TIPS : Membesarkan Anak versi Psychiatrist


Bila anak hidup dalam KRITIKAN

Dia belajar MENYALAHKAN ORANG LAIN…

 

Bila anak hidup DIMUSUHI

Dia belajar untuk MELAWAN…

 

Bila anak hidup dalam EJEKAN

Dia belajar jadi PEMALU…

 

Bila anak hidup dalam TOLERANSI

Dia belajar menjadi SABAR…

 

Bila anak hidup dengan DIBERI SEMANGAT

Dia belajar mempunyai HARGA DIRI…

 

Bila anak hidup dengan PUJIAN

Dia belajar hidup untuk MENGHARGAI  ORANG LAIN…

 

Bila anak hidup dalam KEADILAN

Dia belajar MEMBELA KEBENARAN…

 

Bila anak hidup dalam KEPASTIAN

Dia memperoleh KEBERANIAN…

 

Bila anak hidup dengan PERSETUJUAN

Dia belajar MENYUKAI DIRINYA…

 

Bila anak hidup dalam PENERIMAAN dan PERSAHABATAN

Dia belajar MENCINTAI SESAMA MAKHLUK di dunia ini…

Copyright by

Department of Psychiatry, Hasan Sadikin Hospital, Bandung.

Drrazi, 4/1/2012

Published in: on Januari 5, 2012 at 3:28 pm  Comments (2)  

Tunang – Rahsia vs Umum


Ada orang post video “I’ve been proposed & I’m engaged” di facebook dan ramai yang share dan bercerita tentangnya. Ada yang kata comel, ada yang kata sweet, ada yang kata macam-macam lagi…

Selepas menontonnya, ada suatu tanggapan dan cara pandang yang berlainan yang saya rasakan. Saya kurang bersetuju kerana pada pendapat saya perbuatan ‘mengiklankan’ pertunangan itu sesuatu yang tidak harus dilakukan. Kalau tak jadi kahwin nanti macam mana???

Saya pernah mendengar ada hadith yang lebih kurang berbunyi, “rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan” namun saya kurang ingat perawi dan matan hadith tersebut samada sahih atau bukan. Maka saya pun mencari status hadith tersebut… Saya bertemu dengan dua version, ada yang sahih, ada yang dhaif. Berikut merupakan keterangan mengenai kedua-duanya.

( أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة )

Terjemahan: (Zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan).

Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ad-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus.Walaubagaimanapun hadith ini berstatus dhaif, seperti yang disebutkan oleh Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Silsilah Ad-Dho’ifah(no 2494) dan Dho’if Al-Jami’ Al-Saghir(no 922).

Adapun yang sahih, matannya sedikit berbeza.

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil.

Tahniah kepada pembuat video tersebut kerana dia beruntung dipertemukan dengan lelaki yang gentleman dan bertindak melamar dan terus bertunang. Semoga dipermudahkan urusan pernikahan anda berdua! Amiiiiin….\(^^,)/

(Semoga dipermudahkan jodoh saya juga!=p)

Mungkin disini terdapat dua perbezaan pendapat. Ada golongan ulama yang berpendapat menggalakkan (sunat) disembunyikan pertunangan, dan ada juga yang mengharuskan untuk menghebahkan. Saya berpendapat dengan pendapat untuk menggalakkan (sunat) disembunyikan…Peace!=)

Golongan yang menggalakkan( sunat) di sembunyikan pertunangan, adalah sebenarnya disertai dengan tujuan untuk mengelakkan rasa iri hati dan dengki(hasad) bagi pihak lain,sepertimana yang dinaqalkan dari laman web islamweb.net, yang menyebutkan:

قال الخرشي في شرح خليل: وأما الخطبة بالكسر فيندب إخفاؤها كالختان وإنما ندب الإخفاء خوفاً من الحسدة

Terjemahan: Telah berkata Al-Khurasyi di dalam kitab Syarhu Khalil: Maka pertunangan adalah disunatkan agar disembunyikan sepertimana khitan.Tujuan disembunyikan adalah sebagai langkah berjaga-jaga dari perasaan hasad dengki (pihak lain).

Rujukan: http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=65842&Option=FatwaId

Pandangan ini bertepatan dengan hadith umum (bukan khusus terhadap kes pertunangan) Nabi s.a.w yang berbunyi:

قول النبي صلى الله عليه وسلم : ( استعينوا على إنجاح الحوائج بالكتمان ، فإن كل ذي نعمةٍ محسود ) رواه الطبراني وصححه الألباني في صحيح الجامع:943

Terjemahan: Sabda Nabi s.a.w: Mintalah pertolongan dalam memenuhi hajat-hajat secara sembunyi, kerana sesungguhnya setiap yang memiliki nikmat akan ada kedengkian(terhadapnya). Riwayat At-Thabrani, disahihkan oleh Al-Albani di dalam kitab Sahih Al-Jami’ (no 943).

Manala tau ada orang yang dengki dengan tunang anda, comel, cun, solehah sangat sampai membuatkan para jejaka Malaya semuanya jeles, lebih baik dirahsiakan dulu sampai hari pernikahan. 2-3 bulan atau setelah confirm tarikh pernikahan barulah dihebahkan. Baru surprise, ye dak? Hehe…

Plus, kesianla sikit kat orang yang bujang yang tercari-cari calon masih tak jumpa lagi… Or yang dah jumpa calon tapi ‘masih mempunyai masalah’ untuk menikah dan tak dapat restu ke apa ke….Janganlah bagi diorang jeles dengan kebahagiaan anda. Tak perlulah nak heboh satu dunia anda sedang bahagia, ye dak? Ke pendapat saya salah? Kalau salah, I’m Sorry…

Well, lain orang lain pendapat.  This is just my ‘dua kupang’. Peace! (^^,)v

P/s: To my brothers Ahmad ZulGAPO, Ahmad ZulAWANG, AMAD fahmi, apa pendapat kalian? Masih “rahsia kerajaan” ke dah jadi “rahsia umum”? OOOoopppss!!! Hehe..=p

 

Masing-masing dah ada calon....Sorang tu je tinggal...

-BAARAKALLAHULAKUMA WABARAKA ‘ALAIKUMA WAJAMAA BAINAKUMA FIKHOIR-

Published in: on Disember 20, 2011 at 7:12 am  Comments (15)  

Untuk yang bernama Anak


Sesungguhnya, tiada manusia yang lahir tanpa ibu dan bapa…

Sesungguhnya, kita selalu melakukan dosa pada ibu dan bapa….

Sesungguhnya, kita selalu membiarkan hati ibu dan bapa terasa dengan kita….

 

Mereka mungkin tidak pernah mengeluh dan mengadu pada kita.

Mereka juga mungkin sentiasa memendam kecil hati mereka pada kita.

Kita tidak menyedari, tapi kita telah melukai.

 

Ibu yang mengandung dan membela selama 9 bulan, menghadapai kesukaran dan kesakitan yang amat memeritkan ketika melahirkan…

Tapi kita, sering melupakan…

Sering mengambil ringan hati dan perasaan mereka.

Sering bertindak sendiri.

Sering pentingkan diri.

Sering ego tinggi.

Sering melebihkan oranglain.

Sering melupakan keberadaan mereka….

 

Andai mereka sudah tiada…

Sesal kemudian tidak berguna….

 

 

Published in: on November 30, 2010 at 2:23 pm  Comments (5)  

Kisah di kedai makan : PERCAYA, Berjaya!


Mak : Bang, nak beli kainla bang, nak buat baju. Takde baju nak gi Indon nanti.

Ayah : Alah, pakai jela baju yang ada tu. Macam tu je pun ok dah tu.

Mak : Nak pegi jalan merata tempat tu memangla pakai macam ni… Orang cakap pasal majlis Convo tu nanti. Abang pakai baju apa nanti? Takkan kemeja biasa je, belila baju baru satu…

Ayah : Tak payah… Banyak baju kat rumah tu, pakai jela mana satu.

Mak : Ish, belila baju baru satu. Takkan nak pakai biasa-biasa je, Erol convo ni bukan selalu. Pakaila baju kemeja lawa sikit ke, baju batik ke…

Ayah takde perasaan mendengar sambil meneruskan makan

Saya : A’a la ayah, apakata ayah pakai baju kemeja dengan blazer. Dengan tie! Baru macho ayah… Haha. Nanti kalau orang tanya ayah jawabla “Bukan selalu, ini anak aku dapat ijazah dokto ni. Bukan senang..”

Ayah termenung, mak senyum memandang ayah

Ayah : Kamu ada blazer lebih?

Mak : Mana ada, dia ada satu tu jela.

Ayah : Eh, haritu ada kawan bagi blazer kan? Ada lagi tak? Boleh pakai lagi tak agaknya?

Mak : Mana boleh, ni dah beso dah ni…(sambil menunjuk salah satu bahagian anatomi manusia)

Ketawa kami pecah.

Selalunya, hanya adik yang ‘mampu mengenakan’ ayah. Adik memang kepala gila, mak ayah tengah marah dia boleh selamba buat lawak. Orang lain takut untuk bergurau dengan ayah, apatah lagi ‘mengenakan’, tapi adik memang otai bab ni. Seronok rasanya dapat kenakan ayah, kalau ayah betul-betul pakai blazer dan tie majlis Convocation nanti mesti TERBAEK! Haha…

Terpancar kegembiraan dan keseronakan mereka untuk menghadiri majlis Convocation nanti. Anak yang mereka bela semenjak 24 tahun yang lalu sudah berjaya melalui satu fasa di dalam kehidupannya.

Hmm, jika difikirkan semula, saya sepatutnya mendapatkan CGPA yang terbaik sebelum saya berhak ‘mengenakan’ ayah untuk menurut kata dan kemahuan saya. Ayah dan mak pasti akan mengikut sahaja, kerana mereka sudah cukup gembira. Walaupun sebenarnya perjuanganku masih belum tamat di Indonesia…

Teringat perbualan dengan ayah suatu ketika dahulu…

“Mak dengan ayah tak dapat nak sambung belajar sampai Universiti. Mak dengan ayah nak anak-anak semuanya masuk Universiti dan berjaya. Kawan-kawan ayah cakap anak melayu susah nak berjaya. Anak-anak Cina India yang selalunya akan berjaya. Tapi ayah tak terima, ayah percaya anak-anak ayah boleh berjaya. Walaupun ayah seorang polis pangkat rendah lepasan SPM je, mak tak bekerja, tapi anak-anak ayah mesti boleh berjaya.”

Alhamdulillah, kini usaha, doa, dan KEPERCAYAAN ayah itu betul-betul nyata.

Percaya akan membentuk prinsip.

Prinsip akan melahirkan usaha.

Usaha akan merealisasikan cita-cita.

Sesungguhnya, cita-cita adalah pemula untuk berjaya.

Dan semua kita, dilahirkan untuk PERCAYA DAN BERJAYA.

Teruskan usaha, kerana MANUSIA…

ADALAH SEBAIK-BAIK MAKHLUK CIPTAANNYA

Published in: on Ogos 1, 2010 at 11:31 pm  Comments (9)  

KISAH SEORANG AYAH


Hidup ayah serba sederhana.

Hiudp ayah bukan seperti orang berada.

Hidup ayah apa adanya.

Namun, Alhamdulillah ayah dikurniakan hati dan akal. Kekuatan jiwa dan ketabahan.

Hati dan Akal.

Kita semua "makhluk genius" kalau kita sedari

Semua orang pasti dikurniakan hati dan akal. Keluarga yang baik bermula dengan kesedaran hati dan kecerdasan akal seorang insan yang bergelar SUAMI.

Suamilah penentu segalanya. Dan kerana itu suami digelar ketua keluarga.

Ayah seorang lelaki yang mempunyai kesedaran hati dan kecerdasan akal seawal pernikahannya dengan ibuku. Walaupun ketika itu umurnya baru mencecah 23 tahun, ayah bertekad untuk berubah dan menjadi seorang ‘ketua’ rumahtangga yang baik.

Ayah bertekad untuk mengenal lebih rapat dan mengambil hati mertuanya….

Dan kini beliau menantu kesayangan keluarga mertuanya.

Ayah bertekad untuk mengurus kewangan dan merancang setiap perbelanjaanya….

Bermula dari sebuah basikal tua, motor, kereta terpakai, kereta sendiri, sehinggalah kini ayah mempunyai asset atas namanya.

Namun yang paling penting,

Ayah bertekad untuk belajar agama….

Alhamdulillah kesedaran hati dan kecerdasan akal membuatkan ayah bertekad untuk itu. Ayah seorang remaja nakal yang kurang mendapat kasih sayang seorang bapa. Bapa kandungnya berkahwin lain, bapa tirinya pula meninggal dunia ketika dia paling memerlukannya. Seorang remaja lelaki tanpa bimbingan seorang bapa adalah seperti layang-layang tanpa tali, mengikut angin yang bertiup. Sebut sahaja ‘projek’ apa, pasti semua mahu dicuba!

Ayah bukan budak baik.

Ayah bukan budak sekolah agama.

Ayah tidak menghiraukan solat dan puasanya.

Ayah lebih suka enjoy dengan rakan-rakannya.

Namun ayah mahu berubah dan berusaha disebabkan dia sudah punya keluarga. Tiada siapa yang menyuruh atau menghalangnya, ia hanyalah natijah dari hati dan akalnya.

Kekuatan jiwa dan ketabahan.

Berubah cuma SUSAH, bukan MUSTAHIL

Berbekalkan kekuatan jiwa dan ketabahannya, ayah bertekad untuk berubah. Sungguh, BERUBAH ITU SUSAH. Namun ayah tidak pernah pasrah.

Ayah mula belajar agama.

Ayah mula pergi ke ceramah-ceramah. (Sesekali membawa ibu bersama)

Ayah mula belajar solat.

Ayah mula bertanggungjawab.

Isterinya yang hanya bertudung selepas pernikahan mula faham dengan perubahannya. Suami berubah, isteri turut mengatur langkah.

Ayah berubah, ibu juga berubah.

Ayah berubah, anak-anak mula terarah.

Ayah berubah, dunia kami jadi cerah.

Alhamdulillah….

Segala-galanya bermula dengan hati dan akal, dan hanya bertahan dengan kekuatan jiwa dan ketabahan.

BERATNYA AMANAH SEORANG AYAH.

Published in: on Jun 14, 2010 at 7:39 am  Comments (14)  

Seperti Ayah…


Saya ada seorang ayah. Nama ayah saya Ahmad Zubir. Dia lahir 1hb April 1958. Ayah saya handsome. Dia juga macho lagi bergaya. Saya hanya mewarisi kehandsomean dan kemachoan beliau sahaja. Saya tidak bersalah….

Apakah???!!=p

Sudah 24 tahun hidup bersama seorang insan bernama ayah. Alhamdulillah, di waktu umurnya 52 tahun, Tuhan masih memberi peluang untuk anak-anaknya berbakti dan membalas segala jasanya.

Hidup kami tidak mewah.

Hidup kami serba kekurangan.

Tetapi ayah seorang yang tabah.

Ayah bijak, tapi agak ‘nakal’. Mungkin tidak senakal mak (mengikut cerita-cerita mak), tetapi ayah lebih banyak ‘berdikari’ kerana masalah keluarga yang dialami. Terpaksa menjaga adik-adik yang ramai bersama ibu tunggal tanpa bapa, tak mampu melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi walaupun keputusannya bagus.

“Ayah nak masuk Izzuddin dulu… Kalau ayah masuk Izzuddin ayah dah pergi MESIR dah.”

“Ayah nak jadi apa, doctor gak ke?”

“Jadi ustazla. Tak pun jadi mufti dah sekarang ni”, disambut ketawa seluruh ahli keluarga…

*****

Jawapan ayah membuatkan diri ini berfikir,

Kenapa tidak aku yang menjadi ustaz? Hmm, dah terlambat kot…

Takpe, tak perlu title ustaz untuk menyampaikan agama. Bilal bin Rabah dan Umar Al-Khattab pun bukan ustaz pada mulanya. Yang penting mencari agama, menyampaikan agama.

Sekadar menenangkan hati menjawab sendiri….

*****

Walaupun bermula sebagai anggota polis berpangkat dan gaji rendah, ayah tak pernah kesah.

Umur 22 tahun ayah sudah berkahwin, (ayah tak bagi saya kahwin awal kerana katanya opah yang paksa dia kahwin, bukan dia yang nak. Hwaa~~~)

Beristeri dan mempunyai anak, ketika diri masih baru nak menapak.

Tiada rumah, hanya tinggal di kuarters Polis.

Tiada kereta mahupun motor, hanya berbekalkan basikal.

Namun ayah tak pernah rasa susah.

Nabi bersabda orang mukmin tak patut gelisah kerana ada Tuhan sebagai tempat berserah, tetapi ketika itu ayah belum pernah mendengar hadith tersebut.

“ALAH, MINDSET JE SUME TU…”, mungkin itulah agaknya nasihat ayah pada diri sendiri ketika itu.

Walaupun serba kekurangan,

Ayah tetap menjadi tempat pergantungan ibu dan adik-adiknya.

Ayah tetap menjadi rujukan masalah oleh rakan-rakannya.

Ayah tetap bahagia mengurus keluarga dan sanak saudaranya.

Ayah tetap penyayang (kuat jeles sebenarnya.=p) pada isteri dan anak-anaknya.

Mak kata, saya adalah 90% watak dan peribadi ayah. Cuma dibesarkan dalam keadaan sempurna beribu dan berbapa, diberikan didikan sewajarnya sekolah biasa dan sekolah agama. Alhamdulillah…

Saya mahu jadi sebijak ayah mengawal kehidupan.

Saya mahu jadi secekal ayah melawan masalah.

Saya mahu jadi se’macho’ ayah berdepan musibah.

Saya mahu jadi ayah! [Oops~ Boleh ‘double meaning’ di situ, hmm….]

Di ulangtahun kelahiran ayah,

Saya ingin terus berbangga menjadi anaknya.

Saya ingin terus berbakti dan membalas jasanya.

Saya ingin memberikan kebahagiaan dengan menjadi lebih hebat daripadanya.

*****

Satu kelemahan saya dan ayah, kami tidak pamerkan kasih dan mesra. Apatah lagi ber”I LOVE U” dan berpeluk mesra. Jadi catatan ini pengganti diri peluah rasa, menghilangkan macho kami buat seketika.

I LOVE U, ayah…

*****

-SELAMAT HARI LAHIR, AYAH-

Published in: on April 1, 2010 at 9:52 am  Comments (8)  

Kami sayang perokok


rokok1

“Uih, cuak nengok kotak rokok kat Malaysia ni. Boleh stress nak beli rokok ni mak.”, saya mengadu pada mak kerana terkejut dengan tindakan bijak dan bernas kementerian kesihatan Malaysia.

“Hmmh… ayah ko apah tak ghasenye.”, jawab mak dengan muka selamba. Kata-kata mak disambut ketawa kami sekeluarga. (-bertiga je sebenarnya, kakak dan adik tiada di rumah)

tiadalah yang merasa sakit dan rugi melainkan anda sendiri, wahai perokok

Tiadalah yang merasa sakit dan rugi melainkan anda sendiri, wahai perokok

Kagum saya dengan ‘usaha pencegahan’ merokok di Malaysia. Bermula dengan tulisan “Amaran : Merokok Membahayakan Kesihatan” di tepi kotak rokok yang dijual, kepada kenaikan menggila harga rokok, sehinggalah yang terbaru, GAMBAR-GAMBAR NGERI akibat dari merokok. Gambar paru-paru menjadi hitam berkulat, tengkuk bernanah dan berdarah, kaki terpotong, jari-jari menjadi hitam berkulat mati dan harus dipotong, otak yang berair dan bernanah. Bermacam-macam. Cancer otak, paru-paru, leher, tulang, jantung, perut, semua gambar diletakkan di hadapan kotak-kotak rokok ini. Setiap kotak diletakkan gambar penyakit yang berbeza. HORROR!! Serius!

Ditambah pula dengan iklannya – seorang jururawat bangsa India melihat nasib perokok-perokok yang dirawatnya. Ibu berketurunan Cina memanggil dan ingin menyatakan sesuatu kepada anaknya, seorang suami yang kehilangan kaki. Diakhiri dengan anak jururawat itu sendiri memegang kotak rokok. Dinasihati anaknya, “Don’t disappoint me…”

n_06cigarettes

Tahniah! Suatu usaha yang harus dipuji!

Tetapi saya cuma mampu tersenyum melihatkan ianya ‘tak lut’ pada bapa kesayangan saya. Katanya, dia mempunyai alasan tersendiri.

Gambar-gambar ini tak berkesan pada perokok-perokok kot, bisik saya dalam hati.

Namun, apabila berjumpa dengan rakan-rakan yang merokok, mereka mengakui agak terkesan dengan gambar-gambar itu. Takut juga nak merokok. Fikir dua tiga kali juga sebelum beli. Hmm…. Maksudnya agak berkesanlah usaha itu, tahniah sekali lagi pada pencetus idea! Mungkin bapa saya sahaja yang keras sedikit untuk terkesan dengan ‘ancaman’ itu. Maklumlah, sudah lebih 30 tahun ayah merokok.

“Sepanjang hidup ayah hisap dua jenis rokok je.”, ayah memulakan cerita ketika kami makan di kedai mamak dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Dulu ayah hisap BENSON & HEDGES, sekarang SALEM Menthol. Ni dua jelah. Ayah tak pernah hisap yang lain.”

“Ayah tak ikut macam budak-budak muda lain, main hisap je rokok apa yang di sua kat muka. Ayah hisap rokok ayah je. Rokok mahal ni kurang sikit bahaya.”

“Ayah pergi jumpa doctor gigi dia terkejut ayah kata ayah hisap rokok dah 30 tahun lebih. Gigi ayah elok, tak rosak.”

Berasa sedikit tidak puas hati kerana ayah berbangga giginya tak seperti perokok, saya cuba untuk ‘mematikan hujah’ ayah.

“Ayah, cuba tengok kuku sikit.”, mari kita kenekan ayah – fikirku.

Agak memeranjatkan, kuku jari telunjuk dan jari tengah ayah tidak kuning!

Hmm, kalahla aku nak berdebat ngan ayah ni. Dia ada hujah kuat dia sihat.

Patutla ayah tetap istiqamah dengan pendiriannya untuk merokok. Kerana dia percaya dengan prinsipnya yang dianggap betul. Dia hisap rokok mahal dari muda, dan dia istiqamah. Bukan senang nak istiqamah ketika dia pun bukan dari keluarga berada. Haduih, ayah…ayah…

Saya cuma mampu berbisik di dalam hati.

“Tapi ayah ko tak pernah hisap masa mak mengandungkan korang tiga beradik. Sembilan bulan sepuluh hari ayah ko tak merokok.”, mak mencelah.

“Eh, boleh pulak stop-stop????”

“Mana ayah tahu, ayah?”

“Ayah tahula. Ayah tak pergi Universiti pon tapi ayah banyak membca.”

Aduh… mencucuk-cucuk rasanya kata-kata itu. Kena lagi diriku…

*************

Pengajaran dari cerita :

  1. Pencegahan mungkar WAJIB dilakukakan, walaupun kesannya belum tentu.
  2. Jangan berdebat dengan sifu kalau tak bersedia sepenuhnya. (harapkan idea spontan, bungkuslah hujah-hujahmu itu jawabnya. Huhu..)
  3. Tuntutlah ilmu. Dengan ilmu, kita tahu membezakan yang benar dan yang palsu, yang bermanfaat dan yang memudaratkan, yang halal dan haram, yang diredhai dan dimurkai. Tahu tetapi belum mahu dan mampu? Kupanjatkan segala doa dan harapanku pada Tuhanku Yang Satu.
  4. Sayangilah orang sekelilingmu dengan terus menasihati ke arah kebaikan dan berdoa untuknya tanpa jemu.
  5. Merokok biar yang mahal. Oops! Haha…
Published in: on September 3, 2009 at 6:45 am  Comments (3)  

Buat diriku, yang sering lupa..


“Maaf doc, saya akan tuntut markah saya kat akhirat nanti.

“Takde sape amik soca harini. I mean it”

Tanpa saya sedari, banyak yang kaget dan terpaku sendiri. Samada dari jauh memerhati mahupun yang dekat yang mengenali. Status di YM menjadi saksi, kealpaan diri terhadap sang Murabbi, pemilik yang abadi. Membiarkan diri terbuai emosi, lantaran pertama kali mendapat B. Dalam hati, “padan muka ko radzi, banyak dosa lagi.” Alhamdulillah tuhan kifarah dosa ku di sini, daripada aku terseksa menanggung berat dosa di hari perhitungan nanti.

Tiba-tiba,seorang adinda bertanya, “ingat lagi post ADIK TAK DAPAT 9A, SEDIHLA BANG..tu? saya terkesan, mungkin anda patut membacanya supaya menjadi pengubat kepada luka kecewa.”

Ya, mungkin perlu ku ‘post’ semula, sebagai peringatan kepada diriku dan yang membaca. Daku percaya, cuma semalam daku terlupa…

Wallahu’alam…

Dr.radzi -10/06/2009

—————————————————————————————-

“Hmm… Tak taula erol, risau mak tengok adik ko. Sedih beno die tak dapat 9a.”

“Adik ade kat situ mak? Ce bagi kat die jap, bio oghang cakap ngan die”

Handphone bertukar tangan…

“Ha….. Hello….”, adik menjawab dengan suara sedih dan malas. Sepertinya tidak mahu bercakap dengan sesiapa lagi setelah kecewa dengan keputusan PMR yang diambilnya di Sekolah Izuddin Shah pagi tadi.

“Hai, lemah je gaye ni ape he??? Sape meningge???”

Adik tergelak kecil, die faham perangai abangnya yang suke bergurau walaupun nada suaranya seolah-olah tengah berbisik ingin memberitahu yang die tengah bersedih. Tak payah bagitau, abang dah tau. Cuma malas nak layan kesedihan dia tu, pandai-pandaila dia ‘cover’ kesedihan tu..

“Mane ade oghang meningge…adik tak dapat 9a. sedihla bang…”

“Dapat bape?

“6a jer..”

“Ooh, okla tu.. Alhamdulillah.”

“Ghame ke dapat 9a? bape oghang? Kawan-kawan sekelas?”

“Kelas adik takde yang dapat 9, 8 adela. Kelas lain adela yang dapat 9a.”

“Ooo… So, ape cite?”

Terdiam seketika tanpa sebarang suara dari hujung talian sebelah sana. Hanya terdengar bunyi bising talian…

“Adik……….?”

Setelah beberapa ketika baru dia menjawab,

“Nape adik selalu je dapat macam ni….??? Adik selalu je tak dapat apa yang adik nak. Dulu tak dapat 5a, sekarang ni pon tak dapat 9a. Adik dah berusaha bersungguh-sungguh dah. Adik dah buat banyak latihan dah. Macam-macam adik buat untuk dapat 9a PMR ni, tapi kenapela Allah tak bagi jugak. Sedih betula…”

Terdiam sebentar, kaku dengan pernyataan tersebut. Seorang ‘hamba’ mempersoalkan keputusan ‘tuan’nya. Seorang ‘hamba’ mempertikaikan tindakan ‘tuan’nya. Oh, manusia…

“Ya Allah, adik sedar tak ape yang adik cakap ni? Adik sedar tak adik cakap tu refer pada siape? Tahu tak sape yang bagi adik dapat keputusan tu? ALLAH, tahu tak?

“Tahuu…”, adik membalas lemah. Mana mungkin dia tidak tahu, dia sekolah agama.

“ Habis tu..??? Adik, cuba bawak bertenang, sabo… ”

Cuba adik bukak quran surah al-Baqarah ayat 216. Mungkin adik suka sesuatu,tetapi benda tu tak baik, dan mungkin adik tak suka sesuatu tapi benda tu baik bagi adik. Cube pikir elok-elok, Allah lagi tau ape yang akan jadi. DIA tahu ape yang telah, sedang dan akan terjadi, so bersangka baikla dengan Allah…. Adik tahu tak adik cakap camtu tadi adik dah bersangka buruk dengan Allah. Berdosa tahu tak?”

“Tahu…”, kembali menjawab dengan jawapan yang sama, tapi kali ini diiringi perasaan berdosa dan bersalah…

“Dengo abang nak cakap ni, ade dalam satu hadith sahih riwayat Muslim, nabi kata orang mukmin ni beruntung… Sebab ape? Sebab takde ape yang boleh menyedihkan orang mukmin ni kerana mereka ada Allah… Kalau diberi nikmat mereka bersyukur dan kalau ditimba musibah mereka sabar. Mereka tahu walau terkena duri pun itu adalah kifarah dosa. Jadi kalau ade musibah yang lagi besar dari itu, mesti lagi banyak kifarah dosa. Ringan hisab mereka di mahsyar kelak.

“Dah2, jangan nak sedih-sedih lagi. Bersyukur, orang lain lagi la, dapat 2,3a je… Rilex,ok?”

“Ok…………….”

“Dah bagi balik hp kat mak abang nak cakap ngan mak.”

Aku faham kenapa dia sedih, dia telah berubah dari seorang yang pemalas kepada seorang yang rajin setelah mendengar nasihat aku. Jika ingin berjaya seperti abang, buat begini, begini…. Banyakkan buat latihan, begini, begini…. Banyakkan doa, tawakkal, dekat dengan Allah. Begitu banyak nasihatku padanya memandangkan dia agak hormat padaku berbanding kata-kata kedua ibu bapaku. Bukan salahnya juga, anak bongsula katakan…

Dia berazam untuk keluar dari sekolah itu selepas tingkatan 3 sama sepertiku, dan mungkin jika ada rezeki juga berharap dapat ke KISAS. Oleh itu dia bersungguh-sungguh untuk PMR nya, aku faham kekecewaannya….

Namun itu bukan tiket untuk berburuk sangka pada Sang Pencipta. Sesungguhnya, mintalah pada Allah dengan jalan sabar dan solat. Sabar adalah kunci utama. Kunci pembeza antara hamba-hambaNya dikala ujian menimpa. Sedangkan ujian itu sendiri adalah dariNya….

Dua bulan kemudian aku diberitahu dia mendapat tawaran ke MRSM Berseri, Perlis. Terkejut!!! Haha, tapi itulah hakikatnya…

“Oit, camne bole dapat tawaran tu? Seghonokla tu?? Dah tak sabo-sabola nak pindah sekolah tu? Kalau tak dapat kelas sains camne?”

“Takpe, nanti adik tukar cite-cite”

“Haha, hangguk nak tuka cite-cite apenye. Kejap nak jadi doctor kejap nak jadi lain plak. Anyway, tahniah. Adik patut MALU HARITU ADIK BERSANGKA BURUK DENGAN ALLAH. Tengok ape DIA bagi kat adik? 6a pon dapat panggilan pertama MRSM.” Soalan yang tidak diharapkan jawapan. Biarlah dia memikirkannya sendiri. Sempat lagi aku bagi tazkirah dikala semua orang sedang gembira dengan berita tersebut. Aku juga gembira…

p/s: Sekarang adikku form 4, sedang belajar di sekolah barunya, MRSM Berseri, Perlis. Semoga dia berjaya mencapai cita-citanya dan di ‘faqih’kan agamanya. Amiiiiin…..=)

——————————————————————–

P/s: adik dah form5, dalam sibuk-sibuk nak periksa, sempat lagi pergi tournament Rugby Inter MRSM kat johor. Tapi bagus juga, abangnya dapat baju kejohanan. lalala~

Published in: on Jun 10, 2009 at 8:08 pm  Comments (13)  

Salam ibu dari Bumi Anbiya’


Tiba-tiba hp berbunyi, jam menunjukkan pukul 3 pagi….

(macam cerita hantu la pulak.=p)

“Hello…”

“Ha, mak. Tengah watpe?”

“Mak baru balik ni. Tadi solat maghrib dengan Isya’,pastu ni baru balik hostel. Mak try mesej tadi tak boleh. Mesej kaklong pon tak boleh. Ni yang mak call ni.”

“Camne? Seronok?”

“Dari Jeddah ke Madinah tu semalam jalan dia straight je… Mak tak tido, seronok je rasa perjalanan. Belum sampai ke mekkah lagi. Mekkah nanti tak tahula.”

“Jap, mak kata duk hostel? Ayah?”

“Asing, tak duk sekali… Ayah duk hostel laki. Mak ngan ayah dah macam tak kenal je dah. Tengok dari jauh je.” — tak tau kenapa, tapi rasa sweet je mak cakap macam tu. Kesian mak terpaksa berpisah dengan ayah. Kalau tak mesti macam belangkas jadi pasangan muda. Hehe….

“Tapi takpe, mak kawan ngan makcik ni dia dah biasa pergi. Kalini dia bawak anak dia. Anak dia doctor jugak, perempuan, baru grad.” —- Ehem2! Terbatuk pulak. Haih~~ =p

“Ayah? Ayah camne pulak mak?”

“Ayah ko ngan ustaz je jalannya. Die lagi kencang. Berdua je ngan ustaz”

Hahaha….Alhamdulillah, lafaz hatiku memujuk. Risau dan rindu pada mereka. Seperti anak-anak pulak rasanya mereka. Aku benar-benar khuatir tentang mereka. Mungkin begini perasaan seorang ibubapa memikirkan anak yang pergi berjauhan dari mereka.

Lindungi mereka Ya Allah… Berikanlah mereka kekuatan,kesihatan. Berikan mereka ketenangan dan nikmat beribadah yang mereka cari, amiin ya rab…

“Mak, kat sane kul berapa?”

“Ntah… Eh, kat sana kul berapa?”

“Kul 3 pagi. Hahaha…. Nasib orang tak tido lagi, tengah buat kerja sikit.”

“Laa…yeke…  Sori2, dah tak tau masa, dah tak tau tarikh dah mak ni. Seghonok beno. Hehe. Dah2, gi tido gi. Esok nak bangun awal pulak.”

“Hahaha…. Takpe, tak tido pon. Hehe, baguslah, orang tumpang hepi.”

-Senyum mode sepanjang malam. Hehe…-

Published in: on Mei 16, 2009 at 3:50 am  Comments (10)  

Mak, senyumla sikit…


“Assalamualaikum…

Pekabo mak? Tengah watpe? Sehat tak?”

“Waalaikumusalam… sehat.”

“Amboi dah nak gi umrah ni bz beno sampe lupe anak kesayangan kat indon ni ye mak? Takde mesej-mesej pon?”

“Hehe… takde la bz beno. Itu le, cadang nak mesej juge, tapi tak sempat nak mesej kamu dah call dah. Tingge nak beli barang2 je le. Mak nak beli beg. Tapi ayah kamu kata amik beg kaklong pegi PULAPOL aritu je, jangan membazir.”

“Abeh tu tak jadi beli le ni?”

“Ayah pakai beg kaklong. Mak beli baru. Hehehe…”

“Hahahaha…”

Hadiah untuk mak, menantu yang comel dan solehah, mak nak?=p

Hadiah untuk mak, menantu yang comel dan solehah, mak nak?=p

Ibuku, sudah ku anggap seperti rakan karib rasanya. Kalau dulu, bukan setakat bersembang mesra, nak duduk dekat pun terasa tidak selesa. Bukan kerana kurang mesra, tetapi kerana takut ada yang tak kena. Kalau duduk dekat, salah sedikit nanti senang sangat nak kena piat telinga! Baik duduk jauh. Hehe…

Tetapi sekarang, tiada lagi piat telinga. Tiada lagi cubit peha. Duduklah serapat mana pun, hanya kata-kata dan gurau senda yang muncul dalam bicara. Terima kasih tuhan, kerana memberi peluang untuk aku hidup dalam suasana begini. Jika salah seorang diantara kami ditakdirkan mati bertemu Ilahi, pasti akan terasa sunyi dan pilu di hati.

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Adil, kasihanilah sahabat-sahabatku yang telah kehilangan ibu. Berikanlah mereka kebahagiaan seperti mana kau berikan pada ku. Demi ALLAH, tidak akan aku sia-siakan peluang ini. Kerana tidak seperti sebahagian dari sahabat-sahabatku, Kau menjemput ibu mereka meninggalkan mereka bersendiri. Kasihanilah mereka Ya Allah. Berikanlah kekuatan dan kelebihan pada mereka. Amiiiin….”

Insya Allah mak dan ayah akan bertolak ke tanah suci Mekah untuk menunaikan Umrah buat pertama kali pada 14hb Mei ini. Teruja sekali rasanya. Gembira tidak terkata.

“Mak, mesti seronok dapat melawat kampong nabi kan? Mak, nak ikot! Nak ikot!”

“Mak tak mampu nak bawak semua anak-anak mak, mungkin lain kali ada rezeki kita dapat pegi same-same”, ada nada sedih dapatku baca dalam mesej mak itu.

“Mak ni, orang bergurau dia ambil serius pulak. Hmm…”

“Mommy! Happy Mothers Day! Mmmmuuuahh3x! Walaupun orang punye Hari Ibu tiap-tiap hari, tapi harini special sikit so bagi kat mak flying kiss. Hehehehe…. Semoga sihat selalu mak.=)”

“Mak pun doakan anak-anak mak semoga sihat selalu”

Boleh pulak mak jawab macam tu je????? Hmm….

Tidak tahu apa pucanya. Semakin dekat tarikh untuk mak dan ayah berangkat, semakin tawar mesej-mesej mak padaku. Gurau sendaku tidak diendahkan. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan. Mungkin dia takut akan keadaan kesihatannya. Dia takut untuk menyusahkan ayah di kota Mekah nanti. Dia takut untuk merisaukan anak-anaknya sepeninggalannya ke sana nanti. Dia takut tidak sihat sepenuhnya untuk menunaikan ibadah ketika Umrah nanti. Mungkin banyak benda yang ditakuti dan dirisaukannya.

Aku mengerti. Mak risau tentang lututnya. Walaupun kedua-duanya telah dimasukkan besi akibat masalah arthritis, tetapi sakitnya itu sering muncul tanpa diundang.

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Tahu, aku menangis memohon kepadamu. Kembalikanlah senyuman di bibir ibuku. Berikanlah dia kesihatan, kekuatan, untuk meneruskan niat sucinya beribadah kepadaMu. Permudahkanlah urusan mak dan ayahku, di sepanjang perjalanan mereka. Kerana Kau lebih tahu, usaha dan kesungguhan mereka mengumpul wang dan rezeki dariMu, hanyalah untukMu…”

Semoga dipermudahkan urusan mereka. Semoga diterima setiap amalanku dan amalan mereka. Amiiin, ya Rabb, Tuhan yang Maha Mendegar doa hamba-hambaNya.

Seronok dapat menghayati kehidupan kampung halaman rasul

Seronok dapat menghayati kehidupan kampung halaman rasul

“Rol, ape ke ghase naek kapal teghobang tu? Idak ke gayat?”

Lagi satu, mak memang takut tinggi, dan ‘gene’ tu turun ke adek.=p

Ayah? Dia maintain cool…. Apa pun terjadi, dia akan tetap tenang dan mampu mencari penyelesaian dengan positif dan berkesan.

And as expected, I got dat ‘gene’. Haha…(Cuma mungkin kadang-kadang agak sedikit ‘gila’, adalah kerana campuran dari ‘gene’ suka bergurau dari mak.)

SAYA SAYANG MEREKA BERDUA! (^^,)

p/s: Soalan lazim dari Non Muslim, “kami dikatakan salah kerana mereka-reka imej Tuhan, menyembah imej Tuhan yang kami cipta dan buat sendiri, tetapi mengapa Orang Islam sendiri menyembah berhala paling besar di dunia? Batu empat segi, berhala paling besar, di Mekah?”

Saya memberi peluang sahabat-sahabat yang pergi ke seminar Comparative Religion di Bandung tempoh hari untuk menjawab soalan ini.=) Penuhkan komen di bawah ye? Hehehe…

Published in: on Mei 11, 2009 at 9:57 pm  Comments (42)  
%d bloggers like this: