Tunang – Rahsia vs Umum


Ada orang post video “I’ve been proposed & I’m engaged” di facebook dan ramai yang share dan bercerita tentangnya. Ada yang kata comel, ada yang kata sweet, ada yang kata macam-macam lagi…

Selepas menontonnya, ada suatu tanggapan dan cara pandang yang berlainan yang saya rasakan. Saya kurang bersetuju kerana pada pendapat saya perbuatan ‘mengiklankan’ pertunangan itu sesuatu yang tidak harus dilakukan. Kalau tak jadi kahwin nanti macam mana???

Saya pernah mendengar ada hadith yang lebih kurang berbunyi, “rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan” namun saya kurang ingat perawi dan matan hadith tersebut samada sahih atau bukan. Maka saya pun mencari status hadith tersebut… Saya bertemu dengan dua version, ada yang sahih, ada yang dhaif. Berikut merupakan keterangan mengenai kedua-duanya.

( أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة )

Terjemahan: (Zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan).

Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ad-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus.Walaubagaimanapun hadith ini berstatus dhaif, seperti yang disebutkan oleh Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Silsilah Ad-Dho’ifah(no 2494) dan Dho’if Al-Jami’ Al-Saghir(no 922).

Adapun yang sahih, matannya sedikit berbeza.

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil.

Tahniah kepada pembuat video tersebut kerana dia beruntung dipertemukan dengan lelaki yang gentleman dan bertindak melamar dan terus bertunang. Semoga dipermudahkan urusan pernikahan anda berdua! Amiiiiin….\(^^,)/

(Semoga dipermudahkan jodoh saya juga!=p)

Mungkin disini terdapat dua perbezaan pendapat. Ada golongan ulama yang berpendapat menggalakkan (sunat) disembunyikan pertunangan, dan ada juga yang mengharuskan untuk menghebahkan. Saya berpendapat dengan pendapat untuk menggalakkan (sunat) disembunyikan…Peace!=)

Golongan yang menggalakkan( sunat) di sembunyikan pertunangan, adalah sebenarnya disertai dengan tujuan untuk mengelakkan rasa iri hati dan dengki(hasad) bagi pihak lain,sepertimana yang dinaqalkan dari laman web islamweb.net, yang menyebutkan:

قال الخرشي في شرح خليل: وأما الخطبة بالكسر فيندب إخفاؤها كالختان وإنما ندب الإخفاء خوفاً من الحسدة

Terjemahan: Telah berkata Al-Khurasyi di dalam kitab Syarhu Khalil: Maka pertunangan adalah disunatkan agar disembunyikan sepertimana khitan.Tujuan disembunyikan adalah sebagai langkah berjaga-jaga dari perasaan hasad dengki (pihak lain).

Rujukan: http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=65842&Option=FatwaId

Pandangan ini bertepatan dengan hadith umum (bukan khusus terhadap kes pertunangan) Nabi s.a.w yang berbunyi:

قول النبي صلى الله عليه وسلم : ( استعينوا على إنجاح الحوائج بالكتمان ، فإن كل ذي نعمةٍ محسود ) رواه الطبراني وصححه الألباني في صحيح الجامع:943

Terjemahan: Sabda Nabi s.a.w: Mintalah pertolongan dalam memenuhi hajat-hajat secara sembunyi, kerana sesungguhnya setiap yang memiliki nikmat akan ada kedengkian(terhadapnya). Riwayat At-Thabrani, disahihkan oleh Al-Albani di dalam kitab Sahih Al-Jami’ (no 943).

Manala tau ada orang yang dengki dengan tunang anda, comel, cun, solehah sangat sampai membuatkan para jejaka Malaya semuanya jeles, lebih baik dirahsiakan dulu sampai hari pernikahan. 2-3 bulan atau setelah confirm tarikh pernikahan barulah dihebahkan. Baru surprise, ye dak? Hehe…

Plus, kesianla sikit kat orang yang bujang yang tercari-cari calon masih tak jumpa lagi… Or yang dah jumpa calon tapi ‘masih mempunyai masalah’ untuk menikah dan tak dapat restu ke apa ke….Janganlah bagi diorang jeles dengan kebahagiaan anda. Tak perlulah nak heboh satu dunia anda sedang bahagia, ye dak? Ke pendapat saya salah? Kalau salah, I’m Sorry…

Well, lain orang lain pendapat.  This is just my ‘dua kupang’. Peace! (^^,)v

P/s: To my brothers Ahmad ZulGAPO, Ahmad ZulAWANG, AMAD fahmi, apa pendapat kalian? Masih “rahsia kerajaan” ke dah jadi “rahsia umum”? OOOoopppss!!! Hehe..=p

 

Masing-masing dah ada calon....Sorang tu je tinggal...

-BAARAKALLAHULAKUMA WABARAKA ‘ALAIKUMA WAJAMAA BAINAKUMA FIKHOIR-

Advertisements
Published in: on Disember 20, 2011 at 7:12 am  Comments (15)  

MOTIVASI program ISMEC : Mustahil??


Sebelum datang ke Indonesia, saya dan kawan-kawan yang sama-sama belajar di pusat persediaan pelajar ke luar Negara, INTEC mendapat banyak pendedahan dan ilmu berkaitan agama. Di INTEC kami bertemu macam-macam orang, dan mereka semuanya hebat-hebat belaka. Alhamdulillah, saya bersyukur telah ‘berguru’ dengan mereka.

Salah satunya adalah Prof Dr Abdul Latiff, dan kawan-kawan dari IMAM. (Islamic Medical Association of Malaysia). Semalam, Prof Latiff datang ke Bandung menerima jemputan untuk program yang dianjurkan oleh PKPMI Pusat, iaitu Islamic Medical Conference (ISMEC). Alhamdulillah, dengan menghadiri program semalam, saya mendapat semangat dan kekuatan kembali!!!

Umum sudah mengetahui, bahawa untuk berjaya kita perlukan niat/matlamat. Tetapi niat dan matlamat itu sahaja tidak akan tercapai tanpa usaha. Kita perlu berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahu, pergi kearah matlamat yang ingin kita tetapkan itu. Saya tahu benda ini, dan saya yakin anda semua juga tahu.

Cuma MASALAHNYA adalah aplikasi.

Kita tahu teori, tapi kurang tahu tentang aplikasinya. Ramai yang kurang tahu bagaimana jalan dan cara mencapai matlamat itu. Ramai yang kurang tahu bagaimana usaha dan rahsia untuk merealisasikan matlamat itu. Jadi, untuk tujuan itu, perkongsian dan pengalaman yang diberikan oleh orang ‘terdahulu’ yang melalui benda yang sama sebelum kita, itu yang sangat bermanfaat.

Bidang kita sama, jadi kita lebih saling memahami jiwa dan suasana sekeliling kita.

Bidang kita sama, jadi kita lebih ‘connected to each other’.

Bidang kita sama, jadi pengalaman dan usaha-usaha mereka boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

1.       PRIORITIZE

Dahulukan yang penting, kemudiankan yang kurang penting. Susun keutamaan dan kepentingan, bergerak mengikut keutamaan dan mengikut urutan. Tujuan hidup kita adalah khalifah. Dan khalifah berfungsi untuk IMPROVE HIMSELF, IMPROVE OTHERS, and IMPROVE ENVIRONMENT!

To improve ourselves kita harus cemerlang dalam akademik!

To improve others kita harus berakhlak mulia, berbaik sangka, dan menegur rakan-rakan kita!

To improve environment kita harus PEDULI dan ambil tahu. Bijak dan cekap menguruskan segala masalah dunia!

Bercakap mengenai prioritize juga, kata Prof Dr Latiff, beliau bernikah ketika usia 21 tahun.

“Kalau tak nikah lagi kita akan sibuk fikir pasal ‘pasangan-hidup’. Lepas nikah saya dah tak perlu fikir pasal tu lagi, saya dah boleh fikir/focus pasal benda lain dah. Ada banyak benda lain yang harus saya buat lagi.”

Dengan bernikah, seorang daie akan naik darjatnya ke satu level yang lebih tinggi kerana dia tidak lagi perlu memikirkan ‘tentang itu’. Seorang daie yang sudah bernikah akan lebih mudah focus kepada kerja-kerja dakwah, kerja-kerja organisasi, kemasyarakatan, ummah dan merancang ‘something bigger’!!! Hmm… kalau aku dah nikah insyaAllah aku pon dah boleh focus kat benda lain dah…. Dah boleh menjadi orang yang lebih ‘visioner’ dan ‘do something bigger’??? Hmm… – mengomel dan membebel pada diri sendiri. Hehe…PerGALAUan* bebas!!!=p

 

G.A.L.A.U

2.       FOCUS

Secara teorinya, ramai yang tahu bahawa untuk berjaya harus ada usaha. Tetapi ramai yang lupa bahawa USAHA YANG TIDAK FOKUS akan sia-sia!

Kata Prof Dr Latiff, setelah dicabar oleh kisah gurunya yang tidak pernah dapat kurang dari A dalam setiap peperiksaan, beliau berazam untuk menjadi seperti itu juga. Dan pada penghujung tahun kedua (kalau tidak salah), beliau telah mendapat semua A untuk setiap 14 subjeknya.

Pelajar perubatan score semua A dalam peperiksaan??? Ini macam mustahil je???

Semenjak dari itu, beliau score dalam setiap peperiksaan, tak pernah tak dapat A, dan mendapat anugerah diraja (mengadap Sultan untuk mendapat anugerah) pada penghujung pengajian. Cuma dua orang yang dapat anugerah tersebut, dan beliau salah seorangnya! Seorang lagi adalah dari kaum bukan bumiputera. Jangan lupa juga, beliau waktu itu sudah bernikah dan mempunyai anak.

“Waktu saya grad saya dah ada dua orang anak.”

Bayangkan, mustahil atau mustahil? Ya, jawapannya mustahil.

Tambah lagi cerita mustahil dari beliau, program Master (specialist) dan PhD yang sepatutnya dihabiskan dalam masa tertentu, beliau dapat habiskan dalam masa kurang dari setengah tempoh asalnya. 5 tahun, boleh dihabiskan dalam masa 2 tahun. 2 tahun, boleh dihabiskan dalam masa beberapa bulan. (saya lupa ceritanya, 9 bulan mungkin)

Intinya, beliau excellent dan menghabiskan studynya dalam waktu super cepat! Ingat, beliau juga aktif berorganisasi dan telah mempunyai anak isteri! MUSTAHIL??

Sebenarnya tidak, petua dan tips beliau cuma satu, FOCUS!!! 

Focus di sini bermaksud membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

Masa study, focus untuk study.

Masa main, focus untuk main.

Masa tidur, focus untuk tidur (get a deep/enough sleep).

Masa solat, focus untuk solat (khusyu’ dalam ibadat).

Tetapi apa yang sering kita lakukan, masa study bukak facebook…

Masa main, berlanjut sampai berjam-jam…

Masa tidur, sembang-sembang…

Masa solat, fikir ‘future planning’…

Masa nak buat kerja, fikir isteri dan kecomelan anak…(yang sudah berkeluarga)

Dan kita akhirnya tidak mencapai puncak kecemerlangan dalam apa yang kita buat.

WE ARE NOT FOCUSING! WE ARE EASILY DISTRACTED!

Umat Islam harus tahu priority, harus focus pada setiap kerja dan tindakan. Dunia banyak perkara melalaikan, jika tidak kita kawal, bahagi masa dan susunkan, hancurlah dunia, hinalah manusia!

30 minit sehari untuk korea, 30 minit sehari untuk facebook? Boleh… Asalkan focus, dan tidak mengganggu jadual aktiviti lain. Mari susun jadual ‘hiburan’ peribadi. (^^,)v

3.       DON’T PROCRASTINATE

Motivasi datang kejap naik motor, kejap lagi dia pulang. Kejap naik Mercedes, kejap lagi dia pulang. Tugas kita adalah jangan sampai mereka (motivasi-motivasi) ini pulang, mulakan semua yang positive itu sekarang, dan mari mengubah masa akan datang!!!

Terima kasih pada sahabat-sahabat (bukan AJK) yang telah membantu berlangsungnya program ini. Di INTEC saya dapat macam-macam, di Bandung saya mahu kita semua dapat macam-macam. Semoga Allah membalas jasa anda-anda semua dengan SYURGA YANG TERTIGGI!

  1. Mohd Arif Marsin
  2. Farhana Yem
  3. Najiha Jalil
  4. Farah Wahidah Sazali
  5. Siti Nur Illyyinna
  6. Ahmad Zulhazwan
  7. Ahmad Zulfahmi
  8. Sahabat-sahabat 7 Hearts Enterprise
  9. Mr. Boss, Khairul Hafidz Alkhair

Wallahua’lam.

********** ISMEC 2011, BANDUNG *************

*GALAU = Angau / jiwang / jiwa kacau / gedik / gatai / mengada-ngada

(Kamus bahasa ‘sembang’ Indonesia edisi PERTAMA. Hehe…)

Published in: on Oktober 16, 2011 at 4:41 pm  Tinggalkan Komen  

Anesthesi : Patientku (hampir) MATI!!!


“Ayo, Andhika udah pernah sekali. Sekarang kamu aja intubasi pasiennya”, tegas pembimbingku di Anesthesiology Department.

“Oh ya dok, sip!”, nada yakin penuh bersemangat menandakan PD (Percaya Diri) yang menjulang tinggi sambil mempersiapkan alat-alat untuk meng’intubasi’. Intubasi adalah suatu tindakan memasukkan tiub ke dalam salur pernafasan manusia bagi memudahkan proses pemberian Oksigen dan membantu pernafasan. Pasien (patient) sebelumnya diberikan tiga ubat utama Anesthesi iaitu Hipnosis sedative, Analgesic (penghilang rasa sakit) dan Muscle Relaxant (pelemah otot@pelumpuh otot). Dengan keadaan yang tidak sedarkan diri, tidak sakit, dan lumpuh otot-ototnya termasuk otot pernafasan, maka keperluan Oksigen oleh badan harus dipenuhi oleh Sang Pembius a.k.a. Doctor Anesthesi.

Salur atas ke paru-paru, salur bawah ke perut

Saya begitu yakin menerima arahan untuk membuat Intubasi pada pasien itu kerana sebelumnya kami telah pun diberikan pelatihan dengan menggunakan patung. Setiap seorang dari kami harus mencuba memasukkan alat itu dan paru-paru (patung) harus kembang menandakan Oksigen benar masuk ke paru-paru dan bukan ke perut. Pada pelatihan (Skills Lab) itu saya berjaya mencari epiglottis dan memasukkan tiub udara ke patung itu dengan catatan masa paling cepat! Kawan-kawan rata-rata mengambil masa beberapa minit tapi saya memerlukan tidak sampai seminit. Siapa tak bangga beb???!!

Bermulalah episod riyak dalam diri….

*Don’t try this at home or anywhere!

“Kau memang kene jadi pakar bedah la Radzi, kau quick learner. You are good with your hand”, setan bernama Riyak terus memotivasi dan memberi nasihat peribadi padaku. Daku pun setuju dengan pendapat beliau dan terus memotivasi diriku dengan kehebatanku itu. *Don’t try this, pleaseeee!!

Sampailah saat dan ketikanya berhadapan dengan pasien sebenar (bukan patung lagi), peluang dan kesempatan untuk Intubasi pasien tidakku sia-siakan begitu sahaja.

“Inilah masanya kau menunjukkan kehebatanmu Radzi, you’re the man!”, bisik ‘penasihat’ku.

BISMILLAH…

Walaupun mempunyai penasihat setan bernama Riyak, ucapan bismillah dan berserah pada Allah tetap tidak dilupakan. “Semoga apa yang aku lakukan ini memberikan kebaikan kepada aku dan orang lain”, doaku perlahan dalam hati…

Ketika memasukkan Laryngoscope bersaiz 7 (bilah ukuran orang dewasa), epiglottis segera dicari. Alhamdulillah, jumpa! Bak kata teman-teman Indonesia, langsung saja!!!, yang bermaksud, apa tunggu lagi??? Ketika tiub dimasukkan, Oksigen dipam. Tetapi paru-paru tidak mengembang.

Laryngoscope dan Endo Tracheal Tube (ETT)

“Tarik balik tiubnya cepat! Tiubnya salah masuk tu, Oksigennya dah masuk ke perut!! Pasien bakal hypoxia (kekurangan Oksigen) nanti!!!”, teriak pembimbing saya dengan nada cemas. Dia lantas mengeluarkan tiub tersebut dan memberikan bantuan pernafasan. Suasana panic menyelubungi ruang operasi ketika itu. Setelah situasi terkawal, prosedur tadi diulang lagi.

“Kali ini tengok betul-betul dulu baru masuk!”, suaranya menjadi sedikit risau. Yelah, orang lumpuh otot dada dan tidak bernafas dan hanya bergantung pada bantuan Oksigen dari kita, siape tak risau bang oiiii??? Perlahan-lahan kakiku melangkah sedikit jauh dari pasien. Perasaan bersalah sudah mula timbul. Setan bernama Riyak telah hilang lenyap entah kemana. Mungkin beliau ke tandas ataupon balik ke kampung kerana malu untuk bertemu ku lagi. Arggghhhh! Menyesal! Lainkali jangan overconfident!!!

“Kamu mau kemana? Ke sini! Lihat ni, saya masukin laryngoscopenya kamu masukin ETT (Endo Tracheal Tube a.k.a tiub udara)nya. Ayo, kesini!”, kali ini dengan penuh rendah diri dan berhati-hati, saya memasukkan lagi tiub udara ke pasien. Alhamdulillah, masuk ke paru-paru. Rupa-rupanya Allah ingin mengajarku sesuatu….

Mungkin trauma buat petugas kesihatan bila mana pasien pertama yang dibantunya menghadapi masalah/kesukaran akibat kesilapan prosedur yang dilakukannya pertama kali. Tetapi itulah lumrah belajar. Ada salah dan silap buat diingat sepanjang hidup. Cuma yang bahaya dan berdosanya adalah ketika kita bangga diri dan sombong…

Allah menciptakan manusia penuh dengan sifat kekurangan dan kelemahan. Kenapa kita harus berbangga dan sombong dengan sedikit kelebihan yang kita ada? Mungkin nikmat kelebihan itu tidak kekal lama. Dan mungkin juga kelebihan itu bakal mencampakkan kita ke lembah yang hina. Siapa tahu? Sedarlah, insaflah. Kita insan lemah, kita insan yang ‘diatur’ oleh Tuhan.

“WAHAI TUHAN YANG MAHA HIDUP DAN MAHA KUAT, DENGAN RAHMATMU, KEPADAMULAH AKU BERSERAH, PERBAIKILAH UNTUKKU SEMUA URUSANKU, DAN JANGANLAH KAU SERAHKAN (keputusan untuk mengurus segala) URUSANKU ITU KEPADAKU (yang sentiasa bertindak mengikut kehendak dan fikiran bodohku), WALAUPUN HANYA SEKEJAP…Amiiin”

 

P/s : Hari ini Kumpulan VOU dijemput menyampaikan lagu nasyid sempena program merdeka/raya di JATINANGOR. Walaupun tidak latihan, “Riyak”ku mengatakan bahawa kami akan dapat membuat persembahan dengan baik. “Dah bertahun-tahun menyanyi, takkan ada masalah punya”, bisik Si Riyak dengan sombong.

Sekali masa nyanyi, LUPA LIRIK! Adoih, maluuu…. (-_-)”

Nanti masing-masing dah jadi Dokter dah sibuk tokleh perform dah...

Moral Of The Story : ASTAGHFIRULLAH….ASTAGHFIRULLAH…ASTAGHFIRULLAH….

Published in: on September 24, 2011 at 7:51 pm  Comments (4)  

Catatan Syawal : Ujian Tuhan…


SELAMAT HARI RAYA!
Salam sejahtera buat yang membaca, semoga amalan kita semua diterima…

Penghujung Ramadhanku tidak memberangsangkan. Aku kecewa dan sedih tak terkata. Ya, aib jangan dibuka jangan dicerita. Tapi mungkin sebagai iktibar dan nasihat, buat sahabat-sahabatku semua yang mahu ke syurga.

Syurga jalannya tidak mudah. Dan dunia juga tidaklah sentiasa indah dan cerah…

Penghujung Ramadhanku tempoh hari amat memenatkan. Memenatkan minda dan jiwa yang resah. Aku ditimpa musibah, dek kerana kelalaian dan sifat mudah percayakan orang. Akibatnya, diriku tertipu, terduduk menung meratapi kebodohan dan kedunguan diriku. Bodoh kerana terlalu percayakan orang. Bodoh kerana bersangka baik pada orang yang memang berniat menipu. Pahala berganda tidak terkejar, sebaliknya hutang, beban kerja, masalah dengan rakan dan keluarga yang merungsingkan minda.

Semua serba tidak kena. Di luar cuba ketawa di dalam kosong tak bersuara. Seolah-olah seluruh dunia sedang menghukum dan menyiksa diri ini. Hanya aku dan Tuhan, tempat mengadu dan meminta ihsan. Maafkan aku wahai teman, andai diriku menyakitkan dan menyebalkan…

Catatan tidak penting pelepas tekanan, mengharpkan senyum buat meringankan beban. Allahu musta’an…

Published in: on September 19, 2011 at 5:43 pm  Comments (2)  

Ramadhan


Ramadhan melangkah perlahan meninggalkan kita…

Ramadhan berjalan sambil menoleh kepada manusia…

Ramadhan menatap penuh makna…

Meninggalkan manusia yang sering lalai dan alpa…

Kini Ramadhan semakin sayup, kelihatan muncul Syawal bergaya…

Syawal datang melangkah mara…

Berselisih Ramadhan di hujung sana…

Ramadhan dan Syawal, membawa erti yang berbeza…

 

Dulu, Ramadhan tidak kukenali…

Dia datang dan pergi tidak jugaku rasai…

Hanya Syawal yang kunanti-nanti…

Disambut hangat dipeluk erat…

 

Kini Ramadhan menjadi kekasih…

Tak sanggup berpisah tak sanggup kecewa…

Jangan pergi wahai gudang pahala…

Jangan tinggalkan aku dengan dosa-dosa….

Jangan tinggalkan aku…

 

Ramadhan tetap berlalu pergi…

Menatap manusia yang selalu rugi…

Ramadhan berlalu pergi…

Ramadhan melangkah menghilangkan diri…

Ramadhan…

 

 

Published in: on Ogos 19, 2011 at 5:57 am  Comments (2)  

Pengalaman di Surgery Department


Satu kumpulan berempat, dua orang naik ke OK (Kamar Operasi), dua orang di Poliklinik. Tetapi teman ke Poliklinikku tidak datang kerana sakit. Tinggallah aku sendiri. Menjadi ‘target’ senior dokter disuruh macam-macam.

Mak pesan "jangan tetinggal henpon dalam perut orang!"

“Kamu udah pernah cek Rectal Touche belum?”

“Kamu tau Pemeriksaan Fisik untuk Hernia ngga?”

Sok, bikin!”

Alhamdulillah kerana disuruh-suruh, aku mendapat pelajaran dan pengalaman. Break tengah hari aku balik rumah, lunch dengan tenang di rumah. Teman serumah, Awang, pun balik. Elok nak berehat lepas makan, ‘bell’ pintu rumah berbunyi.

“Budak-budak rumah ni takkan balik nak masuk rumah takde kunci? Malasnya lah nak bukak pintu…”, bisik dalam hati mematikan diri surf internet di bilik.

 

Tak lama lepas tu Awang masuk bilik, “ Ji, ada orang kampung datang mintak tolong tengokkan keluarga dia. Dia nak suruh periksa dulu nak hantar ke hospital ke tak”

 

“Laa… Kenapa tak hantar hospital je terus?”, protes nafsu yang pentingkan diri.

Aku mengambil beg berisi alatan medic, lantas bergerak bersama Awang keluar mengikut pakcik tersebut. Dalam hati sudah mula berasa bersalah kerana malas buka pintu ketika bunyi ‘bell’ tadi. Perlahan istighfar meniti di bibir, sambil langkah dipercepat mengejar pakcik dan Awang yang sudah di depan.

Orang kampung sudah mula mengerumuni rumah tersebut, persis suasana tahlil jiran yang nazak di ambang kematian! Semua mata memandang kami. Kami ditunggu dan dihormati atas kapasitas seorang dokter walaupun kami ‘orang asing’ (baca = orang Malaysia). Dalam hati aku tertanya-tanya, “teruk sangat ke keadaan pesakit sampai semua orang datang dengan ada yang matanya sudah merah berair menahan sedih?”

 

Gambar Hiasan

Sampai di rumah tersebut, keluarganya perlahan mendekati kami..

“Dok, kami ini mau pendapat dokter. Apakah dia ini harus dibawa ke rumah sakit (baca = hospital) atau tidak. Soalnya dia sudah sering berulang-alik ke rumah sakit. Sudah banyak rumah sakit yang dia dirawat. Dia ada penyakit liver”

Mataku memandang ke sekujur tubuh kaku yang berada di depanku. Benar, perutnya sedikit kembung. Mungkin kerana pembengkakan liver@hatinya. Atau istilah yang kami belajar, Hepatomegaly. Pesakit tidak sedarkan diri. Perkara pertama yang terlintas di fikiranku, adakah pesakit ni dah nazak di ambang kematian atau belum.

Diperiksa pupil reflexnya.

Diperiksa nadinya.

Diperiksa blood pressure nya.

Diperiksa paru-paru, jantung, extremities nya.

Selain dari ketidaksedarannya, yang lain masih dalam batas ‘BUKAN Emergency”. Curiosity kami bertambah, tak puas hati apa yang menyebabkan pesakit ini tidak sedarkan diri. Tiba-tiba keluarganya memberitahu pesakit ini jatuh tangga dan kepalanya terhantuk.

“Ohh…”, kami mula dapat menduga sebabnya.

“Tapi jatuhnya tengah hari dok, malam semalam masih bercakap dengan kami. Semalam masih baik. Pagi tadi juga masih baik, tiba-tiba sahaja tengah hari tadi tak sedarkan diri”

Awang cakap kalau sebab Head Injury mesti lepas terhantuk terus pengsan. Tapi pesakit ini masih baik-baik saje. Dengan semangat dan gaya ‘konon-konon’ pakar bedah saraf, aku pun mula berfikir sesuatu yang lain. Aku mula menilai Glascow Coma Scale pesakit ini. Manala tau kot-kot Cereberal Hematoma. (Eceh~ =p)

“Pak! Pak!” aku menjerit sambil menggoyangkan badan dan menampar pipi pesakit. Agak terkejut keluarganya melihat kelakuanku. Tapi nasiblah, aku tengah buat kerja, bukan suka-suka tampar dia. Ternyata bapak itu masih merasa sakit!

Mungkin keluarganya sudah mahu pasrah dan ‘merelakan pemergian’nya. Jadi mahu ‘menghilangkan rasa bersalah’ mereka dengan bertanyakan kepada kami. Aku boleh memahami keadaan mereka yang kekurangan dana untuk menanggung segala pembiayaan di rumah sakit, tetapi ini bukan case Brain Death mahupun complication dari penyakit lamanya.  Jadi kenapa mahu pasrah begitu awal?

“Bapak, Ibu, dari pemeriksaan saya sebentar tadi, kondisi tubuhnya masih bagus. Cuma dia tidak sadar aja. Itu pun masih ada respon sakit. Jadi pada pandangan saya, lebih baik ibu bapak bawa ke rumah sakit dan lakukan pemeriksaan lanjut. Selepas mendapat hasil dari pemeriksaan-pemeriksaan itu nanti, barulah ibu bapak fikirkan keputusan selanjutnya. Ya? Sekarang saya masih optimis dan masih penasaran kenapa pasien ini tidak sadar. Jadi bapak ibu cari tahu puncanya dulu ya? Biar kita semuanya lebih tenang nantinya. Kita cuba yang terbaik aja ya?”, terangku panjang lebar.

Seluruh warga tetangga yang berada di rumah itu mendengar penjelasan dariku. Dan mereka turut mengangguk-angguk tanda setuju. Akhirnya keluarganya membuat keputusan untuk membawa ke rumah sakit. Alhamdulillah, kami lega…

Perlahan-lahan kami berjalan pulang ke rumah. Dalam hati kami berbunga-bunga. Indahnya nikmat dapat membantu! Doktor = Superhero! Yeay! Hehe~

 

My Favourite : Superhero Movies.=)

MORAL OF THE STORY

  1. Doktor yang baik adalah yang berdedikasi dalam mempelajari ilmunya. (walaupun disuruh dan dimarah selalu. Huhu~)
  2. Doktor yang baik adalah yang bersedia BERKHIDMAT TAK KIRA MASA. (sape suruh pilih doctor?)
  3. Doktor yang baik adalah yang tenang dan kritis. (Keluarga nangeh-nangeh kita pulak gelabah, siapa yang nak tenangkan keadaan?)
  4. Doktor yang baik harus sentiasa POSITIF!
Published in: on Julai 19, 2011 at 11:01 pm  Comments (8)  

Mari jadi budak baik! Hehe~


Ini kisah seorang belia,

Belia tampan macho bergaya,

Suka poyo dan bergurau senda,

Kepala gila tapi nak syurga…

Maaf, intro pantun diatas tiada kena mengena dengan apa yang ingin saya tulis. Hehe..

Dah lama tak menulis coretan santai, jadi entry kalini bermula dengan pantun yang “tak boleh blah”, jangan maraa! (^^,)v

Semalam, saya dipertanggungjawabkan  memberi tazkirah. Setiap malam Isnin kami para lelaki hero Malaya akan berkumpul di salah sebuah rumah kami dan akan solat jemaah, mendengar tazkirah dan “moreh”. Rutin ini dah berjalan sejak kami pertama kali menjejakkan kaki di Bumi Indonesia ini. Alhamdulillah rutin yang bermanfaat pada pendapat saya. Pikio punye pikio tajuk apa nak bagi tazkirah, saya terlihat koleksi buku motivasi di rak buku. “Magnet Diri : Cipta Pengaruh Luar Biasa” karangan penulis hebat Tuan Amin Idris.

Selalunya tazkirah diberikan berkaitan ilmu ketuhanan, tapi untuk giliran saya ini saya mahu kongsikan bab motivasi dan semangat! Baru ada kelainan! “Takde le boring member-member mendengonye nanti”, kata teman di dalam hati. Jadi teman pon membuka lah buku tersebut…

Alkisah….

Saya ‘ter’buka ke bahagian tengah buku ini, yang menyentuh tentang IMPRESI PERTAMA YANG POSITIF. (Ini bukanlah tajuk yang saya kongsikan dengan teman-teman malam semalam jadi saya ingin kongsikan di sini. Hehe~)

FIRST IMPRESSION

Kenapa first impression itu penting? Kerana dari mata turun ke hati! Eceh~

Rasanya semua orang tahu kenapa first impression itu penting. Nabi Muhammad sebelum diangkat menjadi nabi dan rasul, telah dikenali dengan gelaran “orang jujur”. Itu adalah first impression nabi pada orang-orang Quraish. Susah untuk menolak kata-kata dari “orang jujur” melainkan beliau bercakap benar semata-mata. Begitu jugalah dengan diri kita. Jika pandangan pertama kita telah dikenali dengan pandangan dan ‘kritikan’ yang buruk, bagaimana kita mahu ‘berdakwah’ kepada orang di sekitar kita?

Jadi para pendakwah harus ‘smart’, ramah, bijak, dan bergaya. Tak handsome tak kaya pon takpe, asalkan bergaya.=p

Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan pada sahabat-sahabat pembaca yang sudi membaca tulisan saya ini. Iaitu tentang PANTANG LARANG dalam menjaga hubungan baik sesama manusia. Manusia itu secara umumnya ada beberapa pantang.

  1. Jangan MENGGUGAT KEBIJAKSANAAN mereka
  2. Jangan MENCABAR PERTIMBANGAN ADIL mereka
  3. Jangan MENJEJASKAN MARUAH mereka
  4.  Jangan MEROBEK KEYAKINAN DIRI mereka
  5. Jangan MENGGANGGU PENGHORMATAN DIRI mereka

Cuba kita semua sedari dan insafi, berapa banyak rakan-rakan kita yang telah kita ‘gugat kebijaksanaan mereka’? Berapa banyak keluarga, jiran, dan sahabat-sahabat kita yang telah kita ‘jejaskan maruah’ mereka, ‘memalukan’ mereka?

Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.

Nasihatlah manusia tapi dengan menjaga PANTANG LARANGNYA. Kita menasihati dengan bahasa dan ‘cara ikut suka kita’ tapi disebalik itu kita telah membuat dia merasa BODOH mengenai dirinya.

Kita menasihati manusia dengan menjejaskan maruah dan penghormatan diri mereka, kita merobek keyakinan diri mereka, adakah kita mengharapkan mereka akan menerima dengan hati terbuka dan berubah? Adakah mereka akan mendekati kita kerana nasihat-nasihat ikhlas kita itu? Tidak! Saya yakin tidak akan ada manusia yang menyukai kita jika kita tidak menghormati dan menghargai perasaan orang yang ingin kita nasihati itu.

Sayangilah manusia seperti mana kita mahu disayangi.

Hormatilah manusia seperti mana kita mahu dihormati.

Kritiklah, eh salah, “nasihatilah”, manusia seperti mana kita mahu “dinasihati”.

Dengarkanlah hati dan perasaan manusia seperti mana kita mahu difahami dan didengari.

Saya tak cukup itu dan ini

Saya kekurangan itu dan ini

Saya lemah itu dan ini

Tapi saya sentiasa mahu berikan yang terbaik pada orang sekeliling saya

Kerana saya ingin mati sebagai seorang yang berbakti, diingati dan disayangi

Saya ingin jadi budak baik yang dikenang sampai mati! Peace! Hehehe~ (^^,)v

Fahkrul Radzi Bin Ahmad Zubir

Bandung, 18/07/2011

Published in: on Julai 18, 2011 at 7:42 pm  Tinggalkan Komen  

Kadang aku minta pada tuhanku….


Kadang aku rasa apa yang aku minta pada tuhan itu betul…

Dan aku insist untuk mendapatnya…

Padahal sebenarnya sesuatu itu buruk untuk aku…

Astaghfirullah, aku tunduk menangis tersedu-sedu…

Menahan malu dan kejahilanku terhadap keagunganMU…

 

Setiap hari aku mengadu pada tuhan,

Untuk membaikkan segala urusan…

Dari sebesar-besar urusan, sampai sekecil-kecil pemikiran,

Aku meminta diberi petunjuk dan ihsan tuhan…

 

Ya aku manja…

Manja kepada Tuhanku yang Maha Esa…

Semuanya aku tanya DIA,

Semuanya aku mintak izin dariNYA.

Kerna aku bodoh tanpa ilmuNya…

Aku sesat tanpa petunjukNya….

Hanya DIALAH pemberi suka dan tawa,

Kerna hanya DIALAH penghilang tangis dan duka.

 

Aku memberi nasihat kepada rakan dan keluarga,

“positifkan diri, anda pasti bahagia”

Kerna hakikatnya yang paling nyata

Aku juga faham erti duka dan sengsara..

Cuma “positif” yang mendekati taqwa,

Mengajar manusia SYUKUR apa yang ada…

Lihat dan renungi apa kita punya,

Jangan menghitung apa yang hilang dari dakapan kita,

Dengan syukur, senyum pasti mengekor sentiasa,

Biar badai sibuk melanda…

 

Perjalanan hidupku sudah tidak lama,

Kerna telah aku habiskan 25 tahun dari tempoh keseluruhannya…

Aku berharap menjadi ahli syurga

Namun masih mengejar kebahagiaan didunia.

 

Tuhanku, izinkan aku tertawa disyurga

Dan tetap terjaga mendapat hidayah di dunia…

Jikalau dosa-dosaku dikafarahkan menjadi sakit dan kesusahan hidup,

Nescaya aku akan sengsara selama-lamanya. Astaghfirullah…

Ampunkan dosaku…

Published in: on Julai 8, 2011 at 2:19 pm  Comments (4)  

Awek HOT tak suka laki skema bro!!


L.E.L.A.K.I

Anda setuju dengan tajuk di atas? Ya, saya setuju!!!

Dan disebabkan itu, ramai lelaki-lelaki teruna idaman sekarang ini mengabaikan suatu perkara penting. Yelah, ini bakal menentukan imej kejantanan mereka!!! Awek HOT kot!!! Apakah perkara penting tersebut? SOLAT BERJEMAAH. Tiga sebab kenapa lelaki tak solat jemaah…

  1. TAK TAHU
  2. TAHU TAPI TAK MAHU
  3. MAHU TAPI ‘MALU’

TAK TAHU

1. Tak tahu bahawa lelaki berkewajipan untuk solat fardhu secara berjemaah lima kali sehari.

2. Tak tahu bahawa lelaki lebih afdhal solat di Masjid/Musolla berbanding di rumah.

3. Tak tahu bahawa pahala ganjaran solat jemaah SANGAT BANYAK.

4. Tak tahu Masjid/Musolla di mana.

5. Tak tahu bila azan.

6. Tak tahu solat itu apa.

7. Tak tahu dirinya Islam atau bukan. “Aku kena solat ke?”

TAHU TAPI TAK MAHU

1. Tahu lelaki harus menjaga solat berjemaah untuk menampung dosa dan tanggungjawab yang banyak (kecenderungan lelaki masuk neraka yang tinggi), tapi tetap MALAS dan TIDAK MAHU.

2. Tahu hukum hakam dan ganjaran pahala, tapi “tunggu dulu, belum sampai seru”

3. Tahu pahala tak banyak, dosa belambak, tapi YAKIN GILER DAPAT MASUK SYURGA tanpa solat jemaah lima waktu.

4. “Aku banyak kerja dan tiada waktu untuk berjalan ke Masjid/Musolla itu”

5. Tahu masjid dimana, azan pun didengar setiap waktu, tapi LEPAK DULU MAIN GAME dulu.

6. “Chill bro, lambat lagi habis waktu

MAHU TAPI “MALU”

1. Malu di’cop’ lelaki yang menjaga solat lima waktu.

2. Malu di’panggil’ BUDAK BAIK.

3. Malu ditertawakan member-member dan family, dikatakan “buang tebiat, dah nak mampos!

4. Kalau awek-awek HOT tahu habis hilang macho, perempuan modern mana suka LELAKI SKEMA.

5. Malas dan malu mahu berpakaian BAJU MELAYU, KAIN PELIKAT, KOPIAH ke Masjid/Musolla. (Sape suruh??????? Lu nak pakai jeans lusuh ngan baju Superman pon sape nak larang bro? dah itu baju yang lu pakai masa dengar azan, pakai tu jela pergi solat. Takde hal derr…)

6. Mahu tapi takde yang mengajak, malu pergi seorang diri takut dipandang semua yang ada disitu.

 

Bangkitlah wahai lelaki!

Apapun sebab dan alasan lu, gua tak kesah bro…Itu cerita lama….

Asal mulai hari ini, kita cuba jaga solat diawal waktu (berjemaah di Masjid/Musollah confirm awal waktu), dan ajak kawan-kawan kita yang lain dengan apa cara sekali pon. Nak ajak cara macam mana, lu lebih tau member lu bro. gua dah jalankan tanggungjawab gua. Sape suruh lu  baca! Muahahahahahaha~)


BANGKITLAH WAHAI PARA LELAKI MUSLIM!

KITALAH YANG BAKAL MEMIMPIN TAMADUN DAN PERADABAN DUNIA ISLAM AKHIR ZAMAN.

SETIDAK-TIDAKNYA, KITA BERUBAH KERANA KITA MAHU MASUK SYURGA!!!

Published in: on Mei 28, 2011 at 1:25 pm  Comments (12)  

Lelaki Idaman, Macho Bergaya


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”

Riwayat Muslim

Bayangkan tangan-tangan macam ni yang pegang dan baca quran. Pergh~

Mukmin yang kuat, lebih disukai Allah

Pasti semua dari kita mahu menjadi mukmin yang kuat. Kalau tak kuat kang malu je lawan musuh masing-masing semput, diarrhea, demam dan sebagainya. Kan tak macho kalau macam tu? Jadi semua dari kita (lelaki), harus mempersiapkan diri dan mental, menjadi mukmin yang kuat, seterusnya menjadi kesukaan Allah!

Kebiasaan lelaki, umur ‘remaja menjelang dewasa’ adalah umur ketika nafsu makan bermaharajalela dan berkuasa! Itu adalah umur membesar dan membina karakter. Metabolism badan akan sangat tinggi, menyebabkan para lelaki lupa mereka dah makan banyak kali! Dan lupa juga mereka telah makan dengan banyak sekali! Kenapa lupa? Kerana mereka cepat lapar!

Jadi apa masalahnya dengan lelaki kuat makan, metabolism tinggi dan cepat lapar ketika umur-umur sebegini?

Tidak ada masalah, cuma BAKAL menjadi masalah 5 atau 10 tahun akan datang. Disaat sang lelaki dan isteri sama-sama ‘mengandung’, membawa ‘beban’ perut ke sana sini. Hehehe~

Usrah saya terdiri dari 9 orang lelaki handsome, macho bergaya dan bijaksana. Tetapi kami ada sedikit masalah dalam mengorbankan selera makan. Walaupun 7 dari kami adalah BAKAL dokter, tetap juga masalah kesihatan menjadi topic yang terpaksa difikirkan bersama. 5 dari 7 ahli usrah saya mempunyai symptom PKD (perut ke depan) dan terlebih BMI, maka naqib kami mengambil inisiatif membuat mutabaah BMI dan fitness, dan satu program khas berbunyi, PROGRAM PERUTKU INDAH!

InsyaAllah lepasni jadi Pria Idaman sahabat-sahabat kita abang Mohsein, abang Zulfahmi, abang Hazim, dan abang Fahmi Sulaiman…

Kepada abang-abang yang sudah berkahwin, abang Khalis, akh Farid (Indonesia) dan akh Galih (Indonesia), tetap aja kalian harus jadi SUAMI IDAMAN BUAT ISTERI, okeh???

Kepada abang Zulhazwan, kita maintain Pria Idaman okeh? Lalala~

"Berani lawan Rugby?=p"

MARI MENJADI MUKMIN GAGAH, KUAT, SIHAT FIZIKAL DAN MENTAL!!!!!

Peace! (^^,)v

P/s: Sengaja aku umumkan ke blog dan facebook, biar menjadi pembakar semangat dan motivasi buat kita kerana sekarang seluruh dunia sudah tahu! Malu kalau tak berjaya beb!!! Hehe~

Published in: on Mei 21, 2011 at 8:14 pm  Comments (4)  
%d bloggers like this: