Bangkitlah! Jadi manusia hebat!


Wahai manusia, makhluk berakal,

Dicipta Tuhan, bukan sia-sia,

Tiada yang bodoh tiada yang bebal,

Asal hidup tidak putus asa!

Fikiran manusia menentukan siapa dirinya,

Sangkaan manusia menentukan takdir Tuhannya!

 

“Aku tiada kelebihan”,

Bukanlah perkataan rendah diri yang harus dikagumi,

Ianya doktrin buruk yang membunuh potensi!

 

Setiap manusia ada uniknya,

Tak percaya cuba tengok Guinnes Book of World Record,

Betapa aneh dan peliknya mereka!

 

“Aku tak mampu berjaya”

“Aku lemah dalam macam-macam perkara”

Adalah ungkapan negatif yang membunuh jiwa,

Merosakkan masyarakat, merosakkan tamadun manusia!

 

Suatu ketika dulu orang Arab dipanggil Jahiliyah,

Kerana kebodohan dan kemunduran ‘sikap’ mereka,

Mereka mungkin hebat berbisnes dan bersyair,

Tapi mereka mundur dan bodoh kerana salah cara fikir!

 

Cara fikir yang berorientasi dunia,

Berebut kekayaan dan keseronokan sementara,

Yang hebat tidak kemana, yang lemah jadi Hamba nan Hina!

 

Cuba lihat zaman majunya mereka,

Setelah dididik Nabi Muhamad hakikat dunia yang sementara,

Tiada lagi dengki menjatuhkan sesama,

Tetapi  bersaing menjadi yang paling bermanfaat buat manusia lainnya!

 

Cuba kenang tokoh-tokoh dahulu,

Nama-nama Arab yang sungguh dihormati,

Contohi sikap dan ilmunya satu-satu,

Ibnu Sina, Al-Farabi, Ar-Razi,  semuanya ilmuan yang sentiasa meneliti!

 

Mencari tahu dan terus mencari tahu,

Meneliti dan terus meneliti,

Menggegarkan dunia dengan pelbagai ilmu dan teori!

 

Mahirkan diri dalam bidang yang kita ceburi,

Jadi orang yang paling hebat dalam bidang kita sendiri,

Tahu dan fokus apa yang akan kita kecapi,

Kejar cita-cita, jadi manusia berprestasi!

 

Kini bukan zaman ikut-ikutan,

Bukan zaman asal-asalan!

 

Zaman sekarang zaman berkontribusi,

Mendidik umat dan diri sendiri!

 

Apa pun bidang, apa pun kecenderungan,

Gilapkan bakat tingkatkan pengetahuan,

Jadi pakar jadi contoh ikutan,

Barulah sesuai dikatakan makhluk hebat ciptaan Tuhan!

 

Wahai insan yang bakal mati,

Jadilah manusia hebat yang berbakti!

Advertisements
Published in: on September 6, 2012 at 12:54 am  Comments (3)  

MOTIVASI program ISMEC : Mustahil??


Sebelum datang ke Indonesia, saya dan kawan-kawan yang sama-sama belajar di pusat persediaan pelajar ke luar Negara, INTEC mendapat banyak pendedahan dan ilmu berkaitan agama. Di INTEC kami bertemu macam-macam orang, dan mereka semuanya hebat-hebat belaka. Alhamdulillah, saya bersyukur telah ‘berguru’ dengan mereka.

Salah satunya adalah Prof Dr Abdul Latiff, dan kawan-kawan dari IMAM. (Islamic Medical Association of Malaysia). Semalam, Prof Latiff datang ke Bandung menerima jemputan untuk program yang dianjurkan oleh PKPMI Pusat, iaitu Islamic Medical Conference (ISMEC). Alhamdulillah, dengan menghadiri program semalam, saya mendapat semangat dan kekuatan kembali!!!

Umum sudah mengetahui, bahawa untuk berjaya kita perlukan niat/matlamat. Tetapi niat dan matlamat itu sahaja tidak akan tercapai tanpa usaha. Kita perlu berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahu, pergi kearah matlamat yang ingin kita tetapkan itu. Saya tahu benda ini, dan saya yakin anda semua juga tahu.

Cuma MASALAHNYA adalah aplikasi.

Kita tahu teori, tapi kurang tahu tentang aplikasinya. Ramai yang kurang tahu bagaimana jalan dan cara mencapai matlamat itu. Ramai yang kurang tahu bagaimana usaha dan rahsia untuk merealisasikan matlamat itu. Jadi, untuk tujuan itu, perkongsian dan pengalaman yang diberikan oleh orang ‘terdahulu’ yang melalui benda yang sama sebelum kita, itu yang sangat bermanfaat.

Bidang kita sama, jadi kita lebih saling memahami jiwa dan suasana sekeliling kita.

Bidang kita sama, jadi kita lebih ‘connected to each other’.

Bidang kita sama, jadi pengalaman dan usaha-usaha mereka boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

1.       PRIORITIZE

Dahulukan yang penting, kemudiankan yang kurang penting. Susun keutamaan dan kepentingan, bergerak mengikut keutamaan dan mengikut urutan. Tujuan hidup kita adalah khalifah. Dan khalifah berfungsi untuk IMPROVE HIMSELF, IMPROVE OTHERS, and IMPROVE ENVIRONMENT!

To improve ourselves kita harus cemerlang dalam akademik!

To improve others kita harus berakhlak mulia, berbaik sangka, dan menegur rakan-rakan kita!

To improve environment kita harus PEDULI dan ambil tahu. Bijak dan cekap menguruskan segala masalah dunia!

Bercakap mengenai prioritize juga, kata Prof Dr Latiff, beliau bernikah ketika usia 21 tahun.

“Kalau tak nikah lagi kita akan sibuk fikir pasal ‘pasangan-hidup’. Lepas nikah saya dah tak perlu fikir pasal tu lagi, saya dah boleh fikir/focus pasal benda lain dah. Ada banyak benda lain yang harus saya buat lagi.”

Dengan bernikah, seorang daie akan naik darjatnya ke satu level yang lebih tinggi kerana dia tidak lagi perlu memikirkan ‘tentang itu’. Seorang daie yang sudah bernikah akan lebih mudah focus kepada kerja-kerja dakwah, kerja-kerja organisasi, kemasyarakatan, ummah dan merancang ‘something bigger’!!! Hmm… kalau aku dah nikah insyaAllah aku pon dah boleh focus kat benda lain dah…. Dah boleh menjadi orang yang lebih ‘visioner’ dan ‘do something bigger’??? Hmm… – mengomel dan membebel pada diri sendiri. Hehe…PerGALAUan* bebas!!!=p

 

G.A.L.A.U

2.       FOCUS

Secara teorinya, ramai yang tahu bahawa untuk berjaya harus ada usaha. Tetapi ramai yang lupa bahawa USAHA YANG TIDAK FOKUS akan sia-sia!

Kata Prof Dr Latiff, setelah dicabar oleh kisah gurunya yang tidak pernah dapat kurang dari A dalam setiap peperiksaan, beliau berazam untuk menjadi seperti itu juga. Dan pada penghujung tahun kedua (kalau tidak salah), beliau telah mendapat semua A untuk setiap 14 subjeknya.

Pelajar perubatan score semua A dalam peperiksaan??? Ini macam mustahil je???

Semenjak dari itu, beliau score dalam setiap peperiksaan, tak pernah tak dapat A, dan mendapat anugerah diraja (mengadap Sultan untuk mendapat anugerah) pada penghujung pengajian. Cuma dua orang yang dapat anugerah tersebut, dan beliau salah seorangnya! Seorang lagi adalah dari kaum bukan bumiputera. Jangan lupa juga, beliau waktu itu sudah bernikah dan mempunyai anak.

“Waktu saya grad saya dah ada dua orang anak.”

Bayangkan, mustahil atau mustahil? Ya, jawapannya mustahil.

Tambah lagi cerita mustahil dari beliau, program Master (specialist) dan PhD yang sepatutnya dihabiskan dalam masa tertentu, beliau dapat habiskan dalam masa kurang dari setengah tempoh asalnya. 5 tahun, boleh dihabiskan dalam masa 2 tahun. 2 tahun, boleh dihabiskan dalam masa beberapa bulan. (saya lupa ceritanya, 9 bulan mungkin)

Intinya, beliau excellent dan menghabiskan studynya dalam waktu super cepat! Ingat, beliau juga aktif berorganisasi dan telah mempunyai anak isteri! MUSTAHIL??

Sebenarnya tidak, petua dan tips beliau cuma satu, FOCUS!!! 

Focus di sini bermaksud membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

Masa study, focus untuk study.

Masa main, focus untuk main.

Masa tidur, focus untuk tidur (get a deep/enough sleep).

Masa solat, focus untuk solat (khusyu’ dalam ibadat).

Tetapi apa yang sering kita lakukan, masa study bukak facebook…

Masa main, berlanjut sampai berjam-jam…

Masa tidur, sembang-sembang…

Masa solat, fikir ‘future planning’…

Masa nak buat kerja, fikir isteri dan kecomelan anak…(yang sudah berkeluarga)

Dan kita akhirnya tidak mencapai puncak kecemerlangan dalam apa yang kita buat.

WE ARE NOT FOCUSING! WE ARE EASILY DISTRACTED!

Umat Islam harus tahu priority, harus focus pada setiap kerja dan tindakan. Dunia banyak perkara melalaikan, jika tidak kita kawal, bahagi masa dan susunkan, hancurlah dunia, hinalah manusia!

30 minit sehari untuk korea, 30 minit sehari untuk facebook? Boleh… Asalkan focus, dan tidak mengganggu jadual aktiviti lain. Mari susun jadual ‘hiburan’ peribadi. (^^,)v

3.       DON’T PROCRASTINATE

Motivasi datang kejap naik motor, kejap lagi dia pulang. Kejap naik Mercedes, kejap lagi dia pulang. Tugas kita adalah jangan sampai mereka (motivasi-motivasi) ini pulang, mulakan semua yang positive itu sekarang, dan mari mengubah masa akan datang!!!

Terima kasih pada sahabat-sahabat (bukan AJK) yang telah membantu berlangsungnya program ini. Di INTEC saya dapat macam-macam, di Bandung saya mahu kita semua dapat macam-macam. Semoga Allah membalas jasa anda-anda semua dengan SYURGA YANG TERTIGGI!

  1. Mohd Arif Marsin
  2. Farhana Yem
  3. Najiha Jalil
  4. Farah Wahidah Sazali
  5. Siti Nur Illyyinna
  6. Ahmad Zulhazwan
  7. Ahmad Zulfahmi
  8. Sahabat-sahabat 7 Hearts Enterprise
  9. Mr. Boss, Khairul Hafidz Alkhair

Wallahua’lam.

********** ISMEC 2011, BANDUNG *************

*GALAU = Angau / jiwang / jiwa kacau / gedik / gatai / mengada-ngada

(Kamus bahasa ‘sembang’ Indonesia edisi PERTAMA. Hehe…)

Published in: on Oktober 16, 2011 at 4:41 pm  Tinggalkan Komen  

Catatan Syawal : Ujian Tuhan…


SELAMAT HARI RAYA!
Salam sejahtera buat yang membaca, semoga amalan kita semua diterima…

Penghujung Ramadhanku tidak memberangsangkan. Aku kecewa dan sedih tak terkata. Ya, aib jangan dibuka jangan dicerita. Tapi mungkin sebagai iktibar dan nasihat, buat sahabat-sahabatku semua yang mahu ke syurga.

Syurga jalannya tidak mudah. Dan dunia juga tidaklah sentiasa indah dan cerah…

Penghujung Ramadhanku tempoh hari amat memenatkan. Memenatkan minda dan jiwa yang resah. Aku ditimpa musibah, dek kerana kelalaian dan sifat mudah percayakan orang. Akibatnya, diriku tertipu, terduduk menung meratapi kebodohan dan kedunguan diriku. Bodoh kerana terlalu percayakan orang. Bodoh kerana bersangka baik pada orang yang memang berniat menipu. Pahala berganda tidak terkejar, sebaliknya hutang, beban kerja, masalah dengan rakan dan keluarga yang merungsingkan minda.

Semua serba tidak kena. Di luar cuba ketawa di dalam kosong tak bersuara. Seolah-olah seluruh dunia sedang menghukum dan menyiksa diri ini. Hanya aku dan Tuhan, tempat mengadu dan meminta ihsan. Maafkan aku wahai teman, andai diriku menyakitkan dan menyebalkan…

Catatan tidak penting pelepas tekanan, mengharpkan senyum buat meringankan beban. Allahu musta’an…

Published in: on September 19, 2011 at 5:43 pm  Comments (2)  

Ramadhan


Ramadhan melangkah perlahan meninggalkan kita…

Ramadhan berjalan sambil menoleh kepada manusia…

Ramadhan menatap penuh makna…

Meninggalkan manusia yang sering lalai dan alpa…

Kini Ramadhan semakin sayup, kelihatan muncul Syawal bergaya…

Syawal datang melangkah mara…

Berselisih Ramadhan di hujung sana…

Ramadhan dan Syawal, membawa erti yang berbeza…

 

Dulu, Ramadhan tidak kukenali…

Dia datang dan pergi tidak jugaku rasai…

Hanya Syawal yang kunanti-nanti…

Disambut hangat dipeluk erat…

 

Kini Ramadhan menjadi kekasih…

Tak sanggup berpisah tak sanggup kecewa…

Jangan pergi wahai gudang pahala…

Jangan tinggalkan aku dengan dosa-dosa….

Jangan tinggalkan aku…

 

Ramadhan tetap berlalu pergi…

Menatap manusia yang selalu rugi…

Ramadhan berlalu pergi…

Ramadhan melangkah menghilangkan diri…

Ramadhan…

 

 

Published in: on Ogos 19, 2011 at 5:57 am  Comments (2)  

Kadang aku minta pada tuhanku….


Kadang aku rasa apa yang aku minta pada tuhan itu betul…

Dan aku insist untuk mendapatnya…

Padahal sebenarnya sesuatu itu buruk untuk aku…

Astaghfirullah, aku tunduk menangis tersedu-sedu…

Menahan malu dan kejahilanku terhadap keagunganMU…

 

Setiap hari aku mengadu pada tuhan,

Untuk membaikkan segala urusan…

Dari sebesar-besar urusan, sampai sekecil-kecil pemikiran,

Aku meminta diberi petunjuk dan ihsan tuhan…

 

Ya aku manja…

Manja kepada Tuhanku yang Maha Esa…

Semuanya aku tanya DIA,

Semuanya aku mintak izin dariNYA.

Kerna aku bodoh tanpa ilmuNya…

Aku sesat tanpa petunjukNya….

Hanya DIALAH pemberi suka dan tawa,

Kerna hanya DIALAH penghilang tangis dan duka.

 

Aku memberi nasihat kepada rakan dan keluarga,

“positifkan diri, anda pasti bahagia”

Kerna hakikatnya yang paling nyata

Aku juga faham erti duka dan sengsara..

Cuma “positif” yang mendekati taqwa,

Mengajar manusia SYUKUR apa yang ada…

Lihat dan renungi apa kita punya,

Jangan menghitung apa yang hilang dari dakapan kita,

Dengan syukur, senyum pasti mengekor sentiasa,

Biar badai sibuk melanda…

 

Perjalanan hidupku sudah tidak lama,

Kerna telah aku habiskan 25 tahun dari tempoh keseluruhannya…

Aku berharap menjadi ahli syurga

Namun masih mengejar kebahagiaan didunia.

 

Tuhanku, izinkan aku tertawa disyurga

Dan tetap terjaga mendapat hidayah di dunia…

Jikalau dosa-dosaku dikafarahkan menjadi sakit dan kesusahan hidup,

Nescaya aku akan sengsara selama-lamanya. Astaghfirullah…

Ampunkan dosaku…

Published in: on Julai 8, 2011 at 2:19 pm  Comments (4)  

Siapa paling bahagia?


 

Gambar Hiasan

Di suatu petang…

Seorang petani yang kepenatan menguruskan sawahnya bergurau senda bersama isterinya dalam perjalanan pulang ke rumah. Tiba-tiba terlihat oleh mereka suatu pasangan suami isteri sedang bergelak ketawa di atas basikal tua. Kata petani pada isterinya,

“Maknya, tengok Pak Leman tu. Seronok diorang ada basikal tua boleh bawak diorang suami isteri jalan-jalan amik angin petang ye? Kalau kita ada juga kan bagus, hmm….”

Pak Leman penat mengayuh isterinya yang berat lebih 10 kg daripada dirinya sendiri. Orang-orang tua kata, isteri gemuk tanda bahagia dan suami pandai jaga. Jadi sebab itulah Pak Leman berbangga. Sedang Pak Leman mengayuh, tiba-tiba Pak Selamat berserta isteri yang membonceng motosikal melintas laju dari belakang mereka. Terselak kain isteri Pak Selamat dek kerana kelajuan motor Pak Selamat itu. Sambil marah di dalam hati, Pak Leman mengomel perlahan…

“Kalau ada motosikal macam mereka kan bagus. Takdela susah-susah nak kayuh basikal tua ni. Laju je nak sampai ke mana-mana. Penat pon tak penat. Hmm…”

Pak Selamat yang sedang memecut laju sambil dipeluk erat si isteri cuba mengelak lopak dan lubang-lubang di jalan yang berisi air lumpur akibat hujan lebat malam semalam. Tiba-tiba datang dari arah berlawanan, sebuah kereta Wira 1.5cc dipandu seorang lelaki segak, melanggar lopak di jalan sekaligus memercikkan kotoran lumpur ke badan Pak Selamat dan isteri. Pak Selamat lantas mengamuk.

“Mentang-mentangla naik kereta, tak kena hujan panas, main langgar je lubang-lubang air yang ada. Kalau aku ada kereta macam tu pasti aku dan isteri tak terkena percikan lumpur ni. Hmm….”

Saiful yang memandu sendirian sekadar memandang cermin pandang belakang untuk menghilangkan rasa bersalahnya. Fikirannya melayang sehinggalah dia memandu keretanya melewati kawasan sawah milik petani tadi. Kelihatan petani itu sedang berlari-lari anak dikejar isterinya. Mungkin dimarahi setelah minta kahwin lagi satu gamaknya. Entah kenapa, tiba-tiba Saiful merasa sedih…

“Kalaulah aku sudah berkahwin, pasti hidupku lebih ceria dan gembira seperti mereka…”

Merenung mencari kekurangan...

PERSOALAN DARI CERITA DI ATAS :

SIAPAKAH YANG PALING BERUNTUNG DAN BERBAHAGIA???

Petani cemburukan Pak Leman berbasikal.

Pak Leman cemburukan Pak Selamat menaiki motor.

Pak Selamat marah, inginkan kereta.

Saiful sedih, inginkan isteri.

Hidup takkan beruntung dan berbahagia, jika anutan dan idola kita adalah keberuntungan dan kebahagiaan orang lain. Hidup akan sentiasa resah dan gelisah.

Sentiasa marah-marah dan berkeluh kesah.

“Kenapa aku begini tapi orang lain begitu?”

“Kenapa asyik aku yang lemah, orang lain tak pernah lemah?

“Kenapa asyik aku yang kalah, orang lain tak pernah kalah?”

“Kenapa aku sering malang, tapi orang lain sering bahagia?”


MERASA TAK CUKUP --> SEDIH --> STRESS!

Berbalik pada cerita di atas, tiada yang lebih malang, tiada yang paling bahagia.

SYUKUR DAN SABAR.

Surah Al-Baqarah 2:45

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’

Surah Luqman 31:12

Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kebijaksanaan kepada Luqman, yaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”

Tanpa Syukur kita gelisah.

Tanpa Sabar kita marah-marah.

Manusia insan tamak. Tamakkan dunia, inginkan segala-galanya. Sedangkan lupa hakikat manusia, hanya menumpang di alam yang fana. Meminta dan sering meminta, tanpa sabar dan syukur pada Yang Esa.

Semua manusia dikawal minda,

Minda yang sihat berlandaskan agama.

Dari kacamata agama, kita memandang dunia!!!

Published in: on Januari 13, 2011 at 6:22 pm  Comments (4)  

Forum : ULTRAMAN MENJELMA!


“Assalamualaikum…..

Abang radzi free ke 12 haribulan 11 nanti? Kami nak adakan forum tentang Qurban, dan kami nak menjemput Abang Radzi sebagai ahli panel. Boleh?”, sapa mesra adik junior yang menguruskan program sempena Hari Raya Qurban di sini.

Sebelum ini, saya hanya pernah dijemput sebagai moderator. Tetapi kali ini berbeza. Dijemput sebagai ahli panel, berbunga-bunga hati ini memikirkan ‘saham pahala’ yang boleh dan bakal saya lakukan.

Ya, saya memandang peluang-peluang ini sebagai ‘saham pahala’.

Mungkin saya tidak setanding dan setaraf dengan dua ahli panel lain yang kedua-duanya bergelar ustaz. Bahkan, mungkin saya tidak layak sama sekali untuk menjadi ahli panel. Tetapi disebabkan peluang ini adalah peluang untuk saling berkongsi, saya menyambutnya dengan hati yang berani dan semangat yang menjulang tinggi. Sudah lama tidak berceloteh, he he he…

“Tajuknya sahaja sudah membosankan, kalau aku jadi audience confirm aku tidur”, sampuk seorang teman ketika saya menceritakan tajuk yang akan dibincangkan.

“Tajuk yang berkaitan dengan agama, jarang yang tidak bosan. Tergantunglah bagaimana penyampai menyampaikan tajuk tersebut dengan berkesan”, balas saya di dalam hati. Ada benarnya perkataan teman itu, jadi tanggungjawab berat kepada para pendakwah untuk menjadikan tajuk berkaitan agama ini menarik dan mudah difahami. Nabi juga berdakwah dengan bahasa ‘audience’nya, tidak ‘syok sendiri’ bak kata orang muda.

Ultraman, MENJELMA!

Setiap dari kita yang lahir di dalam keluarga Islam, jarang menyedari hakikat bahawa kita adalah orang yang bertanggungjawab mengamalkan Islam.

Tugas mengamalkan Islam hanya diserahkan kepada orang-orang alim, pelajar sekolah agama, anak mufti dan para ustaz, budak ‘skema’, budak ‘nerd’, orang yang lurus bendul, dan sebagainya. Islam telah dilupakan oleh orang Islam itu sendiri. Bukan kerana Islam itu lemah dan terkebawah, cuma kerana keislaman itu TIDAK DISEDARI. Umpama seorang hero di dalam cerita ultraman, yang tidak sedar bahawa dia telah ditakdirkan untuk menjadi seorang ultraman.

Selagi dia tidak menyedari hakikat dirinya, dia akan membiarkan segala kerosakan yang dilakukan oleh para raksasa yang huduh lagi hina.

“Kita tunggu Ultraman datanglah. Ultraman pasti akan berlawan dengan raksasa dan selamatkan kita”, bisik hero tersebut di dalam hati, padahal DIALAH ULTRAMAN SEBENAR YANG BELUM MENJELMA!

“Aku bukan Ultraman, aku lemah, aku kecil, aku tidak pandai berlawan, aku bukan dari keluarga Ultraman, bagaimana boleh aku melawan raksasa…”


KAU HARUS MENJELMA JADI ULTRAMAN DULU, brader!

Seorang manusia biasa yang berketinggian sekitar satu atau dua kaki lebih dan cuma berotot tulang empat kerat, sememangnya tidak akan mampu menangkis segala mehnah dan kebejatan yang dilakukan oleh raksasa. Mungkin boleh disebut seperti kuman di kuku kaki raksasa. Tetapi seorang Ultraman yang berketinggian hampir serupa dengan raksasa, disertai power dan fire yang luar biasa, pasti akan dapat memberikan tentangan kepada raksasa.

Begitu juga dengan orang Islam, orang Islam yang tidak menyedari bahawa dia adalah orang yang hebat yang diciptakan Tuhan dengan kelebihan akal dan kebijaksanaan, pasti akan mengalah dan bertindak “AKU TIDAK PEDULI” dengan kejahatan dan keburukan di sekelilingnya. Lebih parah lagi, jika memang berniat dan bercita-cita untuk menjadi RAKSASA!

Setiap ultraman akan membawa keamanan pada sekitarnya. Ultraman mungkin tidak menyelamatkan Malaysia jika diserang raksasa, tetapi paling tidak ultraman mampu menyelamatkan Jepun. Begitu juga dengan orang Islam, kita tidak mampu menyelamatkan dunia, tetapi kita mampu mengubah suasana dan keadaan di sekeliling kita. Biarlah menjadi seperti kata pepatah, “Campak ke laut jadi pulau, campak ke darat jadi gunung”. Kemana sahaja kita berada, kita memperbaik dan memperelokkan suasana.

Peranan dan tanggungjawab para pemuda generasi Islam sekarang adalah untuk MENJELMA.

Bukan menjelma menjadi Ultraman, tetapi menjelma menjadi seorang Muslim!

Jika hakikat ini sudah diterima, tiada lagi sikap acuh tidak acuh tentang agama. Tiada lagi alasan ‘aku budak jahat dan tak belajar agama’, tiada lagi alasan ‘aku bukan ustaz, aku bukan budak alim’, kerana tanggungjawab melawan raksasa syaitan, yahudi dan nasrani, itu terletak di bahu setiap dari kita yang mahukan syurga.

Mahukan syurga harus berusaha!

Mengaku Islam dan menjelma sebagai orang Islam sahaja tidak mahu, malulah sedikit untuk mengimpikan syurga. Entah-entah bau wangian syurga pun tidak merasa.

Alhamdulillah semua audience menjelma malam itu.=)

Malam itu diakhiri dengan ‘amaran’ moderator untuk berhenti bercakap. Jika tidak diberi amaran tersebut, mungkin lebih lama saya bercerita tentang ‘peranan menyedari diri kita Ultraman’. He he he…

Published in: on November 14, 2010 at 4:25 pm  Comments (3)  

Ku saksi kematian itu, kutangisi segala dosaku…


Sesungguhnya Ya Allah,

Engkau benar.

JanjiMU benar.

Syurga itu benar.

Neraka itu benar.


Aku melihat kematian sahabatku…

Di saat itu aku takut Ya Allah…

Aku terlalu takut sehingga sebak rasa di dadaku…

Aku terlalu takut sehingga mengalir airmataku…

Aku terlalu takut sehingga teresak-esak tangisku…

Aku terlalu takut dengan hakikat itu…

 

Apakah kesudahan hidupku nanti…

Apakah nasibku setelahku mati nanti…


Adakah aku akan mendapat redha dan syurgaMu

Ataukah aku dimurkai dan dibenci olehMu.

Aku mohon padaMu, keampunan dan belas kasih dariMu…

 

Ya Allah…

 

Sahabatku pergi dengan tiba-tiba,

Dalam keadaan baik tidak disangka-sangka.

Permudahkanlah urusannya.

Kerana mungkin pengakhiranku juga begitu….

 

Ampunkan aku Ya Allah,

Berilah kematian dan pengakhiran yang baik buat diriku…

Berilah ketenangan dan kemudahan bagi orang yang akan menguruskanku…

Berilah aku kelebihan mati Syahid dijalanMu.

Matikanlah aku dalam keadaan memperjuangkan agamaMu.

Matikanlah aku sebagai salah seorang yang menjulang agamaMu.

Kerna aku terlalu rindu bertemu idolaku, saat itu sangat-sangat aku tunggu.

Pasti mengalir airmataku jika Engkau izinkan aku bersama kekasihMu,

Kerna ku tahu beban dosa dan kesalahanku.

Astaghfirullah…

Aku sangat-sangat mengharap belas dan redhaMu ya Allah…

 

Ampunkanlah dosa-dosa ibubapaku…

Ampunkanlah dosa ahli keluargaku…

Ampunkanlah dosa sahabat-sahabatku…

Kerna ku tahu mereka juga takut padaMu.

 

Amin…

Amin ya Rabbal ‘Alamin, ya Sami’ul ‘Alim….

Published in: on Oktober 22, 2010 at 5:22 pm  Comments (3)  

TERUSKAN USAHA, JANGAN PUTUS ASA


Pernah suatu ketika itu, aku bersemangat untuk berubah.
Bersemangat untuk berjaya.
Bersemangat dan bercita-cita besar mahu menjadi hebat lagak sang juara.
Tetapi semangat itu sudah pudar warna, penat ku cari hilang entah ke mana.
Adakah kerana ujian ku semakin hampir tarikhnya?
Adakah kerana aku belum cukup bersedia?
Adakah kerana masa sudah terlalu suntuk untuk aku berusaha dan memerah tenaga?

Percaya, Berjaya

Kata dia,
SEMUA ORANG MAMPU BERJAYA,
SEKIRANYA PERCAYA DAN TERUS BERUSAHA.

Tapi
Sekarang dah tiada masa.
Peperiksaanku sudah tiba.
Aku sedar diriku siapa dan aku patut berhenti dari berusaha.
Dapat ala kadar pun tidak mengapa…

Wajarlah aku berputus asa…
Aku patut berputus asa…
Aku bodoh dan tak pernah berjaya, jadi usaha bagaimanapun takkan mampu berjaya.
KARUT!
Itu semua kepercayaan karut yang merendahkan diriku!
Aku tidak boleh berputus asa!
Tidak boleh!!!

PUTUS ASA bererti PUTUS HARAP.
Dan orang yang putus harap adalah orang yang tidak percaya kepada Tuhannya.
Tuhan yang maha agung, maha bijaksana, sentiasa mahukan hambanya BERHARAP kepadaNya. Tuhan tersenyum memandang hambaNya meminta padaNya. Tuhan gembira hambaNya berharap hanya padaNya. Tuhan terharu melihat airmata kita. Tuhan takkan kecewakan harapan kita…

Dengan HARAPAN muncul DOA.
Dengan DOA wujud KEPERCAYAAN.

Percaya bahawa semuanya MUSTAHIL dengan kehendak Tuhan.
Percaya bahawa semuanya dibawah kekuasaan Tuhan.
Percaya bahawa tuhan itu maha berkuasa untuk menolong hambanya yang BERUSAHA SEDAYA UPAYA.

Jadi aku tidak harus berputus asa.
Aku harus terus PERCAYA dan BERUSAHA.
Walaupun kadang-kadang diriku malas mengikut jadual belajarku yang sedia ada.

Poster impianku sudah merata.
Cita-cita dan kejayaanku sudah ku umumkan pada keluarga.
Kini tinggal aku terus berusaha.
Berusaha, berusaha dan terus berusaha.
Sampai aku berjaya mencapai cita-cita.

Selagi belum dicabut nyawa, selagi itu aku berusaha.
Untuk menjadi insan berjaya, membawa bangga nama agama.

Aku Cuma Manusia Biasa
Yang berusaha tanpa putus asa
Yang mampu berjaya dengan izinNya
Kerana ku ada YANG MAHA KUASA!!!

Published in: on September 17, 2010 at 2:20 am  Comments (8)  

Andai seorang lelaki itu datang…


Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman…
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman…
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur…
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya…
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu…
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya…
Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu…
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu…
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu…

MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,

“Kau sangat comel pada mataku”
“Kau dah seperti adik kandungku”
“Lu keras mcm tomboy takkan lu nak feeling dengan gua”
“Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit”
“Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku”
“Aku tahu kau sunyi, aku tak kesah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti”
“Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang ‘menumpangkan’ bahuku”
“Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain”

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang…
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang…

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu ‘syaitan’ lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki…

Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang…
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan matang

Andai seorang lelaki itu datang….

Published in: on September 12, 2010 at 9:25 am  Comments (6)  
%d bloggers like this: