Kadang aku minta pada tuhanku….


Kadang aku rasa apa yang aku minta pada tuhan itu betul…

Dan aku insist untuk mendapatnya…

Padahal sebenarnya sesuatu itu buruk untuk aku…

Astaghfirullah, aku tunduk menangis tersedu-sedu…

Menahan malu dan kejahilanku terhadap keagunganMU…

 

Setiap hari aku mengadu pada tuhan,

Untuk membaikkan segala urusan…

Dari sebesar-besar urusan, sampai sekecil-kecil pemikiran,

Aku meminta diberi petunjuk dan ihsan tuhan…

 

Ya aku manja…

Manja kepada Tuhanku yang Maha Esa…

Semuanya aku tanya DIA,

Semuanya aku mintak izin dariNYA.

Kerna aku bodoh tanpa ilmuNya…

Aku sesat tanpa petunjukNya….

Hanya DIALAH pemberi suka dan tawa,

Kerna hanya DIALAH penghilang tangis dan duka.

 

Aku memberi nasihat kepada rakan dan keluarga,

“positifkan diri, anda pasti bahagia”

Kerna hakikatnya yang paling nyata

Aku juga faham erti duka dan sengsara..

Cuma “positif” yang mendekati taqwa,

Mengajar manusia SYUKUR apa yang ada…

Lihat dan renungi apa kita punya,

Jangan menghitung apa yang hilang dari dakapan kita,

Dengan syukur, senyum pasti mengekor sentiasa,

Biar badai sibuk melanda…

 

Perjalanan hidupku sudah tidak lama,

Kerna telah aku habiskan 25 tahun dari tempoh keseluruhannya…

Aku berharap menjadi ahli syurga

Namun masih mengejar kebahagiaan didunia.

 

Tuhanku, izinkan aku tertawa disyurga

Dan tetap terjaga mendapat hidayah di dunia…

Jikalau dosa-dosaku dikafarahkan menjadi sakit dan kesusahan hidup,

Nescaya aku akan sengsara selama-lamanya. Astaghfirullah…

Ampunkan dosaku…

Advertisements
Published in: on Julai 8, 2011 at 2:19 pm  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2011/07/08/kadang-aku-minta-pada-tuhanku/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 KomenTinggalkan komen

  1. hujan yang jernih, datangnya dari awan yang gelap..

    • sudilah kiranya anda menghuraikannya, biar yang lain turut bermanfaat membaca dan memikirnya…jzkk.=)

  2. Kata-kata cinta terucap indah
    Mengalun berzikir di kidung doaku
    Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
    Butir-butir cinta air mataku
    Teringat semua yang Kau beri untukku
    Ampuni khilaf dan salah selama ini
    Ya Ilahi….
    Muhasabah cintaku…

    Berlian tinggi nilainya.Ia trhasil selepas mengalami tekanan yg amat tggi. Begitu juga manusia. Ujian ibarat peminat. layanlah dia sebaiknya. Allah x uji sesuatu kita dgn sesuatu yg kita xmampu. inshaALLAH dgn ujian ini dpt dkatkn kta kepadaNya & itu x ternilai hargany!~smoga sehat selalu~salamualaik

  3. salam, minta izin copy kat tumblr. terima kasih


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: