Mari jadi budak baik! Hehe~


Ini kisah seorang belia,

Belia tampan macho bergaya,

Suka poyo dan bergurau senda,

Kepala gila tapi nak syurga…

Maaf, intro pantun diatas tiada kena mengena dengan apa yang ingin saya tulis. Hehe..

Dah lama tak menulis coretan santai, jadi entry kalini bermula dengan pantun yang “tak boleh blah”, jangan maraa! (^^,)v

Semalam, saya dipertanggungjawabkan  memberi tazkirah. Setiap malam Isnin kami para lelaki hero Malaya akan berkumpul di salah sebuah rumah kami dan akan solat jemaah, mendengar tazkirah dan “moreh”. Rutin ini dah berjalan sejak kami pertama kali menjejakkan kaki di Bumi Indonesia ini. Alhamdulillah rutin yang bermanfaat pada pendapat saya. Pikio punye pikio tajuk apa nak bagi tazkirah, saya terlihat koleksi buku motivasi di rak buku. “Magnet Diri : Cipta Pengaruh Luar Biasa” karangan penulis hebat Tuan Amin Idris.

Selalunya tazkirah diberikan berkaitan ilmu ketuhanan, tapi untuk giliran saya ini saya mahu kongsikan bab motivasi dan semangat! Baru ada kelainan! “Takde le boring member-member mendengonye nanti”, kata teman di dalam hati. Jadi teman pon membuka lah buku tersebut…

Alkisah….

Saya ‘ter’buka ke bahagian tengah buku ini, yang menyentuh tentang IMPRESI PERTAMA YANG POSITIF. (Ini bukanlah tajuk yang saya kongsikan dengan teman-teman malam semalam jadi saya ingin kongsikan di sini. Hehe~)

FIRST IMPRESSION

Kenapa first impression itu penting? Kerana dari mata turun ke hati! Eceh~

Rasanya semua orang tahu kenapa first impression itu penting. Nabi Muhammad sebelum diangkat menjadi nabi dan rasul, telah dikenali dengan gelaran “orang jujur”. Itu adalah first impression nabi pada orang-orang Quraish. Susah untuk menolak kata-kata dari “orang jujur” melainkan beliau bercakap benar semata-mata. Begitu jugalah dengan diri kita. Jika pandangan pertama kita telah dikenali dengan pandangan dan ‘kritikan’ yang buruk, bagaimana kita mahu ‘berdakwah’ kepada orang di sekitar kita?

Jadi para pendakwah harus ‘smart’, ramah, bijak, dan bergaya. Tak handsome tak kaya pon takpe, asalkan bergaya.=p

Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan pada sahabat-sahabat pembaca yang sudi membaca tulisan saya ini. Iaitu tentang PANTANG LARANG dalam menjaga hubungan baik sesama manusia. Manusia itu secara umumnya ada beberapa pantang.

  1. Jangan MENGGUGAT KEBIJAKSANAAN mereka
  2. Jangan MENCABAR PERTIMBANGAN ADIL mereka
  3. Jangan MENJEJASKAN MARUAH mereka
  4.  Jangan MEROBEK KEYAKINAN DIRI mereka
  5. Jangan MENGGANGGU PENGHORMATAN DIRI mereka

Cuba kita semua sedari dan insafi, berapa banyak rakan-rakan kita yang telah kita ‘gugat kebijaksanaan mereka’? Berapa banyak keluarga, jiran, dan sahabat-sahabat kita yang telah kita ‘jejaskan maruah’ mereka, ‘memalukan’ mereka?

Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.

Nasihatlah manusia tapi dengan menjaga PANTANG LARANGNYA. Kita menasihati dengan bahasa dan ‘cara ikut suka kita’ tapi disebalik itu kita telah membuat dia merasa BODOH mengenai dirinya.

Kita menasihati manusia dengan menjejaskan maruah dan penghormatan diri mereka, kita merobek keyakinan diri mereka, adakah kita mengharapkan mereka akan menerima dengan hati terbuka dan berubah? Adakah mereka akan mendekati kita kerana nasihat-nasihat ikhlas kita itu? Tidak! Saya yakin tidak akan ada manusia yang menyukai kita jika kita tidak menghormati dan menghargai perasaan orang yang ingin kita nasihati itu.

Sayangilah manusia seperti mana kita mahu disayangi.

Hormatilah manusia seperti mana kita mahu dihormati.

Kritiklah, eh salah, “nasihatilah”, manusia seperti mana kita mahu “dinasihati”.

Dengarkanlah hati dan perasaan manusia seperti mana kita mahu difahami dan didengari.

Saya tak cukup itu dan ini

Saya kekurangan itu dan ini

Saya lemah itu dan ini

Tapi saya sentiasa mahu berikan yang terbaik pada orang sekeliling saya

Kerana saya ingin mati sebagai seorang yang berbakti, diingati dan disayangi

Saya ingin jadi budak baik yang dikenang sampai mati! Peace! Hehehe~ (^^,)v

Fahkrul Radzi Bin Ahmad Zubir

Bandung, 18/07/2011

Published in: on Julai 18, 2011 at 7:42 pm  Tinggalkan Komen  

Lelaki Idaman, Macho Bergaya


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”

Riwayat Muslim

Bayangkan tangan-tangan macam ni yang pegang dan baca quran. Pergh~

Mukmin yang kuat, lebih disukai Allah

Pasti semua dari kita mahu menjadi mukmin yang kuat. Kalau tak kuat kang malu je lawan musuh masing-masing semput, diarrhea, demam dan sebagainya. Kan tak macho kalau macam tu? Jadi semua dari kita (lelaki), harus mempersiapkan diri dan mental, menjadi mukmin yang kuat, seterusnya menjadi kesukaan Allah!

Kebiasaan lelaki, umur ‘remaja menjelang dewasa’ adalah umur ketika nafsu makan bermaharajalela dan berkuasa! Itu adalah umur membesar dan membina karakter. Metabolism badan akan sangat tinggi, menyebabkan para lelaki lupa mereka dah makan banyak kali! Dan lupa juga mereka telah makan dengan banyak sekali! Kenapa lupa? Kerana mereka cepat lapar!

Jadi apa masalahnya dengan lelaki kuat makan, metabolism tinggi dan cepat lapar ketika umur-umur sebegini?

Tidak ada masalah, cuma BAKAL menjadi masalah 5 atau 10 tahun akan datang. Disaat sang lelaki dan isteri sama-sama ‘mengandung’, membawa ‘beban’ perut ke sana sini. Hehehe~

Usrah saya terdiri dari 9 orang lelaki handsome, macho bergaya dan bijaksana. Tetapi kami ada sedikit masalah dalam mengorbankan selera makan. Walaupun 7 dari kami adalah BAKAL dokter, tetap juga masalah kesihatan menjadi topic yang terpaksa difikirkan bersama. 5 dari 7 ahli usrah saya mempunyai symptom PKD (perut ke depan) dan terlebih BMI, maka naqib kami mengambil inisiatif membuat mutabaah BMI dan fitness, dan satu program khas berbunyi, PROGRAM PERUTKU INDAH!

InsyaAllah lepasni jadi Pria Idaman sahabat-sahabat kita abang Mohsein, abang Zulfahmi, abang Hazim, dan abang Fahmi Sulaiman…

Kepada abang-abang yang sudah berkahwin, abang Khalis, akh Farid (Indonesia) dan akh Galih (Indonesia), tetap aja kalian harus jadi SUAMI IDAMAN BUAT ISTERI, okeh???

Kepada abang Zulhazwan, kita maintain Pria Idaman okeh? Lalala~

"Berani lawan Rugby?=p"

MARI MENJADI MUKMIN GAGAH, KUAT, SIHAT FIZIKAL DAN MENTAL!!!!!

Peace! (^^,)v

P/s: Sengaja aku umumkan ke blog dan facebook, biar menjadi pembakar semangat dan motivasi buat kita kerana sekarang seluruh dunia sudah tahu! Malu kalau tak berjaya beb!!! Hehe~

Published in: on Mei 21, 2011 at 8:14 pm  Comments (4)  

Ilmu harus dicari, bukan dibiarkan ‘datang free-free’


Ramai orang boleh mengaku beragama.

Ramai juga orang boleh mempertahan dan memperjuangkan agamanya.

“Pantang tok nenek aku kalau kau hina agama aku”

Tetapi berapa ramai orang yang sanggup berusaha dan membaca.

Mencari tahu tentang agama dari sumber yang sahih lagi saksama?

Berapa ramai?

Beli buku untuk cari ilmu

Berani mengaku beragama, harus berani BELAJAR TENTANG AGAMA!

Bagaimana mahu belajar tentang agama? Kita ada dua sumber utama dalam beragama. Nabi telah mewariskan dua sumber ilmu terbesar yang mengajar tentang bagaimana untuk hidup di dunia ini. Mengatur kehidupan. Kehidupan yang beragama, kehidupan yang bermatlamatkan syurga dan menghindar neraka, itu matlamat kita orang yang beragama!

Alquran, dan Assunnah.

Al quran; adalah kalam tuhan, yang berisi nasihat, amaran, kisah tauladan, hokum bermasyarakat dan berkehidupan. Ada kisah ancaman, ada juga kisah ganjaran. Pilih, mahu melihat al-quran dari aspek apa untuk diambil sebanyak-banyak pengajaran.

Untuk mendapat semaksimum mungkin pengajaran dari al-quran, kita harus mencari tahu dan membaca yang pertama sekali ; TERJEMAHAN. Carilah quran yang mempunyai terjemahan. Agar kita faham apa yang kita lantunkan.

Ilmu tambahan berkenaan al-quran yang lain adalah TAFSIR al-quran. Tafsir al-quran adalah bahasan dari ayat-ayat al-quran, agar dapat kita fahami lebih lanjut apakah dan mengapakah ayat-ayat ini diturunkan.

Assunnah; boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Untuk mempelajari dan mengambil iktibar dari sumber kedua yang nabi maksudkan ini, kita harus mencari dan membaca tentang hadith-hadith sahih dari nabi.Setiap percakapan nabi itu tauladan. Setiap perbuatan nabi itu contoh ikutan. Jadi tak salah kalau kita mencari dan membaca tentang SEJARAH KEHIDUPAN. SIRAH yang mencoretkan perjalanan seorang insan pilihan.

Ringkasan kepada QURAN, HADITH, TAFSIR, dan SIRAH ini, mungkin boleh didapatkan dari buku FEKAH/FIKH yang membahaskan tentang benar salah sesebuah tindakan.

Untuk beragama harus ada sumber yang sahihnya. (Ada sumber tetapi tak jelas asal usulnya sama sahaja seperti kaum-kaum terdahulu yang ‘beragama’ dengan kata-kata nenek moyang)

Untuk memahami sumber harus ada cara dan aturannya.

Jadi apa salahnya kita memahami DUA SUMBER AGAMA kita, dengan memiliki 5 ‘kitab’ rujukan utama tadi.

  1. Alquran dan terjemahan
  2. Tafsir quran
  3. Hadith-hadith sahih pilihan
  4. Sirah sahih perjalanan hidup rasul utusan
  5. Fikh Sunnah, tatacara insan berkehidupan

“Alah, aku bukan budak sekolah agama. Biar budak-budak sekolah agama jelah baca buku-buku agama.”

“Aku tak cukup ilmu. Kalau aku baca ‘kitab-kitab’/buku-buku agama ni nanti aku sesat!”

“Aku tak suka membaca buku-buku macam tula. Novel-novel bolehla…”

“Bila masa la aku nak baca buku-buku macam tu… Tebal kot??”

Buku-buku agama untuk pelajar sekolah agama / aliran agama.

Memang tidak dinafikan, pelajar-pelajar yang mengambil jurusan agama lebih layak mengkaji dan menelaah kitab-kitab agama. Tetapi apa yang mahu disampaikan di sini bukanlah merujuk kepada ‘kajian-kajian’ agama. Kita bukan mengkaji, kita hanya merujuk, membaca dan memahami!

Tak cukup ilmu kalau membaca jadi sesat.

Sekali lagi ditekankan, kita membaca untuk mengetahui, bukan untuk mengkaji dan meneliti!

Serahkanlah itu pada ustaz-ustaz dan pakarnya. Kita hanya ‘kembali merujuk kepada sumber’.

Tak suka baca.

Mengaku beragama tapi tak pernah benar dalam beragama. Kerna tak pernah mahu membaca dan merujuk kepada sumber utama. Sudah cukup kebal dengan api neraka?

Buku tebal, tak mampu baca.

Buku sumber adalah buku rujukan. Bukan buku mitos yang berkesinambungan. Ada topik, ada perbincangan. Ada isu, ada kupasan. Bukannya bersambung dari pendahuluan sampai pengakhiran. Jadi tak perlu di’khatam’kan dalam satu kali bacaan. RUJUK ketika perlu. Baca untuk mendapat kefahaman.

Tadi ke Pesta Buku, terjumpa satu buku yang berbaloi untuk dihebahkan. Walaupun harganya sedikit mahal dari kebiasaan, namun ia sangat berbaloi dan memuaskan. Sesuai untuk dijadikan rujukan, kerana mempunyai banyak kelebihan dan keunikan. “THE MIRACLE – 22 in 1”

The Miracle : 22 in 1

Sirah bercerita dengan peta, ATLAS

Quran dan segala kupasan berkaitan

Khazanah pengetahuan (pengajaran dari ayat), Tafsir At Tabari, Tafsir Ibnu Katsir, Hadith Sahih, Doa dan Zikir, Kosa kata

Asbabun Nuzul (Sebab turunnya ayat)

Terjemahan per kalimah - memahami dan mempelajari bahasa arab dengan lebih mudah

Penanda buku berisi senarai daftar doa dari al-quran dan hukum tajwid bacaan quran

Ini ENSIKLOPEDIA merangkap buku fevret saya setakat ini, anda bila lagi?

 

Ini adalah buku ‘fevret’ saya setakat ini! Anda bila lagi? Dapatkannya segera. Apalah difikirkan sangat duit dan harga, ke’berbaloi’annya sangat tak terkira!!!!! (^^,)

p/s : Saya mengesyorkan setiap keluarga harus ada satu.

p/s lagi : Kalau ada yang mahu pesan, nanti saya minta tolong sahabat saya untuk menguruskan. Hehe…

Tapi sementara masih ada Pesta Buku ni jelah ye? Sebelum 15 Feb, kerana ditakuti stoknya susah didapati.

Wassalam….

Published in: on Februari 12, 2011 at 9:27 pm  Comments (5)  

Ulama’ vs UMNO


UMNO vs Ulama'?

Saya terpanggil untuk berkongsi isu ini di sini. Wallahua’lam, bukalah minda untuk berfikir dan sama-samalah kita belajar mentafsir.

Ustaz Hasrizal pernah menulis tentang isu Ulama’ “keras” yang mempengaruhi pemerintahan dan kesudahannya dibuang jauh dari tempat asal beserta pengikut-pengikutnya yang juga “keras” di dalam memberikan pendapat dan nasihat itu. Jadi muka hadapan Utusan ini memanaskan suasana. [Sila baca]

Sementara itu, di balik kepanasan isu JI, Wahabi dan pengganas yang ditimbulkan kerajaan baru-baru ini, ada yang mengaitkan kemasukan Ulama’-Ulama’ ini ke dalam Umno adalah untuk menyelamatkan diri dan takut dihalang dari berdakwah atas tiket pengganas. [Sila baca]

Isu timbul apabila Ulama’-Ulama’ muda yang  dikenali sebagai ‘Ustaz-ustaz Sunnah’ (saya pernah mengikuti kuliah-kuliah sebahagian mereka dan insyaAllah saya yakin mereka menghafal, memahami, menyayangi sunnah sepertimana mereka menyayangi dan menjaga maruah ibu-ibu mereka) yang berjumlah sekitar 40 orang ini ‘merelakan diri’ untuk menyertai Umno. Jadi timbul keraguan dan persoalan apakah motif mereka ‘masuk Umno’ kerana kalaulah benar mereka menyayangi dan memahami sunnah, kenapa mereka rela bersekongkol dengan parti yang ‘hampir’ menghalalkan judi, rasuah dan pelbagai kejahatan lain? Itulah persoalan dan kebimbangan mereka-mereka yang mahukan jawapan dengan segera. Tetapi tidakkah kita sedar sikap gelojoh kita menuduh dan menjustifikasikan perbuatan mereka itu adalah suatu kezaliman?

Tertarik dengan komen seorang sahabat, Mohd Masri tentang isu ‘masuk Umno’ ini.

“Suka hati demela nak masuk Umno pun, asal jangan berkempen sudah le”

Klik gambar untuk baca

Ya, benar. Mereka ini golongan agama. Jadi yang kita harapkan bukanlah bersifat politik. Kita harapkan masa hadapan Ummat Islam yang lebih gemilang. Maksud ummat Islam yang lebih gemilang merangkumi seluruh ahli dari Pas, PKR, dan parti-parti lain. Kalau mereka-mereka ini masuk Umno untuk berkempen tentang Umno, ajak orang masuk Umno, itu saya tidak setuju. YANG PENTING BUAT KERJA AGAMA, AJAK MANUSIA KEMBALI PADA TUHAN DAN RASULNYA, TAK KIRA KITA BERADA DI MANA.

Mereka menafikan mereka ‘terpaksa’ memilih untuk masuk Umno kerana takut dilabel pengganas dan ditahan dari berdakwah. Jadi kalaupun mereka berbohong, siapa kita untuk menjadi hakimnya? Kalaupun benar mereka pengecut dan mahu menyorok mencari tempat selamat di bawah ketiak pemerintah, siapakah kita untuk menjustifikasikan salah benar perbuatan mereka?Sesungguhnya Allah takkan zalim kepada hamba-hambaNya dan kita yakin Allah akan membalas dengan keburukan jika itulah niat mereka.

APA SALAHNYA KITA BERBAIK SANGKA?

Mereka belum pun berbuat apa-apa. Mereka hanya mendafar sebagai ahli sahaja. Kenapa kita mahu menghukum dan membuat aniaya. Kita buat sahajalah kerja dan tugas kita. Kalau semua perkara mahu dikatakan salah, hilanglah peluang kita untuk mencuba dan berbaik sangka. Kita sering terpengaruh dan terbawa-bawa dengan emosi jika sesuatu perkara tidak menyebelahi kita. Sangat sukar untuk kita bersikap terbuka jika musuh kita berprinsip mulia.

Alangkah baiknya kita menegur kesalahan musuh mahupun saudara. Memuji dan menyokong kebaikan tak kira saudara tak kira rupa. Kita bercakap atas dasar agama, jadi jangan pisahkan ia kerana kita berbeza ‘tempat bekerja’.

KERJA KITA SAMA, BEKERJALAH!!!!!!!!

Published in: on Jun 26, 2010 at 3:44 am  Comments (18)  

Risau lebih, apakata kita CUBA?


Sebenarnya ketakutan dan kerisauan kita kadang2 melebihi apa yang sepatutnya….

 

Hmm.....

 

Kita risau kawan lari dari kita,kita tak tegur kesalahannya…
Kita risau orang non muslim lari dari islam, kita tak mengajaknya/menyebut pasal islam di hadapannya….
Kita risau tiada jodoh, kita tak tegur pasangan “couple” kita buat dosa….
Kita risau customer lari dan kita “bankrup”, kita ikut sahaja kehendak mereka….
Kita risau family kita merajuk dan tidak memahami, kita diamkan dalam hati sahaja…..

Tetapi padahal mungkin sebaliknya, tak cuba tak tahu, kan?
Dr. Syed Haleem sukarelawan Lifeline 4 Gaza yang kapal bantuan makanannya diserang Israel tempoh hari pernah berkongsi 1 cerita semasa kami menghantarnya di airport semalam.

Ada 2,3 org mat rempit yang bukan muslim. Dah lama kawan dengan mat2 rempit melayu dan islam. Pada suatu hari seorang mat rempit ni dengan selambe cakap,
“Eh,ko dh lama kenal kitorg,msuk islam jom”

 

Kawan yang sejati, akan tegur kerana mengasihani

 

Setelah pulang, non muslim tu berfikir panjang, dn kemudiannya, dia memutuskn untuk masuk islam.

Sungguh kejujuran dalam mengajak dan memberi nasihat akan masuk ke hati siapa yg mndengar insyaAllah…

Published in: on Jun 21, 2010 at 12:15 pm  Comments (6)  

Ujian pada sudut pandang ‘penduduk MARS’


Tiba-tiba mahu menulis!

Sepanjang berada di minggu-minggu terakhir tahun keempat merangkap tahun terakhir di Jatinangor ini, banyak perkara yang dilalui dan dialami. Pahit getir masam manis semua ada. Tapi PAHIT GETIR itu ternyata lebih mendominasi masa-masa gawat sebegini.

Alhamdulillah. Syukur kepada tuhan, syukur yang sangat-sangat dimaksudkan. Orang perak cakap, “I really mean it!”.

KERANA MANUSIA ITU LAHIR UNTUK DIUJI.

Brother Shah - Speaker yang mahu dicontohi

Teringat jawapan Brother Shah Kirit ketika seminar Comparative Religion yang lepas tentang mengapa manusia tidak diciptakan oleh Tuhan hanya satu umat@hanya satu agama sahaja. (Kan senang takde gaduh-gaduh sape betol sape salah?) TETAPI, tuhan tidak berbuat begitu kerana manusia dicipta untuk DIUJI. Siapa di antara kita yang menggunakan otak dan SANGGUP untuk berfikir dan mengkaji. Tuhan sudah tahu ADAM akan dihantar ke dunia UNTUK MENJADI KHALIFAH (pegawai/pengurus/pentadbir) DI MUKA BUMI, tapi tuhan uji Adam dengan sebuah pohon di syurga dan atas sebab itu beliau diturunkan. Beliau turun ke bumi bukan kerana beliau penjahat yang tidak layak di syurga, tetapi kerana beliau memang sebelum diciptakan lagi sudah ditakdirkan untuk menjadi khalifah bumi. UJIAN itu hanyalah penyebab Adam turun ke bumi.

Ya, Nabi Adam juga turun ke bumi kerana ujian.

Ya, Nabi Adam juga diuji!

Jadi, kenapa kita tak boleh terima kalau kita diuji?

“Hidup tak mencabar, tak bestla!”

Cara fikir begitu saya pegang selama ini untuk mencari pelbagai pengalaman dan ilmu baru tanpa jemu. Menjadi pelajar perubatan bukan penyebab untuk saya menyendiri. Dan disebabkan cara fikir begitu juga, kadang-kadang CABARAN dan UJIAN itu tidak tertahankan. BERAT!

Berat dalam erti kata, susah untuk dipikul sendiri. Jika tiada tempat untuk berkongsi dan mendapat motivasi. Alhamdulillah saya ada tuhan yang sentiasa disisi. Berkongsi dan mendapat motivasi dengan cara menangis sepuas hati, tersedu-sedu sebak menahan malu dengan dosa-dosa diri, memanjakan diri dengan sang ilahi yang sangat sayang dan memanjakan hambaNYA ini. Alhamdulillah….

Ketika berehat dari lelah kerja dan exam yang berpanjangan, saya membaca buku MEN FROM MARS, WOMEN FROM VENUS.

Planet MARS?? -Gambar Hiasan-

Geli hati saya ketika membaca asal usul Martians (baca: lelaki) dan Venusians (baca=perempuan). Di planet Mars, para Martians (penduduk Mars/para lelaki) sangat mementingkan kuasa, competency, keberkesanan dan pencapaian. Mereka membuat sesuatu perkara kerana INGIN MEMBUKTIKAN KEBOLEHAN mereka, dan meningkatkan prestasi serta skills mereka. Mereka lebih tertarik dengan ‘objek dan benda’ berbanding ‘manusia dan perasaan’. Mencapai matlamat merupakan perkara WAJIB bagi setiap penduduk Mars kerana itu adalah cara mereka membuktikan kemampuan mereka. Mereka mampu bermaksud mereka berjaya! Mampu bermaksud hebat! Puas!

Jadi kepuasan penduduk Mars dimiliki dengan menyelesaikan sesuatu masalah itu sendiri tanpa berkongsi. Berkongsi bermaksud tak mampu! Selesaikan sendiri bermaksud hebat! Kerana penduduk Mars sentiasa mahu lebih hebat dari orang lain, lebih competent dari orang lain, lebih berjaya dari orang lain!

(Bagus bukan?)

Namun satu kelemahan penduduk Mars, jika mereka mempunyai masalah, mereka akan larikan diri ke dalam gua. Menyendiri…..

Kerana apa???? Kerana mereka mahu FOKUS dan selesaikan masalah itu SENDIRI! Ingat pegangan mereka? MAMPU BERMAKSUD HEBAT!

Mereka lari ke dalam ‘gua’ mereka bukan kerana takut ataupun mahu melarikan diri dari masalah. Tetapi lari untuk “face to face” dengan masalah.

Mereka mahu membuka gelanggang, bersilat bertikam, dengan yang namanya MASALAH. Jika sudah selesai, ‘sang masalah’ telah pun tamat riwayatnya, maka mereka akan keluar semula dari gua dan beramah mesra dengan kawan-kawan dan sanak saudara.

Jadi pengajaran dari cerita tersebut kata sang penulis John Gray, biarlah Martians (baca:lelaki) menyendiri ketika mereka mempunyai masalah kerana mereka sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka MELAINKAN mereka meminta pendapat dan mahu untuk ditolong. Mereka meminta pendapat dan mahu ditolong, sekali lagi diulang, pendapat dan pertolongan. BUKAN SOKONGAN DALAMAN MAHUPUN KASIHAN.

Kerana penduduk ‘bukan Mars’ (baca: Venus@perempuan), tidak cenderung pada persaingan dan kehebatan, mereka cenderung pada perasaan dan penghargaan. Kehidupan di planet mereka lain. Sangat berbeza…Mereka suka dihargai dan disayangi, mereka suka untuk berkongsi, dan jelas sekali berlawanan dengan sikap penduduk Mars ketika masing-masing berdepan dengan masalah dan konflik diri.

Teringat luahan ustaz hasrizal apabila beliau menulis artikel yang meminta pendapat dan masukan mengenai masalah yang berlaku disekitarnya, ‘penduduk bukan Mars’ akan memberikan kata-kata sokongan dan perasaan kasihan.

“Sabarlah ustaz… Ini semua ujian tuhan.”

Kata beliau, “orang bukan suruh kesian, orang bukan suruh ‘sabar’kan, orang nak masukan (input) dan penyelesaian!”

Melihat luahan ustaz itu, saya pula ingin mengatakan, “Sabarlah ustaz….”

Ha ha ha…=p

Yang jelas, walaupun para lelaki akan menyendiri ketika menghadapi masalah dan ujian, mereka tetap perlukan pertolongan dan bimbingan. Selalunya mereka akan mencari orang yang telah diyakini kehebatannya dan berkredibiliti, (supaya mereka tidak kelihatan ‘loser’ atau ‘tak mampu’) untuk meminta pendapat agar masalah berjaya diselesaikan. Namun, sebaik-baik pertolongan dan penyerahan segala harapan, adalah pada Tuhan Yang Menciptakan Insan.

Sudah terkenal kehebatannya, sudah terkenal kredibilitinya.

Kita tidak akan dikatakan ‘tak mampu’ jika kita rujuk masalah kepadaNya kerana semua makhluk BERGANTUNG KEPADANYA!

Tunduk Merendah Diri itu Bukti Mempunyai Hati

Ujian dalam diri insan, adalah diciptakan untuk ‘memanggil’ kembali insan kepada tuhan.

Tuhan menciptakan ujian supaya insan kembali mengingat tuhan

Tuhan menciptakan ujian supaya insan sedar diri dan mencari kebenaran.

Tuhan menciptakan ujian supaya insan membuat rintihan dan berserah harapan.

Tuhan menciptakan ujian….

Kerana tahu kita perlukan pertolongan…..

p/s: bila dah menulis, panjangla pulak! (thanks to makcik asmayanti kerana memberikan “Award sunshine” di blog beliau lantas memacu penulis mencoret sedikit cebisan di petang yang penuh kedamaian. Eceh~

Maaf lah ye, artikel lain plak yang tertulis lepas dapat award. Pasal 12 blog lain tu, saya serahkan pada sesiapa yang mahu membuatnya, buleh dop? Haha…)

Published in: on Mei 14, 2010 at 5:19 pm  Comments (9)  

“CINTA” dan HIBURAN


Dira (bukan nama sebenar): Shooting ek?????

Elis (nama sebenar dah, cuma takde binti je) : Dating ek?????

Radzi (di dalam hati) : MAKAN LAA…..pergi makan pon sorang-sorang je tau, sian saya takde awek teman saya…sob3….

***di dalam hati so bolehla OVER sikit. Ha ha ha.=p

Mungkin Dira pernah ternampak saya memegang camera mengambil gambar, jadi meneka saya akan membuat penggambaran di mana-mana jua saya berada. Tetapi malam ini saya hanya keluar makan sahaja, berehat dari meng’edit’ video Palestin sempena Program Palestin anjuran IMAN.

Masih baru di dalam dunia “penerbitan dan multimedia”, pening kepala dibuatnya memikirkan bagaimana mahu ‘mencipta’ suatu video yang ‘bernyawa’. Yang mampu berkata-kata kepada pendengarnya, yang mampu berbicara pada yang menontonnya. Saya harus pandai membahagi masa antara MINAT dan TANGGUNGJAWAB.

Takut nanti ditegur lagi oleh Elis dengan sindiran yang menghiris,

“ Abang Radzi, sibuk buat benda lain ni thesis dah siap ke???” Oh, pedihsss….

Namun jika minat dan tanggunjawab sudah bersatu, setiap masa dan waktu tidak boleh dibiarkan berlalu. Jadual harus diatur, keutamaan harus diukur, MINAT boleh dicampur, TANGGUNGJAWAB boleh digembur.=)

Suatu ketika dahulu….

Ketika umat memuja sihir, MUSA datang mengubah taqdir.

Musa A.S. tidak mempunyai sebarang ilmu yang memukau, namun dengan aqidah yang sahih, beliau diberi MUKJIZAT berkaitan dengan ilmu sihir.

ORANG AWAM MUNGKIN TIDAK FAHAM, TETAPI PADA PANDANGAN PARA PESIHIR….

“INI PASTI BUKAN DARI MANUSIA, INI PASTI KERJA ‘SUATU KUASA AGUNG’, INI PASTI KERJA TUHAN.”

Suatu ketika dahulu…..

Ketika umat mahir mengubat, ISA datang mengubah hakikat.

Isa A.S. tidak ber’genetik’kan bapa kandung, seorang manusia yang lahirnya istimewa, juga diberi MUKJIZAT mendekati ketaksuban umat.

Umat taksub dengan perubatan, dia datang membawa keajaiban.

ORANG AWAM MUNGKIN TIDAK FAHAM, TETAPI PADA PANDANGAN AHLI PERUBATAN….

“INI BUKAN KERJA MANUSIA. MANUSIA TAK MAMPU  MEMBERI NYAWA. INI PASTI KERJA TUHAN, INI PASTI DARI SANG AGUNG”

Namun kebodohan menandingi kebijakan, manusia biasa itu dianggap tuhan…

Suatu ketika dahulu…..

Ketika umat pakar bersastera, MUHAMMAD datang membawa perkataan tuhannya.

Muhammad S.A.W. tidak tahu menulis dan membaca, namun mengungkapkan kata-kata dan nasihat yang penuh makna. Ini MUKJIZAT nabi kita yang mulia.

ORANG AWAM MUNGKIN TIDAK FAHAM, TETAPI SIAPA YANG MENGENAL NABI….

“INI BUKAN TULISAN DIA. INI BUKAN KATA-KATA DARINYA, INI PASTI DARI YANG MAHA ESA, INI PASTI DARI YANG MAHA MENCIPTA”

Di saat ini…..

Ketika umat leka dengan ‘cinta’ dan hiburan,

saya ingin mencari MUKJIZAT tuhan, mahu menarik mata dan hati insan….

Bukanlah niat untuk jadi insan pilihan, tetapi hanyalah mahukan kebaikan dapat dikongsikan…

Agar manusia kembali menghayati makna kehidupan, kembali mencari hakikat ketuhanan.

ACTION!!!

“Orang sekarang suka betul bab CINTA.”

“Orang sekarang suka betul dengan HIBURAN.”

“Macam mana nak ubah ni???”

Saya akhiri dengan serangkap pantun….

Saya datang membawa CINTA,

Cinta saya sambil BERHIBUR.

Filem saya untuk semua,

Jangan lupa digembar-gembur.=p

Nantikan!

Published in: on Mac 31, 2010 at 12:23 am  Comments (5)  

[KHUTBAH : RUTINITAS HARIAN DAN KEBANGKITAN UMAT]


Jamaah Jum’at rahimakumullah….

Khatib berpesan pada dirimya dan semua yang ada di sini agar bertaqwa kepada Allah, MENGHAYATI MAKNA HIDUP, MENGENAL HAKIKAT TUHAN. Menjaga perintah dan menjauhi larangan-Nya agar kita tidak mati, kecuali di dalam keadaan Muslim, itulah kejayaan hakiki di penghujung dunia dan permulaan Akhirat.

Amma Ba’du;

Allah berfirman ;

Surah Al-Alaq 96:

  1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
  2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
  3. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
  4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam
  5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

Kita sering mendengar para ilmuan menyebut,

MEDICINE IS A LONG LIFE EDUCATION

Ilmu Kedokteran Adalah Proses Pembelajaran Sepanjang Hayat

Sesiapa yang memilih untuk masuk ke bidang kedokteran harus belajar dan terus belajar kerana ilmunya sering berubah-ubah dan bertambah dari semasa ke semasa. Jadi setiap dari kita telah terdidik untuk mencari ilmu dan memahami ilmu ini.

Namun, berapa ramai diantara kita yang sering melupakan kepentingan mendalami ilmu agama. Setelah kita lulus SD, SMA, SMP atau kedokteran sekalipun, kita lupa untuk mencari ilmu tentang agama kita sendiri. Kita disibukkan dengan urusan dunia. Mencari nafkah buat keluarga, menyiapkan tugasan-tugasan harian, makan, belajar, bermain dan sebagainya. Jadi satu pertanyaan yang ingin khatib kongsikan buat peringatan jamaah jumat sekalian.

Apa bedanya kita dengan hewan ternak?

Hewan ternak tidak pernah memikirkan kenapa mereka hidup di dunia!

Hewan ternak tidak pernah mempedulikan saudara-saudaranya yang tertindas!

Hewan ternak tidak pernah memikirkan siapa tuhannya!

Hewan ternak tidak pernah ingin tahu bagaimana menyembah tuhannya!

Hewan ternak tidak pernah memikirkan tentang surga dan neraka!

Hewan ternak hanya melakukan rutinitas harian mereka!

Apa yang ada di dalam kepala hewan ternak usai bangun dari tidur adalah..

“Apa yang akan aku makan hari ini?”

“Dimana aku akan pergi dan tinggal hari ini?”

“Dengan siapa aku mahu membuat seks hari ini?”

Adakah kita selayaknya berpikiran sama persis hewan ternak?

Allah berfirman ;

Surah Al-A’raf 7: 179.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Oleh yang demikian, khatib ingin mengajak seluruh jamaah jumat pada hari ini, untuk kembali memikirkan tentang agama kita.

Carilah ilmu agama, dan dalamilah ilmu ini. Kembalilah kita pada petunjuk ilahi, Alquranul Karim, dan contohilah manusia agung, Muhammad Saw didalam setiap perkara yang ingin kita lakukan.

Bukalah Al-Quran dan bacalah terjemahannya setiap hari. Ambillah iktibar dari cerita-cerita didalamnya, dan hayatilah setiap kata dan nasihat-nasihat dari tuhan itu.

Bacalah hadith-hadith tentang sikap dan akhlak nabi, contohilah baginda SAW dalam setiap amalan yang ingin dilakukan.

Ayyuhal Muslimun rahimakumullah….

Hati-hatilah dengan kehidupan dunia. Janganlah kita terpedaya dengan kenikmatan dan kesenangan dunia. Janganlah terpedaya dengan kesibukan tugasan harian kita. Janganlah terleka dengan hasutan dan tipu daya setan durjana. Janganlah tertipu dengan banyaknya harta. Janganlah lalai dengan mewahnya mobil, rumah, jabatan dan gelar nama. Sedarlah kita semua hanya insan biasa.

Kelak di akhirat kita akan ditanya,

“Adakah kamu sudah beriman dengan sepenuhnya?”

“Adakah Islam kamu sekadar nama?”

“Adakah kamu sudah bersungguh-sungguh mencari taqwa?”

“Adakah kamu sudah berusaha mengamalkan Islam seperti nabimu?”

Kita sudah tidak mampu lagi untuk memberi alasan ketika itu…

“Maaf Tuhan, aku bukan anak pesantren. Aku hanya anak kedokteran…

“Maaf Tuhan, aku bukan pak kiyai, aku hanya pak dokter…

“Maaf Tuhan, aku bukan pak ustaz, aku hanya karyawan biasa…

“Maaf Tuhan, aku lagi sibuk dengan kerja dan tugasan, tidak sempat untuk mencari ilmu agama dan mengamalkan agama seperti nabimu…

“Maaf Tuhan, bolehkah aku masuk surgaMU?”

Allah berfirman :

Surah Albaqarah 2:9

Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar

Jamaah Jumat yang dirahmati Allah sekalian….

Tidak ada bedanya antara miskin mahupun kaya, tidak ada bedanya antara dokter dan karyawan biasa. Tiada ada bedanya antara kita dan manusia lainnya. Melainkan hanya yang dipandang oleh Allah adalah taqwa dan usaha/ kesungguhan kita dalam mencari taqwa.

“Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.

Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.

Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya,Aku mengingatinya dalam diriku.

Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tgh khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).

Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta.

Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.

Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”

Hadith Qudsi (hadith yang dilafazkan oleh nabi tetapi mengandungi firman Allah) riwayat al-Bukhari

Carilah ilmu agama, dekatkanlah diri dengan tuhan, siapa pun kita, apa pun pekerjaan kita…

[KHUTBAH KEDUA]

Allah berfirman,

Surah Ali Imran 3: 110.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Jamaah Jumat yang dikasihi Allah sekalian,

Nabi Muhammad SAW pernah berfirman bahwa Umat ini akan bangkit suatu hari nanti. Yakinlah dengan janji ini, dan bertindaklah untuk sama-sama menunaikan janji ini. Umat ini tetap akan bangkit dengan kita ataupun tanpa kita. Jadi pilihlah, untuk berjuang atau menjadi hewan ternak! Kerana Islam pasti bangkit!

Buat akhirnya, marilah kita sama-sama mengubah rutinitas kita dengan memperbanyakkan membaca kisah-kisah pengajaran dari al-quran, nasihat-nasihat tuhan di dalam alquran. Marilah  kita membaca hadith-hadith nabi, untuk lebih mendekati ruh perjuangan nabi.

Umat Islam suatu ketika dahulu berjaya bukan kerana mereka ramai, tetapi kerana setiap orang mahu menyumbang untuk agama. Tidak kiralah dia seorang budak, mahupun saudagar yang kaya, mereka semua mahu Islam itu dimartabatkan di dunia dan mereka berusaha, mencoba sedaya upaya memahami ilmu agama dan mempraktekkannya di dalam kehidupan seharian. Itulah yang ingin kita contohi di saat ini. Umat Islam pasti bangkit, dan kitalah yang akan membangkitkannya!

Selawat, Doa.

Wallahua’lam…

***********

KOSAKATA INDONESIA

SD, SMA, SMP : Sek Ren, Middle High School, Upper High School

Pesantren : Sekolah Pondok

Kiyai : Ulama’

Karyawan Biasa : Pekerja Biasa/ Pejawat Jawatan Awam

Budak : Hamba

Published in: on Mac 26, 2010 at 4:25 pm  Tinggalkan Komen  

Pasir : Antara Kaca dan Tanah Liat


Lelaki tidak menangis?

Perbualan hari ini bermula dengan kesugulan dan keraguan. Penuh penyesalan yang tidak keruan.

“Aji, aku nak cakap sikitla”, bisik sang teman nada keluhan.

“Kenapa? Ceritala kat aku. Meh cite meh…”, balas saya cuba menenangkan keadaan.

“Aku rasa tak bersemangatla nak bawak dakwah ni… Perangai aku tak elok, percakapan aku selalu menyakitkan hati orang…”

“Perangai tak elok? Yeke? Apa yang percakapan ko yang menyakitkan hati orang?”, terkejut mendengar aduan begitu keluar dari mulut sang adam yang sopan dan lembut orangnya…

“Tak tahulah… sedar-sedar esoknya dah tak nak kawan aku dah. Tak nak cakap dengan aku dah…”

“Aik? Perempuan ke? Terlebih sensitive kot…???”, cuba meneka dan menembak sahaja.

“Tak… Lelaki…”, ada riak kecewa dan sedih di kerut wajahnya. Saya faham benar perasaan dan jiwanya, tak sanggup memalukan dakwah dengan kekurangan dan kekhilafannya. Tidak mahu memalukan Islam dengan ketidaksempurnaan dirinya. Tetapi dia terlalu rapuh untuk itu….

Namun di suatu sisi lain kehidupan seharian…

“Apa yang mereka ingin aku ubahkan? Apa yang ingin mereka tegurkan? Mereka tidak tahu cara nabi dan sahabat bukan hanya dengan kelembutan. Setiap insan punya kegemaran, kalau tidak gemar dengan cara aku janganlah dengar apa yang aku cakapkan. Pergilah cari insan dakwah yang penuh kelembutan! Aku begini dengan matlamat dan tujuan, bukan sengaja berdondang sayang meminta pujian!”, tegas seorang teman penuh keyakinan.

“Bukan suruh jadi lembut dan tak kena cara, cuma jangan biar objek dakwah lari dari Islam kerana kekurangan dan kesilapan kita, itu sahaja…”, nasihat saya buat orang agama.

Manusia ibarat pasir.

Boleh dijadikan sekeras dan setajam kaca,

Boleh juga dijadikan selembut dan se’gemalai’ tanah liat.

Umat ISLAM umat pertengahan…

Tiada istilah ekstrimis dalam agama.

“Hari ini aku rasa lebih ‘feel’ untuk beribadat, aku mahu menambah bilangan sujud dan rakaat!”

“Kita harus berpuasa setiap hari untuk mendapat keredhaan dan ruh ilbadah yang sejati”

“Kita harus membayangkan nama-nama Allah sebelum kita menyuap makanan ke mulut supaya kita makan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan tentang saudara-saudara kita yang kelaparan.”

“Jika kau tidak mampu menandingi cinta Allah padaku, janganlah mengharapkan cinta dari diriku”

“Nabi manusia paling agung pun beribadat dengan banyak, maka aku harus beribadat tanpa henti untuk mendapat kasih sayang Allah”

“Aku mahu berpuasa dan tidak mahu berbuka”

“Aku mahu beribadah dan tidak mahu tidur”

“Aku ingin mentauhidkan Allah dan tidak mahu kahwin”

Namun sesungguhnya nabi kita pernah bersabda,

“AKULAH ORANG YANG PALING TAKUT PADA ALLAH, namun aku juga tidur dan berkahwin, barangsiapa yang membenci Sunnahku, dia bukanlah dari kalanganku” – riwayat Muslim.

Berlebihan didalam ‘kekurangan’ juga tidak digalakkan. Apatah lagi yang sengaja meringan-ringankan.

“Solat yang wajib je dahla, yang lain kan sunat je…”

“Tidak perlulah kita menunjukkan kebaikan, bukankah Tuhan faham niat dan keikhlasan dalaman?”

“Orang-orang Palestin tak perlukan apa-apa pertolongan, cukuplah kita hanya sedekahkan doa harian”

“Nabi kan utusan tuhan, mana boleh lawan… Buat biasa-biasa dahla, tak payahla nak alim sangat”

“Kalau tuhan mahukan kebaikan dan kemenangan, tuhan mampu buat dengan sekelip mata, kita doa dan serahkan sahaja pada si Dia, apa yang nak di sibuk-sibukkan…”

“Syurga neraka kan dah ditentukan, apa yang nak dirisaukan. Kalau syurga, syurga juga. Kalau neraka, neraka juga, enjoy je la kehidupan selagi ada nyawa di badan.”

“Percayalah pada tuhan, kita pasti diberi kemenangan”

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka” QS 13:11

Setiap yang berlebihan itu pasti banyak keburukannya. Berlebihan dalam terasa, mahupun berlebihan dalam tidak terasa. Berlebihan dalam beramal, mahupun berkurangan dalam beramal.

Buat teman yang sedih dengan teguran tentang kekurangan dan kesilapan diri, anggaplah ia sebagai peringatan dan tauladan. Mungkin ada yang ‘gentleman’ dan berdepan memberi teguran, tapi mungkin juga ada yang ‘kasar’ dan suka memerli dalam menyampaikan. Namun itu semua lumrah dalam kehidupan insan, perlu diingatkan dan disampaikan.

Buat teman yang tidak selesa dengan teguran tentang kekurangan dan kesilapan diri, insaflah dengan bantuan iman. Jangan biarkan syaitan merasuk pemikiran, menghasut insan bangga dengan segala kelakuan.

ISLAM AGAMA PERTENGAHAN,

Semoga kita MERENDAH DIRI dalam ketinggian ciptaan, dan MENINGGI DIRI dalam mencontohi insan utusan!

Published in: on Mac 21, 2010 at 8:20 pm  Comments (4)  

“GOD” in different languages


"Lets go to Heaven" should do good.

"Lets go to Heaven" should do good i guess...

In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.

I believe we do care and love our non Muslim friends surround us. We do hope each and every of us will still be together in the life hereafter, in the place that have been promised for good people performing all kinds of good deeds which He has ordained. Let’s not talk about the right for non Muslim to use the word ‘Allah’, but focusing on one of the most important topic that might be worth discussing among our non Muslims friends – SIMILARITIES AND DIFFERENCES BETWEEN US.

To Allah belongs the Most Beautiful Names.

The Glorious Quran says in Surah Isra ( AlQuran chapter 17: verse 110)

“Say: Call upon Allah, or call upon Rahman: by whether name ye call upon Him, (it is well): for to Him belong the Most Beautiful Names.”

You can call Allah by any good and beautiful name. It is just the matter of language. It still possesses the same meaning – GOD. So, if Allah is called either Ram, Krishna, Toh Peck Kong, Jesus, Holy Spirit, or any other name, IS IT WRONG?

Some of my friends were confused when I brought this thing up. What do you think?

Let us go with a simple analogy. Analogy usually is fun!=)

WATER

Water can be called by various names in different languages, like water in English, ayor in Perak, ayaq in North Malaysia, paani in Shah Rukh’s mother tounge Hindi, ma’ in Arabic, etc…

Yes, it can be called by different name in different languages. But water CANNOT be called water if it is SOMETHING ELSE besides water. Got confused already? Chill…=p

Let see, if a person tells you that his mother has advised that everyday early in the morning he should have one glass of water, but he is unable to drink it because when he drinks it, he feels like vomiting. On enquiry he says that the water stinks and it is yellowish in colour. Later you realize that what he is referring to as water is not water but urine.

Thus you can call water by different names having THE SAME MEANING but you cannot call OTHER THINGS as water.

So you definitely know why we cannot call other than god (even in different languages) as god if it is NOT REALLY A TRUE GOD.

Test it, or get fooled

GOLD

Purity of GOLD is not verified by calling it by DIFFERENT NAMES in DIFFERENT LANGUAGES but rubbing it against a Touchstone.

Gold can be called sona in Hindi, gold in English, dhahaba in Arabic, emaih in North Malaysia. Inspite of knowing all these different names for gold, we DON’T BLINDLY BELIEVE it is gold without VERIFYING with a goldsmith. Don’t we?  The goldsmith CONFIRMS whether it is gold or not with the help of a touchstone. The yellow glittering jewellery may not be gold, because all that glitters is not gold.

Surah al-Ikhlas is the Touchstone of Theology.

Not to say that this touchstone is ‘bias’ly written in Quran only, but you really should find the most sincere and pure transcript in order to get the truth. Anyway this is only A BOOK, not like a ‘sacred’ one that non Muslim cannot open and read, it is free for all. Everybody can read and find the truth from it. Why bother being scared you will converted to that religion if you read their books? We read and we learn. There are sure many SIMILARITIES between us, but what make us DIFFERENT? That is our job to find out.

The touchstone of theology, that is study of God, is Surah Al-Ikhlas chapter 112 of the Holy Quran which says :

  1. 1. Say (O Muhammad pbuh): “He is Allah, (the) One and Only.
  2. 2. The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks, The Eternal, Absolute
  3. 3. He begetteth not,Nor was He begotten.
  4. 4. And there is none co-equal or comparable unto Him.

Therefore any person or candidate or entity who is called God CANNOT be accepted as the true God without verifying him first with this touchstone. Any candidate who claims to be God or wants to claim ‘something’ as his God, must fit in this four line definition. Only then it is entitled to be called God and worshipped as God.

If we put prophet Muhammad (pbuh) in the test ( which is the touchstone of theology just now), he will never pass a single criteria.

  1. He is not the one and only, there are many other messengers!
  2. Everyone knows that Muhammad (pbuh) had to undergo many hardships. Though he was the mightiest messenger of God, he died at the age of 63 and was buried in Madinah.
  3. He was born in Mekah!  His parents were Abdullah and Aminah, he even had a several children..
  4. Not co-equal, he is just a messenger. Giving us messege and guidance to be followed.Though all the Muslims love and revere the prophet Muhammad (pbuh) and are supposed to follow each and every of his commandments, yet you will NEVER find a single Muslim in the whole world, who in his senses will EVER say that Muhammad (pbuh) is God.

p/s: Forgive me for my bad writing, im just trying something here for sharing and caring. Peace be upon you.

Published in: on Januari 18, 2010 at 9:15 am  Comments (8)  
%d bloggers like this: