Forum : ULTRAMAN MENJELMA!


“Assalamualaikum…..

Abang radzi free ke 12 haribulan 11 nanti? Kami nak adakan forum tentang Qurban, dan kami nak menjemput Abang Radzi sebagai ahli panel. Boleh?”, sapa mesra adik junior yang menguruskan program sempena Hari Raya Qurban di sini.

Sebelum ini, saya hanya pernah dijemput sebagai moderator. Tetapi kali ini berbeza. Dijemput sebagai ahli panel, berbunga-bunga hati ini memikirkan ‘saham pahala’ yang boleh dan bakal saya lakukan.

Ya, saya memandang peluang-peluang ini sebagai ‘saham pahala’.

Mungkin saya tidak setanding dan setaraf dengan dua ahli panel lain yang kedua-duanya bergelar ustaz. Bahkan, mungkin saya tidak layak sama sekali untuk menjadi ahli panel. Tetapi disebabkan peluang ini adalah peluang untuk saling berkongsi, saya menyambutnya dengan hati yang berani dan semangat yang menjulang tinggi. Sudah lama tidak berceloteh, he he he…

“Tajuknya sahaja sudah membosankan, kalau aku jadi audience confirm aku tidur”, sampuk seorang teman ketika saya menceritakan tajuk yang akan dibincangkan.

“Tajuk yang berkaitan dengan agama, jarang yang tidak bosan. Tergantunglah bagaimana penyampai menyampaikan tajuk tersebut dengan berkesan”, balas saya di dalam hati. Ada benarnya perkataan teman itu, jadi tanggungjawab berat kepada para pendakwah untuk menjadikan tajuk berkaitan agama ini menarik dan mudah difahami. Nabi juga berdakwah dengan bahasa ‘audience’nya, tidak ‘syok sendiri’ bak kata orang muda.

Ultraman, MENJELMA!

Setiap dari kita yang lahir di dalam keluarga Islam, jarang menyedari hakikat bahawa kita adalah orang yang bertanggungjawab mengamalkan Islam.

Tugas mengamalkan Islam hanya diserahkan kepada orang-orang alim, pelajar sekolah agama, anak mufti dan para ustaz, budak ‘skema’, budak ‘nerd’, orang yang lurus bendul, dan sebagainya. Islam telah dilupakan oleh orang Islam itu sendiri. Bukan kerana Islam itu lemah dan terkebawah, cuma kerana keislaman itu TIDAK DISEDARI. Umpama seorang hero di dalam cerita ultraman, yang tidak sedar bahawa dia telah ditakdirkan untuk menjadi seorang ultraman.

Selagi dia tidak menyedari hakikat dirinya, dia akan membiarkan segala kerosakan yang dilakukan oleh para raksasa yang huduh lagi hina.

“Kita tunggu Ultraman datanglah. Ultraman pasti akan berlawan dengan raksasa dan selamatkan kita”, bisik hero tersebut di dalam hati, padahal DIALAH ULTRAMAN SEBENAR YANG BELUM MENJELMA!

“Aku bukan Ultraman, aku lemah, aku kecil, aku tidak pandai berlawan, aku bukan dari keluarga Ultraman, bagaimana boleh aku melawan raksasa…”


KAU HARUS MENJELMA JADI ULTRAMAN DULU, brader!

Seorang manusia biasa yang berketinggian sekitar satu atau dua kaki lebih dan cuma berotot tulang empat kerat, sememangnya tidak akan mampu menangkis segala mehnah dan kebejatan yang dilakukan oleh raksasa. Mungkin boleh disebut seperti kuman di kuku kaki raksasa. Tetapi seorang Ultraman yang berketinggian hampir serupa dengan raksasa, disertai power dan fire yang luar biasa, pasti akan dapat memberikan tentangan kepada raksasa.

Begitu juga dengan orang Islam, orang Islam yang tidak menyedari bahawa dia adalah orang yang hebat yang diciptakan Tuhan dengan kelebihan akal dan kebijaksanaan, pasti akan mengalah dan bertindak “AKU TIDAK PEDULI” dengan kejahatan dan keburukan di sekelilingnya. Lebih parah lagi, jika memang berniat dan bercita-cita untuk menjadi RAKSASA!

Setiap ultraman akan membawa keamanan pada sekitarnya. Ultraman mungkin tidak menyelamatkan Malaysia jika diserang raksasa, tetapi paling tidak ultraman mampu menyelamatkan Jepun. Begitu juga dengan orang Islam, kita tidak mampu menyelamatkan dunia, tetapi kita mampu mengubah suasana dan keadaan di sekeliling kita. Biarlah menjadi seperti kata pepatah, “Campak ke laut jadi pulau, campak ke darat jadi gunung”. Kemana sahaja kita berada, kita memperbaik dan memperelokkan suasana.

Peranan dan tanggungjawab para pemuda generasi Islam sekarang adalah untuk MENJELMA.

Bukan menjelma menjadi Ultraman, tetapi menjelma menjadi seorang Muslim!

Jika hakikat ini sudah diterima, tiada lagi sikap acuh tidak acuh tentang agama. Tiada lagi alasan ‘aku budak jahat dan tak belajar agama’, tiada lagi alasan ‘aku bukan ustaz, aku bukan budak alim’, kerana tanggungjawab melawan raksasa syaitan, yahudi dan nasrani, itu terletak di bahu setiap dari kita yang mahukan syurga.

Mahukan syurga harus berusaha!

Mengaku Islam dan menjelma sebagai orang Islam sahaja tidak mahu, malulah sedikit untuk mengimpikan syurga. Entah-entah bau wangian syurga pun tidak merasa.

Alhamdulillah semua audience menjelma malam itu.=)

Malam itu diakhiri dengan ‘amaran’ moderator untuk berhenti bercakap. Jika tidak diberi amaran tersebut, mungkin lebih lama saya bercerita tentang ‘peranan menyedari diri kita Ultraman’. He he he…

Advertisements
Published in: on November 14, 2010 at 4:25 pm  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/11/14/forum-ultraman-menjelma/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 KomenTinggalkan komen

  1. yes2,, yg fest..

    good one bro. huhu

    • terima kasih aqeyls…=)

  2. Salam akhi,
    menarik sgt pkongsian ni..
    Ana mohon copy bleh ye?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: