Matang, Atau Tidak?


“Ayah ada tengok video bekas naib cancelor UiTM dengan timbalan menteri pengajian tinggi cakap pasal mahasiswa berpolitik tak?”

“Tak, kenapa?”, ayah menjawab tenang sambil kembali fokus pada game solitaire yang dimainnya.

Takde, datuk saifuddin tu, dia perli bekas naib canselor tu nasib baik tak terus jadi naib canselor. Dia cakap mahasiswa tak matang. Bila ‘dicucuk’, mahasiswa akan emosi. Tapi kalau ‘orang sendiri’, tak dianggap mencucuk.”

“Saifuddin tu bercakap politik. Dia orang politik, macam tu la cakap orang politik… Dia nak kan sokongan orang masa pilihanraya nanti, dia kenala bercakap macam tu. Abu Shah tu duduk dalam sistem pendidikan ni lama. Sejak dia mahasiswa, pastu dia kerja pun dalam bahagian tu, dah lama dia duk dalam tu, dia tau la.”, jawab ayah dengan ‘sangat selamba’.

Ayah tetap bermain solitaire

Telinga mula panas, hati mula berkobar-kobar, tetapi mulut mula senyum. Ayah seorang yang berpengetahuan tinggi dan berpengalaman luas. Jadi saya harus menghadapinya dengan senyuman, ketenangan dan penuh ke’macho’an. Perkataannya itu pasti berhujah dan beralasan kukuh, tetapi saya tidak setuju. Dan seperti kebiasaan, sepanjang balik cuti banyak yang kami debatkan. Malam itu bermula episod debat yang baru.

“Kenapa mahasiswa sekarang tak matang?”

“Yela, mahasiswa sekarang bercakap dengan emosi. Apa yang diusulkan, semuanya tak kena. Semuanya tak setuju. Bagus pun AUKU tu ada sekarang. Zaman dahulu takde AUKU tu semua tapi mahasiswa waktu tu berjiwa pemimpin. Diorang pandai bawak diri.”

Dalam hati saya berkata, ‘ini point baik ni..’

“Zaman dahulu mahasiswa digalakkan bercakap, melontarkan pendapat, memimpin, kenapa mahasiswa sekarang tak boleh, ayah? Apa bezanya?”, saya menyoal ayah dengan nada santai.

“Sekarang ni, apa yang diorang fikirkan adalah macam mana cara nak menjatuhkan. Asyik nak membangkang je kerjanya. Kenapa perlu sentiasa tidak setuju? Kenapa perlu buruk-burukkan orang lain? Kenapa perlu maki orang itu, maki orang ini. Cakap orang tu minum arak, tak sembahyang, cari kesalahan orang itu, cari kesalahan orang ini. Kalau betul hebat buktikanlah dengan perbuatan, bukan dengan percakapan. Kita kena ada prinsip, yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.”

“Eh, itu bukan kerja mahasiswa, ayah… Ayah salah faham ni. Itu sesetengah pihak yang tak bertanggungjawab. Mahasiswa akan bertindak matang dan adil dalam menilai. Mahasiswa tak mudah ditipu dan diperbodoh. Samala macam mahasiswa zaman dulu, yang melahirkan Mahathir, Anwar tu semua…
Mahasiswa akan bijak menilai. Contoh politik di Indonesia, pihak pembangkang memang berebut untuk menjadi pemerintah, tetapi mereka akan tetap menyokong usul yang baik dari pemerintah.”

“Ha, macam itulah sepatutnya. Ini tidak, selagi berbeza parti, selagi itu nak membangkang. Tak kira ianya baik atau buruk.”

“Jadi mahasiswa sekarang masih tak matang?”, soal saya sambil tersengih.

“Tak”, ayah menjawab dengan selamba, buat kali kedua.
Arghh….. jerit saya di dalam hati.

Tidak mengapalah, lupakan dahulu topik itu. Biarlah ayah menghabiskan gamenya dahulu.

Saya teringat rakan-rakan mahasiswa yang aktif berpersatuan di Universiti dalam negara. Kebanyakan dari mereka adalah jenis yang ikhlas ingin menjadi suara rakan-rakan. Semuanya ingin membantu dan menaikkan imej seorang mahasiswa, bersikap adil, tegas, berprinsip, dan kritis. Tetapi kenapa perkembangan idea dan cara fikir mereka perlu dihalang? Kenapa mereka perlu disekat dan diikat dengan risiko akan di’I.S.A’kan? Kenapa?

Saya mencari punca dari ‘kebijakan’ yang satu ini.

Ayah pernah berkata, hidup ini adalah risiko dari pilihan.
Pilih yang benar, dan kekallah dalam kebenaran.
Yang benar tetap benar.

Suatu hari ketika berbuka…
“Kamu tak nampak ke takde pinggan atas meja ni, pergila ambil takkan itu pun mahu disuruh…”,
belum sempat saya bangun dari meja, ayah terus menyambung.

“Orang cakap tak matang, marah”

-PAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGGGG-

Berdengung telinga, seperti di tampar libasan ekor kuda yang berkelajuan 1000km/j.
Aduh….
Aduh….

Advertisements
Published in: on Ogos 22, 2010 at 12:17 am  Comments (10)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/08/22/matang-atau-tidak/trackback/

RSS feed for comments on this post.

10 KomenTinggalkan komen

  1. salam ziarah..
    Ada benarnya telahan ayah saudara..kadang2 kita perlu membuat banyak pertimbangan dan berfikir sebelum mudah kita membuat sesuatu persepsi..Mungkin kita tepu dengan pengetahuan..tapi kita masih belum cukup berpengalaman..kerana itu sering dilabel belum matang 🙂

  2. tak matang lagi rupanya senior aku ni..haha.. 😛

  3. wansyu : salam…terima kasih atas ziarahnya. telahan ayah saya ada benarnya, ada kurang benarnya. kadang-kadang cara pandang dan fikir kita berbeza. mungkin kita kurang dengan pengalaman, tapi kita boleh cuba bermacam-macam ilmu pembaharuan. 🙂

    3rdmarch : kalu matang lame nikoh doh. haha~

  4. mereka boleh sekat cara kita bertindak, berfikir.
    tapi mereka harus ingat, ideas are bulletproof.

    • setuju..

      by the way, bukan semua mahasiswa tak matang, dan
      ahli politik atau mereka yg CUBA utk menceburi bidang politik skrg ni pun ramai yg tak matang..

      takde beza jauh pun

      wallahua’alam~

  5. aji..haha..seriusnya ko berbual dgn ayah hang..;) terbaekla topik nih..apa yg ayh ko ckp mmg ada kebenaran..aite!slmt berwisuda

  6. Mungkin ada benarnya..tp generasi hari ini pun lahir daripada generasi dulu jugak. kalau tengok politik malaysia skrg, matang tak? macam sama je, ahli parti x akan sokong parti x, parti y sokong parti y..

    Ingat lg dulu ada sorang ahli parlimen letak jawatan daripada jawatan yang dia pegang sebab menyokong usul parti berlawanan.

    Jadi sebenarnya, negara kita pun jauh lg drpd nak amalkan ‘yang benar tetap benar, yang salah tetap salah’…

    ops, serius pulak..haha

  7. hehehe.. cara pemikiran dan mentafsirkan pandangan orang sebenarnya yang melambangkan kematangan seseorang atau tidak..

  8. ahmad akmal: “ideas are bulletproof”, pergh…mantop!

    feendi: dah dua org dh sokong ayah aku ni. (-_-)’
    btw,tq2…semoga urusan wisuda aku dipermudahkan. amiiin…

    ummufurqan: takpe2,memang tengah mode serius pon kan. betul3, setuju2. tak sokong ayah la kan? yes! haha (ayah saya tak baca blog ni takpe,hoho)

    chill4387: yup,setuju.=)

  9. tidak matang disebabkan setiap langkah kita dihalang.. kita tidak langsung diberi peluang.. apabila kita tidak matang, kita dipersalahkan.. tetapi apabila kita ingin mencari pengalaman, macam2 cara kita dihalang. Sampai idea sendiri takut nak dilontarkan..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: