Bangkitlah! Jadi manusia hebat!


Wahai manusia, makhluk berakal,

Dicipta Tuhan, bukan sia-sia,

Tiada yang bodoh tiada yang bebal,

Asal hidup tidak putus asa!

Fikiran manusia menentukan siapa dirinya,

Sangkaan manusia menentukan takdir Tuhannya!

 

“Aku tiada kelebihan”,

Bukanlah perkataan rendah diri yang harus dikagumi,

Ianya doktrin buruk yang membunuh potensi!

 

Setiap manusia ada uniknya,

Tak percaya cuba tengok Guinnes Book of World Record,

Betapa aneh dan peliknya mereka!

 

“Aku tak mampu berjaya”

“Aku lemah dalam macam-macam perkara”

Adalah ungkapan negatif yang membunuh jiwa,

Merosakkan masyarakat, merosakkan tamadun manusia!

 

Suatu ketika dulu orang Arab dipanggil Jahiliyah,

Kerana kebodohan dan kemunduran ‘sikap’ mereka,

Mereka mungkin hebat berbisnes dan bersyair,

Tapi mereka mundur dan bodoh kerana salah cara fikir!

 

Cara fikir yang berorientasi dunia,

Berebut kekayaan dan keseronokan sementara,

Yang hebat tidak kemana, yang lemah jadi Hamba nan Hina!

 

Cuba lihat zaman majunya mereka,

Setelah dididik Nabi Muhamad hakikat dunia yang sementara,

Tiada lagi dengki menjatuhkan sesama,

Tetapi  bersaing menjadi yang paling bermanfaat buat manusia lainnya!

 

Cuba kenang tokoh-tokoh dahulu,

Nama-nama Arab yang sungguh dihormati,

Contohi sikap dan ilmunya satu-satu,

Ibnu Sina, Al-Farabi, Ar-Razi,  semuanya ilmuan yang sentiasa meneliti!

 

Mencari tahu dan terus mencari tahu,

Meneliti dan terus meneliti,

Menggegarkan dunia dengan pelbagai ilmu dan teori!

 

Mahirkan diri dalam bidang yang kita ceburi,

Jadi orang yang paling hebat dalam bidang kita sendiri,

Tahu dan fokus apa yang akan kita kecapi,

Kejar cita-cita, jadi manusia berprestasi!

 

Kini bukan zaman ikut-ikutan,

Bukan zaman asal-asalan!

 

Zaman sekarang zaman berkontribusi,

Mendidik umat dan diri sendiri!

 

Apa pun bidang, apa pun kecenderungan,

Gilapkan bakat tingkatkan pengetahuan,

Jadi pakar jadi contoh ikutan,

Barulah sesuai dikatakan makhluk hebat ciptaan Tuhan!

 

Wahai insan yang bakal mati,

Jadilah manusia hebat yang berbakti!

Published in: on September 6, 2012 at 12:54 am  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2012/09/06/bangkitlah-jadi-manusia-hebat/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 KomenTinggalkan komen

  1. Manusia harus hebat

  2. I truly love your website.. Great colors & theme.
    Did you develop this amazing site yourself? Please reply back as I’m planning to create my very own blog and would like to know where you got this from or just what
    the theme is named. Appreciate it!

  3. wahh keren puisinya


Tinggalkan komen