Ilmu harus dicari, bukan dibiarkan ‘datang free-free’


Ramai orang boleh mengaku beragama.

Ramai juga orang boleh mempertahan dan memperjuangkan agamanya.

“Pantang tok nenek aku kalau kau hina agama aku”

Tetapi berapa ramai orang yang sanggup berusaha dan membaca.

Mencari tahu tentang agama dari sumber yang sahih lagi saksama?

Berapa ramai?

Beli buku untuk cari ilmu

Berani mengaku beragama, harus berani BELAJAR TENTANG AGAMA!

Bagaimana mahu belajar tentang agama? Kita ada dua sumber utama dalam beragama. Nabi telah mewariskan dua sumber ilmu terbesar yang mengajar tentang bagaimana untuk hidup di dunia ini. Mengatur kehidupan. Kehidupan yang beragama, kehidupan yang bermatlamatkan syurga dan menghindar neraka, itu matlamat kita orang yang beragama!

Alquran, dan Assunnah.

Al quran; adalah kalam tuhan, yang berisi nasihat, amaran, kisah tauladan, hokum bermasyarakat dan berkehidupan. Ada kisah ancaman, ada juga kisah ganjaran. Pilih, mahu melihat al-quran dari aspek apa untuk diambil sebanyak-banyak pengajaran.

Untuk mendapat semaksimum mungkin pengajaran dari al-quran, kita harus mencari tahu dan membaca yang pertama sekali ; TERJEMAHAN. Carilah quran yang mempunyai terjemahan. Agar kita faham apa yang kita lantunkan.

Ilmu tambahan berkenaan al-quran yang lain adalah TAFSIR al-quran. Tafsir al-quran adalah bahasan dari ayat-ayat al-quran, agar dapat kita fahami lebih lanjut apakah dan mengapakah ayat-ayat ini diturunkan.

Assunnah; boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Untuk mempelajari dan mengambil iktibar dari sumber kedua yang nabi maksudkan ini, kita harus mencari dan membaca tentang hadith-hadith sahih dari nabi.Setiap percakapan nabi itu tauladan. Setiap perbuatan nabi itu contoh ikutan. Jadi tak salah kalau kita mencari dan membaca tentang SEJARAH KEHIDUPAN. SIRAH yang mencoretkan perjalanan seorang insan pilihan.

Ringkasan kepada QURAN, HADITH, TAFSIR, dan SIRAH ini, mungkin boleh didapatkan dari buku FEKAH/FIKH yang membahaskan tentang benar salah sesebuah tindakan.

Untuk beragama harus ada sumber yang sahihnya. (Ada sumber tetapi tak jelas asal usulnya sama sahaja seperti kaum-kaum terdahulu yang ‘beragama’ dengan kata-kata nenek moyang)

Untuk memahami sumber harus ada cara dan aturannya.

Jadi apa salahnya kita memahami DUA SUMBER AGAMA kita, dengan memiliki 5 ‘kitab’ rujukan utama tadi.

  1. Alquran dan terjemahan
  2. Tafsir quran
  3. Hadith-hadith sahih pilihan
  4. Sirah sahih perjalanan hidup rasul utusan
  5. Fikh Sunnah, tatacara insan berkehidupan

“Alah, aku bukan budak sekolah agama. Biar budak-budak sekolah agama jelah baca buku-buku agama.”

“Aku tak cukup ilmu. Kalau aku baca ‘kitab-kitab’/buku-buku agama ni nanti aku sesat!”

“Aku tak suka membaca buku-buku macam tula. Novel-novel bolehla…”

“Bila masa la aku nak baca buku-buku macam tu… Tebal kot??”

Buku-buku agama untuk pelajar sekolah agama / aliran agama.

Memang tidak dinafikan, pelajar-pelajar yang mengambil jurusan agama lebih layak mengkaji dan menelaah kitab-kitab agama. Tetapi apa yang mahu disampaikan di sini bukanlah merujuk kepada ‘kajian-kajian’ agama. Kita bukan mengkaji, kita hanya merujuk, membaca dan memahami!

Tak cukup ilmu kalau membaca jadi sesat.

Sekali lagi ditekankan, kita membaca untuk mengetahui, bukan untuk mengkaji dan meneliti!

Serahkanlah itu pada ustaz-ustaz dan pakarnya. Kita hanya ‘kembali merujuk kepada sumber’.

Tak suka baca.

Mengaku beragama tapi tak pernah benar dalam beragama. Kerna tak pernah mahu membaca dan merujuk kepada sumber utama. Sudah cukup kebal dengan api neraka?

Buku tebal, tak mampu baca.

Buku sumber adalah buku rujukan. Bukan buku mitos yang berkesinambungan. Ada topik, ada perbincangan. Ada isu, ada kupasan. Bukannya bersambung dari pendahuluan sampai pengakhiran. Jadi tak perlu di’khatam’kan dalam satu kali bacaan. RUJUK ketika perlu. Baca untuk mendapat kefahaman.

Tadi ke Pesta Buku, terjumpa satu buku yang berbaloi untuk dihebahkan. Walaupun harganya sedikit mahal dari kebiasaan, namun ia sangat berbaloi dan memuaskan. Sesuai untuk dijadikan rujukan, kerana mempunyai banyak kelebihan dan keunikan. “THE MIRACLE – 22 in 1”

The Miracle : 22 in 1

Sirah bercerita dengan peta, ATLAS

Quran dan segala kupasan berkaitan

Khazanah pengetahuan (pengajaran dari ayat), Tafsir At Tabari, Tafsir Ibnu Katsir, Hadith Sahih, Doa dan Zikir, Kosa kata

Asbabun Nuzul (Sebab turunnya ayat)

Terjemahan per kalimah - memahami dan mempelajari bahasa arab dengan lebih mudah

Penanda buku berisi senarai daftar doa dari al-quran dan hukum tajwid bacaan quran

Ini ENSIKLOPEDIA merangkap buku fevret saya setakat ini, anda bila lagi?

 

Ini adalah buku ‘fevret’ saya setakat ini! Anda bila lagi? Dapatkannya segera. Apalah difikirkan sangat duit dan harga, ke’berbaloi’annya sangat tak terkira!!!!! (^^,)

p/s : Saya mengesyorkan setiap keluarga harus ada satu.

p/s lagi : Kalau ada yang mahu pesan, nanti saya minta tolong sahabat saya untuk menguruskan. Hehe…

Tapi sementara masih ada Pesta Buku ni jelah ye? Sebelum 15 Feb, kerana ditakuti stoknya susah didapati.

Wassalam….

Published in: on Februari 12, 2011 at 9:27 pm  Comments (5)  

Ku saksi kematian itu, kutangisi segala dosaku…


Sesungguhnya Ya Allah,

Engkau benar.

JanjiMU benar.

Syurga itu benar.

Neraka itu benar.


Aku melihat kematian sahabatku…

Di saat itu aku takut Ya Allah…

Aku terlalu takut sehingga sebak rasa di dadaku…

Aku terlalu takut sehingga mengalir airmataku…

Aku terlalu takut sehingga teresak-esak tangisku…

Aku terlalu takut dengan hakikat itu…

 

Apakah kesudahan hidupku nanti…

Apakah nasibku setelahku mati nanti…


Adakah aku akan mendapat redha dan syurgaMu

Ataukah aku dimurkai dan dibenci olehMu.

Aku mohon padaMu, keampunan dan belas kasih dariMu…

 

Ya Allah…

 

Sahabatku pergi dengan tiba-tiba,

Dalam keadaan baik tidak disangka-sangka.

Permudahkanlah urusannya.

Kerana mungkin pengakhiranku juga begitu….

 

Ampunkan aku Ya Allah,

Berilah kematian dan pengakhiran yang baik buat diriku…

Berilah ketenangan dan kemudahan bagi orang yang akan menguruskanku…

Berilah aku kelebihan mati Syahid dijalanMu.

Matikanlah aku dalam keadaan memperjuangkan agamaMu.

Matikanlah aku sebagai salah seorang yang menjulang agamaMu.

Kerna aku terlalu rindu bertemu idolaku, saat itu sangat-sangat aku tunggu.

Pasti mengalir airmataku jika Engkau izinkan aku bersama kekasihMu,

Kerna ku tahu beban dosa dan kesalahanku.

Astaghfirullah…

Aku sangat-sangat mengharap belas dan redhaMu ya Allah…

 

Ampunkanlah dosa-dosa ibubapaku…

Ampunkanlah dosa ahli keluargaku…

Ampunkanlah dosa sahabat-sahabatku…

Kerna ku tahu mereka juga takut padaMu.

 

Amin…

Amin ya Rabbal ‘Alamin, ya Sami’ul ‘Alim….

Published in: on Oktober 22, 2010 at 5:22 pm  Comments (3)  

Yang ditengah-tengah


Status laman sosial ‘facebook’ saya sejurus saya sejurus selepas pulang dari Dinner Batch ’06 kami. Alhamdulillah, suatu program yang bagus dan sangat memorial. Cuma beberapa perkara di dalamnya, membuatkan saya terfikir semula akan tingkah laku dan tindakan saya. Mungkin saya khilaf…

Mungkin tiada yang salah, namun mungkin juga banyak yang salah. Ianya berada di tengah-tengah, antara yang yang sunnah dan yang ditegah.

Sunnah kerana ber’masyarakat’ dan bertambah silaturrahim.

Ditegah kerana ber’sosial’ dan tak kenal siapa muhrim.

Kerana ianya ditengah-tengah, ia lebih dikenali sebagai sesuatu yang syubhah.

Sahih Bukhari : Kitab Iman

Bab 39: Keutamaan Orang yang Membersihkan Agamanya

39. An-Nu’man bin Basyir berkata, “Saya mendengar Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda,

“Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia.

Barangsiapa yang menjaga (menjauhkan diri dari-pen) hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya.

Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya (dan dalam satu riwayat: kemaksiatan-kemaksiatan itu adalah tanah larangan Allah).

Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah qalb.”

Diantara yang halal dan yang haram ada sesuatu di tengah-tengahnya. Dan itu adalah perkara-perkara syubhah.

“Salah ke?”

“Tak salah”

“Betul ke?”

“Tak betul”

“Habis tu??”

“Ianya di tengah-tengah”

Tepuk dada, tanya iman. Sekali lagi diingatkan, TANYA IMAN! Kerana fitrah manusia yang bertuhan, adalah iman dan segala jenis kebaikan. BEZAKANLAH ia dari kejahatan.

Semoga saya dan anda semua terlindung dari melakukan dosa-dosa, hanya kerana pada awalnya kita MEMANDANG REMEH PERKARA SYUBHAH.

Astaghfirullah….

-Insan Biasa-

p/s: Cemburu dengan ketua angkatan 2006 Yg Bhg Khairul Hafiz Al-Khair, dan sahabat lama INTEC Yg Bhg Nabieh Abqari yang mendapat gelaran “Yang Berbahagia” setelah berbakti di dunia. Bakti dan usaha anda mendapat iktiraf manusia di dunia, mungkin di hadapan tuhan pengiktirafan itu lebih hebat dan bermakna. Semoga saya mampu mendapat gelaran “Yang Berbahagia” di syurga, kerana tetap berpegang pada quran dan sunnah rasulNYA. Semoga kita semua ISTIQAMAH hendaknya, amiiiin….

Published in: on Julai 7, 2010 at 9:44 pm  Tinggalkan Komen  

Manusia dan amalan peribadinya…


Dari Abu Hurairah r.a dia berkata: “Rasulullah SAW pernah ditanya tentang amalan yang banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, beliau bersabda: “Taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Dan beliau ditanya tentang hal-hal yang sering memasukkan orang ke dalam neraka, maka beliau menjawab: “Mulut dan kemaluan.”

(HR Tarmidzi dia berkata hadith Hassan)

Mati harimau meninggalkan belangnya,

Mati manusia meninggalkan namanya,

Nama dikenang bukan kerana suka-suka,

Tapi nama dikenang dari akhlaknya….

Dari Umamah Al-Bahili r.a dia berkata: Rasulullah bersabda: “aku menjamin dengan istana diluar syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, dan dengan istana di tengah syurga bagi yang orang yang meninggalkan dusta meskipun hanya untuk bercanda, dan dengan istana di atas syurga bagi orang yang baik akhlaknya.”

(Hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad sahih)

Jika hari ini aku mati,

Mungkin tiada yang tahu dan ambil peduli,

Tapi kalau tuhan dan malaikat pun buat tak reti,

Rugilah diri, hinalah nanti…

Janganlah sampai begitu akhirnya diri,

Biarlah mati dijalan nabi…

Mati dengan hidayah ilahi…

Amiiiiiin, ya Rabb….

p/s: sama-sama panjatkan doa untuk dua orang junior dan senior (aiza amierah dan kak zainariah @kak zai) yang sedang dirawat di hospital dan menjalani operation untuk sakit masing-masing. Beruntung mereka berdua diberikan kifarah dosa di dunia, mudah perjalanan mereka di akhirat sana nanti…

Published in: on Februari 19, 2010 at 10:53 pm  Comments (2)  

Dua syarat ; Ikhlas dan Benar -Updated


Beramal biarlah dengan IKHLAS dan BENAR.

Beramal biarlah dengan IKHLAS dan BENAR. Barulah kemudian akan diikuti YAKIN dan KHUSYUK.

Taqabbalallahu minna wa minkum! -Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan kamu!

Terima kasih kepada hafizi yang memberikan masukan dan input berguna di ruangan komen di bawah. Ulama’ yang terkemudian kadang-kadang lebih tahu tentang sesuatu perkara berbanding Ulama’ terdahulu. Jadi tidak boleh disalahkan Ulama’ terdahulu, tidak boleh juga diabaikan perkataan Ulama’ terkemudian.

Berikut penjelasan al-akh hafizi,

1. Boleh terus berdoa dengan doa itu kerana fiqh doa salaf tidak ketat (Imam Bukhari memasukkan doa dari hadis yang lemah kerana boleh beramal dengan hadis dha`if dalam doa TANPA isbat -dikaitkan- kepada Nabi)

2. Alternatif: jika mencari doa berbuka puasa yang sahih, saya tak jumpa. Doa dengan hadis dha`if dibolehkan.

3. Perlu diingatkan, hadis doa itu dihukum hasan oleh Al-Albani. Namun kebanyakan muhaddisin mutaqaddimin -pakar hadith terdahulu- melemahkannya. Jadi, ia termasuk dalam khilaf muhaddisin.

****************

BIJAKLAH dalam beramal.

IKUT MEMBUTA TULI akan memandulkan umat Islam, kerana lain yang diajarkan oleh nabi lain pula yang kita lakukan. Umat yang dicorakkan oleh tunjuk ajar nabi pasti MEMIMPIN DUNIA!

Selagi kita tidak mengikut pesanan tunjuk ajar nabi, selagi itu umat ini mati… Wallahua’lam.

Published in: on September 3, 2009 at 7:20 am  Comments (3)  

Aku Pulang


“Semua orang balik Malaysia ni siapa nak tolong kami dengan ekspo tu nanti?”, rungut ahli-ahli BAIK yang bertanggungjawab untuk acara sempena Bulan Kesenian Islam.

Airport Jakarta

Airport Jakarta

Takpe, kerja tak banyak pon. Just inform kat wakil setiap booth je, jangan risau. Nanti dah sampai Malaysia nanti ada nombor contact apa-apa boleh contact, ok?”, pujuk si Bos dengan rasa bersalah meninggalkan anak buah terkontang-kanting disini menjalankan tugas. Huhu…

Maafkan saya, tiada niat langsung untuk melepaskan tanggungjawab kepada orang lain, apatah lagi berlepas tangan. Tiket dibeli (dengan harga yang mahal dibandingkan rakan-rakan yang memang rancang untuk balik-waktu tu airasia promosi tiket murah) sejurus selepas mendapat panggilan rakan yang mengatakan ibunya disahkan menghidap ‘pancreatic cancer’.

“Mak, nak balik ke tak, mak? Orang rasa macam nak balikla, doctor dia kata dah tak boleh nak buat apa. Haduuh,sedih dengar… Kesian dia ngan family dia.”

“Kamu rasa nak balik, balikla. Mak pun belum pergi melawat dia lagi sejak dia sakit haritu. Mak cadang nanti nak ajak ayahlah pergi tengok.”

Alhamdulillah, peperiksaan selesai. Farid pulang ke Malaysia dahulu. (dia pun decide last minute setelah tahu saya pulang. Rindu roti canai katanya. Hehe..)

“Farid, nanti amik aku kat airport esok, kita pergi HKL sama-sama ek? Ko rasa nak bawak apa buah tangan?”, kebetulan farid sudah pun berada di Malaysia setibanya saya nanti.

“Bawak apa tu tak kesah lagi… nak buat apa/ nak cakap apa kat sana nanti tu yang aku tengah fikir tu”

“Alahai, nak cakap apa sangat pun. Kita datang, ziarah, itu pun dah buat dia senang. Itu SUNNAH tu. Melawat,menziarahi,menggembirakan orang sakit. Sekejap je, lepas tu kita balikla. Ko drop aku kat mana-mana nanti aku balik ikut Pudu. Ok?”

“Ok2…”, angguk farid tanda setuju.

Ingin saya kongsikan Hadith Sahih berkenaan Keutamaan Menjenguk/Menziarahi Orang Sakit dan Doa ketika Menziarahi Orang Sakit berdasarkan ‘buku zikir dan doa, Hisnul Muslim’. Buku kecil yang harus ada pada setiap muslim kerana menghimpunkan doa-doa dan zikir-zikir (seperti ma’thurat)nabi berdasarkan hadith sahih (yang disertakan sebagai nota kaki). Amat bermanfaat. Beramal dengan lebih yakin kerana kita tahu ianya benar dari nabi. =)

KEUTAMAAN MENJENGUK ORANG SAKIT

Rasulullah SAW bersabda :

“Kalau seseorang Muslim mengunjungi saudaranya sesame Muslim, (seolah-olah) ia berjalan di taman Jannah ( syurga), hingga ia duduk. Bila ia duduk, rahmat Allah akan menaungi dirinya. Di pagi harinya, aka nada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan dirinya, hingga petang hari. Di petang hari, aka nada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakannya, hingga pagi hari.”

Diriwayatkan oleh At-Tarmizi, Ibnu Hibban dan Ahmad. Lihat Sahih Ibnu Majah I/244 dan Sahih Tarmizi I/286 dan dinyatakan Sahih juga oleh Ahmad Syakir.

DOA KETIKA MENJENGUK ORANG SAKIT

Tidak apa-apa, penghapus dosa insyaAllah.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Al-Fath X/118

Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Rabb dari Al-Arsy yang Agung, agar menyembuhkan dirimu. 7X

“Setiap muslim yang menjenguk orang sakit sebelum meninggalnya lalu mengucapkan doa di atas sebanyak tujuh kali:..(alhadith) pasti akan disembuhkan (penyakitnya).

Dikeluarkan oleh At-Tarmidzi, Abu Daud. Lihat Sahih at-Tarmizi II/210 dan Sahih Al-Jamaie 5/180

Awang ketika disahkan mendapat penyakit HATItis A

Awang ketika disahkan mendapat penyakit HATItis A

Sebelum pulang ke Malaysia, pergi ke Bandung untuk membeli oleh-oleh buat ibu di kampung. Dalam perjalanan pulang, ketika bersesak-sesak di jalan raya, saya sempat meletakkan kaki sebelah untuk balancekan motor yang sedang berhenti. Tiba-tiba datang dari belakang sebuah kenderaan dengan enaknya melewati sebelah saya, sangat dekat! Dan akibatnya, kaki digelek Angkot! (van yang berfungsi sebagai taksi di Kota Indonesia) Arghhhh!!! Menjerit dan menangis di dalam hati, sambil berkata…

~TIDAK MENGAPA, PENGHAPUS DOSA INSYAALLAH~

Published in: on Mac 16, 2009 at 11:34 pm  Comments (12)  

Muharram


Selamat Datang Ya Muharram!

Saya terbaca satu blog tentang kelaziman dan kebiasaan yang perlu kita ubah. Bersedia dan mampu untuk berubah dari yang salah kepada benar adalah pemikiran orang yang cerdas. Blog tersebut bercerita tentang amalan-amalan ‘ibadah’ tokok tambah (atau boleh saya kategorikan sebagai bid’ah) yang sering kita lakukan menjelang datangnya Muharram.

“Kemunculan bulan Muharram sebagai bulan pertama bagi kalendar umat Islam sentiasa dihiasai dengan beberapa amal ibadah tertentu. Upacara-upacara tersebut bermula pada hari terakhir bulan Dzulhijjah iaitu diambang menjelangnya 1 Muharram. Umat Islam digalakkan untuk berpuasa pada hari terakhir bulan Dzulhijjah dan membaca doa akhir tahun selepas solat Asar. Seterusnya setelah menjelangnya 1 Muharram iaitu selepas solat Maghrib dibaca pula doa awal tahun, bacaan Surah Yassin, zikir-zikir tertentu malah ada juga yang mengerjakan solat sunat sempena 1 Muharram dan berpuasa pada siang harinya.

Sebenarnya kesemua amalan-amalan yang disebutkan di atas atau apa jua amalan sempena tibanya tahun baru hijrah tidak memilki dalil-dalil yang sah daripada Rasulullah s.a.w. bahkan para Imam-Imam mazhab seperti Abu Hanifah, Malik, Syafi’i dan Ahmad r.h juga tidak pernah mengamalknnya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah menyambut kehadiran bulan Muharram atau kedatangan tahun baru dengan upacara yang tertentu. Kalendar Hijrah juga tidak wujud pada zaman Rasulullah kerana ianya hanya diperkenalkan pada zaman pemerintahan ‘Umar al-Khaththab r.a iaitu tujuh tahun setelah baginda wafat. ‘Umar yang memperkenalkan kalendar ini juga tidak pernah melakukan atau menganjurkan upacara terterntu sempena kedatangan tahun baru dan begitu juga para sahabat serta para al-Salafussoleh yang lain.”

“Daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa berpuasa pada hari akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama di bulan Muharam, maka sesungguhnya dia telah menghabiskan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya sebagai penghapus dosanya lima puluh tahun”. Menurut Ibnul Jauzi di dalam al-Mawdhu’at bahawa hadis ini PALSU (maudhu’)

Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa berpuasa sembilan hari dari awal Muharram maka Allah membina untuknya sebuah kubah di udara yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu. Hadis ini adalah PALSU (mawdhu’) menurut Ibnul Jauzi di dalam al-Mawdhu’aat dan Imam al-Suyuthi di dalam La’aali al-Mashnu’ah.”

Tapi kurang enak pulak rasanya mengatakan sesuatu itu tidak benar dan tiada dalil sahih dari nabi, tetapi tidak menyatakan alternatif yang dibenarkan oleh Islam. Dalam erti kata lain, alternatif bagi umat Islam yang pernah dilakukan oleh nabi dan dianjurkan oleh baginda untuk melakukannya. Jadi, mahu berdoa, tafaddhal. Tapi bukan dengan doa awal tahun akhir tahun yang tidak diketahui sumber hujung pangkalnya itu, tapi dengan doa ini…

“Allah Maha Besar. Ya Allah! Tampakkan bulan tanggal satu itu ke-pada kami dengan membawa keaman-an dan keimanan, keselamatan dan Islam serta mendapat taufik untuk menjalankan apa yang Engkau senang dan rela. Tuhan kami dan Tuhanmu (wahai bulan sabit) adalah Allah.”

HR. At-Tirmidzi 5/504, Ad-Darimi dengan lafazh hadits yang sama 1/336 dan lihat Shahihut Tirmidzi 3/157.

-salah satu hadith di dalam Hisnul Muslim-

p/s: Doa dan hadith ini adalah doa yang dianjurkan oleh nabi untuk setiap awal bulan dan tidak dikhususkan untuk bulan muharram sahaja.

Wallahu’alam

Published in: on Disember 28, 2008 at 4:28 pm  Comments (24)  

Apa Jadi Lepas Exam??


err..tiada exam dijalankan waktu gambar ni diambil, harap maklum.=)

err..tiada exam dijalankan waktu gambar ni diambil, harap maklum.=)

-Peperiksaan tamat. Keluar dewan peperiksaan.-

“Argghhh…tidakk….soalan cam si**!”
“Kurang ha*** sape yang buat soalan tu…”
“Pergh, soalan tadi macam ha***…”
“Aku takde mood nak cakap pape, soalan susah gile!!!”

Memang tidak dinafikan, soalan yang memeranjatkan dan mengejutkan. Ketika membuka dan membaca soalan, aku hanya bisa tercengang, tersenyum lebar sendirian. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYYIL ‘AZHIM… Hanya itu bisa ku ungkapkan… Hebat ujian-Mu Ya Allah… Senyumku berpanjangan hingga ke akhir peperiksaan

Bukanlah semua soalan yang diberikan tidak dapat dijawab, cuma kekadang manusia suka untuk men’exaggerate’ keadaan. Mungkin ungkapan-ungkapan ‘tak puas hati’ di atas hanyalah gurauan exaggerate teman-teman atau mungkin juga sekadar ‘plastic’ untuk memalsukan kejayaan.

Yelah, kadang-kadang ada orang yang pandai dan dapat jawab semua soalan tapi sengaja ngade-ngade cakap susah, tak boleh buat, dan sebagainya untuk mengaburi orang lain. Sedar-sedar keputusannya excellent. Wujudkan orang seperti itu? Haha, tak perlu jawab.=)

Mungkin juga luahan itu adalah sejujurnya dari hati. Sedih, kecewa dan sebagainya seusai menjawab soalan-soalan peperiksaan yang ‘sebegitu’. Saya juga merasakannya, tetapi apa yang ingin dikongsi adalah bagaimana perlakuan dan tindakan yang tanpa kita sedari itu telah menjauhkan kita dari Tuhan tempat kita mengadu segala-galanya….

Habis keluar semua carut marut dan maki hamun usai menjawab soalan kerana marah dan kecewa tidak dapat menjawab dengan baik. Tetapi kepada siapakah kita menujukan kemarahan kita itu? Siapakah yang menetapkan, menggerakkan hati para lecturer untuk meletak soalan-soalan itu? Siapakah yang ‘membenarkan’ soalan itu diluluskan untuk diberikan kepada kita. We are referring to our Almighty. Huhu…. Sedeyh2…

“Hasbiallahu La Ilaha Illahua ‘Alaihi Tawakkaltu Wahua Rabbul ‘Arsyil ‘Azhim”

Cukuplah Allah sebagai penolongku. Tiada yang berhak di ibadati secara benar melainkan DIA. KepadaNya aku bertawakkal, dan DIAlah pemilik al-‘Arsy yang Agung.

Barangsiapa yang mengucapkannya tujuh kali setiap pagi dan petang pasti akan dicukupkan oleh Allah dengan segala perkara dunia dan akhirat yang diperlukannya

Dikeluarkan oleh Ibnu Sinni nombor 71 secara marfu’ dan oleh Abu Dawud secara mauquf IV/321. Sanadnya dinyatakan sahih oleh Syuaib dan Abdul Qadier Al-Arnauuth. Lihat Zaadul Ma’aad II/376

Cukuplah Allah sebagai PENOLONGKU. Aku tidak perlukan siapa-siapa lagi untuk menolongku. Untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik, untuk dapat markah yang baik, untuk dapat keputusan dan CGPA yang baik. Hanya Allah tempatku mengadu dan memohon pertolongan. Oleh itu berdoalah kita kepadaNya setelah selesai ujian dan bukan merungut susah, tak tahu dan sebagainya.

Tiada yang susah melainkan ENGKAU menjadikannya susah.
Tiada yang mustahil melainkan ENGKAU menjadikannya mustahil.

rakan-rakan 3rd year di waktu 1st year. hehehe...

rakan-rakan 3rd year di waktu 1st year. hehehe...

p/s : kawan-kawan, jangan marah dosen yang buat soalan ye? Memang entah celah buku mana dia amik tu tapi bukan salah dia. Kita yang kene studi lebihla maknanya tu. Hehe…chaiyok2! Medicine is a long life study!

Published in: on Disember 10, 2008 at 4:48 am  Comments (8)  
%d bloggers like this: