Pengalaman di Surgery Department


Satu kumpulan berempat, dua orang naik ke OK (Kamar Operasi), dua orang di Poliklinik. Tetapi teman ke Poliklinikku tidak datang kerana sakit. Tinggallah aku sendiri. Menjadi ‘target’ senior dokter disuruh macam-macam.

Mak pesan "jangan tetinggal henpon dalam perut orang!"

“Kamu udah pernah cek Rectal Touche belum?”

“Kamu tau Pemeriksaan Fisik untuk Hernia ngga?”

Sok, bikin!”

Alhamdulillah kerana disuruh-suruh, aku mendapat pelajaran dan pengalaman. Break tengah hari aku balik rumah, lunch dengan tenang di rumah. Teman serumah, Awang, pun balik. Elok nak berehat lepas makan, ‘bell’ pintu rumah berbunyi.

“Budak-budak rumah ni takkan balik nak masuk rumah takde kunci? Malasnya lah nak bukak pintu…”, bisik dalam hati mematikan diri surf internet di bilik.

 

Tak lama lepas tu Awang masuk bilik, “ Ji, ada orang kampung datang mintak tolong tengokkan keluarga dia. Dia nak suruh periksa dulu nak hantar ke hospital ke tak”

 

“Laa… Kenapa tak hantar hospital je terus?”, protes nafsu yang pentingkan diri.

Aku mengambil beg berisi alatan medic, lantas bergerak bersama Awang keluar mengikut pakcik tersebut. Dalam hati sudah mula berasa bersalah kerana malas buka pintu ketika bunyi ‘bell’ tadi. Perlahan istighfar meniti di bibir, sambil langkah dipercepat mengejar pakcik dan Awang yang sudah di depan.

Orang kampung sudah mula mengerumuni rumah tersebut, persis suasana tahlil jiran yang nazak di ambang kematian! Semua mata memandang kami. Kami ditunggu dan dihormati atas kapasitas seorang dokter walaupun kami ‘orang asing’ (baca = orang Malaysia). Dalam hati aku tertanya-tanya, “teruk sangat ke keadaan pesakit sampai semua orang datang dengan ada yang matanya sudah merah berair menahan sedih?”

 

Gambar Hiasan

Sampai di rumah tersebut, keluarganya perlahan mendekati kami..

“Dok, kami ini mau pendapat dokter. Apakah dia ini harus dibawa ke rumah sakit (baca = hospital) atau tidak. Soalnya dia sudah sering berulang-alik ke rumah sakit. Sudah banyak rumah sakit yang dia dirawat. Dia ada penyakit liver”

Mataku memandang ke sekujur tubuh kaku yang berada di depanku. Benar, perutnya sedikit kembung. Mungkin kerana pembengkakan liver@hatinya. Atau istilah yang kami belajar, Hepatomegaly. Pesakit tidak sedarkan diri. Perkara pertama yang terlintas di fikiranku, adakah pesakit ni dah nazak di ambang kematian atau belum.

Diperiksa pupil reflexnya.

Diperiksa nadinya.

Diperiksa blood pressure nya.

Diperiksa paru-paru, jantung, extremities nya.

Selain dari ketidaksedarannya, yang lain masih dalam batas ‘BUKAN Emergency”. Curiosity kami bertambah, tak puas hati apa yang menyebabkan pesakit ini tidak sedarkan diri. Tiba-tiba keluarganya memberitahu pesakit ini jatuh tangga dan kepalanya terhantuk.

“Ohh…”, kami mula dapat menduga sebabnya.

“Tapi jatuhnya tengah hari dok, malam semalam masih bercakap dengan kami. Semalam masih baik. Pagi tadi juga masih baik, tiba-tiba sahaja tengah hari tadi tak sedarkan diri”

Awang cakap kalau sebab Head Injury mesti lepas terhantuk terus pengsan. Tapi pesakit ini masih baik-baik saje. Dengan semangat dan gaya ‘konon-konon’ pakar bedah saraf, aku pun mula berfikir sesuatu yang lain. Aku mula menilai Glascow Coma Scale pesakit ini. Manala tau kot-kot Cereberal Hematoma. (Eceh~ =p)

“Pak! Pak!” aku menjerit sambil menggoyangkan badan dan menampar pipi pesakit. Agak terkejut keluarganya melihat kelakuanku. Tapi nasiblah, aku tengah buat kerja, bukan suka-suka tampar dia. Ternyata bapak itu masih merasa sakit!

Mungkin keluarganya sudah mahu pasrah dan ‘merelakan pemergian’nya. Jadi mahu ‘menghilangkan rasa bersalah’ mereka dengan bertanyakan kepada kami. Aku boleh memahami keadaan mereka yang kekurangan dana untuk menanggung segala pembiayaan di rumah sakit, tetapi ini bukan case Brain Death mahupun complication dari penyakit lamanya.  Jadi kenapa mahu pasrah begitu awal?

“Bapak, Ibu, dari pemeriksaan saya sebentar tadi, kondisi tubuhnya masih bagus. Cuma dia tidak sadar aja. Itu pun masih ada respon sakit. Jadi pada pandangan saya, lebih baik ibu bapak bawa ke rumah sakit dan lakukan pemeriksaan lanjut. Selepas mendapat hasil dari pemeriksaan-pemeriksaan itu nanti, barulah ibu bapak fikirkan keputusan selanjutnya. Ya? Sekarang saya masih optimis dan masih penasaran kenapa pasien ini tidak sadar. Jadi bapak ibu cari tahu puncanya dulu ya? Biar kita semuanya lebih tenang nantinya. Kita cuba yang terbaik aja ya?”, terangku panjang lebar.

Seluruh warga tetangga yang berada di rumah itu mendengar penjelasan dariku. Dan mereka turut mengangguk-angguk tanda setuju. Akhirnya keluarganya membuat keputusan untuk membawa ke rumah sakit. Alhamdulillah, kami lega…

Perlahan-lahan kami berjalan pulang ke rumah. Dalam hati kami berbunga-bunga. Indahnya nikmat dapat membantu! Doktor = Superhero! Yeay! Hehe~

 

My Favourite : Superhero Movies.=)

MORAL OF THE STORY

  1. Doktor yang baik adalah yang berdedikasi dalam mempelajari ilmunya. (walaupun disuruh dan dimarah selalu. Huhu~)
  2. Doktor yang baik adalah yang bersedia BERKHIDMAT TAK KIRA MASA. (sape suruh pilih doctor?)
  3. Doktor yang baik adalah yang tenang dan kritis. (Keluarga nangeh-nangeh kita pulak gelabah, siapa yang nak tenangkan keadaan?)
  4. Doktor yang baik harus sentiasa POSITIF!
Advertisements
Published in: on Julai 19, 2011 at 11:01 pm  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2011/07/19/pengalaman-di-surgery-department/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 KomenTinggalkan komen

  1. waahh…cool. best. nak jadi superhero gak! 😀
    err..so apa jadi ngn bapak tu?
    point no 2 memang kena batang hidung sendiri. “sape suruh amek doctor?” >_<

  2. sila2….nanti jadi dokter yang baik dan handal, boleh jadi superhero pada masyarakat, k? hehe~

    erm, tak jumpa lagi dengan family tu. maybe esok or lusa baru dapat jumpa tanyakan khabar beliau. smoga beliau dapat yang terbaik, amiin….=)

    gi mintak nasihat dan semangat dari kakak anda yg dh jadi dokter tu, mst die boleh bagi dorongan kepada anda. dokter tu best!!!! hiyaaarghh!!~~ hehe

  3. yuhuuu!! best ni..pnglaman sebenar..hehe..

  4. nak try diagnosis boleh x?hehehe..

    kaki bapak bengkak tak? perut kembung mungkin sbb ascites..due to liver cirrhosis..(hati kurangg produce albumin –> hypoproteinemia –> accumulation of fluid) lepas tu patient mungkin dah tak sedar sbb hepatic encephalopathy..memandangkan keluarganya ckp dia ada riwayat liver disease..kat IPD pernah jumpa patient camni..

    p/s : tinggal kat sukagalih ni agak scary la..jiran2 semua panggil dokter..siap ada yg nak dtg rumah mintak nasihatkn ttg ubat, n nak mintak check vital sign..kena betul2 prepare..nak malas blaja pun x jadi ;p

  5. assalamualaikum…
    waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….(kagum)
    if i were to face the same prob, i would be dead,don’t know what to do.
    5 weeks in surgery has taught me almost nothing,maybe because i’ve never been to the operation theater yet. (i’m so going to kill myself!!!)
    i’ve had such a looooooooooooooong way to go…
    an inspiring entry! thank you…
    🙂

  6. wah bos razi…mantab sekali,,,keren2…hahahaha…

  7. salam~ ikutkan ilmu yg ada nie, slama dh lalu byk departmen slu kena tanya klu pasien ada riwayat terhantuk tp sadar then tiba time xsadar tu tanda apa. jawapan= EPIDURAL HEMORRHAGE….nnt baca lge sbb apa k, if xsilap blood yg produce after injury flow dgn csf into sinus drainage( lupa abeh apa nama)..then, lepas beberapa tempoh waktu pasien xsadar sbb pendarahan dh byk.

  8. sekadar peringatan..superhero yg sebenar x lain dan x bukan adalah ALLAH yang Maha Penyembuh..kita sbgai hmbanya yg lemah hanya dapat brusaha dan ikhtiar untuk mempermudahkan urusan itu….semoga dapat selamatkn lg ramai patient d luar sana..go go dr!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: