Aku Bercakap Tentang Cinta – 2


Bismillahirahmanirrahim….

Suatu ketika dahulu, aku menulis [Aku Bercakap Tentang Cinta] kerana ingin berkongsi apa yang ku rasa. Aku tahu ramai yang ingin mencuba, merasa seronok dan asyiknya bercinta di masa remaja. Dan tulisanku itu mengundang airmata diriku, juga airmata sesetengah pembaca.

Saat itu, aku berasa lega.
Sungguh, saat itu aku berasa puas dan lapang dada.

Mungkin airmata menjadi teman ketika hati merasa rindu. Tetapi aku sedar setelah itu bahawa orang yang ku rindu itu bukan milikku.


Akhirnya keputusan diambil. Kami berpisah…

Jagalah dirimu. Hiasilah peribadimu dengan ilmu-ilmu agama. Dekatkanlah dirimu dengan Sang Pencipta. Semoga dengan pengorbanan kita ini, berkorban demi kebahagiaan kedua ibubapa, menghasilkan natijah hubungan yang diredhai seterusnya kelak melahirkan generasi yang diimpikan Nabi. Kita berpisah…

Mungkin inilah yang terbaik. Disunnahkan anak Adam untuk menyempurnakan sebahagian agamanya dengan bernikah. Namun kata Nabi Penghulu Segala Nabi, jika kamu tidak mampu, berpuasalah. Ya, berpuasa. Insan Mulia mengajar kita berpuasa. Di samping berpuasa zahiriah, aku bertekad untuk berpuasa batiniah. Tiada lagi si dia di hati. Cukuplah Allah menjaga, mengambil berat, memberikan kasih saying kepada si dia. Aku dan dia hanya halal setelah pernikahan. Akan tiba suatu masa nanti kita kembali bersatu, di atas tali pernikahan, di atas senyuman restu ayah dan ibu.

-Aku Bercakap Tentang Cinta-

Hari ini, aku tersenyum sendiri…
Baru ku tahu dahulu aku bercinta pada “jodoh yang tidak pasti”.

Wahai remaja,
Jika diriku kau anggap sahabat, terimalah kata-kataku ini sebagai nasihat.
Aku bercakap bukan tunjuk hebat, tetapi berbagi rasa berkongsi yang tersirat.

Janganlah kau mencintai wanita yang bukan isterimu.
Sumpah,larangan Allah itu harus kau tahu!

Janganlah kau mencintai wanita, yang katamu “bakal isterimu” .
Demi Allah, jika dia bukan milikmu kamu pasti takkan bersatu!

Sahabat.
Aku bercakap kerana aku tahu, aku bercakap kerana ini perlu.
Janganlah mencintai “bakal” isterimu, kalau rancangan nikahmu belum tentu.
Janganlah mencintai “sahabat karibmu”, kalau kau tidak melamarnya untukmu.

Kerana sesungguhnya,
DIA murka dengan cintamu itu.

Bayangkan dirimu dimurka tuhan, setiap doamu tidak dilayan.
Bayangkan cintamu dibenci tuhan, jodohmu pasti tidak akan kesampaian.

Jika kau benar mahukan si dia, lamarlah dirinya tanpa alasan.
Jika kau berhalangan untuk berkeluarga, lupakanlah dirinya sibukkanlah dirimu dengan pelajaran.

Dulu aku bercakap tentang cinta, sekarang aku bercakap tentang merancang untuk berkeluarga.
Kerana dahulu ku fikir cinta sambil menjaga boleh membawa ke syurga, tapi sekarang aku mengajak semua bangun dari mimpi dan berusaha sedaya upaya untuk ke syurga!

Berusaha menghalang cinta???
Bukan.
Berusaha mengejar CINTA hanya SELEPAS BERUMAHTANGGA!!!

Advertisements
Published in: on Julai 29, 2010 at 12:09 am  Comments (18)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/07/29/aku-bercakap-tentang-cinta-2/trackback/

RSS feed for comments on this post.

18 KomenTinggalkan komen

  1. hehe.aku jadi yg 1st.huhu..ape2 pn aku setuju ngn sume pe yg ko tulis.

  2. Salam.

    lama betul tak komen di sini=)

    A good one brother!

    ermm…..semakin dewasa semakin definisi cinta itu berubah.

  3. Jangan racuni diri dengan cinta saat diri tidak bersedia..hatta yang bertunang sekalipun, selagi belum ‘aku terima nikahnya’ pun masih belum menjadi milik kita.

    Tiba-tiba teringat komik Cinta Kambing Gurun huhu. Mari menjadi insan bertaqwa!

    Somehow this post makes me feel better. Thanks. Have a nice day!(tiba2)

  4. smart madah2 tu..
    ape rahsianye?

    ‘Bayangkan dirimu dimurka tuhan, setiap doamu tidak dilayan.’

    Semoga terus membangun jiwa2 manusia akhi.
    🙂

  5. fifa7070 : thanks weh, really appreciate it. semoga ada manfaat buat kita semua amiiin…

    iman aisyah : a’ah,lama jugak. tapi takpe,tuan punye blog yang tak rajin update. huhu. terima kasih…semoga kita sama2 berjaya dunia dan di sana

    farhana: eh,ingat ummu tadi,rupanya farhana. insyaAllah, mari menjauhi sesuatu yang bukan haknya. ha,bagaimanakah dengan komik kuih? apakata anda distribute edisi2 lepas pada adik2 twp10 yang kegersangan ilmu dan hiburan agama itu. huhu…
    -feel better cause u involve in this matter? i pray u can get rid of it safely

    akmal: jzkk sheikh doanya…cerita ini cerita anta jugak ke? mari mencari jalan ke syurga….bismillah!

  6. bgus utk dibace ssuai utk di ikut.=)

  7. Sama la tu ummu ka farhana ka..eheh

    Sebenarnya, mungkin kadang2 bila tak dapat apa kita nak, kita sangka Allah murka dekat kita. Wallahua’lam, tapi kasih sayangNya sentiasa mengatasi kemurkaanNya. Boleh jadi, semua musibah terjadi kerana Dia menyayangi kita. That’s what I believe-> Allah uji kerana sayang. Sentiasa bersangka baik dengan Tuhan!=)

    Kalau tak mengalami pun, bisikan syaitan tu sntiasa ada untuk menghasut, tiba2 jadi risau, ragu x pasal2

    redistribute KUIH? insyaAllah kalau ada rezeki..

  8. emm.

    saye ade amek sket ape yg dr razi tulis dlm entry nie n ltak kat blog saye.. sory yea..da post bru btaw.

  9. farhana: semoga berjaya, dan tsabat di jalanNYA. amiiin…

    ilitralala: tafaddhal. silakan2…semoga ada manfaatnya buat sesiapa yang membaca.

  10. jom tgglkn dunia angan2 cinta manusia yg penuh tipu daya syaitan..thanks for the sharing

  11. urm.betul sangat.tapi macam mana nak bagtahu dekat orang yang dah tahu hakikat bahawa tu cinta terlarang tapi still buat juga.eden pening.

  12. atiqah: you are most welcome.

    bawahbumi: mungkin dengan share artikel ni dan artikel “aku bercakap tentang cinta” dekat dia? hehe…kita berusaha dan berdoa. selebihnya kita serahkan pada yang Maha Kuasa….

  13. abg radzii..ini sgt terbaekkk..

    trimas utk sharing n perigtnnn 🙂

  14. definisi cinta berubah mengikut usia
    cinta remaja cinta saja2 dan cinta gila
    cinta dewasa selalu dgn kewarasan akal seiring usia

    tapi cinta hakiki milik rabbul izzati

    tQ 4 sharing doc =)

  15. walaupun si dia isteri kita, dia bukan milik kita. dia hanya milik Sang Pencipta. Renungkan 🙂

  16. like this…:)

  17. ermmm nak bercinta lepas kawen juga..tapi ….saya tak ader calon agie..huhu mungkin masih belum terbuka pintu nrezeki jodoh itu kot…

    • nurain: takde calon lagi la bole bercinta lepas kawin.=)
      semoga Allah memudahkan urusan hamba-hamba yang ikhlas menjaga perintah dan laranganNya, amiiin.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: