Pulang dari hospital, saya ditegur oleh seorang senior melalui chat facebook.
Katanya, ada seorang mamat membuatkan beliau marah lantas membuatkan beliau menyimpan hasrat untuk melempang (menghayunkan tangan dengan jari terbuka dengan kelajuan cahaya kepada) mamat itu. Namun mungkin kerana faktor perbezaan jantina dan warganegara, beliau tidak jadi untuk melempang mamat tersebut.
Mamat itu datang seraya berkata dengan tidak semena-mena,
“Islam itu budaya”
“Doa itu tak perlu pon tak apa. Kelmarin aku lulus tanpa doa”
“Syurga neraka itu tiada”
“Adam dan Hawa rekaan semata”
“Dah mati nanti kita jadi sampah organik sahaja”
Lalu senior saya itu berkata di dalam hati,
“Lempang karang, nak?!”
***********
Situasi dan pertanyaan-pertanyaan di atas benar-benar berlaku. Cuma saya mengolah dan menceritakannya semula dengan gaya saya sendiri agar anda semua dapat merasakan betapa gelinya hati saya mendengar KEANEHAN MANUSIA YANG TIDAK MENGENAL FITRAH itu. Sungguh, geli hati saya mendengarnya. Ha ha ha…
*********
Islam itu budaya.
Islam itu budaya siapa? Orang Arab tidak mengamalkan Islam sejak dahulu kala. Dan sekarang ini juga mereka kebanyakannya tidak mengamalkan Islam sesempurna orang Islam yang berada di Barat atau negara luar Arab yang lain.
Budaya itu turunan dan amalan yang dilakukan tanpa kefahaman.
Islam anda budaya? Jika anda hanya lahir dengan keluarga Islam, nama Islam, melakukan amalan orang-orang Islam (atau mungkin juga tidak beramal langsung) tanpa kefahaman, maka Islam anda memang budaya! Carilah kefahaman, kerana itu suatu keperluan…
Doa itu tak perlu pon tak apa.
Di dalam kitab lain mungkin ada di’beritahu’ dan diajarkan tentang ‘sifat-sifat’ seorang manusia. Tetapi di dalam al-quran, memang ada diajarkan tentang sifat manusia. Salah satu sifat manusia itu adalah takut, tunduk dan akan berserah diri pada yang ‘suatu kuasa yang PALING BERKUASA’.
Surah Al-Baqarah 2 : 19.
Atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap gulita, guruh dan kilat (yang kuat sabung menyabung –pent) ; mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya, karena (mendengar suara) petir, sebab takut akan mati. Dan Allah meliputi (maha mengetahui dan berkuasa atas) orang-orang yang kafir
“Bunyi guruh aja udah takut koq?”
“Benar ga mau doa???”
“Ya udah deh. Siapa heran.”
Kelmarin aku lulus tanpa doa
Bukan doa yang buat anda lulus. Tapi ketetapan tuhan yang membuatkan anda lulus. Tuhan mahu anda lulus dengan ‘sedikit usaha, banyak bongkak’ anda, jadi sudah tentu MUDAH untuk tuhan membiarkan anda lulus.
Setiap agama (bukan budaya) akan mengajar penganutnya untuk berdoa kerana doa adalah hubungan rohani yang terbina dari jiwa yang lemah kepada kuasa yang hebat. Tuhan dipanggil ‘tuhan’ kerana kuasaNya yang Maha Hebat, jadi selayaknya DIA disembah dan diminta pertolongan (jika perkataan pertolongan itu tidak mahu disebut sebagai ‘doa’) kerana DIA mampu mengubah apa-apa sahaja. Kalau dengan DOA SAHAJA barulah kita boleh lulus, pasti semua orang akan masuk ISLAM. Kerana orang Islam sahaja berdoa dan lulus, orang lain (yang tak berdoa) tak lulus!
Kantoila taktik sulit untuk lulus! Ha ha ha…
Syurga neraka itu tiada
Setelah mati anda tidak akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang anda buat di dunia? Benar?
Mari bunuh orang senyap-senyap. Kita kan doktor? Mari cabut bantuan oksigen pesakit-pesakit kita dan tipu keluarga bahawa pesakit ini memang sudah tidak dapat diselamatkan. (Pandai-pandaila berlakon dan cover penipuan tu baik-baik ok?) Cukupkan 100 orang. Jangan bagitahu sesiapa walaupun kawan rapat kita, sampai kita mati! Sesudah kita mati nanti apa akan jadi.
Bak kata Ibrahim Pendek dalam filem Alibaba Bujang Lapok,
“Mari kita lihat, siapa yang kena?!!!!”
*********
“Amacam bro, ada beran??? Lu kene bakar dalam neraka wa gelakkan je…”
TRANSLATE:
“Bagaimana abang, adakah abang berani?? Awak kena bakar dalam seksaan api neraka nanti saya gelakkan sahaja ye…??”
Tak mahu percaya pun tidak mengapa. Saya tak kesah, PEACE! (^^,)Y
***********
Adam dan Hawa rekaan semata
Jadi anda percaya teori evolusi dengan gembiranya? Silakan ber‘datuk nenek’ kan orang utan dan kera sekeluarga, saya ber‘datuk nenek’kan manusia. Sekian~
Al-quran, Surah Ali Imran 3: 59
Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa (Jesus, bagi sesiapa yang mengenalnya sebagai Jesus -pent) di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah” (seorang manusia), maka jadilah dia.
Al-quran, Surah At-tin 95 : 4
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
Dah mati nanti kita jadi sampah organik sahaja
Semua orang mati akan menjadi sampah organik. Tanpa agama dan tuhan, anda juga sekarang adalah sampah yang tak bermakna, jadi apa masalahnya dengan menjadi sampah organik? Bagus apa? Ha ha ha..
Adakah dengan menjadi sampah organic dan bergabung dengan fossil-fossil lain, menjadi petroleum, anda tidak akan dibangkitkan? Susahkah bagi tuhan untuk membangkitkan manusia sampah?
-Analogi kereta.-
Jika seorang manusia ingin mencipta suatu benda bergerak yang mampu menggerakkan beliau tanpa perlu beliau mengeluarkan tenaga (baca = kereta) , beliau mungkin memerlukan masa yang agak lama. Manakan tidaknya, beliau harus berfikir bagaimana menggerakkannya, bagaimana mahu duduk di dalamnya, bagaimanakah bentuknya, dan bermacam-macam ‘safety precautions’ yang lain.
Tetapi, jika seorang manusia (manusia sama yang tadi yang telah mencipta kereta) itu mahu memperbaiki ciptaannya yang rosak, walau seteruk mana pun kerosakan kereta itu, beliau pasti mudah melakukannya.
‘Benda bergerak yang mampu menggerakkan beliau tanpa perlu beliau mengeluarkan tenaga’ pun mampu dibuat oleh beliau DARIPADA TIADA KEPADA ADA. Inikan pula yang dah sedia ada CUMA ROSAK sahaja.
“So, apehal?”
TRANSLATE:
“Jadi, apakah masalahnya dengan setelah mati menjadi sampah organik?”
(Alamak, terpanjang pulak translation. Jangan marah. He he he…)
***********
Soalan dan pertanyaan provokasi tamat.
***********
Mungkin saya boleh mengatakan “Lakum Diinukum, Waliadiin”
Yang bermaksud bagimu agama kamu, bagiku agamaku.
TRANSLATE :
“Lu punye agama lu pikir sendiri, gua punye agama gua punye pasal, lu jangan masuk campo”
Tetapi disebabkan yang bertanya juga adalah Muslim (menurut kad pengenalannya), jadi saya berdoa dan berharap Allah akan menunjukkannya jalan Hidayah dengan menundukkan logik akal yang diagungkannya itu. Sungguh, pemikiran Liberal adalah pemikiran ‘hamba kepada logik semata-mata’. Doa saya akan makbul HANYA JIKA, dia mengikhlaskan diri dalam mencari agamanya…
Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehingga dia berusaha untuk mengubah dirinya sendiri.
Wallahua’lam.
Salam sejahtera.