Dosaku pada manusia…


Aku sering berdoa dan bercita-cita
Menjadi insan yang paling berguna di dalam dunia

Aku juga sering bercakap dan bermadah bicara
Agar dimatikan syahid di tengah-tengah berjuang dijalanNYA

Namun mungkin ada yang ‘zzzzz’ dan tidak percaya
Mengatakan aku ‘bajet baik padahal sama je dua kali lima’

Sebenarnya aku sedar diriku siapa
Aku ini cuma insan biasa
Seorang insan yang terlalu banyak berbuat dosa
Dosa terlindung mahupun terlihat dek pancaindera

Mungkinku akan mati esok lusa atau bila-bila
Jadi kupohon belas ehsan saudara saudari yang membaca
Doakan daku istiqamah dijalanNya
Izinkan daku mencapai cita-cita
Walaupun ku tahu ku tidak sesuci mana

Aku sangat mengharapkan syurga dan redhaNYA.
Sangat-sangat mengharap,
Harapan yang takkan mungkin anda membayangkannya

Biarlah keburukanku disebut sementaraku masih bernyawa
Agarku insaf dan berubah dengan sesungguhnya
Sebelum kejahatanku diumpat merata-rata setelahku tiada
Meninggalkan keluarga dan rakan-rakanku dengan panas telinga
Astaghfirullah…

Aku tahu dosaku pada pencipta
Tinggal berharap keampunan dari saudara, rakan,dan anda semua

Maafkan daku wahai sesiapa
Kuperlukan kemaafanmu andai esokku tiada
Maafkanku….

Advertisements
Published in: on Julai 11, 2010 at 5:32 am  Comments (7)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/07/11/dosaku-pada-manusia/trackback/

RSS feed for comments on this post.

7 KomenTinggalkan komen

  1. saya pun begitu.. minta maaf juga kepada penulis atas salah silap yang disengajakan atau tidak.

    sama – sama kita memperbaiki hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.

    amin.

  2. Radzi,

    Why all the sad entries? =)

    • entahla.
      but sometime we need to be sad…

  3. amin..

  4. […] Dosaku pada manusia… […]

  5. amiin~

    moga sma2 snts diperingatkn dan diistiqamahkan..
    syaitan akn snts gnggu ank adam,
    jd kitahrus snts bermujahadah dlm kehidupn seharian..and xdelah sesenang mana..

    hablum minallah
    hablum minannas

    mintak maaf jg ya atas slh silap..
    sy bukn mnusia smpurna~

  6. assalamualaikum..

    beruntunglah kita jika masih ada yang mampu menegur segala kesilapan kita..kita manusia biasa mudah lupa..ada ja silap yang kita tak sedar..untk menegur kesilapan orang,bukan sesuatu yang mudah..untuk terus istiqomah dalam jalan Allah,perlulah tegar dengan segala ujian..

    semoga Allah permudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat..

    semoga Allah membantu kita untuk menjadi orang yang lebih baik dari hari ke hari..

    semoga Allah mencukupkan kita hanya kebergantungan padaNya..

    wallahualam~


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: