Kisah di kedai makan : PERCAYA, Berjaya!


Mak : Bang, nak beli kainla bang, nak buat baju. Takde baju nak gi Indon nanti.

Ayah : Alah, pakai jela baju yang ada tu. Macam tu je pun ok dah tu.

Mak : Nak pegi jalan merata tempat tu memangla pakai macam ni… Orang cakap pasal majlis Convo tu nanti. Abang pakai baju apa nanti? Takkan kemeja biasa je, belila baju baru satu…

Ayah : Tak payah… Banyak baju kat rumah tu, pakai jela mana satu.

Mak : Ish, belila baju baru satu. Takkan nak pakai biasa-biasa je, Erol convo ni bukan selalu. Pakaila baju kemeja lawa sikit ke, baju batik ke…

Ayah takde perasaan mendengar sambil meneruskan makan

Saya : A’a la ayah, apakata ayah pakai baju kemeja dengan blazer. Dengan tie! Baru macho ayah… Haha. Nanti kalau orang tanya ayah jawabla “Bukan selalu, ini anak aku dapat ijazah dokto ni. Bukan senang..”

Ayah termenung, mak senyum memandang ayah

Ayah : Kamu ada blazer lebih?

Mak : Mana ada, dia ada satu tu jela.

Ayah : Eh, haritu ada kawan bagi blazer kan? Ada lagi tak? Boleh pakai lagi tak agaknya?

Mak : Mana boleh, ni dah beso dah ni…(sambil menunjuk salah satu bahagian anatomi manusia)

Ketawa kami pecah.

Selalunya, hanya adik yang ‘mampu mengenakan’ ayah. Adik memang kepala gila, mak ayah tengah marah dia boleh selamba buat lawak. Orang lain takut untuk bergurau dengan ayah, apatah lagi ‘mengenakan’, tapi adik memang otai bab ni. Seronok rasanya dapat kenakan ayah, kalau ayah betul-betul pakai blazer dan tie majlis Convocation nanti mesti TERBAEK! Haha…

Terpancar kegembiraan dan keseronakan mereka untuk menghadiri majlis Convocation nanti. Anak yang mereka bela semenjak 24 tahun yang lalu sudah berjaya melalui satu fasa di dalam kehidupannya.

Hmm, jika difikirkan semula, saya sepatutnya mendapatkan CGPA yang terbaik sebelum saya berhak ‘mengenakan’ ayah untuk menurut kata dan kemahuan saya. Ayah dan mak pasti akan mengikut sahaja, kerana mereka sudah cukup gembira. Walaupun sebenarnya perjuanganku masih belum tamat di Indonesia…

Teringat perbualan dengan ayah suatu ketika dahulu…

“Mak dengan ayah tak dapat nak sambung belajar sampai Universiti. Mak dengan ayah nak anak-anak semuanya masuk Universiti dan berjaya. Kawan-kawan ayah cakap anak melayu susah nak berjaya. Anak-anak Cina India yang selalunya akan berjaya. Tapi ayah tak terima, ayah percaya anak-anak ayah boleh berjaya. Walaupun ayah seorang polis pangkat rendah lepasan SPM je, mak tak bekerja, tapi anak-anak ayah mesti boleh berjaya.”

Alhamdulillah, kini usaha, doa, dan KEPERCAYAAN ayah itu betul-betul nyata.

Percaya akan membentuk prinsip.

Prinsip akan melahirkan usaha.

Usaha akan merealisasikan cita-cita.

Sesungguhnya, cita-cita adalah pemula untuk berjaya.

Dan semua kita, dilahirkan untuk PERCAYA DAN BERJAYA.

Teruskan usaha, kerana MANUSIA…

ADALAH SEBAIK-BAIK MAKHLUK CIPTAANNYA

Advertisements
Published in: on Ogos 1, 2010 at 11:31 pm  Comments (9)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/08/01/kisah-di-kedai-makan-percaya-berjaya/trackback/

RSS feed for comments on this post.

9 KomenTinggalkan komen

  1. salam ziarah..

    Tahniah!..semoga menjadi anak soleh yang dapat berbakti kepada ibu ayah dan masyarakat dengan ilmu yang ada..


    —–DR.RADZI says: terima kasih. amiiiin.

  2. assalamualaikum…
    dah nak convo dah eh?dah 24thn da eh?da mkin tua nie..
    semoga terus istiqomah ye dr radzi dalam perjuangn sebgai seorang doc muslim..=)

  3. salam…

    tersinggah di laman ini. Menarik. Teruskan usaha

  4. niksyu: waalaikumusalam…
    a’ah,hujung bulan 8 nnt insyaAllah datang bandung dengan mak ayah. tua? bukanlah,berusia dan matang…lebih sedap didengar.=p
    InsyaAllah,terima kasih doanya. tiadalah apa yang diharapkan melainkan tetap istiqamah dan mati husnul khatimah. amiiin…

    syirfan : salam…
    terima kasih sudi membaca dan meninggalkan jejak.=)

  5. uhuu~
    dah matang dah ni..
    🙂
    lanjutkan!

    —–DR.RADZI says: lanjutkan ape boh? hehe…

  6. ko kena tambah..suh ayah ko pakai spek mata itam..baru macam Inspector A.galak..macho..garang tapi peramah

  7. hakim, tu memang dah wajib tu…aku belajar pakai Rayban ngan diela….haha.
    (dulu muda2 ada misai, sekarang dah tak simpan dah.)

  8. tahniah!! da jd doctor..
    hebat… sy baru 1 sem study anatomi, da rase x tahan.. adoi… anyway, tahniah!!
    sy redha, mmg guru telah ditetapkan utk sy..

  9. Ayah,,,kisah ini sgt serupa dgnmu,


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: