Patient & Doctor : Liver Disease (Masalah Hati)


Patient:

Salam doc,

Busy tak?

Doctor:

Waalaikumussalam….

Tak sangat, kenapa?

Doctors = Listen

Patient:

Hehe, sorry yep,

Nak tanya pasal something lah…

Ada member dalam dilema ni.

Hehe…

Doctor:

Dilema apa?

Patient:

Haha, dilema hati dan perasaan

Erm camni…

Doctor:

Ok sila2…

Patient:

Member ni adela macam minat kat seorang budak ni

Dan budak ni kire baekla..

Dia jenis yang minat perempuan baik-baik jugak

So member ni rase macam nak berubah

Doctor:

Wooo…Bestnye topik ni! Hehe….

Sila2,teruskan cerita anda.=)

Patient:

Tapi dia takut niat dia untuk berubah tu bukan kerana Allah

So ape pandangan anda doc?

Salah ke atau macam mana?

Doctor:

Dah abeh dah ke?

Patient:

Dah, haha..

Doctor:

Hehe…Ok2

Erm, dia mahu berubah sebab nak tackle lelaki itukah?

Patient:

Bukan…

Eh, lebih kurang macam tulah kot, saya pun kurang faham, hehe…

Just dia rasa dia tak cukup baik.

Doctor:

Ler…Macam mana boleh jadi jurucakap ni? Ish3….

Patient:

Dah tuan punya diri minta pandangan saya, saya pun tak reti pula nak menjawab. Jadi tanya yang pakar…Keh3.

Doctor:

Uhuk3…

Terbatuk plak baca tu, hehe..

Oklah, macam ni. Tak salah berubah disebabkan seseorang…

Yang penting ikhlas dan tahu matlamat dalam berubah….

Berubah disebabkan seseorang takpe, jangan berubah kerana seseorang.

Ha,kan dah berbelit ayat ni. Faham tak? Hehe…

Patient:

Saya harap dia fahamla…

Ok, dia faham

Doctor:

Eh, dia tengah duduk kat sebelah ke tu?

Erm, oklah. Nak dengar satu cerita tak?

Eh bukan dengar, baca. =)

Patient:

Ceritala, haha…

Doctor:

Pada suatu masa dulu….

Ada seorang mamat ni…

Dia minat kat seorang minah ni.

Mamat ni kan….

Dia kan….

Orang Hindu…

Minah tu pulak…orang melayu Islam.

Mamat ni pun mengorat si minah tersebut…

Nak dijadikan cerita, minah tu terpikat dengan kemachoan dan ketampanan mamat itu….

Dipendekkan cerita pula, mereka pun mahu berkahwin….

Apabila mereka mahu berkahwin, orang ramai mula bercakap-cakap dan bergosip-gosip ria….

Ada yang berani pula, menegur si mamat itu tadi….

“Ko nak kawin kena masuk islam”

Jawab lelaki itu, “Ok,aku masuk islam.”

Datang pula satu lagi suara sumbang menegur beliau sambil tersengih-sengih,

“Oooooo….ko nak masuk Islam sebab nak kawin ek???? Ko bukan nak masuk Islam sangat, ko terpaksa kan????? Kan??? Kan????”

Patient:

Lalu??

Doctor:

Lalu beliau menjawab dengan tenang,

“Memang aku masuk Islam sebab nak kawin pun,  kenapa?”

Lalu org itu pun tercengang! Dia pun terus berlalu dari situ….

Mereka pon berkahwin….

Tapi cerita itu tak berakhir disitu sahaja.

Si lelaki itu mendalami agama Islam dan cuba menepis segala tohmahan dan tuduhan orang yang mempersendakan keislamannya.

Lalu beliau menjadi seorang yang faham tentang agamanya

Dan sekarang ini beliau ke luar negeri, ke gereja-gereja, ke kuil-kuil, untuk menceritakan kebenaran dan keindahan Islam….

Telling other people things they don't know

Patient:

Dah habis ke? Hehe…

Doctor:

Orang yg dimaksudkan adalah Brother Shah Kirit Kalkulal Govindji (pen’detail’an dan penceritaan tentang cerita dia tadi mungkin ada sedikit penambahan bagi menyedapkan lagi cerita si penglipur lara. Hehe…)

Patient:

Best, best… Terharu. Terima kasih…

Tapi kan, dia ada masalah lain. Macam mana nak hilangkan perasaan suka tu?

Doctor:

Sekali lagi tanya, dia nak tackle lelaki tu ke?

Patient:

Takdela, cuma dia selalu jumpa dengan lelaki tu atas sebab-sebab tertentu yang tak boleh nak dielakkan lagi. Jadi macam mana? Haih….susah juga nak handle dengan hati dan perasaan ni ye?

Doctor:

Oklah, satu nasihat.

Patient:

Apa dia?

Doctor:

Kalau boleh, jangan berkongsi/bercurhat-curhat dengan sesiapa tentang perasaan dia tu. Kerana itu lebih mudah untuk diurus daripada jika dia memberitahu orang lain.

Kalau dia sendiri je yang merasakan perasaan tu, dia boleh menipu diri sendiri dan mengatakan itu semua mainan syaitan. Tapi kalau dia sudah bercurhat dan berkongsi dengan kawan-kawannya tentang perasaannya itu, apabila berjumpa atau terserempak dengan lelaki tersebut, kawannya akan melihat dia, dia akan melihat kawannya. Seolah-olah berkata di dalam hati masing-masing, “Ko nampak tak siapa yang aku nampak tadi? Heheh…” – dalam nada gedik. (ni gedik dalam hati).

Dan lebih parah lagi, jika kawan tempat dia curhat yang dia percaya itulah yang ‘mengganggu jihad’ hati dia.

“Eh, si dia lah! Suka lah ko, suka lah tu! Hahaha…” – ini sahabat curhat yang paling durjana! Kerana hati yang mahu menjaga dan menolak nafsu rasa, dirangsang oleh orang yang kononnya sehati sejiwa menyimpan rahsia.

Patient:

Err… Serius nampak doc? Marah ke?

Doctor:

Eh, tak. Tak. Sorry, sorry, hehe….Ok sambung balik nasihat.

Patient:

Okeh! Haha…

Doctor:

Nasihatnya adalah, fikir dan susun dengan sebaiknya perancangan masa hadapan. Dan berdoalah berserah kepada tuhan.

“Ya Allah, tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang. Kau memahami hambaMu ini, tunjukkanlah aku jalan yang benar. Dan kuatkanlah aku untuk segala kehendakMu. Amiiiiin….”

Patient:

Huhuhu….  Ala touching la doc ni…

Doctor:

Touching? Touching apa pulak ni?

Patient:

Tu doa tu, huhu…

Doctor:

Oh, kita kalau berdoa harus merendahkan diri dan meminta dengan penuh harapan. Kerana kita tiada apa-apa tanpa doa. Kita juga tak mampu berbuat apa-apa tanpa bantuan dariNya…

Patient:

Baik~!

Doctor:

Lagi satu, jikalau susah mahu melupakan si dia, fikirkan tentang keburukan dan kelemahannya. Tiada manusia yang sempurna, maka bersederhanalah dalam memuja. Sebelum menjadi suami, semua lelaki itu tidak sempurna. Carilah apa sahaja keburukannya, itu resepi mujarab untuk tidak mudah cair dan terpedaya.

Katalah di dalam hati,

“Dia ni kasar orangnya, entah-entah dia suka mengamuk sesuka hati”

“Dia ni macam tu rupanya, takdelah baik sangat…”

“Dia ni suka main game rupanya, tak nak lah aku suka dia”

Ataupun, jika tiada keburukan dan kelemahan beliau, fikirkanlah tentang kebusukan beliau.

“Dia ni kentut busuk juga rupanya, takdelah bagus sangat!”

Patient:

Hahaha~

Doctor:

Sila cover gelak anda, PEACE! (^^,)v

Assalamualaikum….

Published in: on November 2, 2010 at 9:43 pm  Comments (12)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/11/02/patient-doctor-liver-disease-masalah-hati/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

12 KomenTinggalkan komen

  1. kentut…dalam banyak2 benda kentut jugak diperkatakan??? haha

    artikel yg ringkas + padat…bagus2.
    hep2 study exam, bukan berangan..haha

  2. nina: dah kentut benda yang paling busuk yang boleh difikirkan, nak buat macam mana…=)
    terima kasih…siapa berangan??? ish3…=p

    (segan betol tertekan like kat post sndiri. camne nk unlike pon tak tau, huhuhu….)

  3. salam
    ap pula pndgn kalau seseorg tu da suka kt perempuan ni, dan duk bg2 hint lah kan, tapi bila dah adrespon laki tu xpnah pulak jelaskn apa perancgn masa depan dia (nk msuk minang ke, tunang ke,ape ke)

    kira zalum lah kan? mcm sekadar nk mempermainkan. betul ke?

    • *zalim

      • me: mungkin komunikasi yang baik antara mereka harus dibuat. kalau dia benar-benar suka, dah bagi hint (untuk serius), pasti dia serius. jika sesudah bagi hint dan mendapat respon tapi dia tidak menyampaikan perancangannya, pasti ada yang tak kena.

        samada dia sengaja zalim, atau tidak sengaja menzalimi perempuan tersebut. pokoknya, memang dia telah berbuat zalim. semoga Allah menunjukkan jalan penyelesaian yang benar buat mereka berdua. amiiin….

  4. assalamualaikum

    on men n women again..interesting topic huh. ;p
    well,in regards of ‘do not share your feelings with others’, i really very agree. nobody has to know who we like when we don’t really wish to have any true relationship just yet..
    about the hint thingy, i do believe men n women are different.when women take things seriously,men tend to take it as a mere joke.so when they say something that is regarded as ‘hint’ to women,they are actually just joking around. when women will think of it nights n days, men will just forget about it seconds later.unless a man truly thinks that woman is the one for him,he’ll never ask for her hand or anything.
    those make men n women compliment to each other. nothing is perfect,even men n women have their own do’s n don’t’s when it comes to feelings.
    ok never meant to offense anyone but that’s just what i get from my simple observation,sorry if i seem to hurt any parties but i really am just giving my two cents of opinion…
    HE has destined who our real love is,that’s for sure,don’t you think.;)
    sorry for the long essay,thankyou for the broad writing space ;p

    wassalam

    • aidaN : thank you. i really like your comment@opinion. saya pun tidak terfikir sebegitu, thanks again dropping by, really appreciate it.=)

  5. suka. suka

  6. Salam, hehe ni off topic

    tapi pasal tajuk artikel ni so bolehlah kan.=p

    sebelum ni pernah baca, qalb itu jantung bukan hati bukan juga liver;p

    ni pndapat dr.maza:
    http://drmaza.com/home/?p=1084

    Peace! :))

    • hehe…
      saje je guna perkataan tu.
      oklah lepas ni tukar, timekaseh kak.=)

  7. mcm t’kena kt diri sndri je…haha

    yg cri keburukn tu penah gk try…
    but its still hard…

    nway, nice entry!!

    • kaklong: kalau terkena diri sendiri tepis je sket2. insyaAllah tak kene dah lepas ni.=)

      perempuan mmg susah cari keburukan lelaki kalau hati sudah berkenan. tapi ikatan hati boleh dihilangkan dengan kehendak tuhan, maka patuhlah perintah tuhan. lupakan, atau cari jalan untuk dinikahkan!=)
      terima kasih….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: