Andai seorang lelaki itu datang…


Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman…
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman…
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur…
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya…
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu…
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya…
Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu…
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu…
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu…

MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,

“Kau sangat comel pada mataku”
“Kau dah seperti adik kandungku”
“Lu keras mcm tomboy takkan lu nak feeling dengan gua”
“Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit”
“Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku”
“Aku tahu kau sunyi, aku tak kesah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti”
“Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang ‘menumpangkan’ bahuku”
“Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain”

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang…
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang…

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu ‘syaitan’ lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki…

Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang…
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan matang

Andai seorang lelaki itu datang….

Advertisements
Published in: on September 12, 2010 at 9:25 am  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/09/12/andai-seorang-lelaki-itu-datang/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 KomenTinggalkan komen

  1. salam.. sangat kagum dengan ingatan saudara pada kaum muslimah…terima kasih
    maaf,,sy bukan menguji keimanan lelaki tetapi sedikit kemusykilan yg bermain diminda….
    bagaimana kalau lelaki yg komen pape pada post perempuan cthnye:facebook…
    ramai laki yg boleh’jaga’ diri tetapi lemah dalam komunikasi….knape diorg tak boleh tegas
    dan knape at t’end of word mesti ader ‘hehehe’…seolah-olah macam ader unsur kegatalan disitu… semoga kita dapat beringat selalu…maaf dari pihak sy sekiranya tidak menyenangi komen ini..

    • wsalam….
      terima kasih atas komen, saya sangat menghargainya.=)

      memang diakui, perhubungan alam maya terlalu mencabar untuk dijadikan kayu ukur keimanan…tetapi pada saya, “hehehe” tidaklah melambangkan kegatalan atau apa-apa kerana ianya sekadar penyedap ayat. mungkin ya pada sesetengah lelaki itu melambangkan kegatalan dan kegedikan untuk mengorat sang hawa tetapi pada saya di kebanyakan tempat perkataan “hehehe” itu hanyalah pelembut intonasi ayat…begitu juga dengan emoticon =) dan sebagainya. ianya hanyalah pelembut kepada perkataan/ayat yg sifatnya agak kaku dan keras.

      dalam SMS saya juga sering menggunakan “hehe” dan emoticon agar setiap ayat saya itu dibaca ‘lembut’ oleh pembaca. tidak terasa seperti disuruh atau diarah oleh saya…

      tetapi lain orang lain caranya, anda mungkin benar saya mungkin salah, terima kasih…=)
      (cuba bygkn ayat diatas saya tak letak emoticon =), pasti “terima kasih” saya nampak kasar dan memerli, padahal saya ikhlas berterima kasih kepada anda. hehe…)

  2. assalamualaikum..

    bagi saya,hubungan antara lelaki n perempuan ni,masing2x kena alert dengn kelemahan masing2x..kalau kamu seorang perempuan yg mudah jatuh hati,jauhkan diri sebelum terlambat.bagi lelaki yg suka mengayat,hentikan!!..=)..kalau benar lelaki sejati,jumpe mak ayah tgk…hehe..

    p/s=sya juga sering guna `hehe` dalam msg..tapi dengn berlainan jantina,kurangkan kot..tapi kalo smua lelaki yg sya knal menggunakan `hehehe` disebbkan penjelasan dr razi di atas,mungkin bole diterima..=)

  3. […] Andai seorang lelaki itu datang… […]

  4. terima kasih kerana mengingatkan kami =)
    sesungguhnya manusia itu pelupa

  5. […] Andai seorang lelaki itu datang… […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: