“Sambil Mandi Minum Air”


Kata orang tua-tua, “sambil menyelam minum air”. Pepatah ini bermaksud sambil melakukan sesuatu pekerjaan, lakukan juga pekerjaan lain dalam masa yang sama. Tapi tajuk post kali ini adalah “sambil mandi minum air”, maaf orang tua-tua kerana telah menukar kata pepatah lama. Hehe…

Berbalik pada tajuk, waktu saya di Sydney beberapa hari yang lalu kami boleh minum air sambil mandi sebab air disana dah memang bersih. Kata kawan saya, di Jepun juga begitu. Wah, kalau air paip di Indonesia ataupun Malaysia yang diminum tanpa dimasak terlebih dahulu memang masuk sepital la nampak gayanya!! Peace! =p

“Kenapa pergi Sydney?”
“Macam mana boleh dapat pergi?”
“Semua perbelanjaan ditanggung ke?”
“Tak aci la macam ini korang dapat pergi jalan-jalan Australia!!!”
“Korang enjoy pakai duit rakyat!!!” 

Ok sebelum semua pertanyaan dijawab, marilah kita sama-sama berbaik sangka dan tidak berfikiran negatif. Sungguh, bersangka buruk itu kebanyakannya akan membawa kepada dosa.

Alhamdulillah kami, Majlis Tertinggi dan Exco-Exco Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) telah dipilih oleh Allah sekaligus diberi peluang dan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke negara orang, Australia. Jujurnya, ini negara kedua setelah Indonesia yang pernah saya pergi. Allah mengizinkan saya untuk merantau dan belajar tentang manusia dan bumi ciptaan Tuhan di tempat lain. Berjalanlah di bumi ini dan anda akan dapat banyak pengalaman!

Perjalanan ke sana adalah dalam rangka Program Kepimpinan Pelajar. Di sana dikumpulkan pelajar Malaysia dari tiga buah negara, yakni yang belajar di Australia, Malaysia, dan Indonesia. Kebetulan kami wakil dari Indonesia dan terus terang saya katakan, pertemuan ini sangat bermanfaat! Pemimpin-pemimpin pelajar dari tiga tempat ini berkongsi pendapat dan memberikan idea tentang tempat masing-masing dan isu-isu berat dalam negara. Dalam majoriti mahasiswa sibuk ber’facebook’ dan berfoya-foya di luar sana, ada juga sebilangan mahasiswa yang peduli tentang dunia sekitarnya yang amat bersungguh-sungguh berusaha untuk kepentingan dunia masa akan datang. Berusaha untuk kebaikan dan keharmonian masa depan.

Sambil menyelam minum air

Di sela-sela masa berada di Australia, jalan-jalan cari makan dan cari pengalaman sangat amat menyeronokkan! (exaggerate, hehe.=p)
Melihat pemandangan yang indah, budaya dan sikap orang-orang tempatan, cuaca, macam-macam lagi. Banyak yang perlu kita belajar dari orang lain. Banyak yang perlu kita belajar tentang budaya dan sikap orang lain. Banyak yang perlu kita belajar dari setiap keunikan ciptaan Tuhan di bumi ini. Alhamdulillah, bersyukurlah kita masih waras untuk berfikir dan mengambil manfaat dari setiap yang kita lalui. Selebihnya, biar gambar-gambar yang bercerita. (nak letak di FB/blog banyak-banyak takut orang kata kami enjoy lebih dari berprogram, huhu..)

“First Time”

“Sambil mandi minum air”

p/s : Ini post pertama kali yang tidak ditulis di Microsoft Word dulu. Tulisan yang terus ditaip dan dipost. Jadi maaf kalau ada kesalahan tatabahasa, hehe.. InsyaAllah kalau ada kesempatan akan saya kongsikan lagi gambar-gambar di Sydney buat jadi motivasi rakan-rakan semua untuk merantau ke luar negara! (^^,)v

Published in: on Mei 17, 2012 at 5:18 pm  Tinggalkan Komen  

1957 Hati Malaya


Demam bola menghantui kami yang sudah habis musim exam. Sambil menunggu perlawananan seterusnya kami ‘belajar’ dan ‘menghayati’ suatu ilmu baru. Ilmu poker.

Tiada pertaruhan dibuat tak mengapa - kata mufti CGC.=p

Tiada kena mengena dengan lesen perjudian yang mahu diluluskan oleh Che Det jika beliau masih lagi memimpin kerajaan (kata beliau seperti yang dilaporkan di malaysiakini.com), cuma sekadar menambah ilmu dan bersilaturrahim sesama teman.=)

Alhamdulillah, walaupun tidak semua berjaya kekal sehingga jemaah subuh, 3 daripada 5 orang berjaya hadir mengisi ruang masjid dengan penuh dugaan syaitan dan hasutan kemengantukan. Bak kata orang putih, “ Ngantuk giler kot!” (- Siapa suruh tak tido??? Der!!?)

Tetapi bukan itu yang ingin saya coretkan.

Selepas subuh hati terdetik untuk menonton filem melayu yang diambil dari teman. Mungkin sudah berzaman, tapi saya baru berpeluang menonton kerana tak rajin men’download‘ dan tak cukup juga belanjawan. He he..

Part Time : Pengkritik Filem

1957 HATI MALAYA.

Saya tertarik dengan kisah penceritaan semula sejarah kemerdekaan itu. Sangat menarik!

Mungkin dari sudut pandang seorang sutradara (nak mengarah filem jugakla katakan, huhu…), saya memandang cerita ini penuh iktibar dan semangat pengorbanan. Jalan cerita berjaya disampaikan dengan berkesan oleh pelakon-pelakon mirip Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar dan tokoh-tokoh lain. Semangat perjuangan terasa. Semangat perpaduan tergambar mesra. Semangat kemerdekaan terpancar dalam suasana. Sungguh membekas di jiwa saya.

Walaupun tidak menghayati perjuangan UMNO dan parti perikatan seperti yang diceritakan, saya dapat memahami pengorbanan dan perjuangan mereka selaku bangsa yang mahu merdeka. Bangsa yang mahu berpijak di bumi nyata. Bangsa yang mahu megah tanpa dihina.

Tiada rasa mahu berbangga.

Tiada rasa mahu bermasam muka.

Tiada rasa “akulah yang paling benar” dan sebagainya.

Hanya yang dirasa,

Kemerdekaan harus dicapai dengan segera.

Bebas dari mereka-mereka yang tamak haloba, yang gembira memperkotak katikkan bangsa. Yang menjadi dalang membahagi-bahagi wilayah dan negara.

Akhirnya, tiada lagi semangat agama. Hanya tinggal semangat bangsa dan negara. (Dan atas sebab ini kita melupakan system khalifah, membiarkan saudara-saudara di Gaza diratah…Astaghfirullah)

Ada satu babak di dalam filem ini yang perlu difikirkan bersama….

[Di rumah Sheikh Abdullah Fahim, Kepala Batas Pulau Pinang 1956]

Tokoh-tokoh yang digambarkan sedang meminta pendapat seorang alim ulama bernama Sheikh Fahim tentang tarikh kemerdekaan. (Sheikh Fahim adalah bapa kepada tokoh Ahmad Badawi yang dilakonkan oleh Ikram Dinzly – jadi Sheikh Fahim merujuk kepada datuk PM kelima kita ya kawan-kawan ), beliau berpesan…

“BILA SUDAH MERDEKA, JANGAN PULA ADA PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG MENGAUT KEUNTUNGAN DI BELAKANG RAKYAT JELATA”

Jadi pengajaran yang harus diambil dari file mini, buat menghargai perjuangan tokoh negarawan kita dahulu adalah dengan menjadi pemimpin yang jujur dan bijaksana.

Sejarah tercipta untuk dipelajari.

Dan sejarah kita harus kekal jujur dan murni.

Jangan sampai dipalitkan kembali seksa dan keruntuhan jatidiri, hanya kerana ketamakan pemimpin merebut kerusi!

“Jika anda ingin menilai watak seseorang, maka berikanlah beliau KUASA” -Abraham Lincoln

Berfikir dengan benar, bertindak dengan benar!

Published in: on Jun 24, 2010 at 10:17 am  Comments (2)  

Seni Berbicara – SIKAP


Saya sempat belajar pendidikan seni sampai darjah 6 je, (bukan sebab cikgu mati, memang kat Sekolah Izzuddin takde subjek pendidikan seni) tapi saya minat pada semua subjek yang memerlukan kesenian. Saya pelajar aliran sains yang berseni??? Mungkin ya, dan mungkin juga tidak. Haha…

sahabat-sahabat 'sains'

Sepanjang hidup saya,

Saya pernah melibatkan diri dalam beberapa aktiviti ‘seni’.

Masuk pertandingan ‘seni’ melukis semasa di tadika.

Masuk pertandingan ‘seni’ menulis khat semasa di sekolah rendah.

Masuk persatuan ‘seni’ mempertahankan diri, karate-do di sekolah rendah. (Seni mempertahankan diri termasuk seni jugakla tu kan? hehe…)

Masuk persatuan ‘seni’ silat semasa di sekolah menengah rendah.

Masuk pertandingan ‘seni’ nasyid di menengah atas.

Tetapi seni yang paling diminati setakat ini adalah seni berbicara. Saya suka menghayati seni berbicara kerana dengannya saya dapat ‘berhubung’ dengan manusia. Walau pada hakikat dan turunan genetiknya saya bukanlah seorang yang peramah, namun seni berbicara adalah seni yang paling unik dalam kita ‘bersinergi’ sesama manusia.

Sinergi dalam erti kata,

Perlu-memerlukan…..

Bantu-membantu, dan berkasih sayang….

Untuk MEMAKMURKAN BUMI ini.

Berbicara adalah satu perbuatan menghasilkan bahasa untuk berkomunikasi atau menyampaikan sesuatu pendapat dan idea melalui lisan. –definisi dari Kamus Linguistik.

Semua manusia boleh berbicara.

Tetapi tidak semua manusia pandai berbicara.

Berbicara itu SENI…

“BARANGSIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT MAKA HENDAKLAH DIA BERBICARA YANG BAIK ATAU DIAM SAHAJA” HR Bukhari

Percakapan yang baik bukan terletak pada isinya sahaja, tetapi juga pada SIKAP atau CARA ianya disampaikan.

1. Berbicara dengan sopan/lemah lembut

(Surah Thaha 20 : ayat 44)

Ini adalah didikan Allah kepada nabi Musa untuk berhadapan dengan MANUSIA PALING SAMSENG dalam dunia. Berkatalah dengan lemah lembut, SEMOGA  dia ingat ataupun takut.

Jadi orang yang ingin menyeru kepada kebaikan dan kebenaran tuhan, tidak wajar untuk bersikap kasar mahupun sarkastik. Ianya akan lebih ‘menyakitkan’ daripada ‘mengesankan’. Bagaimana kebenaran mahu diterima jika sikap penyampainya menyalahi fitrah dan didikan tuhan? Kalau mahu berkeras juga, ingatlah…

“Kamu TIDAK SEHEBAT MUSA, dan mereka TIDAK SEJAHAT FIRAUN, tetapi Musa mendatangi Firaun dengan lemah lembut”

2. Berbicara dengan suara yang sederhana.

(Surah Lukman ayat 19)

Komentar Imam Hassan Al-Banna dalam salah satu dari sepuluh wasiatnya,

“Jangan menguatkan suara melebihi suara yang DIPERLUKAN oleh pendengar, kerana hal itu akan MENGGANGGU dan MENYAKITI”

Pembicara yang tidak mengendahkan perasaan dan ‘keperluan’ pendengar adalah pembicara yang lemah dan tidak berjaya.

3. Menghormati dengan memandang muka orang yang sedang berbicara.

Ini adalah contoh akhlak nabi yang sangat menghormati sesiapa sahaja yang datang berjumpa dengannya. Tidak hairanlah ramai manusia terpikat dengan agama ini jika sang nabi yang menjadi produk ilahi.

4. Tidak berbisik di antara dua orang jika ada orang ketiga.

Elakkanlah berbisik, lazimkanlah berterus terang dan telus dalam berbicara. Bergaduh ketika berbicara lebih baik daripada ‘terasa’ dan bersangka-sangka.

Sesungguhnya kebanyakan dari prasangka itu adalah dosa…

5. Suasana dan ketika yang sesuai.

Pembicara yang tidak memahami keperluan pendengarnya akan menghilangkan ‘keberkesanan’ kata-kata dan isi pembicaraannya.

Kadang-kadang, bercakap berdua lebih baik dari ‘menyindir’ di hadapan umum.

Kadang-kadang, bercakap sejurus setelah berlaku sesuatu kejadian lebih mengesankan daripada disimpan untuk suatu masa lain.

Dan kadang-kadang, sesuatu pembicaraan lebih elok jika tidak diluahkan.

Situasi itu berbeza-beza,

“Kadang-kadang….”, bak kata Nujum Pak Belalang.

Published in: on April 23, 2010 at 10:35 am  Comments (11)  

Arrazi Training & Consultancy ; cabang Arrazi Production


Diri ini insan biasa namun punya harapan dan cita.

Supaya mati tidak sia-sia, saham pahala terus ke ‘sana’.

Kepala terus berfikir kemana mencari peluang.

Tiba-tiba seminar motivasi di PSB pula yang dikenang.

Kenangan meggamit hati dikala rindu mula termimpi.

Puas rasanya berbakti, puas lagi menabur budi.

Tenaga kerja PSB

TUGASAN

Tugasan diberi adalah menganjurkan, mengendalikan, slot Pendidikan buat PROGRAM SEMAIAN BAKTI anjuran KUBI. Sudah lama berminat untuk berkongsi pengalaman dan idea, semangat dan cita-cita, buat pewaris adik-adik yang masih ceria dan bertenaga.

Jadi saya memilih tajuk RAHSIA MANUSIA HEBAT!

Ehem..Ehem..(Pembicara harus 'attractable', haha..)

Dimulakan dengan pengenalan ‘abang macho’, adik-adik lelaki sudah mula meninggikan sebelah kening mata. Adik-adik perempuan tenang mengawal gembira. (apakah?!=p) Video hasil tangan Nurul Ashikin tentang keputusan pelajar-pelajar cemerlang sedikit sebanyak menarik perhatian mereka.

Di sebelah kiri, mewakili satu perempat dari peserta, golongan lelaki yang masing-masing lembik bersandar di kerusi tidak berminat atau mungkin dipaksa datang ke ‘sesi motivasi’. Di sebelah kanan dan kiri bahagian belakang, pelbagai riak muka dan gaya pelajar perempuan menanti input yang diharapkan boleh mengisi jiwa nurani.

Namun saya biarkan video clip ini mencuri perhatian dan menarik minat mereka.

Masing-masing mula membuka mata. JIKA ORANG YANG TIDAK CUKUP SIFAT MAMPU MENJADI HEBAT, APATAH LAGI KITA YANG CUKUP SIFAT!!! Beliau percaya ketentuan tuhan (beliau beragama kristian) dan berusaha untuk mencari SUDUT POSITIF DARI SEMUA PERKARA! Lihat [video ini], berenenang, main bola, itu semua MINDSET. Jadi kita pasti boleh cari JALAN UNTUK BERJAYA. Slide ditayang berselang seli tawa, namun mungkin ada yang tak faham kerana loghat utagha saya yang tidak berapa nak utagha. Ha ha…

Games mindset@'orang kaya' : Patahkan pensil guna jari. ADA BERANI??

Rakan-rakan Faci

Alhamdulillah, selesai perkongsian diikuti pula dengan sesi LDK. Saya dibantu rakan-rakan yang sangat bersemangat berkongsi rasa. Berbagi jiwa dan fakta. Kerana sayangkan adik-adik bangsa, generasi umat yang akan  dipandang dunia.

Adik-adikku...(Yang baju hitam tu faci ye,cuma kecik je.=p)

Tetapi ianya benar-benar pengalaman yang menarik kerana seramai 100 orang peserta termasuk guru pembing mempunyai gaya respon yang berbeza-beza terhadap setiap kata dan idea saya. Kenangan ini sudah basi, tapi memorinya masih segar bersemadi, rindu! Puas! Gembira!

Published in: on Mac 23, 2010 at 8:39 pm  Comments (2)  

KUBI, BAIK, memori yang dirindui…


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Tuhan sekalian alam yang mengatur dan memberikan segala-galanya…

AGM KUBI telah berjalan dengan baik seperti yang dirancang. Mengenang kembali dua tahun lepas saat perlantikan pertama menjadi ahli majlis tertinggi Kelab UMNO Bandung Indonesia,KUBI untuk sessi 07/09. Nama dicalonkan oleh sahabat seIMAN, Ahmad Fahmi Sulaiman, dan disokong oleh rakan seangkatan Rozinadya Tamzil.

Terima kasih rakan yang mencalonkan dan menyokong pencalonan. Alhamdulillah, Allah memilih untuk saya berada di KUBI menimba pengalaman-pengalaman baru. Biro yang dahulunya bernama Biro Agama Dan Dakwah KUBI telah ditukar menjadi Biro Agama Dan Kerohanian KUBI oleh pengerusi dan timbalan pengerusi sesi yang baru dilantik ketika itu. Mungkin agak gerun dengan perkataan ‘dakwah’ atau mungkin takut orang lain yang gerun dengan perkataan tersebut. Tetapi saya sendiri juga tidak mahu ada STIGMA DALAM MENILAI DAN MENERIMA AGAMA lebih-lebih lagi di kalangan ‘pelbagai lapisan’ manusia SEBELUM MEREKA BERKENALAN DENGANNYA. Jadi saya rasa sangat sesuai penukaran tersebut untuk konteks pelajar di Bandung sekaligus ahli ‘kelab UMNO’ di sini.

”Aji, ko masuk KUBI ek? InsyaAllah kita menjaga persekitaran kita dengan mana-mana peluang yang ada”, pesan sahabat IMAN (Islamic Malaysian Association) ketika sebelum AGM KUBI berlangsung.

Dahulu IMAN merupakan biro agama Islam PKPMI yang tiada nama, rupa, kuasa mahupun tenaga. Namun ianya berjaya digerakkan demi rasa ingin berkongsi tentang agama. Kini tugas dan cita-cita mahu dikembangkan pula ke dalam Kelab Umno Bandung Indonesia, supaya membaiki suasana, dan menjernihkan pengamalan beragama dikalangan ahli yang semuanya beragama Islam.

“Kalau orang lain masuk KUBI takut kena amik anti histamine pulak nanti. Dapat allergic reaction bila dengar nama UMNO”, gurau seorang sahabat…

Jika nabi kita MENJAUHI, MENGHINDARI, JIJIK DAN ALLERGIC dengan manusia yang berdosa, pasti kita tidak akan mengecapi Islam seperti yang kita rasakan sekarang. Saidina Umar pernah membunuh anaknya sebelum dia mengenal Islam jadi siapa kita untuk menentukan sampainya hidayah pada mereka yang berdosa? Mungkin manusia yang berdosa di ‘mata kita’, masih BELUM lagi mengenal Islam. Kalau mereka SUDAH MENGENALI ISLAM, pasti mereka menjadi orang yang hebat.

Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh Biro Agama dan Kerohanian Kubi, BAIK sepanjang sesi 07/09 di dalam usaha untuk mencapai matlamatnya. Namun masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memurnikan agama dalam kehidupan manusia. Itu adalah kerja BAIK dan mungkin sesi pimpinan BAIK akan datang.

Mungkin ada yang menganggap bahawa beradanya saya di dalam Ahli Majlis Tertinggi Kelab UMNO Bandung Indonesia adalah satu keputusan yang salah kerana saya makin hanyut dengan ‘gaya orang UMNO’ ataupun tidak memberi kesan mahupun sumbangan positif dalam ‘polisi-polisi UMNO’ KUBI, namun saya tetap merasakan perlunya ada orang yang mengingatkan, berpesan-pesan pada kebaikan dan risalah tuhan di dalam kelab ini. Semoga usaha sesiapa sahaja yang membawa agama, diberikan ganjaran pahala melebihi timbangan dosa yang mereka ada.

MATLAMAT

Apa tujuan saya masuk dalam Majlis Tertinggi Kelab Umno Bandung Indonesia? Apa tujuan saya menjadi Exco Biro Agama Islam Dan Kerohanian Kubi?

Persoalan-persoalan itu merupakan titik tolak perjuangan dan pengorbanan seluruh tenaga kerja Biro Agama dan Kerohanian Kubi (BAIK). Tiada apa yang mampu diucapkan melainkan memanjatkan doa yang setinggi-tingginya kepada Tuhan Yang Maha Pemurah untuk mempertemukan kami di syurga Firdausi. Biarlah manusia mahu berkata apa, kami telah berusaha sedaya upaya…

Segala kerahan tenaga kerja dan sumbangan idea adalah dengan satu tujuan iaitu MEMPERKENALKAN DAN MERAPATKAN MANUSIA KEPADA TUHAN, tidak kira siapa dan apa latar belakang mereka. Konflik yang sering berlaku pada umat manusia akhir zaman ini adalah berpunca dari RASA BERDOSA dan JAUHNYA mereka dari tuhan.

“Aku ni selalu buat dosa….

“Aku ni tak pandai agama sangat….

“Aku ni tak belajar agama….

“Family aku tak beratkan pasal agama….

“Member-member aku jenis slumber je langgar dosa pahala…

Jadi tugas kita semua adalah untuk memperingatkan manusia tentang luasnya ampunan tuhan, agungnya rahmat tuhan. Kembali mengenal tuhan, mula mencintai tuhan.

ISLAM BUKAN AGAMA UNTUK MALAIKAT.

Islam bukan agama untuk  mereka yang tidak pernah couple sahaja.

Islam bukan agama untuk mereka yang tidak pernah mencarut sahaja.

Islam bukan agama untuk mereka yang baik-baik sahaja.

Islam bukan agama untuk mereka yang MUSLIM sahaja.

Islam untuk semua yang bernama manusia….

Setelah manusia kenal tuhannya, dia akan kenal dosa pahala….

Setelah manusia kenal tuhannya, dia akan sedar maksiat dan kesalahannya…

Setelah manusia kenal tuhannya, dia akan malu dengan tuhannya…

Setelah manusia MALU DENGAN TUHANNYA, dia akan berubah sendiri TANPA DIPAKSA.

Sukar untuk manusia mencapai malu dengan tuhannya. Tetapi jika tahap itu dapat dicapai dan dihayati, manusia akan rapat dengan tuhannya!

Dua tahun memegang jawatan memberikan satu kesan yang cukup mendalam dalam sanubari dan memori ini. Namun ianya tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan imbalan rahmat Allah yang kami harapkan. Semoga pemimpin-pemimpin akan datang dapat meneruskan kebaikan buat pelajar-pelajar di Bandung, dan sentiasa berada di bawah redha dan lindunganNya, amiiiiin.

Credit to all BAIK members : Azwan, Tahirah, Adlin, Ikram, Farhan, Fahmi, Faizullah, Izwan, Farizan, Amirah, Madihah, Tilawati, Nadhira, Izza nizwa, Arif Marsin, Hafiz Ashaarani, Qayyum, Tajul, Fikry, Taufiq, Khairul Anwar, Khairat, Farhana Yem, Illyyinna, Najiha, Farah Wahida, Mawaddah, Aishah (ecah), Nadia, Fatin Nabila, Elmi.

pejuang-pejuang BAIK

Pewaris Sumayyah, Aisyah, Fatimah

Published in: on Mac 8, 2010 at 11:58 pm  Comments (6)  

Cari kelemahan sendiri, jangan selesa di tempat tinggi


“Bro, aku rasa ko patut kurangkan kemesraan ko dengan kawan-kawan bukan muhrimla. Kurang enak rasanya tengok PEMIMPIN buat macam tu.”

“Sheikh, ana tengok anta ada satu tabiat yang kurang sesuai sewaktu bagi ucapan. Ana rasa anta patut kurangkan benda-benda macam tu. PEMIMPIN yang baik adalah orang yang percakapan dan butiran kata-katanya didengari dengan jelas dan senang hati.”

“Kawan, makan tu cover-cover la sikit. Gelojoh semacam je, ko tu PEMIMPIN. Jadi orang besar-besar ni kenala pandai mengawal diri. Biarlah menjadi contoh dan bahan rujukan. Bukannya didengar ketika memberi arahan, tetapi diperlekehkan ketika luar dari bidang kekuasaan. Ko faham maksud aku?”

*******************************************

Pemimpin yang TIDAK BERSEDIA ditegur, TIDAK AKAN berubah walau seribu kali nasihat ditutur.

*******************************************

Siapa kata pemimpin itu selesa?

Siapa kata pemimpin itu ‘glamour’?

Siapa kata pemimpin itu bahagia?

Siapa kata pemimpin itu mudah kerja?

Pemimpin banyak tanggungannya. Banyak juga risikonya. Banyak pemerhatinya, banyak juga penegurnya. Adakah pemimpin sentiasa rela ditegur? Adakah pemimpin bersedia diatur? Tidak, jawapannya tidak. Sukar untuk ‘memimpin’ pemimpin.

“Siapa presiden baru persatuan tersebut?”

“Siapa Yang Dipertua baru kelab tersebut?”

“Si fulan. Dia tu berwibawa orangnya. Kami rapat dengannya, jadi tak perlu risau insyaAllah kami akan tegur dan nasihat apa-apa yang patut.”, jawab seorang aktivis agama bila ditanyakan siapa pemimpin di tempat/kawasannya.

**********************************************

Umara’ yang DIKELILINGI Ulama’ sangat berbeza dengan Umara’ yang BERSAHABAT  dengan Ulama’.

**********************************************

Perbezaan terletak pada satu titik penting, KEIKHLASAN DALAM KEPIMPINAN. Seorang pemimpin yang IKHLAS akan mendengar nasihat dan teguran daripada orang di sekitarnya samada ia positif mahupun negatif. Seorang pemimpin yang ikhlas akan MENCARI DAN MENGHARAPKAN TEGURAN.

Kenapa harus mencari teguran?

Kerana  ‘jurang perbezaan’  diantara seorang pemimpin dan orang bawahannya akan terbina secara sedar ataupun tidak. Seorang pemimpin akan berada pada ‘satu tahap’ yang berbeza berbanding orang bawahannya. Orang yang dipimpin tidak lagi boleh sesuka hati bercampur dan menegur, kerana yang memimpin perlu tunduk pada atasan yang mengatur. Jika tidak kerana atasan, mungkin kerana kehendak sendiri dan pilihan, untuk merasa diri bebas dari kesalahan. Jawatan dan kepimpinan akan menanam riya’ dan kesombongan. Akibatnya, pemimpin  selesa di awang-awangan, yang dipimpin hanya mampu memandang dan menyimpan kekhilafan. Pemimpin harus selalu mencari nasihat, mencari tegur walau berpangkat. Ulama’ dijadikan sahabat, agama dijadikan penasihat.

Hilangkan takabbur, TURUNKAN EGO!

“Apa kekurangan ana sepanjang memimpin organisasi kita selama ini yang anta perhatikan?”

“Apa yang ko rasa aku tak patut buat dalam memimpin persatuan ni?”

“Pada pendapat awak, apa yang patut saya tambah dalam kepimpinan saya ini?”

Hanya dengan bertanya dan meminta, tidak bererti hilang wibawa.

Kalaulah megah dan darjat tanda berjaya, apalah nikmat diumpat dicerca.

APA KESALAHAN SAYA…

APA KEKURANGAN SAYA…

Ikhlaskan diri, mintalah ditegur.

Semuanya terletak pada dirimu, wahai pemimpin!

Published in: on Januari 6, 2010 at 8:47 pm  Comments (6)  

Ketua Harus Ada Dua…???


“Dengan ini, rasmilah Saiful sebagai ketua kita…”

“Biar benar ni, boleh ke dia jadi ketua ni?”

“Eh, die ni bagus, cuma…..”

“Alah, nanti kita gulingkan la dia.”

“Hmm…”

Orang yang paling layak untuk menjadi ketua adalah orang yang tidak mencalonkan dirinya, dalam erti kata lain, yang tidak berkehendakkan jawatan tersebut. Kerana dia tahu amanah dan tanggungjawab seorang ketua, bukan untuk dibangga-bangga dan mendapat nama. Seorang ketua itu dilantik, bukan melantik dirinya sendiri. Dia dipilih, bukan merasakan bahawa dirinya ‘akan dipilih’.

-Gambar Hiasan-

-Gambar Hiasan-

Seseorang ketua harus dipilih, berdasarkan ‘dua kekuatan’ yang ada padanya. Integrity (amanah), dan kompetensi (kemahiran, ilmu, pengaruh). Saya lebih suka mendefinasikan kompetensi sebagai berpengaruh berbanding berkemahiran atau berilmu.

Sepertimana yang diajarkan oleh Tuhan Pakar Segala Ilmu, di dalam surah 12 ayat ke 55 yang menyebutkan tentang Nabi Yusuf, seorang yang “Hafidzun”= yang sangat menjaga/amanah. Dan “Alim” = yang mempunyai ilmu.

Allah juga men’describe’ Nabi Musa sebagai pekerja yang “al-Qowiy”= yang kuat dan “al-Amin”= yang amanah di dalam surah ke 28 ayat 260.

AMANAH, untuk memimpin dengan benar dan tidak bermaksiat. Tahu membezakan yang halal dan yang haram. Mengasingkan yang dosa dengan pahala. Meluruskan jalan dan cara pandang hidup yang sememangnya sudah bercabang dua atau tiga.

Dan PENGARUH, untuk bersaing dengan orang lain. Berkemahiran untuk bersikap kreatif dan merealisasikannya. Mampu mengumpul idea dan membahagikan kerja. Membawa orang yang dipimpin ke arah yang ditetapkan.

Orang yang berpengaruh tetapi tidak amanah adalah “orang rosak yang kuat”. Segala kata-katanya bagaikan hikmat! Mengajak dan mengarah orang tanpa perlu berkeringat. Disayang bagaikan raja, menyayangi bagaikan ibu, namun arah pimpinannya kelabu tidak menentu!

“Sebaik-baik pemimpin kalian adalah yang kalian mencintai mereka dan mereka mencintai kalian, kalian MENDOAKAN mereka dan mereka MENDOAKAN kalian. Dan seburuk-buruk pemimpin kalian adalah yang kalian membenci mereka dan mereka membenci kalian, kalian melaknat mereka dan mereka melaknat kalian.” (HR. Muslim no. 1855 dan Ahmad no. 24027)

Orang yang amanah tetapi tidak berpengaruh adalah ibarat “orang soleh yang lemah”. Inilah kecacatan yang sering melambak di mana-mana.

Katanya pandai agama, kawannya ‘berpakaian pelik’ sikit jangan harap nak ditegur sapa olehnya.

Katanya pandai agama, orang ‘bercouple’ dilaknat terus tanpa dia berusaha untuk mendekatinya.

Katanya pandai agama, bagi tazkirah di depan tiada siapa yang mendengarnya!!!

Nabi Muhammad seorang tokoh agama, tetapi dia cukup disayangi keluarga dan musuhnya. Tidak pernah baginda mengajar kita untuk prejudis pada sesiapa, apatah lagi menjauhkan diri dari komuniti yang ‘tidak islami’. Pemimpin harus ada pengaruh! Belum berpengaruh dan mahu belajar mencipta dan memperolehnya?—> Magnet Diri

Bagusnya kalau ada orang nak bagi buku ni kat saya sebagai hadiah. Hmm...=p

Bagusnya kalau ada orang nak bagi buku ni kat saya sebagai hadiah. Hmm...=p

Ustaz mahupun gelaran ‘al-Hafidz’ semata-mata masih tidak melayakkan dia menjadi ketua yang baik. Nabi pernah menolak Abu Dzar al-Ghifari padahal kesholehannya tidak pernah diragukan sama sekali oleh Nabi sendiri. Penolakan Nabi terhadap Abu Dzar lebih kepada karena Abu Dzar tidak mempunyai kompentensi dalam kepemimpinan, tidak kuat pengaruhnya untuk memimpin. “Kamu jangan memimpin dua orang dan mengurusi harta anak yatim!” (HR. Muslim no. 1826).

AMANAH perlu ditanam. PENGARUH perlu dicipta. Kerana setiap dari kita adalah khalifah yang akan membawa kemakmuran kepada bumi ini dengan menyebarkan ajaran-ajaranNya. Jika tanpa dua kekuatan ini, Islam tidak akan tersebar. Dikhuatiri akan makin menjauh pula. Pimpinlah dengan adil. Setiap dari kita adalah pemimpin, dan kita pasti akan ditanya tentang kepimpinan kita. Setidak-tidaknya kepimpinan kita pada diri sendiri dan umat manusia!

Arahlah dengan bijaksana.

Sayanglah dengan seikhlasnya.

Kembangkanlah semajunya.

Bawalah kejayaan di dunia dan di sana.

“Ya Allah siapapun memimpin umatku dengan mempersulit, maka persulitlah dia. Dan siapa yang memimpin dengan kasih sayang/kelembutan, maka sayangilah dia.” (HR. Muslim no. 1828)

Published in: on Oktober 11, 2009 at 12:20 am  Comments (9)  

PSB ’09


Program Semaian Bakti '09

Program Semaian Bakti '09

“Masuk TV tak? Masuk paper tak?”

“Entahla…. Harap-harap masukla.”

Bisik Abu dan Amin dalam hati mereka sejurus selesai program perasmian.

Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana telah mengizinkan suatu program amal bersifat kebajikan. Berbakti dan berkhidmat, memberi manfaat kepada manusia. Selesai sudah Program Semaian Bakti ’09 di Kuala Kedah anjuran Badan Perhubungan Negara Indonesia dan Kelab UMNO Bandung Indonesia. (Maaf kepada yang allergic dengan perkataan ‘UMNO’)

Panjang cerita di sebalik penganjuran program ini. Tapi dengan semangat dan kerjasama yang baik, niat asal berjaya direalisasikan. Program yang bermula tanggal 6hb Ogos ini diisi dengan tiga aktiviti/program besar iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program Kesihatan yang melibatkan empat buah kampung terdiri daripada pemeriksaan kesihatan percuma, penyuluhan (penjelasan) tentang penyakit-penyakit, pemberian topeng muka untuk pencegahan H1N1 dan program ‘Doctor Kecil’ bersama adik-adik tadika.

Penyuluhan H1N1 dan pemberian barang-barang makanan

Penyuluhan H1N1 dan pemberian barang-barang makanan

Program Kebajikan pula, memberikan barang-barang makanan kepada keluarga-keluarga yang kurang mampu. Juga melibatkan empat buah kampung, diberikan kepada 60 buah keluarga.

Manakala Program Pendidikan, Seminar Motivasi Kecemerlangan diadakan untuk 100 orang pelajar tingkatan empat yang melibatkan 10 buah sekolah sekitar kawasan Kuala Kedah. Seramai 99 orang pelajar mendaftarkan diri dari 7 buah sekolah, Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada Team Pendidikan kerana sudi memberikan kerjasama yang baik pada saya. InsyaAllah saya akan memanggil anda semua semula jika kita dijemput melakukan program-program motivasi di tempat lain. – berangan! Hehe. (^^,)

Para fasilitator. cayalah korang!!

Para fasilitator. cayalah korang!!

“Suatu program amal bersifat kebajikan. Berbakti dan berkhidmat, memberi manfaat kepada manusia.”

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat untuk orang lain. Namun jika ‘memberi kemudian berbangga’, itu bukanlah sifat kita. Itu bukan contoh dari nabi kita.

Berkenaan penganjuran dan penglibatan dari Badan Perhubungan Negara Indonesia dan Kelab UMNO Bandung Indonesia, mungkin ramai yang meragukannya.

Adakah kerana adanya perkataan UMNO, maka ia tidak dikira sebagai program kebajikan?

Adakah kerana adanya perkataan UMNO, maka ia tidak dikira sebagai program yang ‘memberi manfaat’ kepada orang lain?

Saya yakin ia tidak begitu. Ini adalah platform pelajar-pelajar Bandung dan beberapa pelajar dari luar negara lain ‘memberi manfaat’ kepada manusia lain.

Berpolitik

Politik berkaitan kepimpinan. Kepimpinan akan dipersoalkan. Tidak dinafikan, orang politik harus pandai berkata-kata, memberi ucapan dan mendapat sokongan. Namun, politik bukan medan berhujah. Apatah lagi memburuk-burukkan orang lain, mengeluarkan kata-kata kesat dan menyakiti hati orang lain. Ia adalah medan memimpin dan memberi khidmat. Orang yang memimpin harus ada matlamat, dan matlamatnya harus selari kehendak Allah dan Rasul. Berkhidmat kepada orang lain tidak terletak hanya pada bahu pemimpin, ia adalah saranan kepada semua umat manusia. Tetapi seorang pemimpin lebih berpeluang untuk mencurahkan bakti dan khidmat kepada orang lain berbanding rakyat biasa.

Jadi para pemimpin politik, kenapa hanya pandai berkata-kata???!!

Saya lebih selesa pemimpin yang menang pilihanraya kerana ‘saling berlawan memberi khidmat’ berbanding pemimpin yang menang kerana ‘saling berlawan merendah-rendahkan lawan, kutuk-mengutuk, caci mencaci, hina menghina pihak lawan’.

Berlawan memberi khidmat adalah BERLUMBA UNTUK BERAKHLAK MULIA DAN MENCARI PAHALA.

Berlawan dengan mencaci dan mengumpat adalah TAMAKKAN KUASA DAN NAMA!!!!

PSB '09

PSB '09

Program Semaian Bakti ’09.

Majlis perasmian dan penutupan program kami ini dimeriahkan dengan kehadiran ‘orang-orang kuat’ UMNO. Sebelum merasmikan, tentunya mereka diberi peluang memberi pandangan dan ucapan. Saya amat menghormati dan mengkagumi kesungguhan ‘orang-orang kuat’ ini berbakti dan berkhidmat. Benar, saya juga menyayangi negara, menyayangi bangsa, menyokong Dasar Ekonomi Baru, menyokong Hak Istimewa Melayu dan Raja-Raja Melayu, namun kenapa perlu taasub dan obsess kepada UMNO dan melayu padahal ISLAM lah punca kita bersatu?????

“Inilah semangat UMNO yang kita perlukan…

“Inilah jiwa UMNO yang kita harapkan…

“Kita orang UMNO harus berbuat begitu dan begini…

“Kita orang melayu harus memimpin di bumi sendiri…

Kenapa tidak ditukarkan perkataan UMNO dan melayu itu kepada Islam? Semangat ISLAM, jiwa ISLAM, orang ISLAM. Benar, kebanyakan kata-kata itu tidak salah di sisi agama. Dan saya akan tetap menyokong selagi ianya tidak menyanggahi Allah dan Rasul. Tetapi sangat menyedihkan jika kita lebih taasub kepada parti berbanding taasub kepada agama.

Fanatik dan taasublah kepada dua sumber agama, alquran dan hadith. Nescaya kita akan memerintah di tanah sendiri, seiring tugas kita sejak azali, menjadi khalifah memakmurkan bumi!

p/s : Mingguan Utusan sekarang diisi dengan kolum tulisan dua tokoh besar agama yang tidak taasub parti, Dr Muhamad Asri dan Dr. Ridhuan Tee. Bacalah tulisan-tulisan mereka, luruskan minda teguhkan jiwa. Mereka ikhlas menegur demi agama. Kita pun harus begitu juga.

http://hanzoushinrei.blog.friendster.com/2009/07/nasib-melayu-di-bumi-melayu-nukilan-dr-ridhuan-tee-abdullah-utusan-repost/

http://ridhuantee.blogspot.com/2009/08/bahaya-matlamat-menghalalkan-cara.html

http://drmaza.com/home/?p=685

http://drmaza.com/home/?p=691

-kepada yang tidak mahu membaca tulisan-tulisan mereka kerana merasa Utusan adalah lidah UMNO dan mereka ‘mungkin’ menyebelahi UMNO, berbahagialah anda dengan semangat ‘kutuk-mengutuk parti selain parti kesayangan anda itu’.

Published in: on Ogos 14, 2009 at 1:26 am  Comments (4)  

KAU KATA KAU……


KAU KATA KAU berorganisasi…

Tapi kau sering buat keputusan sendiri.


KAU KATA KAU pemimpin…

Pimpinanmu bising pernah kau runsing???


KAU KATA KAU ramai ahli,

Tapi pernahkah kau menghargai???


KAU KATA KAU memahami….

Tahukah kau ramai yang membenci???


KAU KATA KAU mahu berubah,

Adakah dua tahun masih helah???


KAU KATA KAU belajar agama,

Kenapa kau mencacatkan suasana???


KAU KATA KAU bersumber Quran,

Kenapa kau sering menyusahkan???


KAU KATA KAU beridolakan Muhammad,

Apa bukti kau seorang yang taat???


KAU KATA KAU sayang mereka kerana Allah,

Buktikanlah dengan berubah.


Berbaktilah sepenuh keringat,

Hargailah fikiran ‘rakyat’,

Yang diam memendam hasrat,

Yang akur mendengar nasihat,

Yang wibawa memerah kudrat,

Yang sekali sekala mampu menggugat.


KAU KATA KAU….

Published in: on Mei 21, 2009 at 3:10 pm  Comments (11)