Cara Fikir : ADIL DAN BIJAKSANA


Baru-baru ini ada suatu berita yang sangat menyesakkan kepala otak. Sesak bukan kerana asthma, mahupun hemorrhage dan ischemic stroke, tetapi sesak kerana sempitnya cara fikir “Warga Millenium 2012″ ini…

Sepatutnya kita semakin maju ke depan dengan teknologi dan ilmu yang makin luas. Sepatutnya kita makin cerah memandang langit informasi dan pintar memilih mana hujan batu mana pelangi. Sepatutnya kita tidak seperti warga masa lalu yang terbantut cara fikir kerana kurangnya sumber ilmu. Itupun ada diantara mereka yang ‘maju’ dan ‘cerdas’ dalam berilmu. Kenapakah agaknya banyak diantara kita masih lembab dan kaku?

 

Timba Ilmu

Kita didedahkan dengan pelbagai kemudahan dalam mencari ilmu. Ilmu Allah itu luas, dan Allah tak melarang kita mengambil dari pelbagai cabang ilmu. Para tokoh Islam zaman dahulu pun ‘tamak’ akan bermacam-macam cabang ilmu. Mereka pakar dalam banyak bidang, dan wawasan mereka sangat luas.

Namun, sayang seribu kali sayang, kita lebih memilih untuk berfikiran sempit dan tertutup. Kita pilih bulu dalam mencari ilmu. Kita pilih cikgu. Cikgu yang tak sebulu, kita ‘set’kan dalam kepala otak bahawa “kau bukan cikgu aku, jadi kau musuhku!”. Itulah yang banyak terjadi. Bangsa manusia yang kononnya maju dan bertamadun, masih tidak boleh berfikir dengan waras dan adil.

Perang Ustaz

Kepada yang tidak tahu, belum tahu, atau malas nak ambil tahu, biar saya beritahu… Ustaz Azhar Idrus (yang saya sayangi dan hormati) telah membuat kenyataan yang terrakam di youtube bahawa ulama muda Umno atau nama lainnya ILMU, mendapat bayaran RM15000 per bulan oleh UMNO. Beliau juga mengatakan UMNO itu sekular dan sekular masuk neraka.

Jadi timbullah isu (oleh penyokong-penyokong defensive ulama muda Umno), bahawa Ustaz Azhar Idrus telah memfitnah dan seolah-olah melakukan takfir (mengkafirkan orang). Maka mereka menunjukkan bukti video youtube yang jelas membuktikan ustaz Azhar menyebut perkara tersebut.

Penyokong-penyokong Ustaz Azhar pula bangkit mempertahankan ‘tindakan salah’ itu dengan mengalihkan isu. Kata mereka, itu video lama dan sengaja dibangkitkan untuk menjatuhkan Ustaz Azhar. Kata mereka lagi, ulama muda Umno yang salah kerana memulakan ‘pergaduhan’ ini. Ulama muda Umno lebih keji kerana mereka menghina Ustaz Azhar Idrus dengan mengata beliau macam-macam.

Kepada yang tidak tahu juga, sebelumnya, Ustaz Azhar Idrus dikecam hebat oleh ‘ulama muda Umno’ (maaf saya tidak ada dalil/bukti untuk membenarkan sumber ini jadi saya letak ‘…’ pada perkataan diatas agar tidak menjadi fitnah jika ianya salah) dengan kecaman yang sangat buruk dan keji. Beliau dikritik dari segi peribadi. Siapa pun yang melakukannya, saya tidak bersetuju dan berdoa semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka.

Ni mungkin kerja 'penyokong defensive' ulama muda Umno/ILMU

Isu Utama

Bukan isu siapa mula dulu dan siapa yang ‘lebih berat salahnya’, tapi isunya sekarang adalah cara kita menanggapi dan membuat keputusan dari masalah ini. Bagaimana cara kita seorang mad’u, dalam menghadapi masalah yang dihadapi oleh para dai’e yang kita sayangi ini? Apakah kita berpihak pada satu dai’e, dan menyerang yang satu lagi? Atau apakah kita sayang sanjungi satu dai’e, dan membenci sumpah seranah pihak yang satu lagi?

Sedarkah kita bahawa mereka adalah dai’e?  Yang menyampaikan ilmu agama kepada umat manusia?

Siapa kita untuk MENGHUKUM mereka? Siapa kita untuk MEMBENCI mereka? Siapa kita untuk menentukan soleh atau tidaknya mereka? Siapa kita untuk mencerca mereka, apatah lagi menghina dan MENTERTAWAKAN kesalahan mereka?

Jangan kerana SATU salah mereka, kita lupa segala kebaikan mereka…

Buat penyokong taksub/‘ultras’ Ustaz Azhar Idrus, beliau seorang manusia biasa dan tidak maksum.  Ulama muda Umno/ILMU mungkin tidak sefaham dengannya, tapi mereka bukan musuh kita. Kalaupun mereka saling menghina, itu bukan ikutan kita. Yang salah tetap dikatakan salah, walaupun dia guru kita. Jangan kerana dia guru kita, dia berkata kasar kita pon nak ikut sama. Benda yang tak baik jangan diikut, ORANG BODOH je yang ikut benda tak baik dari gurunya! Ulama muda umno (ILMU) terdiri dari mereka-mereka yang tinggi ilmu agamanya, banyak hafalan hadithnya, luas ilmu alqurannya, maka bersikap adillah dalam menilai dan mengambil ilmu mereka…

Buat penyokong taksub/’ultras’ ulama muda Umno(ILMU), mereka bukan utusan tuhan yang wahyu setiap perkataanya. Mereka juga manusia biasa. Ustaz Azhar Idrus mungkin tidak sefaham dengan mereka, tapi beliau bukan musuh kita. Beliau sangat dedikasi dan bersungguh-sungguh dalam mempelajari agama, beliau kreatif dan dekat dengan jiwa orang muda, beliau kelakar dan pandai bergurau senda, maka bersikap adillah dalam menilai dan mengambil ilmunya…

KENAPA KITA HARUS MEMILIH-MILIH GURU?

KENAPA KITA HARUS BIAS DENGAN ORANG-ORANG TERTENTU?

KENAPA BEGITU PREJUDICE DAN SEMPIT DALAM MENUNTUT ILMU?

Jadilah orang bijak menilai dan menafsir, setelah mendapat ilmu dari sumber yang pelbagai. Wallahua’lam…

P/s : Kita punya bacaan quran pun tak berapa betul, hafalan hadith pon tak banyak, mutabaah ibadah harian pon berterabur, degree pon tak setel lagi, solat jemaah pon tak lengkap… sibuk nak kritik kecacatan/kesalahan ulama’! WAT DE HEEEEEEYYYYY???????

Reflex buat insafi diri ini, astaghfirullah…

Published in: on Januari 15, 2012 at 8:14 am  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2012/01/15/carafikir-adil-dan-bijaksana/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 KomenTinggalkan komen

  1. nicely put XD

  2. like this!!nice one..siyesly,menyampah tengok orang2 banyak sangat cakap ni.do talking bt talked nonsense..people..people..
    may Allah guide us thru all..

  3. ada seorang penah cakap kat saya, dalam isu politik, jangan terlalu idealistik sampai dah tiada pegangan tetap dan jangan pula terlalu taa’sub sampai membenarkan apa yang salah dalam parti tu.
    zaman sekarang ni, pemuda (selalunya) banyak yang terlalu idealistik dan taa’sub, sampai boleh hilang rasional kadang2.
    tak kira la apa pegangan politik korang, sejujurnya saya tak setuju sifat menyalahkan pihak lain sampai ke tahap mengaibkan orang tu, tak kira la apa alasannya. kita boleh bertegas dengan yang salah, tapi jangan sampai menghukum orang tu. wallahua’lam.

  4. assalamualaikum..ya..people do mistakes..teringat komik BAIK (sila bukak kalau belum ..hehe) ade 1 komik tu pasal cikgu die draw titik hitam pada whiteboard dan tnyekan pada anak muridnya(if not mistaken)..then ramai yg lihat titik hitam yang sikit tu berbanding whiteboard yg luas tu..tu la..bila kita buat silap sikit,itulah yang akan dilihat..

    selalu dengar yang bila mendengar ilmu,jgn lihat orangnya tapi lihat apa yg disampaikan..so,aplikasikan lah..yang baik kiter ambik..

    bagi saya sendiri,jangan sedap2 kiter kutuk peribadi seorangpemimpin tu sebb kiter xtahu cerita sebenar..eventhough dia `jahat` sekalipun,berhikmahlah..huhuhu

  5. jadi klau ikut sekular pulak menyerupai siapa?

  6. naturally like your web site however you have to check the spelling on several of your posts.
    Many of them are rife with spelling issues and
    I find it very troublesome to tell the truth nevertheless I will definitely come again again.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: