Tunang – Rahsia vs Umum


Ada orang post video “I’ve been proposed & I’m engaged” di facebook dan ramai yang share dan bercerita tentangnya. Ada yang kata comel, ada yang kata sweet, ada yang kata macam-macam lagi…

Selepas menontonnya, ada suatu tanggapan dan cara pandang yang berlainan yang saya rasakan. Saya kurang bersetuju kerana pada pendapat saya perbuatan ‘mengiklankan’ pertunangan itu sesuatu yang tidak harus dilakukan. Kalau tak jadi kahwin nanti macam mana???

Saya pernah mendengar ada hadith yang lebih kurang berbunyi, “rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan” namun saya kurang ingat perawi dan matan hadith tersebut samada sahih atau bukan. Maka saya pun mencari status hadith tersebut… Saya bertemu dengan dua version, ada yang sahih, ada yang dhaif. Berikut merupakan keterangan mengenai kedua-duanya.

( أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة )

Terjemahan: (Zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan).

Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ad-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus.Walaubagaimanapun hadith ini berstatus dhaif, seperti yang disebutkan oleh Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Silsilah Ad-Dho’ifah(no 2494) dan Dho’if Al-Jami’ Al-Saghir(no 922).

Adapun yang sahih, matannya sedikit berbeza.

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil.

Tahniah kepada pembuat video tersebut kerana dia beruntung dipertemukan dengan lelaki yang gentleman dan bertindak melamar dan terus bertunang. Semoga dipermudahkan urusan pernikahan anda berdua! Amiiiiin….\(^^,)/

(Semoga dipermudahkan jodoh saya juga!=p)

Mungkin disini terdapat dua perbezaan pendapat. Ada golongan ulama yang berpendapat menggalakkan (sunat) disembunyikan pertunangan, dan ada juga yang mengharuskan untuk menghebahkan. Saya berpendapat dengan pendapat untuk menggalakkan (sunat) disembunyikan…Peace!=)

Golongan yang menggalakkan( sunat) di sembunyikan pertunangan, adalah sebenarnya disertai dengan tujuan untuk mengelakkan rasa iri hati dan dengki(hasad) bagi pihak lain,sepertimana yang dinaqalkan dari laman web islamweb.net, yang menyebutkan:

قال الخرشي في شرح خليل: وأما الخطبة بالكسر فيندب إخفاؤها كالختان وإنما ندب الإخفاء خوفاً من الحسدة

Terjemahan: Telah berkata Al-Khurasyi di dalam kitab Syarhu Khalil: Maka pertunangan adalah disunatkan agar disembunyikan sepertimana khitan.Tujuan disembunyikan adalah sebagai langkah berjaga-jaga dari perasaan hasad dengki (pihak lain).

Rujukan: http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=65842&Option=FatwaId

Pandangan ini bertepatan dengan hadith umum (bukan khusus terhadap kes pertunangan) Nabi s.a.w yang berbunyi:

قول النبي صلى الله عليه وسلم : ( استعينوا على إنجاح الحوائج بالكتمان ، فإن كل ذي نعمةٍ محسود ) رواه الطبراني وصححه الألباني في صحيح الجامع:943

Terjemahan: Sabda Nabi s.a.w: Mintalah pertolongan dalam memenuhi hajat-hajat secara sembunyi, kerana sesungguhnya setiap yang memiliki nikmat akan ada kedengkian(terhadapnya). Riwayat At-Thabrani, disahihkan oleh Al-Albani di dalam kitab Sahih Al-Jami’ (no 943).

Manala tau ada orang yang dengki dengan tunang anda, comel, cun, solehah sangat sampai membuatkan para jejaka Malaya semuanya jeles, lebih baik dirahsiakan dulu sampai hari pernikahan. 2-3 bulan atau setelah confirm tarikh pernikahan barulah dihebahkan. Baru surprise, ye dak? Hehe…

Plus, kesianla sikit kat orang yang bujang yang tercari-cari calon masih tak jumpa lagi… Or yang dah jumpa calon tapi ‘masih mempunyai masalah’ untuk menikah dan tak dapat restu ke apa ke….Janganlah bagi diorang jeles dengan kebahagiaan anda. Tak perlulah nak heboh satu dunia anda sedang bahagia, ye dak? Ke pendapat saya salah? Kalau salah, I’m Sorry…

Well, lain orang lain pendapat.  This is just my ‘dua kupang’. Peace! (^^,)v

P/s: To my brothers Ahmad ZulGAPO, Ahmad ZulAWANG, AMAD fahmi, apa pendapat kalian? Masih “rahsia kerajaan” ke dah jadi “rahsia umum”? OOOoopppss!!! Hehe..=p

 

Masing-masing dah ada calon....Sorang tu je tinggal...

-BAARAKALLAHULAKUMA WABARAKA ‘ALAIKUMA WAJAMAA BAINAKUMA FIKHOIR-

Advertisements
Published in: on Disember 20, 2011 at 7:12 am  Comments (15)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2011/12/20/tunang-rahsia-vs-umum/trackback/

RSS feed for comments on this post.

15 KomenTinggalkan komen

  1. Ada terbaca tulisan hilal asyraf ttg hadith yg dihasankn oleh al-Albani tu.

    Rahsia2 tapi bagi hint2 pun satu kes jugak kan~?
    peacee~

  2. setuju dgn comment kak fana.. bg hint tu mcm lebih kurang sama je dgn nak bgtau org lain~~

  3. to farhana : boleh kongsi disini apa yang anda baca berkenaan hadith yang dihasankan oleh Al-Albani tersebut? please…thank you.=)

    Hint? err….no komen. Hahaha…

    cik mahirah nak komen apa-apa tentang hint? ada orang cakap, sesetengah orang yang popular patut memberikan hint bahawa mereka sudah berpunya. biar para peminat tidak tertunggu-tunggu dan frust kalau tahu last minit. (errk…???!!)

    kalau salah sila betolkan.=)

    • stuju, sbb boleh lead kpd mslh lain jugak..actually dpends on situation jugak..siapa yg perlu, bagilah tau..untuk menjauhkan fitnah atau mslh, tapi kalau lebih baik dirahsiakan, diamkanlah..

      wallahualam~

      • duha, marah ke?

      • erkk..mana ada marah..’-__- mcm marah ke ayat tu?
        pndapat saya adalah mmg sebaiknya dirahsiakan, tapi sesetengah kondisi mcm abg razi kata kt atas tu, perlu kita beritahu certain org untuk mengelakkan ap2 yg tak diingini..

        tapi sebaiknya mmg rahsiakan la kot..
        kalau takde faedah utk membuka, tak perlu la buka awal2 kan..huhu

        wallahualam~

      • baik….
        jzkk masukannya. huhu~

  4. http://akusukasenyumlah.blogspot.com/2011/12/ulasan-pasal-video-ive-been-proposed-im.html

    bro,cbe bce blog ni..ade pasal pe yg hilal ckp tuh..

    • bro, im not ‘judging’ her…im giving my opinion. besides, i prayed for them…=)

      • owh..sory kalu bahasa mcm kasar..jst bg link sbb enta minx link hilal tu..tiada niat utk mnyinggung sape2.

  5. Saya bersetuju dengan pendapat anda. Semoga Allah s.w.t juga mudahkan urusan jodoh saya. Kun fayakun.

  6. btol2..orang yg umum tunang tu wat orang len jles je..^_^

  7. Barakallahufikh..semoga dipermudahkan jodoh saudara. 🙂
    p/s:jodoh sy juga..aminn… ^^

  8. mohon share entry anta =)

  9. kalau ikut syarak , rahsia kan kpd siapa je ?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: