TERUSKAN USAHA, JANGAN PUTUS ASA


Pernah suatu ketika itu, aku bersemangat untuk berubah.
Bersemangat untuk berjaya.
Bersemangat dan bercita-cita besar mahu menjadi hebat lagak sang juara.
Tetapi semangat itu sudah pudar warna, penat ku cari hilang entah ke mana.
Adakah kerana ujian ku semakin hampir tarikhnya?
Adakah kerana aku belum cukup bersedia?
Adakah kerana masa sudah terlalu suntuk untuk aku berusaha dan memerah tenaga?

Percaya, Berjaya

Kata dia,
SEMUA ORANG MAMPU BERJAYA,
SEKIRANYA PERCAYA DAN TERUS BERUSAHA.

Tapi
Sekarang dah tiada masa.
Peperiksaanku sudah tiba.
Aku sedar diriku siapa dan aku patut berhenti dari berusaha.
Dapat ala kadar pun tidak mengapa…

Wajarlah aku berputus asa…
Aku patut berputus asa…
Aku bodoh dan tak pernah berjaya, jadi usaha bagaimanapun takkan mampu berjaya.
KARUT!
Itu semua kepercayaan karut yang merendahkan diriku!
Aku tidak boleh berputus asa!
Tidak boleh!!!

PUTUS ASA bererti PUTUS HARAP.
Dan orang yang putus harap adalah orang yang tidak percaya kepada Tuhannya.
Tuhan yang maha agung, maha bijaksana, sentiasa mahukan hambanya BERHARAP kepadaNya. Tuhan tersenyum memandang hambaNya meminta padaNya. Tuhan gembira hambaNya berharap hanya padaNya. Tuhan terharu melihat airmata kita. Tuhan takkan kecewakan harapan kita…

Dengan HARAPAN muncul DOA.
Dengan DOA wujud KEPERCAYAAN.

Percaya bahawa semuanya MUSTAHIL dengan kehendak Tuhan.
Percaya bahawa semuanya dibawah kekuasaan Tuhan.
Percaya bahawa tuhan itu maha berkuasa untuk menolong hambanya yang BERUSAHA SEDAYA UPAYA.

Jadi aku tidak harus berputus asa.
Aku harus terus PERCAYA dan BERUSAHA.
Walaupun kadang-kadang diriku malas mengikut jadual belajarku yang sedia ada.

Poster impianku sudah merata.
Cita-cita dan kejayaanku sudah ku umumkan pada keluarga.
Kini tinggal aku terus berusaha.
Berusaha, berusaha dan terus berusaha.
Sampai aku berjaya mencapai cita-cita.

Selagi belum dicabut nyawa, selagi itu aku berusaha.
Untuk menjadi insan berjaya, membawa bangga nama agama.

Aku Cuma Manusia Biasa
Yang berusaha tanpa putus asa
Yang mampu berjaya dengan izinNya
Kerana ku ada YANG MAHA KUASA!!!

Published in: on September 17, 2010 at 2:20 am  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/09/17/pesanan-buat-yang-mahu-berjaya/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

8 KomenTinggalkan komen

  1. assalamualaikum,
    kadang mmg semangat tu ada naik dan turunnya..
    walaupun dah berkali kita ingatkan diri,
    tentang tujuan, cita-cita dsb..
    tapi kalau semangat tu tiada,
    akan susah untuk bangkit semula..

    tapi keyakinan, bahawa Allah akan sentiasa bersama hambaNya dan seorang mukmin tu pasti diuji akan membuatkan seorang mukmin tu terus melangkah..

    setiap kemudahan pasti didahului dengan kesusahan..
    setiap kesusahan pasti disusuli dengan kemudahan..

    benarlah kata-kata Allah taala~

    wallahu’alam

  2. keep up ur will doc…
    emm ni cam demam x nak balik indonesia jew nih yep..hehe

  3. faten pon mengalami perasaan yang sama.
    as student asasi sains uitm puncak alam sudah sangat bertuah sebab banyak kemudahan.
    tapi, MALAS tetap datang untuk mengungat semangat faten.
    pernah faten fail paper yang paling faten minat.
    until now semangat belajar macam sekolah menengah tak datang. im trying to force myself even still malas. huhu🙂

    btw, nice post!!

  4. teruskan berusaha
    jangan putus asa
    saat datangnya putus asa
    berusahalah walau dalam keadaan putus asa

    sedangkan mati pun petanda bermulanya satu lagi pengembaraan
    adakah sebab untuk kita berputus asa?

    teruskan berjuang akhi!

  5. teruskan usaha razi.🙂

  6. salam..mohon utk SHARE yea..jmput la ke laman sesawang sy…bsemangat plk baca kata2 nie.. terima kasih…(^_^)v

  7. tenq para doktor yg datang ke sekolah tu da suntik satu semangat baru untuk saya ketika itu..
    alhamdulillah, rindunye memori tu…
    saya sebagai anak kampung berbangga dapat peluang macam tu…terima qaseh doktor radzi🙂

  8. terima kasih semua atas komennya. semakin bermakna entry ini dengan komen2 anda. semoga yang menulis, yang memberi komen, dan yang membaca senyap2, mendapat manfaat yang banyak, buat bekal di sini dan ‘disana’. amiiiiiin….(^^,)

    little monster : im looking forward 4 u n ur friends’ great achievement. amiiiin…do tell me, k? =)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: