Saya Seorang Munsyid


“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….
Malam ini akan diadakan ‘audition’ untuk Soutul Mujahidin, jadi sesiapa yang berminat sila datang ke dewan besar waktu prep malam nanti”


Begitulah lebih kurang pengumuman yang dibuat di suatu petang yang damai di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

K.I.S.A.S

“Macam best je, nak try lah. Dah lama tak main percussion”, bisik hati sendirian. Semenjak berada di sekolah Izzuddin Shah, hati ini sentiasa teringin untuk bermain percussion dan menyertai kumpulan nasyid sekolah. Tetapi tidak berpeluang kerana mungkin tidak baik dengan senior dan kurang berbakat. Namun berada di sekolah baru, bersama rakan-rakan baru, saya beranikan diri untuk mencuba.

Malam itu, memandangkan masih baru memasuki tingkatan empat dan belum mempunyai teman rapat, saya pergi bersendirian ke dewan besar.
Sampai di dewan besar, semua alat percussion sudah mempunyai ‘tuan’ masing-masing. Dan semuanya memang pakar dengan alat-alat percussion mereka. Kecewa sekejap, haihhh~

Akhirnya, terpaksalah membawa diri keluar dari dewan menuju ke kelas untuk prep malam. Tiba-tiba dipanggil oleh suatu suara yang dikenali.

Weh, kau. Marilah ke sini test suara.”, panggil seorang senior dari belakang.

Rupa-rupanya di luar dewan ada sesi pemilihan untuk vocal.
Saya baru menjejakkan kaki di sekolah yang terkenal dengan jolokan ‘bumi waqafan’ itu. Sebagai pelajar tingkatan empat, kami menjadi pelajar yang paling junior di situ. Orang yang saya kenal ketika itu hanyalah ‘abang-abang rugby’. Abang-abang yang memilih dan menemani kami ketika ‘selection’ rugby awal bulan itu.
Dan kebetulan dia juga ahli Soutul Mujahidin. Berat untuk menolak, saya pergi mendekati kelompok kecil di luar dewan tersebut.

“Nyanyi sket, aku nak dengar suara kau.”
“Saya tak tahu lagu nasyid bang.”
“Abis tu ko tau lagu apa? Nyanyi je…”
“Err…lagu Jamal Abdillah boleh?”
“Hahaha…. try sikit?”

Tersenyum dan tergelak sendirian memikirkannya. Namun itulah hakikatnya. Pemilihan untuk menjadi ahli kumpulan nasyid sekolah (sekolah agama yang dikenali ‘keagamaannya’), tetapi dengan menyanyi lagu Jamal!!! Terpilih pulak tu!!! Bak kata Nabil Raja Lawak, adoiiiiyaiii~

REALITI MUNSYID

Munsyid adalah perkataan arab bagi penasyid-penasyid. Huruf ‘mim’ ditambah di hadapan perkataan nasyid sebagai pelaku sesuatu perkara itu.
Realiti seorang munsyid adalah sama seperti penyanyi-penyanyi lain. Mereka gemar bernyanyi, suka dengan melodi, dan peka dengan keindahan bunyi. Cuma yang membezakan mereka ialah apa yang mereka nyanyikan.

Jika di era 80 dan 90’an, seorang munsyid hanya akan menyanyikan lagu-lagu zikir, mengulang-ulang nama ilahi membesarkan dan memuji keagungannya. Namun perubahan membuatkan nasyid tidak lagi sekadar itu. Zaman muzik kontemporari telah menyeret muzik nasyid menjadi lebih rancak dan bertenaga. Konsep dan tema nasyid juga tidak lagi tertumpu kepada zikir-zikir dan tasbih memuji tuhan. Nasyid telah dikembangkan, skop telah dibesarkan.
Beruntunglah Raihan yang telah ‘memulakan’ zaman perubahan dan nasyid yang lebih menghiburkan.

Namun….
MUNSYID yang tidak jelas kenapa mereka bernasyid akan hanyut dibuai dunia hiburan.
Apabila tiba masanya nasyid sudah kurang popular, sebahagian munsyid-munsyid ini mencari alternative untuk terus menyanyi dan ‘berhibur’. Ada yang menyertai One In A Million, Malaysian Idol, dan bermacam-macam lagi. Yang terbaru, ada munsyid yang menyertai Akademi Fantasia dan muncul juara. Saya tidak hairan jika mereka diminati dan disayangi. Kerana mereka sememangnya dikurniakan suara yang sedap di dengar oleh Tuhan Yang Maha Pemurah. Namun apa yang membimbangkan adalah hala tuju perjuangan yang pernah mereka tempuhi dahulu.

SAYA JUGA MUNSYID

Saya pernah terfikir untuk mengikuti ujibakat pertandingan nyanyian. Tetapi setelah berfikir dengan teliti, saya meragui apakah yang akan saya jawab di hadapan tuhan jika ditanya tentang sumbangan saya untuk agama nanti.
Adakah dengan menjadi penyanyi begitu saya akan mendekatkan manusia kepada Tuhan?
Adakah dengan menjadi popular saya akan berjaya di mata Tuhan?

Dan yang paling penting….

Adakah dengan keputusan saya itu saya akan mampu bertahan dari neraka dan syaitan musuh sepanjang zaman?

Syaitan musuh yang bijaksana.
Syaitan musuh yang durhaka.

Saya berdoa semoga para munsyid yang sudah berubah arah mampu bertahan dan menyedari matlamat perjuangan mereka ketika mereka masih lagi menyanyikan lagu-lagu nasyid dahulu. Jika insan takutkan Tuhan, mereka akan sedar mana kaca mana berlian. Kerna hidup ini bukanlah berpanjangan….

Published in: on Mei 30, 2010 at 1:08 pm  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/05/30/saya-seorang-munsyid/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 KomenTinggalkan komen

  1. haha.mcm ni rupanya audition soutul mujahidin.

  2. eh,tak2….
    ni yang audition dgn ‘abang rugby’ je.
    yang audition dgn abang-abang thiqah jangan harapla nak nyanyi lagu jamal. hehe…

  3. assalamualaikum
    hey!we have something in common there!
    yup,music somehow keeps me going n yeah,i love writing too but no, i’m not so good at speaking,unlike u who can speak all day long unstoppable.:P no offense.:P
    i’ve never been to any audition, of coz, since my dear beloved ‘malu’ is still covering me, insyaAllah.
    zikrullah is absolutely another unchallenged music,hope it will keep playing in our mind,body and soul.:)
    music teaches me to love english
    music sometimes helps me to see life in different perspectives
    but we must choose,though. for music can b a destructive tool of aqidah
    🙂

  4. kak muniri tau x audition soutal mujahidah pulak mcm mane? hu3~~

    yup..setuju sgt..salah 1 faktor para munsyid berubah arah sbb bukan semua masyarakat terima nasyid.. senang kata nasyid xfamous la…ape2 pun niat kena la betol

    p/s: ustazah kata zaman kami (gen52) zaman kegemilangan soutul mujahidin.. :p

  5. aidaN: hamboi3 sedapnya dia mengomen orang unstoppable…ada isi takpela,bukannya mngumpat. ish3….tak pernah gi audition ek? bagus2,u should keep it that way!=p
    musics can be good,can be bad. we choose,or we lose.

    mahirah: ha,mesti lagi teruk kan? ntah-ntah kena nyanyi lagu siti. haha…
    niat kena betol, cara pon kena betolo.=)
    p/s: ustazah mana kata tu? ustazah tu takde time kitorg kot.=p

  6. masyaAllah, saya membacanya pada tahun 2021. Jazakallah khair


Tinggalkan komen