Serius sakit!


Tuhan sahaja yang tahu sakitnya

Seorang ibu, pernah melahirkan anak pertamanya secara C- Section kini menderita kesakitan yang amat sangat untuk melahirkan anak keduanya secara normal. Menjerit kesakitan. Mengerang menahan sakit seluruh badan…

“YA ALLAH….

“ASTAGHFIRULLAH….jerit lemah sang ibu.

Tiada yang mampu ku tolong melainkan rasa empathy melihat keadaan sang ibu mengerang kesakitan sebegitu. Sungguh, perjuangan seorang ibu ketika melahirkan tiada yang dapat menggantikan. Mukanya merah, bibirnya bergetar, dia sangat-sangat sakit menanggung ‘beban‘ melahirkan itu…

Di sudut ruangan menunggu, kelihatan seorang suami yang pucat mukanya tidak berhenti-henti kumat kamit mulutnya membacakan sesuatu. Peluh dingin membasahi mukanya. Tidak tenang jiwa dan raganya, mendengar keluhan dan rintihan isteri tercintanya.

Pernah suatu ketika saya menulis di Facebook, perasaan seorang lelaki yang melihat seorang ibu yang mahu melahirkan. Timbul rasa takut dan kasihan. Terfikir, dan mengajak rakan-rakan di Facebook berfikir ketika itu, adakah sanggup kita mendengar jeritan dan kesakitan isteri disaat dia melahirkan anak-anak kita nanti.

Isteri luka terhiris pisau sahaja pun saya pasti akan terasa bersalah (mungkin sebab ketika itu saya yang menyuruh dia masak untuk saya, hehe..), inikan pula pendarahan yang begitu banyak. Belum dikira kesakitan yang mampu meragut nyawa sang isteri. Cuba bayangkan, isteri yang berjuang dan mempertaruhkan nyawa sendiri demi untuk melahirkan anak kita, mati ketika proses melahirkan itu.

“Pasti sedihnya mintak ampun! Sedih pisan euy!”, kata rakan-rakan Indonesia saya.

Namun lelaki tetap mahu ‘membuat anak’. Lelaki tetap mahu mempunyai anak. Lelaki tetap menyebabkan perempuan melahirkan anak. Yang tanggung sakit dan seksanya cuma perempuan!

Nah, disaat ini timbul sebuah pertanyaan, DIMANA KEADILAN TUHAN?

Jika hidup di dunia ini akhir segala urusan, pasti, tuhan itu zalim dan tidak berperikemanusiaan. Jika hidup ini tiada arah matlamat dan tujuan, pasti, tuhan itu lemah dan tak layak menjadi tuhan.

Kerna dunia ini tiada keadilan.

Kerna dunia ini tiada kesamarataan.

Kerna dunia ini penuh penindasan.

Kalaupun ada keadilan (mahkamah), apalah sangat hukuman dan kesamarataan yang mampu dijanjikan. Apalah sangat ganjaran dan hadiah yang mampu ditawarkan. Yang perempuan tetap perempuan, yang lelaki tetap lelaki. Yang perempuan tetap sakit ‘ya amat’ ketika melahirkan, yang lelaki tetap gembira mendapat anak dan zuriat kesayangan. Ini tidak ‘adil!

Jadi anak yang soleh ye? Biar berbaloi kesakitan ibumu...

Begitulah kata-kata dan cara fikir orang yang hanya mengharapkan kehidupan ini tanpa Hari Pembalasan. Kata-kata orang yang TIDAK BERIMAN dengan Hari Kebangkitan. TIDAK PERCAYA akan kehidupan kembali (untuk diadili), TIDAK MAHU PERCAYA dengan BALASAN dan GANJARAN yang pasti.

Hari dimana umat manusia dihukum dan diberi seksa. Seksa yang setara dengan perbuatan mereka di dunia. Hari dimana umat manusia diadili dan diberi pahala. Pahala ganjaran yang tak terbayangkan oleh minda manusia.

Yang pernah merasa dizalimi, disakiti dan diseksa,[ jika meyakini dan mangagungkan keESAan tuhan] akan dibelai manja oleh Yang Maha Ehsan, Pemilik segala kebaikan dan ganjaran!

Dunia ini hanyalah LADANG TERNAK untuk kehidupan yang lebih berpanjangan.  Peluang untuk manusia berbuat kebajikan, peluang untuk manusia menambah pahala amalan, agar ketika dibangkitan semula untuk diadili nanti, kebaikan melebihi kejahatan, timbangan pahala melebihi timbangan dosa.

Wahai ibu-ibu dan para wanita, anda menempah kunci ke syurga ketika anda diikat dengan akad pernikahan. Langkah ke syurga seterusnya adalah dengan taat pada suami. Bukankah syurga sebaik-baik penghilang sakit, marah, dan sengsara?

Berimanlah pada tuhan dan hari kiamat, kita akan sentiasa merasa dibela dan diadili!

————–

P/s  : Semoga isteri saya ‘lupa sakit itu apa’ ketika beliau melahirkan anak-anak-anak2-anak-anak saya nanti. Amiiiiiiiin…..

Dan ‘incase’/KALAU tiba-tiba beliau ‘teringat tentang sakit’, semoga beliau sabar sedikit dan MENUNTUT JANJI dari saya untuk menjadikan anak-anak-anak2-anak-anak itu, PEWARIS SYURGA. Amiiiiiin…..

P/s : Belum mahu/boleh kahwin, tapi ‘ter’cerita pasal bab kahwin, isteri dan anak sebab ‘kebetulan’ masuk department Obstetry & Gynecology Department. Kebetulan, yang dirancang tuhan. Lalala~

Advertisements
Published in: on Februari 26, 2011 at 3:13 pm  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2011/02/26/serius-sakit/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 KomenTinggalkan komen

  1. Oh ingatkan tuan penulis ini sudah punya isteri dan anak.. Hehe

    terima kasih atas tulisan yang cukup memberi motivasi. 🙂

  2. mak dah sakiittt time lahirkan kita, so jgn sakitkan hati mak. 🙂

  3. nera : saya bujang trang tang tang~~ tapi nak doakan saya cepat kawin pon buleh juge. timekaseh. hehe~
    sama-sama. semoga ada manfaatnya.=)

    as : pergh~ ini komen paling mengharukan. yup! mari kita ‘cuba sedaya upaya’ membalas kesusahan dan pengorbanan mereka!!!

  4. yg menulis bila laagi mahu mendirikan rumah tangga??
    even saya blum berkahwin, tp dengar penglaman rakan2 yang sudah berkawin katanya ” kesakitan ketika melahirkan akan terus hilang bila si ibu menatap wajah bayi mereka..” alangkah indahnya saat itu..

  5. za : kita merancang, Allah juga merancang. tapi perancangan Allah lebih berhikmah dan bijaksana. Yang menulis ni sudah berdoa untuk itu, cuma belum sampai masanya lagi mungkin.=)

    yup, seronok tengok mereka gembira menyambut anak yang mereka lahirkan. semoga anak2 itu menjadi soleh dan kunci syurga buat ibunya!=)

  6. penulisan entry awak membuka minda saya.

    sama2 lah kita menghargai emak kita.

    thanks.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: