Berakhir sudah satu episod…


Alhamdulillah, berakhir sudah satu episod perjuangan. Perjuangan dalam mengejar cita-cita. Walaupun pada hakikatnya cita-cita tidak tercapai sepenuhnya. Hmm….

Mungkin apa yang diperoleh itu lebih baik dari apa yang diharapkan buat diriku ini. Allah berfirman di dalam Al-Quran surah Al-Baqarah bahawa mungkin sesuatu yang kita suka itu tidak baik untuk kita dan sebaliknya. DIA lebih mengetahui tentang diri kita, dan DIA tahu apa yang terbaik buat kita. Maafkan daku wahai mak, ayah, kerana tidak mencapai target yang sepatutnya dicapai…

Berakhir sudah perjuangan dan pencarian ilmu dan pengalaman di bumi Jatinangor ini. Destinasi mencari ilmu dan pengalaman selepas ini akan bermula di tempat baru, bersama suasana dan persekitaran yang baru. Ini baru berakhir sebuah episod kehidupan. Selepas ini akan bermula episod baru dalam kehidupanku, menjadi co-assistant doctor di Rumah Sakit Hasan Sadikin, Bandung. Dengan penuh harapan dan semangat kesukanan, eh salah, semangat “kedokteran”, insyaAllah perjuangan ini akan tetap diteruskan!!!

Hari pertama di Jatinangor

Bersama rakan-rakan JPA untuk 'salam perantauan'. Hehe..

Tahun kedua di Jatinangor - CIKUDA

Tahun ketiga di Jatinangor - FK Unpad

Tahun keempat (masih berkompang. ish3...)

Bermula dengan urusan borang pendaftaran co-assistant a.k.a. ‘koas’, sehinggalah kepada urusan pindah barang ke rumah baru, diriku sangat teruja dan bersemangat jitu! Semoga ilmu dan pengalaman baru, akan mendekatkan aku pada tuhanku….

Merapatkan aku dengan sunnah rasulku….

Meeratkan hubunganku dengan manusia-manusia di sekelilingku….

Amiiiiin…..

Advertisements
Published in: on Julai 4, 2010 at 1:43 am  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/07/04/berakhir-sudah-satu-episod/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 KomenTinggalkan komen

  1. goodluck DM aji!

  2. Dr dari Malaysia ke Indonesia ke ni?

    • Saya student Malaysia yang belajar di Indonesia.

  3. smoge dapat y lg terbek di bandung..gudluck tuk nex perjuangan…=) doakan sy juge, perjuangan tuk balik mesia..heeee

    —DR.RADZI says: Amiiiin….sikit je lagi tu. semoga dapat balik malaysia dengan secepatnya dan berjaya dengan dahsyatnye! amiin.=)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: