ialah bagaimana adik dan family boleh berdepan dengan orangluar yang mungkin lebih tahu,lebih berilmu tapi tidak mahu melakukan apa yang saya cuba usulkan pada family saya iaitu BOIKOT.
    Saya menulis menerusi soalan2 saya pada family juga-tentang keadaan mereka dan masyarakat sekeliling mereka disana.Kawasan saya sebuah pekan kecil yang punya universiti,punya matrikulasi,punya sekolah berasrama penuh.mereka intelligent dan mereka bijak.saya mahu mereka2 ini turut membantu dan menyokong family saya dalam usaha kecil ini.saya bukan mahu melihat hasil yang besar dalam sekelip mata..tapi saya mahu memaksimakan usaha selagi terdaya.insyaAllah..saya punya perancangan lebih besar dari tulisan saya itu sebenarnya..

    • assalamualaikum ukhti lilian,
      artikel ini hanya kebetulan.
      sejujurnya,niat saya adalah berkongsi dengan semua pembaca tentang ‘kerugian’ jika kita ‘risau’ untuk mencuba.

      tiada kena mengena dengan kisah anda. maaf kalau merasa terganggu. semoga ada manfaat buat yang membaca disini.

      • *saya sebagai tetamu patut meghulurkan salam.maaf atas kelalaian(=_=”)*

        waalaikumussalam akhi..
        sejujurnya juga saya tidak menganggap artikel ini sebagai satu gangguan malah saya berterima kasih atas nilai tambah saudara tentang kisah saya mungkin.

        tak salah untuk mencuba.artikel ini juga mugkin sebagai salah satu wadah untuk kita lebih berani mencuba mungkin.lihat saja pada kisah oleh Dr.Syed Muhammad Haleem itu.Mari kita cuba jadi manusia sebegitu.Mari!Mari!

        moga Allah redha..atas dirimu juga diriku=)

        *artikel ini disiarkan dalam ruangan comment note kisah saya sebelum dipamer disini,jadi mungkin kerana itu saya menyangka ini adalah satu tambahan buat nota saya.apapun,terimakaseh ya akhi…(^^)v*

  2. Salam,
    Hmm memang kadang2 kita terlalu risau, atau dalam ertikata lain, banyak berprasangka terhadap mad’u atau objek dakwah kita. Yang terbaik adalah menjadi proaktif, berani untuk bertindak atas apa yang kita percayai..
    tanpa memikirkan sangat orang terima ke tak, kerana bukan di tangan kita pun kan kuasa tu.hmmm

    Dari satu segi yg lain, dari pihak ‘yang menerima’ atau mad’u tu sendiri..pun kadang2 risau terlebih untuk buat baik.
    “Ala kang apa orang pikir kalau aku pakai baju panjang sikit, longgar sikit.. macam orang dah nak mati je”
    *agak kasar kan? kisah benar ni..*

    Bak kata encik Nike, Just Do It! hoho..boikot2 eheh

  3. Jangan kerana takut orang lari, kita tinggalkan yang wajib.

    Sangka baik kepada kawan, non muslim, couple, customer, family..

    Belum cuba belum tahu, kan?

  4. farhana: u know your sitation well. muslimah, mempunyai lebih banyak mehnah. tabahlah.=)

    akmal: setuju! belum cuba belum tahu.=)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: