Jangan pejam sebelah mata, mereka saudara


Upin : Saya tak nak kawan dia, saya tak nak bagi orang lain kawan dengan dia. Saya tak nak tengok dia ada kawan! Saya tak nak tengok dia makan, sekolah, bahagia! Saya nak tengok dia sedih sengsara! Puas hati saya!

Ipin : Eh, tak baik begitu. Tak kira, kamu tak nak kawan dia, saya tetap nak kawan dengan dia. Tak baik buat macam tu kat orang, itu tak bertimbangrasa namanya… Tak berperikemanusiaan.

***

Ipin pun bersiap-siap mengumpulkan makanan, barang-barang keperluan, untuk membantu kawan mereka tersebut. Ipin sudah bersedia untuk memberikan bantuan-bantuan itu…

***

Upin : Hello pakcik polis!!! Pakcik, tengok Ipin! Dia nak bagi makanan kat orang yang bukan kawan saya. Dia nak tolong musuh saya. Pakcik pergi tangkap dia cepat! Jangan sampai dia sempat bagi bantuan tu!!!!

***

Analogi SITUASI DI GAZA, bagi mereka yang belum sedar…[klik]

[KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO ASAL USUL ISRAEL]

Waktu kecil kita selalu diceritakan tentang kisah sejarah kehidupan nabi Muhammad nabi kesayangan kita. Kita sering mendengar kisah jerih payah hidup baginda. Baginda dicaci, dibaling tahi, dibenci, dan pelbagai tohmahan lagi.

ADAKAH KITA SEDAR KISAH NABI TELAH BERULANG KINI???

Sebelum turunnya perintah untuk berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad saw dan para sahabat yang sudah menerima Islam, DIPULAU OLEH SELURUH MASYARAKAT MEREKA!

Sekatan makanan

Sekatan minuman

Sekatan kehidupan

Dan pelbagai lagi sekatan

Musuh-musuh Allah ini membuat sekatan, dan tanpa perikemanusiaan mereka biarkan nabi kita kelaparan, memaksa para sahabat juga turut bersendirian.

ADAKAH KITA SEDAR KISAH NABI TELAH BERULANG KINI???

Kini Palestin disekat.

Gaza disekat.

KAPAL BANTUAN YANG MAHU KESANA JUGA DISEKAT!

Kemudian ada hati pula meminta bantuan PBB untuk menyokong tindakan ba**sat mereka.

Dan kalaulah kita yang berada di Negara aman damai dan mengaku Muslim ini juga terpedaya dengan “kata-kata Upin kepada Polis” mereka itu, kita layaklah menerima gelarana kehormat BOD-OH dan BANG-ANG dan BAH-LUL!!!!!!!

BERI BANTUAN SEMAMPUNYA.

SALURKAN PADA YANG AMANAH MENYAMPAIKANNYA.

DAN BOIKOT BARANG-BARANG MEREKA SEDAYA UPAYA


Advertisements
Published in: on Julai 12, 2010 at 5:37 am  Comments (1)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/07/12/jangan-pejam-sebelah-mata-mereka-saudara/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One CommentTinggalkan komen

  1. nice entry..thx utk peringatan =)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: