Coretan gila Perindu Syurga


Bulan bintang menjadi saksi,

Perginya hati jauh menyendiri…

 

Tuhan yang tahu,

Aku yang rasa,

Mereka melihat,

Tiada yang faham.

 

Jiwa bergelombang emosi kuat bergendang,

Hanya satu jalan,

Kembali pada Tuhan…

 

Kadang kita gembira,

Kadang kita ketawa,

Kadang kita kecewa,

Kadang kita berduka.

 

Hidup ini penuh dugaan,

Dari yang kecil sampai yang tak tertahankan.

 

Tapi dunia ini hanya sementara,

Tergantung apa yang dirasa, tergantung apa yang dicita.

 

Andai dunia ini akhir segala cerita,

Hancurlah harapanku,

Berkecamuklah emosiku,

Terumbang ambinglah duniaku,

Bertempiaranlah kehidupanku,

Merepeklah kata-kata dan ucapanku…

 

Tapi aku ada DIA,

Walau ku sendiri aku tetap ditemani.

 

Ketika aku sedih, ku buka lembaran kisah hikmahNya

Ketika aku resah, ku bermunajat pekakkan telinga dari bising dunia

Ketika aku gembira, ku bayangkan semoga aku tetap masuk ke syurga

 

Aku mahu terus masuk ke Syurga

Aku mahu terpilih bersama Rasul-rasulNya

Aku mahu tinggal di Syurga

Aku mengharapkan belas kasihan dan redhaNya untuk ke sana…

 

Hidup ini penuh cabaran,

Orang yang tak keruan adalah orang yang tak mengenal pengakhiran.

Pengakhiran syurga dari permulaan sebuah kehidupan,

Manfaatkan,

Jangan menung fikir yang bukan-bukan!

 

Bangun!

Bangun!

Bangun!

 

Cari peluang ke syurga!

Berfikir untuk buat pahala!

Bekerja untuk mencari peluang ke syurga!

 

Hidup tetap berjuang di dunia,

Tapi biar dunia yang membekalkan berjuta pahala.

 

Cari peluang ke syurga,

Tak kira apa caranya,

Tak kira siapapun kita,

Kita harus ketemu di sana….

 

Berhenti menggila, mulai bekerja mencipta pahala.

Bismillah~

Advertisements
Published in: on Januari 20, 2011 at 12:58 am  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2011/01/20/coretan-gila-perindu-syurga/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 KomenTinggalkan komen

  1. hebat!
    jom bertemu di sana!!

  2. Jom!!!!
    Mari kita bersuka ria dan bersenang-senang di syurga!!
    Amiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnn…(^^,)

  3. cari kekasih untuk ddunia dan diakhirat

  4. comment me back

    • tak tau nak komen kat mane. sori, hehe…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: