Andai seorang perempuan itu datang….


Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan…

Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu…

Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu…

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu…

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu…

Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya…

Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu…

Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu…

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu….

MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,

“Kau adalah kawan karibku”

“Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu”

“Kau dah seperti abang kandungku”

“Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit”

“Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu”

“Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri”

“Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu”

“Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain”

TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?

Andai seorang perempuan itu datang…

Dan hanya dirimu pengawal gelanggang…

BERANIKAN diri untuk MENEGUR

GAGAHKAN diri untuk BERUNDUR

TABAHKAN diri untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!

Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti

Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri

Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free

Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI

Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,

Andai seorang perempuan itu datang…

Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang

Andai seorang perempuan itu datang….

Advertisements
Published in: on Julai 9, 2010 at 1:23 pm  Comments (15)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/07/09/andai-seorang-perempuan-itu-datang%e2%80%a6/trackback/

RSS feed for comments on this post.

15 KomenTinggalkan komen

  1. kalau lelaki yang buat2 semua2 kat atas tu?
    kalau lelaki tu yang tak hormat perempuan tu?
    kalau lelaki tu dulu yang memulakan?
    kalau lelaki tu dulu yang perangainya seperti mahu memintak2 dimanjakan?
    kalau lelaki tu sendiri cakap tak serupa bikin?
    kalau lelaki tu yang meninggalkan perempuan menjadi bekas2 untuk bakal suami mereka kelak?
    kalaulah lelaki ni tiada lidah kan bagus.

    • jawapan saya :

      Itu bukan lelaki.
      Itu adalah syaitan yang bertopengkan lelaki.
      Cubalah jauhi cubalah benci.
      Kerana syaitan itu musuh abadi.

      • oh,itu syaitan rupanya.
        hoi lelaki,jangan marah apabila dibenci.
        kau yang minta jadi begini.
        syaitan bertopengkan lelaki,
        lelaki jadi tiada hati.

  2. ah,kau lelaki senang berkata.
    jangan nanti kau yang mula.
    pastu tuding telunjuk ke muka,
    muka sendiri tak mengapa,
    ini muka si mangsa.
    kau lelaki..aku benci!

    • kepada isnotfunny : artikel ini ditulis oleh lelaki. dan ianya peringatan untuk lelaki. ianya adalah dari lelaki untuk lelaki.
      sejujurnya, yang menulis juga sedar akan tanggungjawab dan ujian ini, kerana penulis juga adalah lelaki.

      penulis juga lelaki.
      penulis juga tidak maksum atau membangga diri.
      penulis sedang bercakap untuk dirinya sendiri dan kaum lelaki.
      kerana penulis tahu, lelaki lah yang selalu memulakannya dahulu.

  3. salam,
    andai kita xdpt kawal diri mcmn?
    sbb susah sgt sebenarnya,
    naluri lelaki mmg macm tu kot…
    kesian kat bakal suami perempuan tu,
    maybe kita juga perlu jaga apa yg bleh di jaga,
    i mean selain perempuan yg bukan muhrim…

    p/s: marah btul yg kat atas ni, haha

    • “maybe kita juga perlu jaga apa yg bleh di jaga,
      i mean selain perempuan yg bukan muhrim…”

      mksudnya?

      • sblm nk buat benda tak senonoh pada anak perempuan orang,
        cuba bayangkan suka ke kita klu org buat benda yg sama pada anak perempuan kita nnti?
        klu kita suka atau tidak kisah silakanlah,
        tp klu tak suka maka jgn buat kat anak org, begitu juga pada adik, kakak, ibu atau kawan2 mahupun saudara perempuan kita…
        wallahualam

  4. Kami hanyalah kaum wanita..
    yang diciptakan dengan kelembutan..
    kami diciptakan untuk dibimbing..
    dijaga dan dipantau..
    kerana kami tidak mampu menjaga diri sendiri..
    pimpinlah kami wahai kaum lelaki..
    bukan mengambil kesempatan di atas kelemahan kami..
    tetapi jagalah kami..

  5. lelaki dan perempuan memainkan peranan sebenarnya
    bukan hanya sebelah pihak
    tp obviously, ramai pempuan yg sanggup
    pakai ketat2 semata-mata tuk tarik perhatian
    lelaki, maklumlah, lelaki suke and lau ade pape org2 yang seksi2 yg didahullukan..

  6. like dis entry!!
    so sweet~

  7. Manliness comes through Leadership…

    usually found people blaming girls on this matter, but u wrote reminders for men either.

  8. haah.macammana pula kalau lelaki yang buat semua2 tu?

    • InsyaAllah, mungkin lainkali kite cerita pasal lelaki pula.=)

  9. =).
    nothing to say..
    tp pesanan nie bagos klu sume laki dapat ikut sume nasehat tue..

    n tuk pompuan plak kenela jugak pandai2 jage diri. =)

    papepon be positive always ..sb dunia hari ni x semudah yg kite pikir.. =)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: