Ilmu harus dicari, bukan dibiarkan ‘datang free-free’


Ramai orang boleh mengaku beragama.

Ramai juga orang boleh mempertahan dan memperjuangkan agamanya.

“Pantang tok nenek aku kalau kau hina agama aku”

Tetapi berapa ramai orang yang sanggup berusaha dan membaca.

Mencari tahu tentang agama dari sumber yang sahih lagi saksama?

Berapa ramai?

Beli buku untuk cari ilmu

Berani mengaku beragama, harus berani BELAJAR TENTANG AGAMA!

Bagaimana mahu belajar tentang agama? Kita ada dua sumber utama dalam beragama. Nabi telah mewariskan dua sumber ilmu terbesar yang mengajar tentang bagaimana untuk hidup di dunia ini. Mengatur kehidupan. Kehidupan yang beragama, kehidupan yang bermatlamatkan syurga dan menghindar neraka, itu matlamat kita orang yang beragama!

Alquran, dan Assunnah.

Al quran; adalah kalam tuhan, yang berisi nasihat, amaran, kisah tauladan, hokum bermasyarakat dan berkehidupan. Ada kisah ancaman, ada juga kisah ganjaran. Pilih, mahu melihat al-quran dari aspek apa untuk diambil sebanyak-banyak pengajaran.

Untuk mendapat semaksimum mungkin pengajaran dari al-quran, kita harus mencari tahu dan membaca yang pertama sekali ; TERJEMAHAN. Carilah quran yang mempunyai terjemahan. Agar kita faham apa yang kita lantunkan.

Ilmu tambahan berkenaan al-quran yang lain adalah TAFSIR al-quran. Tafsir al-quran adalah bahasan dari ayat-ayat al-quran, agar dapat kita fahami lebih lanjut apakah dan mengapakah ayat-ayat ini diturunkan.

Assunnah; boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Untuk mempelajari dan mengambil iktibar dari sumber kedua yang nabi maksudkan ini, kita harus mencari dan membaca tentang hadith-hadith sahih dari nabi.Setiap percakapan nabi itu tauladan. Setiap perbuatan nabi itu contoh ikutan. Jadi tak salah kalau kita mencari dan membaca tentang SEJARAH KEHIDUPAN. SIRAH yang mencoretkan perjalanan seorang insan pilihan.

Ringkasan kepada QURAN, HADITH, TAFSIR, dan SIRAH ini, mungkin boleh didapatkan dari buku FEKAH/FIKH yang membahaskan tentang benar salah sesebuah tindakan.

Untuk beragama harus ada sumber yang sahihnya. (Ada sumber tetapi tak jelas asal usulnya sama sahaja seperti kaum-kaum terdahulu yang ‘beragama’ dengan kata-kata nenek moyang)

Untuk memahami sumber harus ada cara dan aturannya.

Jadi apa salahnya kita memahami DUA SUMBER AGAMA kita, dengan memiliki 5 ‘kitab’ rujukan utama tadi.

  1. Alquran dan terjemahan
  2. Tafsir quran
  3. Hadith-hadith sahih pilihan
  4. Sirah sahih perjalanan hidup rasul utusan
  5. Fikh Sunnah, tatacara insan berkehidupan

“Alah, aku bukan budak sekolah agama. Biar budak-budak sekolah agama jelah baca buku-buku agama.”

“Aku tak cukup ilmu. Kalau aku baca ‘kitab-kitab’/buku-buku agama ni nanti aku sesat!”

“Aku tak suka membaca buku-buku macam tula. Novel-novel bolehla…”

“Bila masa la aku nak baca buku-buku macam tu… Tebal kot??”

Buku-buku agama untuk pelajar sekolah agama / aliran agama.

Memang tidak dinafikan, pelajar-pelajar yang mengambil jurusan agama lebih layak mengkaji dan menelaah kitab-kitab agama. Tetapi apa yang mahu disampaikan di sini bukanlah merujuk kepada ‘kajian-kajian’ agama. Kita bukan mengkaji, kita hanya merujuk, membaca dan memahami!

Tak cukup ilmu kalau membaca jadi sesat.

Sekali lagi ditekankan, kita membaca untuk mengetahui, bukan untuk mengkaji dan meneliti!

Serahkanlah itu pada ustaz-ustaz dan pakarnya. Kita hanya ‘kembali merujuk kepada sumber’.

Tak suka baca.

Mengaku beragama tapi tak pernah benar dalam beragama. Kerna tak pernah mahu membaca dan merujuk kepada sumber utama. Sudah cukup kebal dengan api neraka?

Buku tebal, tak mampu baca.

Buku sumber adalah buku rujukan. Bukan buku mitos yang berkesinambungan. Ada topik, ada perbincangan. Ada isu, ada kupasan. Bukannya bersambung dari pendahuluan sampai pengakhiran. Jadi tak perlu di’khatam’kan dalam satu kali bacaan. RUJUK ketika perlu. Baca untuk mendapat kefahaman.

Tadi ke Pesta Buku, terjumpa satu buku yang berbaloi untuk dihebahkan. Walaupun harganya sedikit mahal dari kebiasaan, namun ia sangat berbaloi dan memuaskan. Sesuai untuk dijadikan rujukan, kerana mempunyai banyak kelebihan dan keunikan. “THE MIRACLE – 22 in 1”

The Miracle : 22 in 1

Sirah bercerita dengan peta, ATLAS

Quran dan segala kupasan berkaitan

Khazanah pengetahuan (pengajaran dari ayat), Tafsir At Tabari, Tafsir Ibnu Katsir, Hadith Sahih, Doa dan Zikir, Kosa kata

Asbabun Nuzul (Sebab turunnya ayat)

Terjemahan per kalimah - memahami dan mempelajari bahasa arab dengan lebih mudah

Penanda buku berisi senarai daftar doa dari al-quran dan hukum tajwid bacaan quran

Ini ENSIKLOPEDIA merangkap buku fevret saya setakat ini, anda bila lagi?

 

Ini adalah buku ‘fevret’ saya setakat ini! Anda bila lagi? Dapatkannya segera. Apalah difikirkan sangat duit dan harga, ke’berbaloi’annya sangat tak terkira!!!!! (^^,)

p/s : Saya mengesyorkan setiap keluarga harus ada satu.

p/s lagi : Kalau ada yang mahu pesan, nanti saya minta tolong sahabat saya untuk menguruskan. Hehe…

Tapi sementara masih ada Pesta Buku ni jelah ye? Sebelum 15 Feb, kerana ditakuti stoknya susah didapati.

Wassalam….

Advertisements
Published in: on Februari 12, 2011 at 9:27 pm  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2011/02/12/ilmu-harus-dicari-bukan-dibiarkan-datang-free-free/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 KomenTinggalkan komen

  1. aji,brapa harga dia?yang 22 in 1 tu..

    pesta buku tu sampai bila?

  2. waalaikumsalam… tiada ruang shoutmix di ruang wadah anda ini untuk membalas kunjungan ke ruang saya. ^_^

    terima kasih sudi singgah. saya menyukai nama Fakhrul Razi jadi saya abadikan dalam watak tulisan saya. lagi pula nama itu membawa maksud yang baik..

    p/s: saya suka juga membaca buku2 bercorak agama ini tetapi kekadang menjadikan soal wang sebagai alasan untuk tidak memilikinya. hehehe… tetapi kalau benar-benar tertarik dengan isinya saya beli juga. jujurnya saya lebih suka membaca naskah2 berbentuk biography tentang tokoh-tokoh islam, ia lebih dekat dan sampai ke hati. bila ada kemusykilan tentang sesuatu saya akan cari di internet sahaja. 😀

  3. nera : terima kasih juga sudi singgah.
    nama tu memang sedap. nama org soleh, hensem, macho, bgaya. tapi dia tak bertongkat la. lalala~ =p

    buku agama untuk rujukan. buku biography n buku2 lain utk santapan minda.=)

  4. nak satu!!! apa nama terbitan..berapa harga..kat mana nak cari..bagus sungguh buku ni…lengkap semuanya..ada banyak kaler pulak.

  5. dr mana nk dptkan “THE MIRACLE – 22 in 1” ni??
    bole bgtaw dak..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: