Perempuan : RENUNGKAN..


Assalamualaikum…

(Semoga kesejahteraan, keselamatan, dan kebahagiaan melimpahi anda semua…)

Saya tidak tahu siapa yang membaca tulisan saya ini, dan saya juga tidak pasti berapa ramai orang yang membaca tulisan saya ini. Tetapi kali ini saya mahu menulis tentang perempuan. Boleh kan? (Kalau tak boleh pon saya tetap akan menulis juge. Hehe…)

Menulis tentang perempuan

 

 

Saya pasti orang yang dilahirkan dengan tubuh fizikal seorang perempuan, akan meyakini bahawa dia seorang perempuan. Walaupun ada orang yang tidak mahu menjadi perempuan dan berlagak sebagai orang lelaki, dia tetap mengetahui dan meyakini bahawa dia seorang perempuan. Mungkin naluri syaitan atau bisikan kejahatan di dalam hatinya sahaja yang menolak keyakinan itu. Yang pasti, tubuhnya seperti perempuan, dia tetap seorang perempuan.

PEREMPUAN LEMBUT

Mungkin dia lahir dengan genetik seorang perempuan lemah lembut yang diwarisi oleh ibu dan bapanya, mungkin juga dia dididik dengan lemah lembut oleh orang-orang disekitarnya untuk menjadi seorang perempuan yang lembut. Lembut dari segi percakapan, lembut dari segi tindakan, lembut dari segala segi. Perempuan yang lemah lembut ini biasanya disertai dengan pakej pemalu. Tetapi mungkin juga disertai pakej lain seperti pendiam, manja, atau pendendam. (pendendam??? Hehe.,.)

PEREMPUAN MANJA

Keluarga memainkan peranan penting membentuk seorang perempuan yang manja. Manja dalam tingkah laku, manja dalam tindakan, manja dalam perbualan dan pergaulan. Perempuan yang manja mungkin disenangi orang di sekitarnya, namun mungkin juga dibenci orang sekitarnya.

PEREMPUAN KASAR

“Kalau kau berani kacau adik lelaki aku, kau siap-siaplah nak makan penerajang aku”

“Suka hati akulah aku nak jadi macam mana pun, kau peduli apa???!!”

“Kalau kau berani nak mengorat aku lagi, aku sumbat kepala kau dalam tong sampah”

Mungkin dididik untuk menjadi seorang yang berdikari dan tidak mudah ditindas, perempuan yang kasar sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan apa sahaja dan pantang dianggap lemah. Kasar dari segi tindak-tanduknya, kasar dari segi percakapannya (selalunya disertai pakej suara yang kuat) dan kadang-kadang kasar dan ‘keras’ dari segi pemikirannya.

———

Apapun sifat anda wahai saudaraku yang perempuan, anda sebenarnya memainkan peranan penting di dalam dunia ini.

PERANAN PENTING DI DUNIA!

Tidak kiralah anda seorang yang lembut, seorang yang manja, seorang yang keanak-anakan, seorang yang keras dan kasar, seorang yang selekeh, seorang yang tidak serius, atau sebagainya….. Anda bakal menjadi seorang ibu kepada Umat Manusia!

Atau setidak-tidaknya, anda bakal menjadi isteri kepada Khalifah Dunia!

Lupakan sejenak perangai dan sifat lama anda, bayangkan peranan anda dalam mencorak dunia!

Bayangkan peranan anda sebagai peneman dan pemberi semangat sang suami…

Bayangkan peranan anda sebagai penghibur dan penglipur lara sang suami…

Bayangkan peranan anda memimpin dan membimbing kekuatan suami.

Kalau anda tidak serius menjadi seorang perempuan yang ‘berwawasan dan bercita-cita tinggi mencorak dunia’, apa akan jadi pada suami dan pimpinannya nanti. Apa akan jadi pada generasi muda yang bakal memimpin nanti. Apa akan dijawab dihadapan Tuhan nanti…

Seorang perempuan bakal memikul beban dunia.

Seorang perempuan bakal mengubah ekosistem dunia.

Seorang perempuan memainkan peranan penting mencorak dunia.

Jadi wahai saudaraku kaum Hawa…

Perhatikanlah tingkah laku diri,

Persiapkanlah batin dan hati,

Bersedialah berubah menjadi matang dan berwawasan tinggi,

KERNA ANDALAH PENCORAK DUNIA!

PENENTU PENDUDUK SYURGA DAN NERAKA!

Girls ; Be Matured

Kata orang, di setiap lelaki ada seorang perempuan yang membantunya.

Kata saya, di setiap manusia, ada seorang perempuan yang mencoraknya.

Sedarlah wahai perempuan, betapa besarnya pengaruh dan peranan anda di dunia, melebihi peranan seorang manusia biasa yang hanya bersuka ria dan bergurau senda.

Be Matured!

Peace (^^,)v

Advertisements
Published in: on Mac 27, 2011 at 10:28 am  Comments (9)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2011/03/27/perempuan-renungkan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

9 KomenTinggalkan komen

  1. Terimakasih atas tulisan yang bermanfaat.
    “di setiap manusia ada perempuan yang mencoraknya”.setuju sangat.

    Ayuh wanita!!! bersedialah tunaikan tanggungjawabmu.

  2. good entry..tapi sikap pompuan kdg2 d sebabkan pengaruh kawan baik dia..so, kene pilih kawan yg baik..kdg2 pompuan jd keras kepala, degil sbb pengalaman..ade sejarah sendiri, jadi dia ubah jatidiri dr lemah gemalai pada kasor mcm laki..hmm apepon, pompuan d luar sane, tinggi mane pon anda pergi, jauh mana pon anda berlari..anda tetap seorang perempuan terdidik dan santun..(oppss mcm entry plak)

  3. waw.. dzi..
    bikin merenung deh..
    haha..
    i’ll be a great, mature, wise, smart girl..
    harus.. yosh!!

  4. salam,
    best gak entry pasal perempuan sebenarnya,
    masih belajar menegnal ‘mereka’..

    ada yang kata jadi perempuan senang,
    tidak seperti lelaki yang banyak tanggungjawab di dunia,
    solat fardhu 5 kali sehari,
    puasa di bulan ramadhan,
    jaga kehormatan/kesucian,
    dan patuh pada suami
    boleh masuk syurga ikut mana2 gerbang yang diingini
    (HR Ibn Hibban)

    tapi memang efek mereka di dunia sangat besar,
    bukan hanya melahirkan bakal pemimpin dunia malah menjadi orang paling kanan bagi mereka agar menjadi pemimpin dunia yang sebenarnya..

  5. As salam,
    Terima kasih! sila kan menulis lagi tentang wanita, saya suka sangat. Sebagai pendoman kapada kaum hawa untuk memperbaiki kekurangan diri,agar menjadi lebih cemerlang.

  6. Subahanallah bagus entrynya..santai dan bersahaja tapi melengkapi segala maksud..Setiap perempuan mahupun lelaki saling mlengkapi dalam menjadikan dunia ini menjadi tempat yg indah mahupun tempat yg paling buruk..jadi tepuk dada tanyalah iman, apakah anda seorang yg menyumbang kepada kemaslahatan ummah ataupun kemusnahan ummah?

  7. to wajia:ayuh wanita, mulakan perubahan sekarang!=)

    to senah: takpe2, no problem. tulis je komen panjang2,asal org lain dapat memahaminya. hehe…tak kesah bagaimana kawan mempengaruhi anda, anda harus tetap menyedari peranan anda dan berubah mencorak dunia sekarang! chaiyyok2!!

    to ndoy: yaaa….be matured ndoy!!! jadilah ibu kepada makhluk dunia yang berjaya, isteri pada pemerintah dunia yang hebat! semangat!!! hehehehe~~

    to AlTuah AlShahab: kita belajar dan terus belajar. kadang org terlupa peranan wanita dek kerana dibiasakan dengan kata-kata perempuan senang je masuk syurga, takde byk tanggungjawab, tapi sebenarnya tanggungjawab mereka sama besar dengan kita!!! ayuh saling memahami peranan masing2!=)

    to cintarosa: terima kasih juga. mari sama-sama kita memperbaiki diri.=)

    to nurzawatimf: alhamdulillah, semoga saudaraku kaum hawa dapat menangkap tujuan dan isi hati saya menulis tentang ini. PEREMPUAN SANGAT BERPENGARUH!=)

  8. sukenye sy baca entry ni…
    terasa sgt dihargai…
    to senah, sy stuju dgn coment awak..

  9. kata orang, tangan yang menghayun buaian bisa mengoncang dunia:)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: