Ulama’ vs UMNO


UMNO vs Ulama'?

Saya terpanggil untuk berkongsi isu ini di sini. Wallahua’lam, bukalah minda untuk berfikir dan sama-samalah kita belajar mentafsir.

Ustaz Hasrizal pernah menulis tentang isu Ulama’ “keras” yang mempengaruhi pemerintahan dan kesudahannya dibuang jauh dari tempat asal beserta pengikut-pengikutnya yang juga “keras” di dalam memberikan pendapat dan nasihat itu. Jadi muka hadapan Utusan ini memanaskan suasana. [Sila baca]

Sementara itu, di balik kepanasan isu JI, Wahabi dan pengganas yang ditimbulkan kerajaan baru-baru ini, ada yang mengaitkan kemasukan Ulama’-Ulama’ ini ke dalam Umno adalah untuk menyelamatkan diri dan takut dihalang dari berdakwah atas tiket pengganas. [Sila baca]

Isu timbul apabila Ulama’-Ulama’ muda yang  dikenali sebagai ‘Ustaz-ustaz Sunnah’ (saya pernah mengikuti kuliah-kuliah sebahagian mereka dan insyaAllah saya yakin mereka menghafal, memahami, menyayangi sunnah sepertimana mereka menyayangi dan menjaga maruah ibu-ibu mereka) yang berjumlah sekitar 40 orang ini ‘merelakan diri’ untuk menyertai Umno. Jadi timbul keraguan dan persoalan apakah motif mereka ‘masuk Umno’ kerana kalaulah benar mereka menyayangi dan memahami sunnah, kenapa mereka rela bersekongkol dengan parti yang ‘hampir’ menghalalkan judi, rasuah dan pelbagai kejahatan lain? Itulah persoalan dan kebimbangan mereka-mereka yang mahukan jawapan dengan segera. Tetapi tidakkah kita sedar sikap gelojoh kita menuduh dan menjustifikasikan perbuatan mereka itu adalah suatu kezaliman?

Tertarik dengan komen seorang sahabat, Mohd Masri tentang isu ‘masuk Umno’ ini.

“Suka hati demela nak masuk Umno pun, asal jangan berkempen sudah le”

Klik gambar untuk baca

Ya, benar. Mereka ini golongan agama. Jadi yang kita harapkan bukanlah bersifat politik. Kita harapkan masa hadapan Ummat Islam yang lebih gemilang. Maksud ummat Islam yang lebih gemilang merangkumi seluruh ahli dari Pas, PKR, dan parti-parti lain. Kalau mereka-mereka ini masuk Umno untuk berkempen tentang Umno, ajak orang masuk Umno, itu saya tidak setuju. YANG PENTING BUAT KERJA AGAMA, AJAK MANUSIA KEMBALI PADA TUHAN DAN RASULNYA, TAK KIRA KITA BERADA DI MANA.

Mereka menafikan mereka ‘terpaksa’ memilih untuk masuk Umno kerana takut dilabel pengganas dan ditahan dari berdakwah. Jadi kalaupun mereka berbohong, siapa kita untuk menjadi hakimnya? Kalaupun benar mereka pengecut dan mahu menyorok mencari tempat selamat di bawah ketiak pemerintah, siapakah kita untuk menjustifikasikan salah benar perbuatan mereka?Sesungguhnya Allah takkan zalim kepada hamba-hambaNya dan kita yakin Allah akan membalas dengan keburukan jika itulah niat mereka.

APA SALAHNYA KITA BERBAIK SANGKA?

Mereka belum pun berbuat apa-apa. Mereka hanya mendafar sebagai ahli sahaja. Kenapa kita mahu menghukum dan membuat aniaya. Kita buat sahajalah kerja dan tugas kita. Kalau semua perkara mahu dikatakan salah, hilanglah peluang kita untuk mencuba dan berbaik sangka. Kita sering terpengaruh dan terbawa-bawa dengan emosi jika sesuatu perkara tidak menyebelahi kita. Sangat sukar untuk kita bersikap terbuka jika musuh kita berprinsip mulia.

Alangkah baiknya kita menegur kesalahan musuh mahupun saudara. Memuji dan menyokong kebaikan tak kira saudara tak kira rupa. Kita bercakap atas dasar agama, jadi jangan pisahkan ia kerana kita berbeza ‘tempat bekerja’.

KERJA KITA SAMA, BEKERJALAH!!!!!!!!

Advertisements
Published in: on Jun 26, 2010 at 3:44 am  Comments (18)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/06/26/kerja-kita-sama-bekerjalah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

18 KomenTinggalkan komen

  1. berbaik sangka demi perpaduan ummah.

    —–DR.RADZI says: InsyaAllah…Sama-sama kita menunggu dan berusaha ke arah zaman kebangkitan ummah!

  2. mantop!

    —-DR.RADZI says: yang benar disokong, yang salah dibendung. kalau ada salah dan silap jangan malu-malu untuk menegur ye? terima kasih.=)

  3. salam razi,

    artikel yang sangat baik,,

    minta kebenarannya untuk letakkan artikel ini dalam blog aku ye.. 🙂

    —–DR.RADZI says: semoga tiada salah sangka dan bermanfaat hendaknya. amiiin.

  4. salam,
    orang selalu kata agama dengan politik tak boleh dipisah kan. tapi kenapa ulama sunnah umno ni kena pisahkan agama dengan politik pulak?

    kenapa ulama sunnah umno tak boleh kempen untuk umno tapi ulama dalam pas/pkr/dap(kalau ada) boleh kempen untuk pas/pkr/dap?

    • Ulama’ dalam pas/dap(kalau ada) boleh kempen untuk pas/pkr/dap ek adi?

      Jadi apa fokus yang sebenarnya kalau itu yang dikempenkan?
      pada pendapat aku, even dalam pas/pkr/dap pon, ulama’ tetap kena mengajak kepada tuhan dan rasul. bukan mengajak kepada parti.

      nabi tak pernah bercita-cita untuk memimpin sebuah negara mahupun parti. yang nabi IMPIKAN adalah Islam tertegak di mana bumi dipijak.

      jadi itulah yang aku maksudkan dengan berkempen pada parti ni. mahu SEBARKAN Islam, atau nak dapat negara Islam?
      dipilih…dipilih….

      Islam bermula dengan akidah dan syakhsiah(akhlak), barulah KEMUDIAN diikuti rapat oleh siasah(politik/kepimpinan negara)

      wallahualam. terima kasih sudi berkongsi idea.=)

  5. menarik artikel ajie. keep it up. buanglah sikap dengki, benci dan buruk sangka dalam hati kita. kita sebagai khalifah sepatutnya menjalankan kerja dakwah dan menyedarkan orang tapi hanya Allah yang memberi taufik dan hidayah. siapalah kita untuk menjadi hakim ke atas sesuatu yang kita sndiri tidak tahu tujuan.

  6. Politik bukan islam. Akan tetapi politik adalah salah satu cabang dan elemen islam. islam adalah agama menyeluruh. bukan tidak memberi mereka berkempen utk UMNO. akan tetapi untuk mengelakkan mereka dari menjadi alat untuk dimanipulasikan bagi memancing undi atau kepentingan politik mereka sahaja. semoga mereka dapat memberi UMNO ‘nafas baru’ dan bukan mereka yang diberi ‘nafas baru’ oleh UMNO.

  7. Point utama sekarang ni,BERSANGKA BAIKLAH.
    lepas tu, DOAKAN mereka mampu merubah @ do something.

    Mungkin ramai yang berfikir, UMNO tu ibarat ‘nasi dah jadi bubur’, tapi lupakah kita setiap manusia di beri peluang oleh Allah untuk berubah selagi mana belum datang ajalnya. Lagipun dalam UMNO sendiri ramai insan-insan yang bagus, bukan semua teruk.

    Terwujudnya parti kerana ada manusia di dalamnya, jadi UMNO X MUSTAHIL untuk dibersihkan, dimurnikan.

    Mungkin saya ‘sounds naive’, tapi belum cuba belum tau!

  8. Sangat setuju.kadang2 parti2 politik ni esp yg mengaku nk tegakkan islam atau keadilan manusia sejagat tu pikir ape diorang buat smua btul.org lain yg x sekepala smua salah.tp yg depa seru tu sebenarnya adalah ciri2 POLITIK KEPARTIAN.tak salah,cuma depa ni agak melampau sket..peace!

  9. Mungkin saya perlu tekankan semula fokus artikel ini.

    Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak yang ‘bukan UMNO’ dan saya tidak juga menyokong ‘pihak yang bernama UMNO’ ini. Fokus saya di sini adalah BERFIKIR dan BERTINDAK dengan bijak. Bukan gelojoh dan terbawa-bawa emosi yang membuak-buak.

    YANG BENAR TETAP BENAR, YANG SALAH TETAP SALAH.

    Jika suatu hari nanti mereka-mereka yang bergelar ulama’ muda ini membuat salah, tersilap langkah, atau TERLUPA ARAH, pasti saya akan tetap menegur dan memperbaiki, insyaAllah..

    Cuma buat masa ini, saya hanya menegur mereka-mereka yang RESAH GELISAH melihat tokoh agama masuk UMNO. Ada sahaja ‘ramalan-ramalan’ buruk mereka. Mahu ‘ramalan’ anda jadi doa ke? Nampaknya ahli-ahli Nujum yang bijaksana sedang mendoakan sesuatu yang bukan dalam kuasanya.

    DEMI ALLAH, HENTIKAN!
    DEMI ALLAH, HENTIKAN!
    DEMI ALLAH, HENTIKAN!

    • Masuk parti mana-mana pun, yang penting prinsip dipegang!
      Yup, yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.
      Sekarang kita doakan yang terbaik.
      Think positive 🙂

  10. iA saya tidak resah gelisah. saya sangat harap agar ini akan menjadi titik tolak perubahan paradigma kepada Malaysia. sangat berharap mereka bawa perubahan dan bukan mereka yang alami perubahan.. semoga Malaysia menjadi negara islam contoh dan banggan nya rakyat Malaysia adalah kerana kemuliaan Islam.

    —–DR.RADZI says: Amiiiiiin. BERBANGGA MENJADI UMMAH YANG DIJANJIKAN BAGINDA!!!

  11. Salam
    Saya bersangka baik.
    Tetapi saya juga praktikal.
    Kesan dari tindakan mereka adalah apa yang kita lihat sekarang. Suka atau tidak.
    Apa yang bakal berlaku, kita doa dan kerja ke arah yang terbaik.

    • Mari bercakap tentang praktikal. Apa kesan dari tindakan mereka yang dapat kita lihat sekarang?
      Umat islam berpecah kepada Islam UMNO dan Islam PAS?
      Umat islam pening untuk memilih Islam UMNO atau Islam PAS?
      atau umat islam hancur ditindas zionis dan amerika kerana mereka ada ulama’ UMNO dan PAS yang bercakar?

      Itulah point di sebalik artikel ini dibuat. Islam harus disampaikan di mana-mana. dan Islam yang disampaikan harus SAMA. Jika Ulama’ UMNO dan ulama’ PAS berkata benda yang sama, tegur benda yang sama, menyeru kepada tuhan dan rasul yang sama, kita akan tetap bersama. Tak kira siapa pun kita, kita akan tetap bersama.

      itu PENDAPAT ana yang kurang ilmu politik ni sheikh, ana hanya bercakap melalui pandangan umum dan luaran berdsarkan prinsip keesaan tuhan dan rasul pilihan. Jadi mungkin ada salah ada benar, yang penting mari bekerja.

      Kerja kita sama, bekerjalah.=)

      • Setuju sekali akhi..

        Islam perlu disampaikan dari mana sekalipun.
        ketika.Hatta dalam umno atau mana2 pihak. itu prinsip yang jelas.

        Cuma kebimbangan dan kegelisahan timbul atas dasar ukhuwah dan hormat kepada mereka kerana apabila disemak dari sejarah lampau dan di lapangan sekarang, golongan agama di dalam Umno jarang menyimpan rekod yang baik.
        Sering terlihat Islam yang tertutupkan.

        Tapi tak mengapa. Dalam politik anything is posible. Hikmahnya pasti terlihatkan.
        Adakah seperti Pak Sheikh yang menyertai Umno di era 80an tapi hikmahnya di akhir 90an? kita nantikan…

        Ana mendoakan kata-kata seorang ulama’ sunnah yang telah lama bersilat di ranah politik semasa di Malaysia ” Pergi jahanam Umno ” bisa berubah di masa depan.

        Teruskan kerja-kerja kita sahabatku Fakhrul Radzi…

      • Subhanallah….
        semoga Allah memberikan kemenangan buat Islam diatas kecerdasan dan kemuliaan orang-orang seperti anta. amiiiin.=)

  12. Janganlah dilihat kemasukan beramai-ramai ulama dapat mengubah umno seperti membalik-balikkan helaian sesebuah buku. umno telah pun berubah dari masa ke semasa dengan adanya ulama dan cerdikpandai dalam umno sendiri mahupun ulama yang tidak berparti. Jangan lupa, dalam keadaan terpaksa menerima kemerdekaan dari cengkaman penjajah dahulu, umno telah dapat memasukkan jaminan pemeliharaan Islam (istilah Melayu adalah mesti beragama Islam) ke dalam perjanjian kemerdekaan iaitu Perlembagaan Malaysia. Dan semua kita mestilah menerima realiti atau takdir bahawa rakyat Malaysia terdiri dari berbilang kaum dan agama. Perlu diingat, dahulu bukan ramai orang Melayu mendapat peluang menjalani pendidikan Islam seperti sekarang dan bersyukurlah mereka yang boleh mencapai ke tahap ulama. Sebagai mereka yang berilmu, adalah menjadi kewajipan menyampaikan ilmu kepada orang lain (nasihat)tidak kira parti apa pun. Manusia tidak mempunyai kuasa untuk mengubah sesiapa. Benarlah kata syamimi said, hendahlah kita sentiasa “bersangka baik” sesama orang Islam, bagi mengelakkan bencana seperti di Palastine atau Afghanistan, yang mengakibatkan Ahmad sanggup membunuh Muhammad, akibat sentiasa berperasaan buruk sangka sesama sendiri.

  13. assalamualaikum..
    mungki akan ade perubahan dalam parti politik ini..MUNGKIN..sye pernah degr,perlu ade dalam sesebuah organisasi org2x yg faham agama,so that perubahan dpt dilakukan walaupun kecik..msuk secra sorng2x atau berjemaah??hmm…we`ll see what will happen..ap yg pentg,Islam perlu dijadikan sebagai asas dalam setiap perkara..wallahualam..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: